Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

 



Bukan kerja kesukarelawanan, tapi internship dengan elaun!

Kami NGO yang baru lancar website schola.org.my dengan matlamat memberi pendedahan awal kepada para pelajar (terutamanya dari B40) tentang pelbagai hala tuju kerjaya. 💛

Personal growth hobby - especially untuk pelajar2, boleh tambah career planning. Try plan awal-awal sejak di bangku sekolah supaya korang boleh buat rancangan termaklum tentang masa depan korang.


Boleh guna tools macam website eksplorasi kerjaya ni schola.org.my


Sumber:

https://x.com/schola_my/status/1830995695987462364?s=19







Musim konvokesyen telah bermula, maksudnya musim cari kerja juga sudah bermula! Kepada yang sudah bekerja tahniah diucapkan. Syukur! Selamat bekerja bersungguh-sungguh. Kepada yang masih tercari-cari kerja (terutama yang baru habis belajar) pastinya akan mula sibuk untuk menulis resume dan berdepan dengan banyak temuduga. Jadi di sini saya kumpulkan pautan dan perkongsian melalui beberapa laman web cara menulis serta menghantar resume dan juga menghadiri temuduga (interview). Moga bermanfaat dan selamat maju jaya!

Sebelum itu, jika berminat ingin tahu tentang pinjaman pendidikan, biasiswa dan berkaitan lepasan universiti, ini laman web yang boleh anda lihat: http://www.lukmankhiruddin.com.

Baiklah. Antara yang ada dalam artikel ini, cara tulis resume & template percuma, muat turun (download) resume template, cover letter / surat permohonan, cara atau panduan hantar email minta kerja, cara panduan menyusun sijil, tips temuduga (interview) kerja, cara jawab soalan interview & pengalaman temuduga (interview) kerja.

Cara tulis resume & template percuma

(Klik gambar untuk lebih jelas) Rujukan: Iman Abdul Rahim

Muat turun (download) resume template percuma:
Difference between CV and resume: Resume is only a brief summary of your skills and experiences. CV is more detail.
Nota: Resume yang kreatif, warna-warni dan infografik kadangkala tidak sesuai untuk mohon sesetengah pekerjaan. Kena mahir sesuaikan juga.
Nak design sendiri dan free? Boleh ke sini: canva.com
Format Microsoft Word:
Format Microsoft Publisher:
Cara buat resume menggunakan Microsoft Publisher : Iman Abdul Rahim

Format PSD (Photoshop):


Rujukan contoh resume pilihan:



Cover letter / Surat permohonan.

Cara atau panduan hantar email minta kerja

Twitter: @ImanAbdulRahim





Tips Menulis Email Permohonan Kerja dengan betul
  • Alamat Email anda
Pastikan anda tidak menggunakan alamat email yang kelihatan tidak profesional, antara contoh alamat email tidak profesional ialah akujejakagadis-gadis@yahoo.com Pastikan anda tukar kepada nama anda atau nama lain yang lebih profesional contohnya Ahmad98@gmail.com dan pastikan anda sentiasa boleh membuka inbox email anda.
  • Subject
Subject pastikan tepat dan padat dan pastikan anda tidak membiarkannya kosong contoh subject yang baik ialah ” Job Application for (Nama Jawatan yang dipohon).
  • Body Message
Huraikan sedikit tentang diri anda dan tujuan anda menulis email serta panduan bagaimana untuk majikan anda membaca dengan lebih lanjut tentang maklumat diri anda yang iaitu di dalam resume dan cover letter yang telah anda attach di dalam email anda.
  • Format Resume dan lain-lain dokumen
Pastikan anda menggunakan format PDF dalam semua dokumen yang anda berikan kecuali anda telah diberitahu oleh majikan untuk menggunakan format-format tertentu.
  • Elak Kesalahan Ejaan
Pastikan setiap anda membaca semua apa yang anda tulis dan semua dokumen dalam keadaan yang baik dan nama-nama dokumen tidak mengandungi sebarang kesalahan ejaan barulah anda menghantarkan permohonan anda.

Boleh juga rujuk tips dan cara berkaitan di sini: Cara ambil hati majikan (melalui emel interview)

Mohon kerja tetapi tidak dipanggil temuduga? Rujuk sini.

Cara panduan menyusun sijil

PERSEDIAAN DOKUMEN
Turutan:
1. Dokumen ASAL
2. Salinan Fotostat
3. Borang Maklumat Diri Calon

- Sijil kepujian dekan diletakkan selepas transkrip
- Boleh letakkan resume (susunan yang terakhir sekali)
- Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama akademik.

