Showing posts with label jom tanya peguam. Show all posts
Showing posts with label jom tanya peguam. Show all posts

 



APA TERMA-TERMA YANG PERLU ADA DALAM PERJANJIAN SEWA?

Tak kira sama ada anda tuan tanah atau penyewa, ini adalah terma-terma dalam perjanjian sewa yang anda perlu ketahui:

1. Maklumat premis sewaan

Ini yang paling asaslah. Tuan tanah dan penyewa kena tahu dan letak dalam perjanjian sewa maklumat hartanah yang disewa iaitu jenis hartanah dan juga alamat.

2. Tempoh sewaan

Terma ini nampak mudah tapi penting juga. Tempoh sewaan sebenarnya tak melebihi 3 tahun. Kalau lebih 3 tahun kita panggil lease yang mana sepatutnya perlu didaftarkan dalam geran. Kalau sewaan (tenancy), tak perlu daftar. Tempoh biasa orang letak sama ada 1 atau 2 tahun.

3. Jumlah sewa bulanan dan cara pembayaran

Kalau sebut pasal perjanjian sewa, jumlah sewa bulanan sudah pasti jadi perkara nombor satu. Tak perlu penjelasan.

Sebaiknya dalam perjanjian sewa, letak terus bila dan macam mana penyewa nak bayar sewa. Tunai ke, bank in ke, transfer online ke. Letak terus maklumat akaun tuan tanah. Senang.

4. Jumlah deposit

Tuan tanah dan penyewa kena setuju berapa jumlah deposit sebelum masuk rumah. Sama ada sebulan atau 2 bulan sewa. Yang orang sebut 2+1, 1+1 yang ni lah.

Kalau 2+1, sewa bulanan RM 1,000, maksudnya kena bayar deposit 2 bulan dan sewa bulan tu. Jadi total kena bayar sebelum masuk rumah RM 3,000.

Kalau 1+1, sewa bulanan RM 1,000, maksudnya kena bayar deposit 1 bulan dan sewa bulan tu. Jadi total kena bayar sebelum masuk rumah RM 2,000.

Kalau tuan tanah bagitahu tiada deposit? Bayar sewa bulan nak masuk tu sahajalah. Tapi jarang lah tiada deposit. Sebab deposit bertindak sebagai jaminan kepada tuan tanah dalam situasi penyewa langgar kontrak, maka tuan tanah boleh duit deposit tersebut.

Biasanya, deposit untuk utiliti pun penyewa kena bayar.

5. Sambung sewa

Penyewa kalau rasa nak sewa lama, sebaiknya letak terus klausa pembaharuan kontrak untuk sambung sewa. Boleh letak tambahan 1 tahun atau 2 tahun terus. Tuan tanah juga boleh nyatakan jika ada sambung sewa, berapa jumlah kenaikan sewa yang akan dikenakan. Kalau nak naikkan lah.

6. Apa yang tersedia ada dalam rumah/premis

Kalau rumah/premis partially atau fully furnished, seeloknya buat senarai lengkap semua perabot atau barangan yang ada. Letak sebagai lampiran di mukasurat akhir perjanjian.

7. Siapa yang bayar apa

Biasanya bil api, air dan Indah Water semua penyewa yang bayar, sebab penyewa yang duduk rumah/premis tu kan.

Untuk tuan tanah pula, biasa cukai tanah, cukai taksiran dan bayaran maintenance adalah tanggungjawab tuan tanah.

Jadi pastikan betul-betul dan letak dalam kontrak sewa. Nanti tak perlu lagi nak tuding jari kalau ada isu.

8. Larangan untuk gunakan premis bagi tujuan lain

Penting untuk tuan tanah. Tuan tanah kena pastikan bahawa ada disebut dalam perjanjian sewa bahawa rumah atau premis sewa tak boleh digunakan oleh penyewa selain dari tujuan yang dinyatakan dalam perjanjian.

Biasanya kalau rumah, isu sublet. Penyewa dilarang sublet kepada orang lain tanpa kebenaran bertulis dari tuan tanah.

Untuk premis pulak, kalau dalam perjanjian dah tulis premis untuk perniagaan makanan, tak boleh guna untuk buat kegiatan-kegiatan lain yang tak dinyatakan. Kegiatan haram lagi la tak boleh.

9. Klausa penamatan

Tuan tanah biasanya akan letak klausa yang penamatan awal kontrak sewa tidak dibenarkan sama sekali. Kalau penyewa tamatkan kontrak awal, maka penyewa kena bayar jumlah untuk baki tempoh dan deposit tidak akan dipulangkan.

Tapi ada keadaan juga di mana tuan tanah dan penyewa setuju jika kontrak ditamatkan oleh mana-mana pihak, notis selama sebulan atau 2 bulan perlu diberikan. Kalau tak, deposit tidak akan dipulangkan.

10. Apa jadi kalau rumah/premis dijual dalam tempoh sewaan

Ini penting kepada penyewa. Untuk lindungi hak anda sebagai penyewa, boleh letak klausa yang menyatakan bahawa jika tuan tanah menjual rumah atau premis dalam tempoh sewaan, penjualan tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian sewa.

