Showing posts with label fiqh. Show all posts
Showing posts with label fiqh. Show all posts


Fiqh solat di R&R ketika musim cuti. Amalkan fiqh awlawiyyat (priority) jika orang ramai/sesak.

1. Wuduk ringan. 3 kali basuhan hukumnya sunat, bukan wajib. Biasakan ambil wuduk secara ringan terutama bila musafir di tempat sesak atau kurang air.

2. Jangan panjangkan bacaan solat apatah lagi kalau jadi imam. Janganlah waktu macam ni nak baca surah panjang atau flex suara sedap. Tak kena tempat dan keadaan. Ringkaskan solat supaya orang lain dapat solat pula.

3. Zikir selepas solat dan doa itu sunat. Kalau nampak orang ramai menunggu, sebaiknya terus bangun dan beri laluan untuk orang lain solat. Kalau nak zikir dan doa, ringkas sahaja. Jangan waktu itulah nak berzikir dan doa panjang-panjang terutama di akhir waktu solat. Zikir dan doa itu sunat tapi sengaja buat orang lain terlepas waktu solat itu haram.

Inilah sebahagian contoh aplikasi yang disebutkan sebagai fiqh awlawiyat. Mengutamakan prioriti terutama bila melibatkan maslahat orang ramai. Kalau kita faham dan amalkan, akan terlihat nilai cerdik dalam beragama. Sama-sama kita cuba amalkan.


Tambahan di komen:

- Untuk wanita; pakai baju yang sesuai solat terus. Jimat masa bersalin telekung.

Remove make up awal atau ambil wudhu awal. Jimat masa & ruang berlonggok di surau sempit.

- Letak batas solat (sutrah), supaya orang mudah lalu lalang waktu kita solat. 

- Jangan berbual lama, jika sesak beri ruang pada orang baru datang untuk sembahyang. 

- Jika parking elak block orang, pastikan tidak berlama. Bagi memudahkan pergerakan kenderaan lain juga. 


Sumber:

https://twitter.com/addien90s/






Kadangkala kita keliru antara sujud (selain sujud dalam solat), di antara sujud sahwi, sujud tilawah dan sujud syukur. Namun menerusi ruangan Pintar Fiqah Majalah Solusi bilangan 88, satu jadual telah disiapkan untuk kita dapat melihat perbezaan kenapa perlu sujud demikian, bagaimana dan bila perlu dilakukan. Alhamdulillah. Jom kita sama-sama fahamkan! :)

Sumber: pixabay.com


SUJUD SAHWI

SUJUD TILAWAH / SAJADAH

SUJUD SYUKUR

Disebabkan leka atau lupa
dalam solat.

Contoh terlupa tahiyat
awal, terlupa ayat surah yang sedang dibaca atau terlupa bilangan rakaat
sebenar.

Sebaik membaca atau
mendengar ayat-ayat yang disunnahkan sujud.

Kerana mendapat apa
sahaja yang menggembirakannya sama ada berupa nikmat, atau terlepas suatu
musibah atau sebagainya.

Dua kali sujud.

Sekali sujud sahaja.

Sekali sujud sahaja.

Dilakukan pada akhir
solat.

Sebaik mendengar atau
membaca ayat-ayat sujud tilawah.



Tidak boleh dilakukan
berkali-kali. Hanya pada akhir solat yang berlaku kejadian lupa sahaja.

Boleh dilakukan
berkali-kali.

Boleh dilakukan
berkali-kali.

Tiada zikir khas yang
sabit.

Ada zikir khas.



Tiada zikir khas yang
sabit.

Boleh dilakukan
disebabkan imam terlupa walaupun imam sendiri tidak lakukan.

Tidak boleh lakukan jika
imam tidak melakukannya.

Tidak berkenaan.



Boleh dilakukan dalam
solat.

Tidak boleh dilakukan
dalam solat.



Jika mahu rujuk cara sujud boleh baca di:


Selamat beramal! Mudah-mudahan semua ibadah kita diterima-Nya. Insya-Allah.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top