Showing posts with label sifat mahmudah. Show all posts
Showing posts with label sifat mahmudah. Show all posts

Semoga kejadian pukul OKU di Terengganu tidak lagi berulang. 😢


Sabar itu indah, jangan tergesa-gesa untuk bertindak. Jangan biarkan amarah menguasai diri hingga kita terlupa untuk berbincang dengan tenang. Ingatlah, tindakan tergesa-gesa tanpa pertimbangan boleh membawa padah yang tidak diingini.



Sumber:

Facebook Artortoise

 



Sebagai manusia, kekuatan kita adalah pada empati, bukan tangan yang menghukum.

Marah itu api, kawal sebelum ia memusnahkan segalanya. Jadilah penyelamat, bukan pendera.


- https://x.com/health_malaysia








Rezeki semua orang dapat. Cuma berbeza bahagiannya. Dan rezeki jika memang untuk kita, tetap untuk kita, lambat atau cepat. Cuma perlu bersabar. Namun jika tiada rezeki dalam sesuatu itu (terutama sesuatu yang kita suka / harap), adalah hikmahnya. Diganti dengan yang lebih baik di sini, atau di sana (akhirat). Yang penting, kita yakin dengan ketentuan-Nya dan teruskan berusaha. Jangan putus asa. Insya-Allah.

"Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu buat dengan ujian yang diberikan, tetapi Allah tahu hamba-Nya yang mana satu mampu tempuhi." - A

3 sebab Allah bagi rezeki: 
1- Ujian (Orang perempuan diuji ketika susah. Orang lelaki diuji ketika senang) 
2- Keperluan kita (Ada keperluan, adalah rezeki Allah sediakan. Rezeki anak, isteri) 
3- Tanggungjawab yang kita tunaikan (Semakin tinggi tanggungjawab yang kita tunaikan, semakin banyak rezeki yang Allah beri). 

- Ustaz Al Amin, Radio Ikim Fm -- 
*Antara Sumber: Cikpuan Adibah Bakri & FB Nadiah Azaman 
"Kalau memang dah rezeki kita, seluruh isi bumi nak tahan pun takkan dapat, jika tanpa izin Allah. Kalau memang bukan rezeki kita, seluruh isi bumi cuba nak beri pada kita pun takkan dapat, jika tanpa izin Allah. Tenanglah, sebab rezeki masing-masing sudah ditentukan. Orang lain tak dapat ambil. Jangan cakap tak ada rezeki kita, sebab rezeki kita akan habis bila nyawa kita di tarik sahaja. Waima seseorang ditakdirkan meninggal beberapa minit lagi tapi masih ada rezeki dia untuk makan Mee goreng, Mee goreng tu tetap akan masuk mulut dia sebelum nyawa nya ditarik. Kerana itu sudah tertulis rezekinya. Wallahua'lam." - Ustaz Zaharuddin
Tips berbaik dengan Pemilik Rezeki: (menjemput rezeki) 
-Bersyukur selalu, insya-Allah Allah akan tambah lagi nikmat.
- Nak duit banyak masuk, kena keluarkan duit (sedekah) 
- Maafkan orang, tidak mengata 
- Amalkan membaca Al-Quran, selalu berdoa 
-Menyempatkan diri beribadah 
-Berbakti &doakan ibubapa 
-Berpagi-pagi 
-Solat dhuha 
-Teruskan usaha, doa & tawakal 
- Jangan mengalah!

MAKANAN
" Makan banyak sebab tak nak membazir adalah alasan nafsu. Elok mencegah daripada awal; iaitu dengan sederhana membeli." - Ustaz
  • Nak beri atau belanja makan ni, kalau boleh mulakan ahli keluarga dan sanak saudara dulu. Dan diikuti dengan orang yang baik serta golongan memerlukan.
  • Elakkan menghina makanan. Nabi suka, dia makan. Tak suka, dia tinggalkan (tak makan).
Doa untuk orang yang ajak/beri/belanja makan :
"Ya Allah berilah makan pada yang beri makan pada kami. Berilah minum pada yang beri minum pada kami."
  • Sunnah ajak orang gaji sekali makan.
  • Doa selalu untuk murah rezeki dan terima kasih pada manusia dan syukur pada Allah.
  • Yang kita bagi makan sebolehnya orang tu baik. Dia akan hargai dan doakan.
  • Yang penting, beri ikhlas.
"Elakkan menipu dalam berniaga jika mahu rezeki berkat. Dan orang berniaga perlu banyakkan sedekah untuk bersihkan rezeki dia."
- Ustaz.