Maksudnya, pembeli baru adalah terikat dengan perjanjian sewa dengan penyewa.

Kalau tak, penyewa boleh saman tuan tanah atas perlanggaran kontrak.

11. Tindakan tuan tanah kalau penyewa tak bayar sewa

Ini pula penting untuk tuan tanah. Untuk pengetahuan, tuan tanah adalah dilarang sama sekali dari mengunci rumah atau premis sewa tanpa pengetahuan penyewa, walaupun ada sebut dalam perjanjian.

Tetap tak boleh.

Kena dapatkan perintah mahkamah dulu. Kalau tak, penyewa boleh buat laporan polis nanti.

Solusinya?

Tuan tanah boleh letak klausa yang menyatakan jika penyewa gagal bayar sewa dalam tempoh sekian, maka tuan tanah berhak untuk potong bekalan api dan air rumah atau premis tersebut.

Kalau potong bil api dengan air, mudah sikit untuk tuan tanah halau penyewa yang liat dan sengaja tak bayar sewa.

PENTINGNYA ADA PERJANJIAN SEWA

Kenapa pentingnya perlu ada perjanjian sewa adalah supaya pihak-pihak lebih sedar dan tahu akan tanggungjawab masing-masing.

Kalau tiba-tiba ada isu di kemudian hari, perjanjian bertulis yang terperinci akan memudahkan untuk pihak mahkamah tentukan pertikaian yang berlaku.

Oleh:

Nas Rahman
Peguam di Tetuan Nas Rahman & Co.

Share jika anda rasa posting ini bermanfaat!

Kalau nak baca perkongsian undang-undang lain, jemput like page Jom Tanya Peguam atau layari laman web www.jomtanyapeguam.com

Kami juga ingin menjemput anda sertai group soal jawab Telegram Jom Tanya Peguam https://t.me/jomtanyapeguam



Kredit gambar: Muhsin Rozhan







 



๐€๐๐€ ๐๐€๐Š ๐๐”๐€๐“ ๐Š๐€๐‹๐€๐” ๐†๐„๐‘๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐‡๐ˆ๐‹๐€๐๐†?

Dalam sistem tanah di negara kita, pendaftaran pemilikan adalah segala-galanya. Sebab itu sebagai pemilik sesebuah hartanah, kita kena sentiasa ada geran asal dalam milikan.

Kalau nak jual rumah tapi Geran asal hilang, proses jual beli tak boleh nak diteruskan.

Jadi, apa perlu kita buat jika Geran asal hilang?

๐Ÿ. ๐๐ฎ๐š๐ญ ๐‹๐š๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐’๐ž๐ ๐ž๐ซ๐š

Maklumat yang perlu ada dalam laporan polis:

– Nama penuh pemilik
– Nombor Kad Pengenalan
– Maklumat Geran
– Alamat Hartanah
– Bila hilang

๐Ÿ. ๐๐ฎ๐š๐ญ ๐€๐ค๐ฎ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐ก

Akuan sumpah perlu dibuat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah oleh pemilik. Kalau pemilik ramai, semua pemili kena buat akuan sumpah bersama.

Akuan Sumpah dibuat bagi tujuan untuk dapatkan semula Geran baru di Pejabat Tanah.

๐Ÿ‘. ๐๐ฎ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ƒ๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐†๐ž๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐ƒ๐ข ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐“๐š๐ง๐š๐ก

Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:

– Laporan Polis asal
– Surat akuan bersumpah asal oleh pemilik
– Salinan kad pengenalan pemilik yang diakui sah
– Carian persendirian hartanah
– Salinan resit cukai tanah dan cukai pintu
– Bayaran permohonan

Ketika hadir ke Pejabat Tanah, pemilik akan dikehendaki mengisi Borang Permohonan untuk dapatkan Geran baru. Semua dokumen di atas akan dikepilkan bersama-sama dengan Borang Permohonan.

Carian persendirian hartanah boleh dibuat pada masa yang sama ketika isi dan hantar Borang Permohonan sebab Carian Persendirian boleh dapat segera. Jadi, tak perlulah berulang alik ke Pejabat Tanah. Harga Carian Persendirian RM 30 kalau di Selangor.

Ada sesetengah Pejabat Tanah mungkin minta Carian Rasmi dan bukannya Carian Persendirian. Jadi, dalam situasi macam ni, kena buat Carian Rasmi. Carian Rasmi biasanya takkan dapat pada hari yang sama sebab pegawai kena tandatangan dan harga mahal sedikit dari Carian Persendirian iaitu RM 50 (Selangor).

Bayaran permohonan juga berbeza di setiap Pejabat Tanah. Kalau di Selangor, bayaran seperti berikut:

Geran hilang: RM 430 – RM 440
Geran rosak: RM 120 – RM 130
Geran hancur: RM 10

๐Ÿ’. ๐’๐ข๐š๐ฌ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Ž๐ฅ๐ž๐ก ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐“๐š๐ง๐š๐ก

Selepas Borang Permohonan diserahkan bersama-sama dokumen yang lengkap, dalam masa beberapa minggu (atau bulan) kemudian, pemilik akan dipanggil oleh Pejabat Tanah untuk menghadiri siasatan berkenaan permohonan tersebut.

