Sempena sambutan Hari Bipolar Sedunia pada 30 Mac, kami ingin mengajak follower untuk menyelami mengenai penyakit mental serius ini. Kemurungan dan anxiety mungkin anda tahu, bipolar ini ada 2 kutub yang sangat bertentangan antara satu sama lain.
Bagaikan roller coster,pesakit boleh mempunyai mood yang sangat tinggi, kemudian mood terjun menjunam mencecah lantai.
FASA MANIA
Mania adalah episod seseorang itu mempunyai sama ada perasaan teruja yang berpanjangan, tenaga yang sangat tinggi
Keyakinan yang terlampau tinggi, tidak mengantuk dan menjadi sangat peramah
Pemikiran mereka terlalu pantas,
Mudah hilang fokus, sukar bertenang,
Berbelanja besar, membuat pelaburan berisiko, memandu lebih daripada had laju
FASA KEMURUNGAN
Alami perasaan sedih atau kehilangan keseronokan dalam tempoh dua minggu secara berterusan
Masalah tidur, perubahan selera makan, rasa letih dan lesu
Pergerakan menjadi lebih perlahan daripada biasa, kelihatan gelisah dan sukar bertenang.
Rasa diri tiada harga diri, kerap rasa bersalah, tidak boleh fokus, sukar membuat keputusan dan berfikir ingin membunuh diri.
Bukan mudah ya seseorang individu dengan masalah bipolar untuk berjuang untuk menghadapi fasa perubahan emosi mendadak dan tidak seimbang ini.
Jangan menyerah! Kepada penghidap, kekal stabil dan terus berusaha keras untuk mengatasinya.
Sebelum pergi terlalu jauh, kita sendiri / untuk kenal orang yang alami kena tahu perbezaan antara rasa bersedih (grief) atau rasa depresi (depression). Kebanyakan kita pernah lalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit. Clinical depression (major depression) pula akan menyebabkan kefungsian akal terjejas dan secara tidak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika berlangsung lama.
Kemurungan klinikal atau major depression adalah satu istilah perubatan yang menggambarkan perubahan emosi yang keterlaluan. Ia bukan lagi emosi normal tetapi suatu penyakit yang perlu dirawat. Jangan memperlekehkan sakit orang dan untuk yang alami, jangan terlalu ambil mudah. Kena perlu sihat dan kuat untuk diri sendiri.
1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis.
2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara.
3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.
4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.
6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan perbuatan atau merasakan diri tidak berguna.
8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.
9. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri.
Moga kita berjumpa mereka yang boleh mendengar dan memberi cadangan yang sesuai dan betul. Insya-Allah. Apapun setiap sakit bergantung pada individu, dan cara mengubati adalah mengikut kesesuaian individu tersebut.
*****
MURUNG / DEPRESI, BUKAN GILA
Kemurungan bukan bermakna seseorang itu "gila." Kemurungan boleh dibantu dan dirawat. Marilah, dapatkan bantuan yang anda perlukan.
"Orang yang mempunyai kemurungan, biasanya cawan mereka lebih besar berbanding orang yang tidak mengalami kemurungan. Maka hak mereka untuk didengari dan difahami lebih daripada orang lain. Mereka memerlukan lebih banyak sokongan. Mereka memerlukan telinga yang mendengar dengan penuh sabar. Mereka memerlukan orang yang bersikap empati dan cuba memahami. Mereka memerlukan bahu yang sanggup menahan tangisan mereka hari demi hari. Mereka perlukan orang yang menerima mereka "unconditionally."
Insya-Allah, apabila cawan mereka telah dipenuhi, mereka akan lebih berfikiran rasional, emosi mereka lebih stabil dan mereka pula lebih bersedia mendengar pandangan orang lain - atau memberi hak untuk didengari kepada orang lain - atau memenuhi cawan orang lain. Ketika ini, barulah waktu yang sesuai untuk orang lain memberikan kata-kata nasihat atau tazkirah. Anda DILARANG memberi nasihat atau tazkirah SEBELUM HAK MEREKA UNTUK DIDENGARI TELAH DIPENUHI." - Akif Basri, Clinical Psychologist
Depresi Dari Sudut Islam Bersama Ustaz Don:
***** ADA MASALAH? LUAHKAN...
Cakap tentang hak untuk didengari, siapa yang boleh mendengar?
Kalau nak bercakap dengan seseorang melalui telefon: (jangan risau mereka tak tanya tentang kita secara detail pun, mereka akan mendengar betul-betul.)
The Befrienders Befriender 24 hours hotline: 03-7956 8145
Email: sam@befrienders.org.my
Melalui #MEDTweetMy Dr. Kamarul Ariffin menjelaskan ada beza di antara kemurungan (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression).
"Biasanya Clinical depression (major depression) berlaku lebih 2 minggu. Penghidap tak boleh berfikir secara waras. Apabila kemurungan klinikal menjejaskan kewarasan, penghidap tidak boleh membuat pertimbangan yang rasional. Ini termasuk tidak dapat menilai sebab dan akibat tindakannya. Kemurungan klinikal adalah penyakit, bukan sekadar mood.
Tidak seperti kemurungan biasa (mood depression) yang boleh dilabel dan dirawati oleh sesiapa, kemurungan klinikal hanya boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor/psikiatris. Kemurungan klinikal adalah penyakit yang tersenarai dalam ICD-10.
