Showing posts with label maklumat berguna. Show all posts
Showing posts with label maklumat berguna. Show all posts

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2026M / 1447H


1. Permulaan Rejab 1447H

Tarikh Masihi: 21 Disember 2025

Menandakan permulaan bulan Rejab, salah satu bulan haram yang penuh keberkatan.

2. Israk dan Mikraj

Tarikh Masihi: 17 Januari 2026 (27 Rejab 1447H)

Memperingati perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan naik ke langit.

3. Awal Ramadan 1447H

Tarikh Masihi: 19 Februari 2026 (1 Ramadan 1447H)

Menandakan permulaan bulan puasa Ramadan, bulan mulia untuk beribadah dan memperbanyak amalan sunat.

4. Nuzul Al-Quran

Tarikh Masihi: 7 Mac 2026 (17 Ramadan 1447H)

Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS di Gua Hira’ Makkah.

5. Hari Raya Aidilfitri 1447H

Tarikh Masihi: 21 Mac 2026 (1 Syawal 1447H)

Menandakan tamatnya bulan Ramadan dan sambutan hari kemenangan umat Islam.

6. Awal Zulhijjah 1448H

Tarikh Masihi: 18 Mei 2026 (1 Zulhijjah 1448H)

Bermulanya bulan Zulhijjah, bulan haji dan ibadah korban.

7. Hari Raya Korban/Aidiladha 1448H

Tarikh Masihi: 27 Mei 2026 (10 Zulhijjah 1448H)

Menyambut peristiwa Nabi Ibrahim AS bersedia mengorbankan anaknya sebagai tanda ketaatan kepada Allah.

8. Awal Muharram 1448H (Tahun Baru Islam)

Tarikh Masihi: 17 Jun 2026 (1 Muharram 1448H)

Menandakan permulaan tahun hijrah baru, waktu yang baik untuk refleksi dan amalan sunat.

9. Maulidur Rasul 1448H

Tarikh Masihi: 25 Ogos 2026 (12 Rabiulawal 1448H)

Sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW, disambut dengan majlis ilmu, selawat dan ceramah agama



SUMBER: https://siraplimau.com/tarikh-penting-islam-2026








Sehingga tahun 2015, seramai 365,577 orang OKU telah didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jumlah ini sebenarnya tidak melambangkan jumlah sebenar OKU di Malaysia. Ini kerana OKU tidak diwajibkan mendaftar, dan dibuat atas dasar sukarela.

Ada kebaikannya mendaftar dengan JKM. Seperti yang dikongsikan Syed Azmi, OKU berdaftar layak menerima elaun bulanan. Namun, tahukah anda kemudahan dan keistimewaan lain yang disediakan oleh pihak JKM kepada OKU berdaftar? Dan untuk elaun ini kena mohon secara tahunan dengan JKM (untuk update).

KEMUDAHAN & KEISTIMEWAAN OKU BERDAFTAR

Antaranya;
1) Bantuan am;
2) Elaun Pekerja Cacat;
3) Geran Pelancaran;
4) Bantuan alat tiruan/sokongan;
5) Pusat Pemulihan Dalam Komuniti;
6) Institusi Penjagaan dan Pemulihan JKM;
7) Bengkel Terlindung;
8) Pendaftaran dan pengeluaran kad kenal diri OKU;
9) Khidmat Nasihat dan Kaunseling;
10) Bantuan bagi OKU yang Tidak Berupaya (BTB)
11) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPOKUT)
12) dan keistimewaan lain seperti pengecualian cukai.

Pendaftaran OKU adalah amat digalakkan kerana ia membantu pihak JKM mencapai beberapa objektif.

OBJEKTIF
(i) Mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
(ii) Merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
(iii) Membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

***

ELAUAN BULANAN OKU: PROSEDUR MENDAPATKANNYA



Elaun OKU ini tidak automatik. Maksudnya, jika anda mohon kad OKU, tidak semestinya anda akan dapat elaun bulanan itu. Anda perlu mohon untuk menerima elaun berkenaan. Sebelum saya menerangkan tentang prosedur permohonan bantuan kewangan OKU, ada baiknya saya terangkan dahulu proses permohonan kad OKU.

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN OKU

1. Muat turun borang Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya BPPOKU (Pindaan 1/2012).
2. Isi maklumat di Bahagian A & B
3. Serahkan BPPOKU kepada doktor yang merawat. Doktor akan mengisi Bahagian D, E, F, G, H, I, J dan K. Setelah itu borang akan diserahkan kembali kepada pemohon. Bagi masalah kurang upaya mental, ia perlu diisi oleh doktor psikiatri.
4. Serahkan BPPOKU yang sudah dilengkapkan berserta dokumen sokongan seperti salinan sijil kelahiran atau Kad Pengenalan dan 4 keping gambar berukuran passport, ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
5. Proses pendaftaran dan pengeluaran kad OKU mengambil masa 1-2 bulan. Bila sudah ada kad OKU, barulah boleh mohon bantuan kewangan JKM

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN JKM

2. Borang in imengandungi IX(9) Bahagian. Pemohon atau waris hendaklah mengisi Bahagian I-VIII. Maklumat yang dikemukakan hendaklah lengkap dan benar.
3. Bagi melancarkan proses permohonan, kemukakan juga dokumen sokongan.
i. Salinan kad pengenalan pemohon dan waris
ii. Salinan kad OKU (atau slip permohonan sementara)
iii. Laporan Perubatan
iv. Penyata pendapatan
v. Salinan bil utiliti (air/elektrik/astro/telefon/dsb)
vi. Penyata KWSP/PERKESO/pencen/ASB
4. Jika perlukan bantuan kewangan untuk peralatan pemulihan, bawa surat doktor yang mengesahkan keperluan peralatan dan sebut harga peralatan tersebut.
5. Proses permohonan ini mengambil masa sekitar 1 bulan(bergantung kepada kes). Berdasarkan pengalaman saya, ada cawangan JKM yang minta laporan doktor secara tahunan untuk sambung elaun OKU. Tak perlu isi borang semula, hanya laporan doktor.

Semoga bermanfaat
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Pegawai Perubatan Rehabilitasi



Untuk maklumat lanjut, sila lihat PAUTAN:

PAUTAN:



[


Laman web rasmi JKM berkaitan ini: 














Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top