Pemilik biasanya akan menerima surat dari Pejabat Tanah. Jadi, pastikan alamat surat menyurat yang diletakkan adalah alamat terkini.

Semasa siasatan, pemilik perlu menjawab beberapa soalan yang akan ditanya oleh pegawai.

๐Ÿ“. ๐Š๐ฎ๐ญ๐ข๐ฉ๐š๐ง ๐†๐ž๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐๐ข ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐“๐š๐ง๐š๐ก

Selepas selesai siasatan di Pejabat Tanah, langkah terakhir hanyalah untuk Pejabat Tanah memproses dan membuat Geran baru bagi hartanah tersebut.

Proses ini biasanya mengambil masa berbulan juga. Boleh dapatkan kepastian dari pegawai ketika siasatan dijalankan.

Jika Geran baru sudah siap, pemilik sekali lagi akan dihubungi oleh Pejabat Tanah, biasanya melalui surat, untuk datang dan ambil Geran baru tersebut sendiri.

Geran tersebut mestilah diambil sendiri oleh pemilik. Jika nak hantar wakil, kena buat surat wakil kuasa untuk orang lain ambilkan.

Lepas dapat Geran baru, sebaiknya buat terus salinan photostat manakala Geran asal simpanlah di tempat yang selamat.

Semoga bermanfaat.

P/S:

Sekiranya kita beli hartanah guna pinjaman bank, Geran asal akan dipegang oleh pihak bank sehinggalah kita habis bayar hutang. Salinan sahaja yang akan ada dengan kita. Jadi, dalam situasi ini, jangan pula kita buat permohonan Geran hilang. Tak pasal-pasal kena maki dengan Pejabat Tanah satgi.

Oleh:

Mohamad Nasruddin Ab Rahman
Peguam di Tetuan Nas Rahman & Co.

https://www.facebook.com/share/p/PjbCTnJYYPpqoq7C/








 


HARTA SEPENCARIAN

Ahmad baru sahaja menikahi isteri mudanya, Esah dua bulan yang lalu. Ahmad telah mengahwini isteri pertamanya, Senah selama 11 tahun dan tidak mempunyai niat untuk menceraikannya. Senah khuatir sekiranya Esah mengahwini Ahmad kerana harta mereka. Senah mangambil keputusan untuk berjumpa peguam bagi merungkai kekusutan beliau.

Penerangan:-

Harta Sepencarian adalah harta-harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang tempoh perkahwinan.Kiraan adalah berdasarkan harta yang diperolehi secara bersendirian atau bersama-sama sepanjang tempoh perkahwinan.

Selain itu, kiraan hendaklah berdasarkan sumbangan secara langsung atau tidak langsung.

– Sumbangan Secara Langsung

Contohnya: Ahmad beli rumah secara bersama-sama dengan Senah di mana perjanjian jual beli (S&P) rumah kelamin tersebut terdapat nama Ahmad dan Senah. Contoh lain, rumah dibeli oleh Ahmad, loan atas nama Ahmad,S&P rumah tersebut nama Ahmad seorang tetapi ansuran bulanan dibayar oleh Senah, kos renovasi rumah Senah yang bayar, pembelian perabot pun dibayar oleh Senah.

– Sumbangan Secara Tidak Langsung

Contohnya: Senah tidak bekerja/suri rumah. Rumah dibeli dan ditanggung sepenuhnya oleh Ahmad. Dalam senario ini, peranan Senah sebagai caretaker rumah tangga mereka adalah dikira. Selain itu, pengorbanan melahirkan dan membesarkan anak2 dan dengan pengorbanan itu membolehkan Ahmad fokus kepada karier dan boleh mendapat pendapatan yang tinggi. Wanita yang bekerja juga boleh menuntut Harta Sepencarian atas kiraan Sumbangan Secara Tidak Langsung.

– Kiraan Sumbangan Langsung dan Tidak Langsung boleh dipakai untuk harta-harta lain seperti kenderaan, tanah dan sebagainya.

BILA PASANGAN BOLEH TUNTUT HARTA SEPENCARIAN?

– Selain berpoligami, Harta Sepencarian boleh dituntut sekiranya pasangan berpisah atau salah seorang pasangan meninggal dunia.

PROSEDUR TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN

Berikut adalah prosedur bagi Tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah Syariah:-

1. Pihak yang ingin menuntut (Plaintif) hendaklah memfailkan Saman (Borang MS 2) dan Pernyataan Tuntutan.

2. Dalam Pernyataan Tuntutan perlu diceritakan fakta berkaitan perkahwinan pihak-pihak dan harta-harta yang diperolehi oleh pihak-pihak.

3. Lampirkan dokumen mengikut fakta yang dibentangkan seperti salinan I/C pihak-pihak, sijil nikah, sijil lahir anak, serta dokumen-dokumen harta yang berkaitan.

