Showing posts with label mental illness. Show all posts
Showing posts with label mental illness. Show all posts


Sempena sambutan Hari Bipolar Sedunia pada 30 Mac, kami ingin mengajak follower untuk menyelami mengenai penyakit mental serius ini. Kemurungan dan anxiety mungkin anda tahu, bipolar ini ada 2 kutub yang sangat bertentangan antara satu sama lain.

Bagaikan roller coster,pesakit boleh mempunyai mood yang sangat tinggi, kemudian mood terjun menjunam mencecah lantai.

FASA MANIA

  • Mania adalah episod seseorang itu mempunyai sama ada perasaan teruja yang berpanjangan, tenaga yang sangat tinggi
  • Keyakinan yang terlampau tinggi, tidak mengantuk dan menjadi sangat peramah
  • Pemikiran mereka terlalu pantas, 
  • Mudah hilang fokus, sukar bertenang,  
  • Berbelanja besar, membuat pelaburan berisiko, memandu lebih daripada had laju

FASA KEMURUNGAN

  • Alami perasaan sedih atau kehilangan keseronokan dalam tempoh dua minggu secara berterusan 
  • Masalah tidur, perubahan selera makan, rasa letih dan lesu 
  • Pergerakan menjadi lebih perlahan daripada biasa, kelihatan gelisah dan sukar bertenang.
  • Rasa diri tiada harga diri, kerap rasa bersalah, tidak boleh fokus, sukar membuat keputusan dan berfikir ingin membunuh diri. 

Bukan mudah ya seseorang individu dengan masalah bipolar untuk berjuang untuk menghadapi fasa perubahan emosi mendadak dan tidak seimbang ini.

Jangan menyerah! Kepada penghidap, kekal stabil dan terus berusaha keras untuk mengatasinya.

Sumber:







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top