Tidak wajar kita label orang yang murung klinikal sebagai orang yang lemah iman, tak kuat semangat, atau berkeyakinan rendah. Orang yang beriman, berkeyakinan tinggi dan bersemangat juang tinggi pun boleh diserang kemurungan klinikal. Kemurungan klinikal tiada kaitan dengan lemah pegangan agama dan iman, kerana akal yang telah terjejas tidak boleh berfikir dengan dengan waras. Tak semua boleh dirawat hanya dengan berdoa dan beribadah, Jika kita lihat, antara syarat wajib ibadah (contoh: solat / puasa) adalah BERAKAL.
Tidaklah saya kata, semua orang yang murung klinikal tidak wajib solat / puasa. Jika ia masih berakal,maka perlulah dia tunaikan tanggungjawab itu. Apa saya maksudkan, kadangkala kemurungan klinikal sungguh parah hingga boleh di kategori hilang akal dan boleh didaftar sebagai OKU. Tidak wajar juga penghidap kemurungan klinikal yang bertindak mengambil nyawa sendiri dilabel sebagai lemah iman atau "ahli neraka". Kita tidak pasti di saat dia tamatkan nyawanya itu, adakah dia berakal atau tidak. Urusan Tuhan tentukan tempat mereka di mana.
Kita kena mula iktiraf kemurungan klinikal sebagai penyakit dan bukan masalah pegangan agama. Jika anda murung, berjumpalah doktor. Jika ada individu sekitar anda yang murung, bawalah mereka bertemu doktor.
Jika ada sebarang pertanyaan tentang 'clinical depression', boleh bertanya Pakar Perunding Kanan Psikiatris #MedTweetMY iaitu Dr Amer Siddiq (@DrAmerSiddiqPsy). MedTweetMY Sedia Membantu."
*****
CARA MEMBANTU INSAN TERSAYANG YANG DEPRESS:
Melalui perkongsian Bekas Pesakit (di: http://iiumc.com/). Terima kasih untuk beliau di atas perkongsian yang bagus ini.
1. Cari info tentang Depression
"Kalau betul-betul nak bantu, fahamkan diri tentang depression bukan setakat apa & mengapa, tapi fokus lebih sikit dekat BAGAIMANA NAK BANTU dengan betul. Yang nak membantu pun, kena set mindset kita untuk BERSEDIA UNTUK LEBIH MEMAHAMI."
2. Bantu dari sudut kehidupan harian.
"Apa jua aktiviti seharian yang kita nak minta dia buat, ajak dengan baik setiap hari, ambil aktiviti yang mudah-mudah dulu & jangan paksa".
3. Komunikasi yang berterusan
"Jangan cepat mengalah bila mereka tak nak jumpa / tak nak cerita. Jangan push untuk mereka bercerita. Bila berjumpa, cukup kalau kita bercerita hal-hal yang biasa. Cerita pasal weather, movie, apa-apa yang dia suka. Teruskan berkomunikasi macam biasa, tapi jangan la over pi gossip pasal jiran sebelah pula. Ini menambah negativity, sakit kepala dia dengar. Berpada-pada &; sekali sekala tanya juga kalau dia perlukan bantuan apa-apa."
4. Faham bahawa setiap orang adalah berbeza.
"Bila kita cari info tentang fighting depression, ada yang syorkan cara barat (exercise, makan makanan berkhasiat ), pengambilan supplement, perubatan islam, group therapy dan sebagainya.
Pengalaman sendiri (bekas pesakit yang menulis ini), saya menjalani kesemua yang di atas tetapi bukan semua mempunyai efek yang baik untuk saya. Ada yang berkesan tetapi sekejap, ada yang lagi tambah kekosongan jiwa saya. Saranan saya, kenal dahulu personaliti asal orang yang sedang depressed itu, supaya kita tahu cara mana yang lebih sesuai."
5. Be supportive & tidak judgemental
Di sini, amatlah penting, utk caretaker bersikap LAPANG DADA, respect & support keputusan pesakit. Mungkin sekarang dia rasa tak selesa, tapi mungkin ok pada masa akan datang, siapa yang tahu?
Instead of cakap-cakap yang menyuruh begitu & begini, apa kata kita ubah sikit:
”Saya selalu doakan awak, diberi kekuatan sebab saya tahu Allah sayang awak, & saya tahu awak sebenarnya kuat.”
“Kalau awak nak try, jom kita join usrah sama-sama. Mana tau we will find something new.”
“Jom kita sama-sama try something new. Jalan-jalan depan tu je. Hari ni 5 minit je. ”
“If u need help, nak luah perasaan, i’ll always be here.”
Moga kita semua menjumpai jalan terbaik untuk lebih sihat dan gembira. Semoga semuanya terus kuat dan dipermudahkan urusan. Insya-Allah. Ameen.
Kita semua diciptakan bukan saja-saja, ada sebab dan kelebihan tersendiri, dan kita semua adalah pejuang (fighter)! Love yourself first and love everyone too. Take care and stay strong! ❤
SEKALI LAGI, KEPADA SESIAPA YANG MERASAKAN ADA TANDA ATAU MEMERLUKAN PENDENGAR / BANTUAN SILA HUBUNGI NOMBOR / PERGI KE TEMPAT YANG TERTULIS DALAM ARTIKEL INI, RUJUKLAH KEPADA MEREKA YANG PAKAR DAN BERSEDIA MEMBANTU. BANTU MEREKA DENGAN MEMBANTU DIRI ANDA. MOGA DIPERMUDAHKAN.