4. Sekiranya sudah lengkap, boleh failkan Tuntutan Harta Sepencarian di kaunter mahkamah.

5. Mahkamah akan bagi notis Sulh.
Pihak-pihak perlu hadir ke Majlis Sulh bagi perbincangan sekiranya boleh diselesaikan secara persetujuan bersama.

6. Sekiranya Majlis Sulh berjaya, pihak-pihak hendaklah memastikan terma-terma yang dipersetujui direkodkan oleh Pegawai Sulh sebelum ianya diendorskan menjadi Perintah Perjanjian Persetujuan Bersama.

7. Sekiranya Majlis Sulh tidak berjaya, Plaintif (pihak yang memulakan tindakan) perlu menyampaikan Saman kepada Defendan (pihak yang dikenakan tindakan) secara kediri (serahan by hand).

8. Plaintif perlu memfailkan Afidavit Penyampaian sekiranya Saman berjaya diserahkan.

9. Defendan perlu memfailkan Pembelaan & Tuntutan Balas bagi menjawan Pernyataan Tuntutan Plaintif.

10. Plaintif kemudiannya perlu memfailkan Jawapan Kepada Pembelaan & Pembelaan Terhadap Tuntutan Balas.

11. Seterusnya, mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi pengurusan kes sebelum prosiding perbicaraan dijalankan.
Mahkamah seterusnya akan tetapkan tarikh perbicaraan.

12. Setelah perbicaraan selesai, mahkamah akan arahkan pihak-pihak untuk memfailkan hujahan secara bertulis.

14. Setelah Hujahan Bertulis dan Hujhan Balasan difailkan, Mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi keputusan.

15. Pihak-pihak boleh dapatkan perintah bersih daripada Mahkamah setelah pembayaran dibuat.

Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie

https://www.facebook.com/share/p/N1yqjTgfYcdU8CQP/



 


Sebenarnya kan, ramai je yang tak puas hati bila diorang kena buang kerja tapi ramai juga yang tak ambil tindakan.

Sebabnya?

Masih ramai yang tak tahu macam mana caranya!

Jadi sekarang saya nak share A to Z:

๐‚๐€๐‘๐€ ๐’๐€๐Œ๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐€๐‹๐€๐” ๐Š๐„๐๐€ ๐๐”๐€๐๐† ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐€๐ƒ๐ˆ๐‹

Pertama sekali, kita kenalpasti dulu apa jenis-jenis buang kerja yang selalu berlaku:

1. Kena buang dengan alasan masalah disiplin
2. Kena buang dengan alasan prestasi kerja
3. Pemberhentian kerja (retrenchment)
4. Tenaga kerja berlebihan (redundancy)
5. Syarikat/cawangan tutup
6. Dipaksa letak jawatan
7. Pembuangan kerja secara konstruktif
8. Dibuang tanpa alasan langsung

Macam mana kita nak tahu kalau pembuangan kerja kita tu dibuat dengan tak betul?

1. Kita sendiri rasa ada sesuatu yang tak kena.

2. Apa yang majikan cakap tak sama dengan apa yang terjadi. Contohnya, dalam surat sebut kena diberhentikan sebab syarikat nak tutup, tapi lepas kena berhenti, syarikat masih kekal beroperasi.

3. Kalau alasan masalah disiplin, kita dituduh tanpa sebab.

4. Kalau alasan prestasi kerja, tak pernah diberikan surat amaran langsung.

5. Kalau retrenchment, majikan tak ikut prinsip Last In First Out (LIFO).

Bila kita rasa kena buang kerja secara tak betul macam ni, jangan ambil masa lama sangat untuk bersedih. Kena bertindak cepat!

๐Ÿ) ๐๐”๐€๐“ ๐€๐ƒ๐”๐€๐ ๐Š๐„ ๐‰๐๐

Langkah pertama ini paling penting.

Mana-mana pekerja yang tak puas hati dengan cara pembuangan kerja perlu aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dalam ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐Ÿ”๐ŸŽ ๐ก๐š๐ซ๐ข dari tarikh pembuangan kerja atau tarikh akhir kerja.

๐ด๐‘๐‘Ž ๐‘—๐‘Ž๐‘‘๐‘– ๐‘˜๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ข ๐‘ ๐‘ข๐‘‘๐‘Žโ„Ž ๐‘™๐‘’๐‘๐‘–โ„Ž 60 โ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–?

Terlepas peluang untuk saman majikan. Kereta api sudah berlalu pergi. JPP tak akan layan.

Tak kira la kita rasa kes kita ni kuat ke tak kuat ke, buat sahaja aduan ke JPP dahulu. Nak tarik balik kes bila-bila masa pun boleh. Tiada masalah. Nak mulakan kes yang kena ikut tempoh masa. Maka, perlu lebih berhati-hati dan cakna.

