Showing posts with label mencari kawan lama. Show all posts
Showing posts with label mencari kawan lama. Show all posts

Kawan rapat yang tiap-tiap hari jumpa, tidak kira kawan sekelas, kawan sekerja, sekolej, sebilik atau seklik , kiranya ada selalu di sebelah kita. Sahabat yang akrab menyayangi Anem memang sentiasa ada, syukur kepadaNYA. Tapi semua dah jauh dimata. Yang tinggal hanya ingatan dalam jiwa raga. Namun yang boleh lepak sama , duduk sebelah, kutuk-jujur-maki-sedih-ketawa depan mata, dah lama Anem tak berpunya.


Namun lewat hari-hari lalu, Tuhan telah pinjamkan Anem dia. Dia jujur dengan caranya. Awal-awal kenal langsung tiada jurang yang jauh walaupun jarak umur kami setahun kiranya. Baru kenal saja, kami sudah berkongsi banyak cerita yang sama. Sama-sama sulong yang dewasa, gila-gila, suka bicara dalam hilai tawa, dan dalam kepala banyak sungguh idea. Dia memberi ruang dalam jiwa untuk berfikir sesuatu sebelum melakukan semuanya, mengenali beliau, membuatkan bukan saja Anem semakin tersedar tanggungjawab seorang akak kepada seorang adik, malah lebih daripada itu, secara jujurnya membuat Anem rasa lebih menghargai sesiapa di sekitar Anem adanya.

Selepas ini, walaupun dia pergi mengejar cita-citanya sendiri, secara peribadi Anem berharap satu hari nanti, kami dapat bekerjasama lagi.

Kepada Faridah Sarudin yang menawan , terima kasih untuk kamu. Terima kasih kerana sudi melayani karenah Anem yang serabai itu. Semoga ukhwah ini akan terus berpanjangan, insyaallah . Semoga kuat lalui semua dugaan hati, dan dapat membuat keputusan yang paling serasi .Tiada apa yang dapat Anem layangkan.Hanya doa demi doa semoga kamu dipermudahkan dunia akhirat, amin. <3

_____

@arnamee : "Esok nak pakai baju apa?" - missing this daily quotes :p


Hari-hari adalah hari kamu. Bukan satu hari dalam seminggu, atau setahun sehari saja hari bertemu. Itu tidak.Ia adalah setiap hari . Kewajipan untuk kamu dirai.

Emak, ibu,ummi, mama, mum atau mummy mempunyai bunyi yang berbeza namun maksud adalah sama. Insan yang melahirkan dan membesarkan kita. Mungkinlah ada benda atau perkara yang kadangkala tak kena, agak bertentangan jiwa remaja dengan usia dewasa, mak kadangkala tak faham apa kita rasa, tak suka apa yang kita cuba, tak percaya dengan kemampuan kita, kadangkala benda yang kita tak buat- dia salah faham ingat kita buat secara tak langsung dia akan judge [adili] kita yang tidak-tidak. TAPI itulah tugas kita, memahamkan emak, memberi emak rasa percaya terhadap anaknya, membuat emak lebih mengenali kita dari hari ke hari - Biar emak terfikir: oh ! bahawasanya anak aku sudah menginjak dewasa. Kita kena sedar emak lahir di zamannya, dan kita dilahirkan di zaman kita yang sangatlah berbeza, pemahamam mungkin agak tak sama, untuk itu sebagai anak yakinkan dia, doakan dia, taatilah dia, kerana pengorbanan jiwa raganya untuk lahir dan besarkan kita, adalah sangat tinggi. Emak, mana boleh tukar ganti beb. Selagi ada, hargailah sebaiknya sayang ! Ingatlah, hidupnya cuma mahu menjaga kita  dan mahu yang terbaik untuk kita, sebab dia sangat sayangkan kita :)

Kembali kepada si penama,emak anem , Puan Anita, dia adalah seorang yang sangat ayu, tidak banyak bercakap seperti tipikal ibu lain yang dikatakan suka membebel. Dia marah dengan tindakannya. Bila dia diam, secara tak langsung si Along tahu ada benda yang tidak kena, mesti something's wrong somewhere. Kenalah check peristiwa berminit lalu, cuba perbaiki dan dengan rasa rendah diri, hulurkan tangan memohon maaf. Jika boleh,jangan ulangi lagi.

Betul kata orang , air tangan ibu memang terangkat dan emak masak memang terbaik , mak. Untuk semuanya, terima kasih untuk emak yang lahirkan along,untuk abah juga yang sama-sama membesarkan along dengan emak. Terima kasih. Along sayang emak sangat! Selamat hari ibu , mak! Ilysm !

P/S: Emak sedang mencari sahabat terpisah - Sekolah Menengah Kebangsaan Putri Jaya , Kuala Lumpur : Tingkatan 1- Tingkatan 3 : 1979-1981 .Emak dulu tinggal di Kampung Pandan sebelum berpindah ke Jeram Batu 20, Kuala Selangor. Mungkin beliau adalah sahabat ayah atau emak , atau kakak abang korang. ^_^







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top