Showing posts with label health malaysia. Show all posts
Showing posts with label health malaysia. Show all posts

Semoga kejadian pukul OKU di Terengganu tidak lagi berulang. 😢


Sabar itu indah, jangan tergesa-gesa untuk bertindak. Jangan biarkan amarah menguasai diri hingga kita terlupa untuk berbincang dengan tenang. Ingatlah, tindakan tergesa-gesa tanpa pertimbangan boleh membawa padah yang tidak diingini.



Sumber:

Facebook Artortoise

 



Sebagai manusia, kekuatan kita adalah pada empati, bukan tangan yang menghukum.

Marah itu api, kawal sebelum ia memusnahkan segalanya. Jadilah penyelamat, bukan pendera.


- https://x.com/health_malaysia







Kulit manusia adalah organ penting yang berfungsi menghalang jangkitan dan melindungi cecair dalam tubuh. 

Melecur tahap 4 adalah kesan kebakaran paling teruk dan dalam, menjejaskan ketiga-tiga lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang.


Kulit mangsa akan menjadi kering, garing & kemungkinan ‘masak’.

Kecederaan dialami tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim bukanlah biasa-biasa apabila disimbah cecair oleh 2 individu tidak dikenali baru baru ini. 

Semoga beliau cepat sembuh dan pesalah dapat ditangkap segera. 


Sumber:

https://twitter.com/health_malaysia/





Anda tahu kerisauan, kegelisahan atau anxiety adalah salah satu masalah kesihatan mental. Dan anda tahu gejalanya adalah pemikiran yang terganggu. Namun tahukah anda, kerisauan boleh menyebabkan gejala fizikal? 

Gejala seperti sembelit, berdebar, nafas yng laju.

Kebanyakannya tidak ramai tahu mereka mempunyai masalah anxiety sehingga berjumpa dengan doktor. Mereka menganggap gejala ini semuanya disebabkan masalah perubatan yang lain seperti masalah jantung, usus, dll. 

Kami share beberapa gejala kerisauan yang berbentuk dizahirkan dalam bentuk fizikal. Jika anda ada gejala-gejala ini, mungkin boleh rujuk dengan doktor anda untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan. 







Tips Mencegah Serangan Kerisauan (Anxiety Attack) 










Ramai yang mudah mengalami serangan keresahan. Tidak ramai tahu cara mengatasinya. Dibiarkan lama-lama mungkin akan menyebabkan anda menjadi stress dan kemurungan. Kami senaraikan beberapa tips untuk mencegah serangan kerisauan. 

Jika semakin teruk, dapatkan bantuan dan berjumpa dengan doktor tau.



----

Maklumat lain:


ANXIETY DISORDER DAN PANIC ATTACK


Apa yang dimaksudkan oleh Anxiety Disorder dan Panic Attack? (Perbezaan Anxiey dan Panik Attack) 


1. Anxiety Disorder adalah suatu keadaan di mana pesakit secara tetap mudah berasa sedih, takut, risau, tidak tenang dan pelbagai perasaan negatif lain sehingga mengganggu rutin seharian pesakit dan menjejaskan hubungan pesakit dengan keluarga, teman dan rakan sekerja.


2. Panic Attack adalah satu tempoh keadaan tanpa diketahui puncanya, berlaku dengan tiba-tiba berlangsung selama sepuluh minit hingga sejam, pesakit mengalami pelbagai perasaan hingga pesakit tidak mampu bernafas, berasa akan mati.


3. Tidak semua pesakit sedar mereka mengalami Anxiety Disorder. Mereka menyangka kerisauan, kesedihan, ketakutan mereka adalah benar (real).


Sumber: Facebook Public Health Malaysia, Twitter @health_malaysia dan FB Dr. Zubaidi



Jangan mengambil mudah kejadian keracunan makanan.

Keracunan makanan yang serius boleh membawa kematian.

Pilih tempat makan yang bersih dan dijamin selamat.

Kurangkan makan di luar. Makan di rumah atau bawa bekal ke tempat kerja lebih selamat dan jimat.

Keracunan makanan boleh juga berlaku di rumah akibat kecuaian kita terhadap aspek kebersihan. 

Kain pengelap dan alas pemotong mudah tercemar dengan organisma yang terdapat dalam haiwan, tanah , air dan manusia.

Sentuhan kpd makanan walaupun sedikit boleh memindahkan organisma ini dan menyebabkan keracunan makanan.

Pastikan peralatan dapur sentiasa bersih.

Kerap basuh tangan ketika menyediakan makanan satu langkah bijak.

Antara tanda-tanda keracunan makanan ialah sakit perut, perut kejang, muntah, cirit birit, menggigil dan mual.


Amalkan, Lihat 👁👁 Hidu👃🏻Rasa 👅

-

Sumber:

- KKM dan health malaysia










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top