๐‘‡๐‘Ž๐‘๐‘– ๐‘๐‘ข๐‘Ž๐‘ก ๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘’ ๐ฝ๐‘ƒ๐‘ƒ โ„Ž๐‘Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘๐‘’๐‘˜๐‘’๐‘Ÿ๐‘—๐‘Ž ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘ข๐‘™๐‘Ž, ๐‘ ๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘‘๐‘Žโ„Ž ๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘›๐‘Ž๐‘˜ ๐‘˜๐‘’๐‘Ÿ๐‘—๐‘Ž ๐‘๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘˜. ๐‘€๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘š ๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘Ž ๐‘›๐‘–?

Buat sahaja dulu aduan. Memang di bawah akta, aduan ke JPP hanya untuk bekerja semula. Tapi untuk pergi ke Mahkamah Perusahaan, kita kena lalu JPP dahulu.

๐Ÿ) ๐๐‘๐Ž๐’๐„๐’ ๐‘๐”๐๐ƒ๐ˆ๐๐† ๐ƒ๐€๐Œ๐€๐ˆ

Apabila aduan sudah dibuat, pegawai JPP akan menetapkan tarikh bagi suatu proses Runding Damai.

Semasa Runding Damai, ada 5 scenario yang boleh berlaku:

1. Majikan setuju untuk ambil semula dan pekerja setuju – Kes selesai

2. Majikan setuju untuk ambil semula tapi pekerja tak setuju – Kes selesai

3. Majikan tak setuju untuk ambil semula tapi tawarkan pampasan dan pekerja setuju – Kes selesai

4. Majikan tak setuju untuk ambil semula dan tawar pampasan tapi pekerja tak setuju jumlah pampasan – Kes boleh dirujuk ke Mahkamah Perusahaan

5. Majikan tak setuju untuk ambil semula dan tiada pampasan ditawarkan – Kes boleh dirujuk ke Mahkamah Perusahaan

Kebiasaannya, majikan memang takkan setuju untuk ambil pekerja semula khususnya dalam kes yang hubungan antara majikan dan pekerja sudah tak harmoni atau dalam kes retrenchment.

Tapi tak dinafikan, memang ada juga yang majikan setuju untuk ambil semula, walaupun jumlahnya kecil. Jadi, kalau pekerja setuju, boleh la masuk kerja semula. Kalau tak setuju, kes dikira selesai.

๐Ÿ‘) ๐Š๐„๐’ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐”๐‰๐”๐Š ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐”๐’๐€๐‡๐€๐€๐ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐‰๐๐

Bila majikan tak setuju untuk ambil bekerja semula, pekerja boleh meminta pegawai JPP untuk rujuk kes ke Mahkamah Perusahaan.

Biasanya, Pekerja akan dimaklumkan melalui emel sebanyak 2 kali iaitu:

- Kes sudah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan
- Kes sudah sampai di Mahkamah Perusahaan

Bila dah dapat emel yang kes sudah didaftarkan di Mahkamah Perusahaan, ini adalah masa terbaik untuk lantik peguam, jika mahu.

Dalam emel akan dinyatakan tarikh sebutan pertama.

๐Ÿ’) ๐๐‘๐Ž๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐๐† ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐”๐’๐€๐‡๐€๐€๐

Sekarang, sebutan kes pertama kali akan dibuat secara online sahaja. Dalam emel dari Mahkamah Perusahaan, akan ada link untuk sebutan kes.

Kalau pekerja nak lantik peguam untuk wakilkan, ini dokumen asas yang peguam akan perlukan:

- surat perlantikan kerja/kontrak kerja
- surat penamatan kerja
- slip gaji
- dokumen-dokumen lain yang relevan ikut kes masing-masing

Kalau dah lantik peguam masa ni, peguam yang akan hadir dalam sebutan kes tu bagi pihak pekerja. Tapi kalau masih belum lantik, kena hadir sendiri.

Biasanya dalam sebutan kes pertama, mahkamah akan tetapkan terus tarikh-tarikh bagi pemfailan Pernyataan Kes, Pernyataan Jawapan, Rejoinder, Ikatan Dokumen dan juga tarikh bicara.

Oleh itu, secara ringkasnya, begini:-

Penyata Kes (pihak Pekerja) -> Penyata Jawapan (pihak Majikan) -> Rejoinder (pihak Pekerja)

Semasa sebutan kes sehingga sebelum bicara, mana-mana pihak boleh mengusulkan supaya proses Mediasi dijalankan terlebih dahulu. Sekiranya masih tiada sebarang persetujuan, barulah mahkamah teruskan dengan bicara penuh.

๐Ÿ“) ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Š๐„๐’

Biasanya beberapa minggu sebelum tarikh bicara penuh, pihak-pihak perlu failkan dokumen-dokumen berikut:

- Ikatan Dokumen

- Pernyataan Saksi

Majikan akan mulakan kes dahulu dengan memanggil saksi-saksi majikan. Selepas itu, barulah kes pekerja dan saksi-saksi bagi pihak pekerja pula kecuali jika kes melibatkan pembuangan kerja secara konstruktif ataupun pemberhentian kerja secara paksaan.

Dalam kes sebegini, pekerja yang akan mulakan dahulu.

Perbicaraan biasanya akan mengambil masa beberapa hari bergantung kepada bilangan saksi dan hari bicara tidak semestinya berterusan kerana bergantung kepada jadual Mahkamah.