Rujukan:  Cara dan panduan menyusun sijil

Tips temuduga (interview) kerja





Tips Temuduga (Blog siraplimau.com)

1. Persiapan sebelum tarikh temuduga

  • Buat kajian tentang bakal majikan anda dan bisnes mereka
  • Penampilan diri dan dokumen penting
  • Jangan terlalu stress

2. Persiapan semasa temuduga

  • Berpakaian kemas
Bagi lelaki, pilihlah untuk memakai kemeja dan seluar yang berseterika dan juga tali leher atau kot untuk lebih berketerampilan. Bagi perempuan pula, tidak perlu memakai pakaian yang berlebih-lebihan atau yang menjolok mata; cukuplah dengan kemeja dan seluar dan kot yang senang mata memandang. Juga kenakan sedikit mekap supaya kelihatan berseri.
  • Datang lebih awal ke tempat temuduga
  • Jawab soalan dengan tenang
Ingat, ini ialah tips temuduga yang sangat penting. Bila mereka nampak anda tenang dan tidak tergopoh-gapah, tentu sekali akan timbul rasa kepercayaan sedari awal.

3. Selepas temuduga

  • Follow-up
Sebaik temuduga tamat, seeloknya ucapkan terima kasih kepada penemuduga dan tanya bila anda boleh dapatkan jawapan daripada pihak mereka. Apabila tiba tarikh tersebut, anda boleh menelefon mereka untuk maklumbalas.
  • Usah berharap
Ini satu lagi tips temuduga yang penting. Usah meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada sesuatu pekerjaan yang kita idam-idamkan. Bila terlalu tinggi harapan, hati akan berkecamuk jika tiada panggilan. Barangkali sudah tertulis, rezeki di syarikat tersebut bukan milik kita.

Pesanan:
"Nilai resume anda. Ejaan jaga. Jangan tipu dalam resume. Masa mengganggur tu, tambah ilmu; belajar mahir dengan Microsoft Office (cuba juga excel bukan setakat word), soft skills (belajar jumpa orang), cari part time supaya biasa. Bila HR call, angkat jawab. Jangan suruh call balik. Melainkan penting, minta maaf dan beritahu berapa lama masa yang awak akan ambil untuk telefon balik. Namun selalunya HR yang akan call. Cuma itu lebih baik. Masa interview bawa dokumen yang dia dah suruh. Elakkan nervous. Tenang. Nervous akan beri kesan pada gaya badan kita. Relaks. Sebelum keluar bilik, tanya mereka apa harapan pada kita kelak. Mereka suka orang bersungguh dan yang nampak mahu. Apapun jangan demand sangat dan banyakkan bersabar. Jika dapat jangan lupa bersyukur, manusia ini perantara sahaja."  - Kakak HR via IIUM Confession

Cara jawab soalan interview.

SOALAN-SOALAN YANG BIASA DITANYA (merujuk: Tips temuduga):

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

“PLEASE INTRODUCE YOURSELF” ATAU “SILA PERKENALKAN DIRI ANDA”

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-
  • Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
  • Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain).
  • Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.
  • Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan salasilah keluarga, nama emak, nama datuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.
Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.

- Mengapa memohon kerja ini? Berikan jawapan yang paling menyakinkan.

- SOALAN PENUTUP

Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:

“DO YOU HAVE ANY QUESTION?” ATAU ” SAUDARA/I ADA APA-APA SOALAN?”

Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan”
Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.

Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak ‘performed’ di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.

***

Cara-cara menjawab soalan temuduga dalam Bahasa Inggeris:

*(Klik gambar untuk lebih jelas)
Ini sekadar cadangan. Jawapan sendiri bergantung pada ayat  dan ilmu kita.

Cara jawab soalan jika temuduga beramai-ramai:

Katalah anda diberi 3 minit. Jadi dalam masa itu, cerita sahaja yang baik-baik, yang kuat-kuat, yang hebat-hebat tentang diri anda. Tidak perlu kata, "Antara kelemahan saya pula ialah..." Tak perlu sehingga anda ditanya.

Persoalannya, apa yang baik-baik, apa yang hebat-hebat tentang diri kita?
Dalam temu duga kerja, yang baik-baik dan hebat-hebat tentang diri kita perlu disertakan dengan cerita pengalaman kita. Kerana dalam cerita itu akan ada contoh yang kita ini bagus.

Terangkan tanggungjawab kita, kerana kita akan 'hebat' apabila berjaya melaksanakannya. Tidak kira sekecil apapun tanggungjawab itu.

Tanggungjawab pula hanya dapat diceritakan melalui kerja / tugasan yang pernah kita buat. Tidak kira sekecil apapun kerja itu.


Pengalaman temuduga (interview) kerja:
Laman web untuk cari kekosongan kerja:
Maukerja.my | | Walk-in interview

(+) Laman web cari kerja popular di Malaysia





Sumber: http://blog.careercube.com.my

Rujukan lain daripada twitter:

Apapun jangan putus asa. Kerana semua kita ada rezeki-rezekinya. Yang penting jangan takut mencuba, tak mula yang pertama, bagaimana mahu seterusnya? Jadi teruskan berusaha! Banyakkan doa. Dah dapat nanti jangan lupa bersyukur dan berterima kasih pada ibu ayah. Selamat berjuang! Moga dipermudahkan semuanya. Insya-Allah! :)




Kawan rapat yang tiap-tiap hari jumpa, tidak kira kawan sekelas, kawan sekerja, sekolej, sebilik atau seklik , kiranya ada selalu di sebelah kita. Sahabat yang akrab menyayangi Anem memang sentiasa ada, syukur kepadaNYA. Tapi semua dah jauh dimata. Yang tinggal hanya ingatan dalam jiwa raga. Namun yang boleh lepak sama , duduk sebelah, kutuk-jujur-maki-sedih-ketawa depan mata, dah lama Anem tak berpunya.