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
Akhir kata daripada saya,

Mungkin pada yang sudah tiada ibu / ayah, dia ada suami / isteri yang sedang erat memeluk.
Mungkin pada yang belum bersuami / isteri, dia masih ada ibu / ayah / adik-beradik yang menggembirakan hati.
Mungkin pada hati yang sedang amat kecewa, dia sudah banyak tempat mengembara.
Mungkin pada yang rasa kekurangan pada penampilan luaran, dia sedang mempunyai ramai kawan.
Mungkin pada yang kekurangan wang, dia punya anak yang ramai untuk membantunya kelak.
Mungkin pada yang belum ada anak, dia ada kediaman yang begitu selesa.
Mungkin pada yang masih kurang dalam kerjaya, dia masih punya badan yang sihat.
Mungkin pada yang kurang sihat masih ada yang meneman dan mendoakannya diam-diam.
Mungkin pada yang rasa diri dia belum cukup baik, masih ada yang sudi percayakannya.
Alhamdulillah. Semua itu adalah rezeki; daripada Yang Maha Pengasih.

Semua ada bahagian mereka. Jadi tenang-tenang sahaja.
Kita tak tahu apa kita tak tahu. Tapi Allah Maha Tahu. Kita buat kerja kita; usaha. Biar Allah tentukan sudahnya. Doalah yang baik-baik untuk semua. Insya-Allah. Moga dipermudah.
Dan yakinlah, takdir Tuhan itu baik-baik belaka.

SANGKA BAIK & DOA BAIK-BAIK. INSYA-ALLAH DAPAT BAIK-BAIK.
TERUSKAN USAHA DAN SEMOGA BERJAYA! :)




Orang memohon maaf dan dimaafkan ni orang yang kuat. Salah dengan manusia, mohon maaf dengan manusia, salah buat dosa dengan Tuhan, mohon maaf dengan Tuhan.

Allah Maha Pengampun. Nabi pun sangat pemaaf. Nak jadi mulia, kita ikut sikap yang mulia. Tak rugi jadi pemaaf dan minta maaf.

Waktu sesuai mohon maaf dengan Tuhan: tengah malam. Sunyi dan lebih tenang. Rasa dekat.

Tanda Allah maafkan kita:
- Sedih kerana dosa pada Allah; tanda dirahmati
- Kita rasa dosa kita besar
- Kita rasa nak beramal dan menjauhi yang mungkar

Cara mohon maaf dengan Allah:

- Istighfar
Astaghfirullahal a'zim
- Penyesalan
- Doa
- Dan tidak mahu buat salah tu lagi.

Apa pun, jaga diri dan jaga hati. Banyakkan istighfar.

Maaf sifat mulia, tak rugi jika kita juga memaafkan. Dan tak perlu tunggu orang minta maaf. Buatlah kerana ia mulia; dan kerana Allah suka.

Jangan sesekali putus asa dengan (rahmat) Allah. Terus sangka baik dengan (takdir) Allah. Dia duga bukan saja-saja. Ada hikmah & sebabnya. Insya-Allah. 💪




Doa menyentuh hati dari Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus .. hmmm panas pipi ini.
Posted by OhMuslim.com on Saturday, January 9, 2016



Sumber: 
Rancangan Hadistv9 
Gambar : InviteToIslam



Ramai kita di dunia ini bekerja kerana mahu membeli rumah idaman. Dan bagaimana pula jika mahu memperolehi rumah idaman di syurga ? Banyak juga caranya, apa yang penting, kita ikhlas, dan yakin berusaha.

- Bina masjid. 

Ada riwayat juga menyatakan binalah walau sekecil burung atau lebih kecil tetap akan Allah bina rumahnya di syurga.