๐Ÿ”) ๐‡๐”๐‰๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐”๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐–๐€๐‘๐ƒ

Selepas bicara penuh selesai, Mahkamah Perusahaan akan mengarahkan pihak-pihak failkan:

- Hujahan Bertulis dan Ikatan Otoriti
- Hujahan Balas dan Ikatan Otoriti

Keputusan atau Award kes akan diberikan dalam masa 3 bulan dari tarikh Hujahan Balas difailkan ataupun mungkin lebih cepat.

Award akan dihantar melalui pos ataupun boleh disemak dalam laman sesawang Mahkamah Perusahaan Malaysia:

https://www.mp.gov.my/en/web-personalisation/public

Dalam kes yang mana pekerja menang, majikan perlu bayar pampasan yang diberikan dalam masa 30 hari dari tarikh Award.

๐Ÿ•) ๐‘๐€๐˜๐”๐€๐ ๐Š๐„ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ

Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Perusahaan, boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 14 hari dari tarikh terima Award.

๐๐„๐๐”๐“๐”๐

Harapan saya adalah supaya lebih ramai pekerja di Malaysia yang tahu dan cakna tentang hak masing-masing sebagai pekerja. Khususnya dalam isu dipecat atau ditamatkan perkhidmatan.

Jangan lepas 5, 6 bulan kena buang kerja baru nak ambil tindakan. Masa ni memang dah tak boleh la. Satu kerugian yang besar.

Nak lantik peguam atau tak itu hal kedua. Boleh putuskan nanti bila kes sampai di mahkamah. Yang penting buat langkah pertama tu dulu.

Semoga bermanfaat.

Oleh:

Mohamad Nasruddin Ab Rahman
Peguam di Tetuan Nas Rahman & Co.

https://www.facebook.com/share/p/mL9RuXpNp4GjXKaR/








 


PROSEDUR PENGESAHAN LAFAZ CERAI

Pengesahan lafaz cerai perlu dibuat di mahkamah sekiranya si suami menceraikan isteri di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah. Namun, pihak-pihak sama ada isteri mahupun suami perlu mengikuti prosedur mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz cerai.

1. Pihak-pihak hendaklah memfailkan Saman (Borang MS 2) dan Pernyataan Tuntutan bagi pengesahan lafaz cerai.

2. Dalam Pernyataan Tuntutan perlu diceritakan fakta berkaitan perkahwinan pihak-pihak seperti bila berkahwin, berapa orang anak daripada hasil perkahwinan dan sebagainya.

3. Kemudian, perlu dinyatakan fakta berkaitan kronologi lafaz cerai seperti bila dilafazkan, di mana dilafazkan, bila kali pertama dilafazkan (sekiranya lebih daripada sekali lafaz cerai), apakah lafaz yang diungkapkan oleh si suami, pernah rujuk atau tidak, apakah keadaan si suami ketika melafazkan cerai (waras atau tidak), ada saksi waktu kejadian atau tidak.

4. Lampirkan dokumen mengikut fakta yang dibentangkan seperti salinan I/C pihak-pihak, sijil nikah, sijil lahir anak, I/C saksi sekiranya ada, serta dokumen yang berkaitan seperti salinan screenshot lafaz cerai (sekiranya si suami lafazkan cerai melalui Whatsapp, FB Messanger, SMS, Telegram atau email).

5. Sekiranya sudah lengkap, boleh failkan Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai di kaunter mahkamah.

6. Mahkamah akan bagi notis perbicaran.

7. Plaintif (pihak yang memulakan tindakan) perlu menyampaikan Saman kepada Defendan (pihak yang dikenakan tindakan) secara kediri (serahan by hand).

8. Plaintif perlu memfailkan Afidavit Penyampaian sekiranya Saman berjaya diserahkan.

9. Pihak-pihak perlu hadir ke mahkamah.

10. Siasatan oleh Mahkamah.

11. Keputusan oleh Mahkamah.

Semoga bermanfaat.

Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie di Tetuan Fatihah Salahuddin

https://www.facebook.com/share/p/bXu9phoP5T7FYdBV/

 


MACAM MANA NAK LANTIK PEGUAM?

Kalau dengar soalan ini, mungkin ramai di antara kita akan terfikir, takkan tu pun tak tahu?

Bagi saya sendiri, tak pelik pun jika ada yang tak tahu tentang perkara ini sebab situasi yang memerlukan khidmat guaman ini bukanlah dilalui oleh setiap orang pada setiap masa.

Jadi, bagi meraikan soalan-soalan dari orang awam berkenaan ini, saya rasa ada baiknya jika saya terangkan secara ringkas berkenaan proses pelantikan peguam untuk apa-apa urusan guaman.

Tapi ingat ya, penulisan ini bukan mewakili atau terpakai kepada semua peguam tapi secara umum sahaja.