Namun lewat hari-hari lalu, Tuhan telah pinjamkan Anem dia. Dia jujur dengan caranya. Awal-awal kenal langsung tiada jurang yang jauh walaupun jarak umur kami setahun kiranya. Baru kenal saja, kami sudah berkongsi banyak cerita yang sama. Sama-sama sulong yang dewasa, gila-gila, suka bicara dalam hilai tawa, dan dalam kepala banyak sungguh idea. Dia memberi ruang dalam jiwa untuk berfikir sesuatu sebelum melakukan semuanya, mengenali beliau, membuatkan bukan saja Anem semakin tersedar tanggungjawab seorang akak kepada seorang adik, malah lebih daripada itu, secara jujurnya membuat Anem rasa lebih menghargai sesiapa di sekitar Anem adanya.

Selepas ini, walaupun dia pergi mengejar cita-citanya sendiri, secara peribadi Anem berharap satu hari nanti, kami dapat bekerjasama lagi.

Kepada Faridah Sarudin yang menawan , terima kasih untuk kamu. Terima kasih kerana sudi melayani karenah Anem yang serabai itu. Semoga ukhwah ini akan terus berpanjangan, insyaallah . Semoga kuat lalui semua dugaan hati, dan dapat membuat keputusan yang paling serasi .Tiada apa yang dapat Anem layangkan.Hanya doa demi doa semoga kamu dipermudahkan dunia akhirat, amin. <3

_____

@arnamee : "Esok nak pakai baju apa?" - missing this daily quotes :p


________________

Firman Allah swt dlm surah Al-baqarah ayat 286:
"Allah SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
_______________

"ALLAH ada sebab kenapa dia bagi lambat sesuatu perkara yang kita nak cepat. Itu namanya hikmah."

Bicara peribadi Anem sedikit kaku di teratak Friendster itu. Anem mula menelaah fikiran yang sangat kacau. Sedikit sahaja dugaan, Anem dah lemah begini. Mungkin kerendahan diri yang begitu Anem fikirkan meracau rasa hati.

"Akak, akak dah kerja. Anem?"

Anem seolah menafikan ketentuan. Kejam diri menjadi hamba. menolak ketentuan-NYA.

"Anem, jangan cakap macam tu. Akak nanti segan nak share apa-apa dengan Anem ".

Ayat pujukan dari sahabat jiwa hati Anem. (Dia sangat menerima sahabat yang mudah sentap ini. - Jazakallah Kak Izza.)

"Kerja gagal, ini gagal, itu gagal. Tiada pencapaian."

Suara lelaki yang banyak menabur jasa pada ibuku dan anaknya ini melukakan paru-paruku. Memang Anem ketinggalan banyak daripada sahabat lain. Ada yang sambung MA (tahniah my-usm- roomate), ada yang bakal jadi cikgu, ada juga yang berjaya dalam kerjaya dan sebahagian lagi akan mendirikan rumah tangga. (Mabruk!) - tapi dia membandingkan Anem dengan anak manakannya yang lain. Jauh!

"Anem, semua ALLAH jua yang menentukan, jangan mengalah."

Nasihat Kak Ima yang menawan itu pula memasuki kotak hati Anem.

Anem perlu bangun. tapi jika bangun saja, kemudian tidur balik, sampai bila Anem nak berjaya? Nak kena siram dengan air dulu, baru bersiap-siap?

Ya, tepat! Itu metafora paling serasi dengan hidup si Along ini.

p/s: ah.. layakkah diriku bergelar Along, si sulong? Ya Allah, berilah diri ini kekuatan!


ALLAH S.W.T Berfirman:
"Dan kami telah menjadikan siang dengan cahaya terangnya masa untuk mencari rezeki." (Surah al-Naba':11)


Angin menderu perlahan.
Lembut mengusap pipi tatkala mula langkah baru.

Mata hitam berputar–putar
Ke atas, ke bawah,
Diri cuba diamkan arah
Namun kurang daya
Mulut pula menguap tanpa jeda,
Pening makin melalut di hujung ubun,
Jiwa serba tak kena,
Makin waham diterjah rasa curiga..
Apakah akan nyaman kelak di daerah alam yang baru ini?

Ku lesu mencari diri
Di sini.
Siapa kita di sisi mereka yang di depan bersahaja,
Belakang hanya AL-Khaliq maha mengetahuinya.
Bersangka baik selalu.
Walau kala hatiku dihilir, jiwa ku ke bulan.

YA ALLAH, izinkan diri terus mengerti nilai ilmu KERJA ini.
Insyaaaalllah,amin.


p/s: Sedang berteleku di ’out of the box’, insya-Allah akan OK.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top