“ Sesiapa yang membina masjid maka Allah ajkan membina untuknya sebuah rumah di syurga. - [ Riwayat al-Bukhari ]

- Memperbaiki perangai , elakkan lawan cakap dan melawak kosong.
“ Aku manjamin sebuah rumah di pinggiran syurga untuk orang yang meninggalkan lawan cakap sekalipun dia di pihak yang benar , dan sebuah rumah di tengah-tengah syurga bagi yang meninggalkan dusta walaupun bergurau dan sebuah rumah di kawasan tinggi syurga bagi barangsiapa yang memperbaiki akhlaknya. - [ Riwayat Abu Dawud. ]

- Reda dengan kematian anak

“ Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berkata kepada malaikat ; kamu mencabut nyawa anak hambaku ?

Malaikat menjawab: “Ya.”

“ Kamu mencabut nyawa buah hatinya.”

“Ya.”

‘Lalu apa kata hamba-Ku itu?’

‘ Dia tetap memujimu dan mengucapka  inalillahi wa ina ilaihi rojiun  “

‘ Bina untuk hamba-Ku itu sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu baitulhamd (rumah pujian)

[ Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad ]


- 12 rakaat solat sunat

“ Sesiapa yang solat sunat sehari semalam 12 rakaat , dibina untutknya sebuah rumah di syurga,” - [ Riwayat Muslim ]

Dalam hadis , Aisyah riwayat al Tirmizi ada perincian berkenaan 12 rakaat tersebut :

4 rakaat sebelum Zohor.
2 rakaat selepas zohor
2 rakaat selepas maghrib
2 rakaat selepas isyak
2 rakaan sebelum subuh

Jadi, jom kita berusaha untuk memiliki rumah di sana. Susah -susah di sini, senang-senang di sana. InsyaAllah.

[ Ezy Dakwah, Solusi ]


Semua kita ada sifat baik dan tidak baik. Jika boleh semua nak jadi baik dan mengawal sifat tidak baik. Sifat tidak baik tu bagaimana ? Jadi melalui permbacaan saya , saya kongsikan apa yang dikatakan penyakit-penyakit hati dalam islam .


Gambar dari spreadsalam


Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
  • Sombong (menayang apa dia ada. Sedangkan semua milik Allah )
Allah Ta’ala berfirman,وَلاَ تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلاَ تَمْشِ فِي اللأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَجُوْرٍ {18}“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman:18)
  • Dusta ( kebohongan yang membawa kepada kejahatan )
Nabi bersabda, “Seseorang yang senantiasa & terbiasa dgn dusta akan dicatat di sisi Allah ta’ala sebagai pendusta.” (HR. Bukhari 10/423, Muslim no. 2606)
  • Ujub (menganggap diri mulia dalam hati. Ia dicela Allah)
Sabda Rasulullah saw: "Tiga perkara yang membinasakan: Kekikiran yang dipatuhi, hawa nafsu yang dituruti dan kekaguman seseorang terhadap dirinya (ujub)."
  • Iri dan Dengki (iri kurang senang lebih orang. Dengki ialah mahu menghapuskan kebaikan pada orang lain. Berlaku dalam dua hal saja boleh dengki dan iri ini iaitu ilmu dan bersedekah.
"Jauhilah dirimu dari hasad (dengki), karena hasad dapat memakan kebaikan seperti api membakar kayu kayu bakar (H.R. Abu Daud)"
  • Riya’ (Berbuat baik dan gemar menunjuk-nunjuk )
“Orang yang riya berciri tiga, yakni apabila di hadapan orang dia giat tapi bila sendirian dia malas, dan selalu ingin mendapat pujian dalam segala urusan. Sedangkan orang munafik ada tiga tanda yakni apabila berbicara bohong, bila berjanji tidak ditepati, dan bila diamanati dia berkhianat.” (HR. Ibnu Babawih).
  • Bakhil dan kikir ( sebab cinta harta dia jadi kedekut )
“Adapun orang-orang yang Bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan Pahala terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya jalan yang sukar”.
[Al-Lail 8-10].
  • Prasangka Buruk
Allah Swt berfirman, "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka buruk. Karena sebagian dari prasangka buruk itu adalah dosa ..." (QS. al-Hujurat: 12)

Gambar dari spreadsalam

Jangan mengalah , teruslah cuba menjadi lebih baik , insyaAllah sama-sama kita :)







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top