1. Apa contoh situasi atau kes yang memerlukan peguam?

Secara asasnya, bidang guaman terbahagi kepada 3 atau 4 cabang besar iaitu:

a. Sivil
b. Jenayah
c. Hartanah/Korporat
d. Syariah

Contoh kes di bawah tindakan sivil:

- saman fitnah
- tuntutan hutang
- tuntutan harta pusaka
- pembuangan kerja secara tidak adil
- perlanggaran kontrak

Contoh jenis kes di bawah bidang jenayah:

- Dituduh dan didakwa di mahkamah atas apa-apa kesalahan jenayah
- Ditangkap oleh pihak polis
- Dipanggil oleh pihak polis untuk memberikan keterangan

Contoh jenis kes di bawah bidang hartanah:

- Jual beli rumah atau tanah
- Hutang bank sudah selesai ke atas hartanah
- Sewaan hartanah
- Pindahmilik atas balasan kasih sayang
- Refinance

Contoh jenis kes di bawah bidang Syariah:

- Prosedur perceraian
- Tuntutan nafkah
- Hak penjagaan anak
- Pengesahan hibah
- Tuntutan harta sepencarian

2. Macam mana nak cari peguam?

Ada beberapa cara iaitu:

a. Peguam itu adalah ahli keluarga/saudara mara/kenalan

Yang ini paling senang la kot. Yang dicari sudah didepan mata dan sekurang-kurangnya korang dah kenal siapa.

b. Layari direktori laman sesawang Majlis Peguam

Kalau ikutkan, yang inilah paling rasmi. Boleh cari mana-mana peguam atau firma berdasarkan lokasi dan nama mereka di sini:

https://legaldirectory.malaysianbar.org.my/

c. Google dan media sosial

Nak senang, korang boleh search peguam apa atau peguam di mana di Google.Nanti akan keluar la senarai mana-mana peguam tu.

Ataupun boleh juga manfaatkan media sosial yang ada seperti Facebook, Twitter, Instagram, Tiktok dan Youtube. Lagi-lagi sekarang sudah ramai peguam yang berkongsi penulisan-penulisan undang-undang di media sosial, jadi senang kita nak cari.

3. Ada prosedur ke nak lantik peguam?

Takde la prosedur sangat pun sebenarnya dan takde hard and fast rule pun pasal ni. Sebab setiap peguam tu mungkin lain-lain caranya.

Tapi untuk sesiapa yang memang tak tahu, saya bagi cadangan macam ni:

a. Boleh layari direktori Majlis Peguam dan pilih firma guaman. Di situ, memang dah ada maklumat lengkap berkenaan firma guaman iaitu alamat, nombor telefon dan emel.

b. Boleh hubungi firma guaman tersebut melalui telefon dan bagitahu nak dapatkan nasihat guaman dari peguam berkenaan masalah anda.

c. Boleh ceritakan secara ringkas berkenaan masalah dan tanya sama ada firma guaman tersebut memang kendalikan kes dalam bidang tersebut.

d. Kalau jawapan ya, minta untuk tetapkan janji temu dengan peguam di firma tersebut.

e. Nak walk-in terus ke firma guaman pun boleh sebenarnya cuma takut peguam yang kita nak jumpa tu takde di pejabat masa tu.

4. Boleh ke nak hubungi peguam yang saya kenal di media sosial?

Boleh cuba tapi seperti yang saya dah jelaskan di atas, bergantung kepada penerimaan peguam itu sendiri.

Ada peguam dia okay je kalau ada orang pm di facebook atau dm di twitter. Ada peguam tak prefer.

Jadi, sebagai langkah selamat, kalau nak hubungi juga peguam tersebut melalui media sosial, pm sahaja tapi saya bagi 2 cadangan:

a. Perkenalkan diri dan tanya macam mana nak hubungi untuk dapatkan khidmat/nasihat guaman. Sebab ada peguam mungkin dia akan reply di situ sahaja, ataupun mungkin dia akan minta kita contact melalui telefon. Boleh jadi juga kita kena pergi ke pejabat dia dan sebagainya. Jadi, nak senang, kita tanya terus siap-siap.

b. Perkenalkan diri dan bagitahu terus secara ringkas apa masalah guaman yang dihadapi dan bagitahu nak dapatkan nasihat. Boleh follow juga step di atas.

Kalau boleh elakkan dari bagi salam sahaja pastu senyap. Kalau nak tanya, better tanya je terus soalan. Orang nak jawab pun senang.
Kalau langkah-langkah di atas tak berjaya, boleh lah cuba langkah
di No. 3 yang lebih konvensional.

5. Ada kos ke kalau kita nak minta nasihat guaman sahaja?

Kebiasaannya dan sepatutnya ada. Berapa jumlahnya kena tanya peguam itu sendiri.

Sekali lagi saya tekankan, saya buat perkongsian ini bukannya mewakili semua peguam di Malaysia tapi sekadar secara umum sahaja dengan tujuan untuk bantu mereka yang ada urusan guaman tapi tak pasti caranya.

Kenapa tak semestinya terpakai kepada semua sebab walaupun namanya peguam tapi situasi setiap mereka adalah berbeza.

Ada peguam yang kerja dengan orang, ada peguam yang buka firma sendiri. Ada yang buat sesetengah kes sahaja, ada yang buat semua kes. Semua lain-lain.

