Showing posts with label istikharah. Show all posts
Showing posts with label istikharah. Show all posts

Banyak perkongsian menarik melalui Facebook dan Telegram Empower Quran Global. Saya kongsikan sedikit di sini.


DOA LEPAS SOLAT


Setiap kali lepas solat, bacalah..


"Allahumma Ajirna Minan Nar"


Ertinya: Ya Allah, lindungilah kami dari azab api neraka

Semoga Allah swt jauhkan kita semua dari azab api neraka. Amin Ya Rabb

Gambar


ISTIKHARAH

Ketika awak rasa tiada sesiapa yang ingin mendengar penat lelah dan masalah, atau sedang dibuang ingatlah perkara ini ;


"وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ"


Dan Tuhan kamu berfirman:  "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Al-Ghafir ; 60)


Normalize : Solat Istikharah setiap kali nak buat keputusan.


Antara amalan sunnah yang Rasulullah SAW latih para sahabat. Kata baginda ; "Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku."


Biar Allah SWT ada dalam setiap keputusan yang ingin kita buat. InshaAllah, sesungguhnya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita ❤️





Setiap perkataan yang baik mampu meneruskan semangat. Namun perkataan yang bebrisa mampu menjadi senjata pemusnah. Kata-kata boleh ubah perspektif dan meruntuhkan kepercayaan orang lain.

Jika mencari artikel berkaitan solat istikharah , boleh rujuk: SINI

Dalam hidup ini, berapa kali kita jauh dari rahmat Allah , hanya kerana pakej itu tidak datang seperti yang kita harapankan. Kita jarang bersyukur dan melihat hikmah. Namun jika kita sabar sedikit dan yakin dengan ketentuan-Nya, pastinya semua akan baik-baik saja.

Jika berkeinginan keras buat sesuatu, buat solat dua rakaat yang bukan fardu dan berdoa. (hadis) Doa istikharah. Selain itu solat hajat. Tak dinyatakan bukan solat istikharah saja dalam hadis.

Langit hidup tanpa warna untuk dilihat dalam pelbagai warna.

Langkah istikharah ; gunakan semua pancaindera dan akal untuk berfikir.
Langkah kedua : istikharah, cari pendapat orang lain yang pakar.
Langkah ketiga:  Barulah solat istikharah
Jika kita boleh pilih lima di dunia ini maka pilihlah agama, harta , akhlak mulia , rasa malu dan pemurah. – Lukmanul Hakim.
Kesan istikharah akan tenang dan lebih yakin. Buat jawapan dalam keadaan lebih selesa.

Gerak hati dan mimpi itu datang dari hati bersih.

Tidak boleh dilakukan untuk perkara haram, dan mungkar.
Islam tak mengajar kita sombong.

Nabi Adam pesan :
- Jika buat sesuatu tapi gelisah, janganlah buat. Syakwasangka.
- Fikirkan kesudahan buat sesuatu. Lihat kesudahanku memakan kuldi kerana tak meimkirkannya.
- Jika hendak buat sesuatu berundinglah dahulu.

Mintalah fatwa dari hati. Secara semulajadi hati tak suka perkara maksiat dan jahat.

Hidup ni macam kek, kalau kita makan semata telur mentah, serbuk penaik sahaja pasti tak lazat. Cuba buat kek, sedapkan ? Itulah analogi hikmah setiap dugaan hidup.
Baginda lalu menjelaskan satu ilmu yang sangat penting, “Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa-apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa membenarkanmu.” (Hadis hasan riwayat Ahmad dan Ad-Darimi).
Buatlah pilihan yang terbaik, kerana kadangkala keputusan kita itu hanya mampu dilakukan sekali namun kesannya perlu ditanggung seumur hidup. Hati-hati. Jaga diri. Semoga dipermudahkan semuanya, insyaAllah. Teruskan usaha dan doa banyak-banyak.

Rujukan gambar : http://www.pixteller.com

/

Tips untuk mengundi Pilihan raya umum 14 (PRU 14) habis telah saya terokai. Sambil lalu tu selit doa dan istikharah sekali. Saya pasti saya perlu buat keputusan terbaik menjelang hari yang menentukan pemerintahan Malaysia untuk lima tahun akan datang .Tradisinya saya tidak suka sesi kutuk mengutuk , saya elak serkap jarang dan saya rasa saya wajib menjauhi ketaksuban .

Siapa patut saya pilih? Saya masih keliru untuk buat keputusan .

 [ Gambar : 7 Cara / langkah Pengundian - zoom untuk lebih jelas  ]


"Kita berjuang demi islam " , "Kita mahukan perubahan " , "Eh, bukankah selama ni aman , kekalkan keamanan " . Dan pelbagai lagi slogan di banner bunting kempen untuk memancing hati kecil rakyat marhein seperti saya yang kerdil ini. Takkan saya perlu mengundi dengan cari buruk orang dan terus tak sokong mereka, entah betul entah tidak perkhabaran tersebut , atau ia hanya satu pengaiban ? Wallahualam .

_____________________________

Cara Mengundi Pada Pilihanraya Umum Ke-13 (pru13) Tanggal 5 Mei 2013, selaras dengan hari pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), pemilih (pengundi) warganegara Malaysia yang berdaftar wajib mengikut beberapa langkah untuk mengundi.

LANGKAH 1
Pertama sekali, sebelum keluar mengundi, anda harus membawa bersama Kad Pengenalan anda yang akan disemak oleh kerani pengundian.

LANGKAH 2
Apabila tiba di pusat pengundian, anda perlu beratur di luar bilik mengundi dan hanya akan dibenarkan masuk oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk tersebut.

LANGKAH 3
Seterusnya, kemukakan Kad Pengenalan anda untuk disemak oleh kerani pengundian pertama. Anda juga perlu tunjukkan tangan anda untuk diperiksa bagi memastikan tiada kesan dakwat pada jari-jari anda.

LANGKAH 4
Selepas itu, gerak ke kerani pengundian kedua yang akan minta anda meletakkan tangan anda di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari.

LANGKAH 5
Sebelum anda menerima kertas undi dari kerani pengundian ketiga, nombor dan nama anda akan ditanda oleh kerani pengundian pertama. Setelah nama anda disebut, ambil kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.

LANGKAH 6
Langkah seterusnya ialah untuk anda bergerak ke petak undian dan tanda ‘X’ pada ruang calon dalam kertas undi anda. Ingat, anda hanya boleh memilih satu calon sahaja.

LANGKAH 7
Selepas selesai membuat pilihan calon, masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

LANGKAH 8
Apabila sudah selesai mengundi, anda tidak dibenarkan menunggu di dalam bilik mengundi dan harus keluar dari bilik mengundi dengan segera.

Proses pengundian akan diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang dilantik dan jikaanda mempunyai pertanyaan, anda boleh rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi.

Anda boleh menunggu di pusat penjumlahan undi, terdapat skrin besar di sana yang menunjukkan kemas kini undi. Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya.

Selamat mengundi!

[ Video :  Tips Memilih Pemimpin untuk Noobs oleh matluthfi90 ]

Terima kasih ! :)

* Sejak bila Anem tulis guna 'saya' ni . Saja :D








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top