Yang dah tahu dan pernah lantik peguam, baguslah. Sekarang kita nak bantu mana yang tak tahu.

Akhir kata, sesiapa yang sedang ada masalah guaman, saya doakan semoga urusan anda semua dipermudahkan.



*****

Kalau nak baca perkongsian undang-undang, follow Facebook Jom Tanya Peguam sekarang atau layari laman web www.jomtanyapeguam.com

Kalau ada soalan undang-undang, join dan post soalan di group fb Soal Jawab Masalah Guaman (SJMG) di sini:

https://facebook.com/groups/996300914443310/

Atau subscribe channel Telegram Jom Tanya Peguam di sini:








 

PROSEDUR TUNTUTAN HADHANAH DI MAHKAMAH SYARIAH




Hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak boleh difailkan semasa perceraian atau selepas perceraian. Hak penjagaan kanak-kanak ini meliputi hak jagaan kekal, hak jagaan sementara, hak lawatan dan hak bermalam. Berikut adalah prosedur bagi Tuntutan Hadhanah di Mahkamah Syariah:-

1. Pihak yang ingin menuntut (Plaintif) hendaklah memfailkan Saman (Borang MS 2) dan Pernyataan Tuntutan.

2. Dalam Pernyataan Tuntutan perlu diceritakan fakta berkaitan perkahwinan pihak-pihak seperti bila berkahwin, berapa orang anak daripada hasil perkahwinan dan sebagainya.

3. Kemudian, perlu dinyatakan sebab-sebab ingin menuntut hak penjagaan kanak-kanak.

4. Lampirkan dokumen mengikut fakta yang dibentangkan seperti salinan I/C pihak-pihak, sijil nikah, sijil lahir anak,serta dokumen-dokumen yang berkaitan.

5. Sekiranya sudah lengkap, boleh failkan Tuntutan Hadhanah di kaunter mahkamah.

6. Mahkamah akan bagi notis Sulh.

7. Plaintif (pihak yang memulakan tindakan) perlu menyampaikan Saman kepada Defendan (pihak yang dikenakan tindakan) secara kediri (serahan by hand).

8. Plaintif perlu memfailkan Afidavit Penyampaian sekiranya Saman berjaya diserahkan.

9. Pihak-pihak perlu hadir ke Majlis Sulh bagi perbincangan sekiranya boleh diselesaikan secara persetujuan bersama.

10. Sekiranya Majlis Sulh berjaya, pihak-pihak hendaklah memastikan terma-terma yang dipersetujui direkodkan oleh Pegawai Sulh sebelum ianya diendorskan menjadi Perintah Perjanjian Persetujuan Bersama.

11. Sekiranya Majlis Sulh tidak berjaya, Defendan perlu memfailkan Pembelaan & Tuntutan Balas bagi menjawan Pernyataan Tuntutan Plaintif.

12. Plaintif kemudiannya perlu memfailkan Pernyataan Pembelaan Terhadap Tuntutan Balas Defendan.

13. Seterusnya, mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi pengurusan kes sebelum prosiding perbicaraan dijalankan.

14. Setelah pliding lengkap, mahkamah akan tetapkan tarikh perbicaraan.

15. Setelah perbicaraan selesai, mahkamah akan arahkan pihak-pihak untuk memfailkan hujahan secara bertulis.

16. Setelah Hujahan Bertulis dan Hujhan Balasan difailkan, Mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi keputusan.

17. Pihak-pihak boleh dapatkan perintah bersih daripada Mahkamah setelah pembayaran dibuat.

Semoga bermanfaat.

Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie


Sumber:

 

GANTI RUGI PERTUNANGAN




Sekiranya anda menghadapi situasi begini, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil? Bagaimana dengan kerugian bagi persiapan perkahwinan yang telah siap 100%?

Jawapan:

1. Sebagai pihak yang terkilan, anda boleh memfailkan ganti rugi pertunangan di Mahkamah Syariah.

2. Nilaikan kerugian yang telah ditanggung seperti perbelanjaan katering, tempahan dewan, jurugambar, perbelanjaan hantaran dan kos-kos yang berkaitan. Adalah penting untuk simpan setiap rekod transaksi pembayaran dan perbelanjaan bagi persediaan perkahwinan.

Tuntutan ganti rugi pertunangan ini diperuntukkan di bawah seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Dan di bawah peruntukan Enakmen Keluarga Islam negeri-negeri.

Seksyen 15. Pertunangan.

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syara', sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie


Sumber: Facebook Jom Tanya Peguam

https://www.facebook.com/share/p/yGha7b8R4KZ1sGMy/


Komen tambahan:

Hanya kos hangus dibenarkan. Kos taksiran Masih kuasa mahk sivil tetapi jika pliding silap arah, pertembungan bidangkuasa akan batalkan Saman anda.

https://jomtanyapeguam.com/ganti-rugi-pertunangan/




Sumber:

https://www.pexels.com/photo/close-up-photo-of-diamond-stud-silver-colored-eternity-ring-691046















Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top