1. Tular baru-baru ini tentang seorang wanita yang mengakui pernah berjalan di sekeliling Arasy Allah, melihat ketinggian Allah, bercakap dengan malaikat malah Allah dikatakan memberitahu dirinya tentang zikir tertentu dan sebagainya. Ketahuilah bahawa Rasulullah pernah berpesan kepada kita bahawa mimpi ini ada tiga jenis.
2. Dalam sebuah riwayat yang direkodkan oleh al-Imam Muslim, Rasulullah bersabda:
“Dan mimpi itu tiga jenis, mimpi yang soleh iaitu berita gembira dari Allah. (Kedua) mimpi yang datang dari syaitan untuk mengundang rasa sedih manusia dan (keitga) mimpi yang datang dari dalam diri manusia sendiri." (HR Muslim)
3. Dalam hadis ini Rasulullah menjelaskan bahawa ada mimpi yang datang dari Allah. Ia seperti yang berlaku dalam peristiwa Nabi Yusuf dan mimpi Nabi Ibrahim. Mereka datang dengan syariat yang benar.
4. Manakala yang lebih membimbangkan adalah mimpi yang datang dari syaitan untuk menakut-nakutkan manusia bahkan menyesatkan manusia. Sudah menjadi tabiat syaitan itu untuk menjauhkan manusia dari al-Quran dan hadis. Kata Sheikh Salman Audah:
أحياناً الرؤيا في المنام قد تكون من الشيطان بحيث يترتب عليها اعتقاد عند الإنسان
“Dan terkadang mimpi dalam tidur itu datang dari syaitan di mana ia merencana sesuatu yang boleh membawa iktikad (kepercayaan) di sisi manusia.”
5. Seorang Arab Badawi pernah melihat mimpi yang buruk dalam tidurnya lalu dia mengadukan perkara ini kepada Rasulullah. Rasulullah lantas berpesan bahawa mimpi yang buruk jangan diceritakan dan jangan dilayan mainan syaitan dalam mimpi. Sabda Rasulullah:
“Jangan ceritakan kepada manusia tentang permainan syaitan dalam mimpi kamu.” (HR Muslim)
6. Dan andai sekiranya seseorang itu melihat mimpi yang baik, dia dinasihatkan agar hanya menceritakannya kepada orang yang dipercayainya sahaja atau meminta pandangan dan nasihat daripada orang alim yang mempunyai ilmu yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Sabda Rasulullah:
“Jangalah kamu menceritakan mimpi kamu melainkan kepada orang yang alim atau orang yang nasih (yang memberi nasihat kepada kebaikan). (HR al-Tirmizi)
7. Sebagai orang awam, bagaimana pula kita boleh mengetahui samada mimpi seseorang yang menceritakan kepada kita itu adalah mimpi yang benar? Dalam perkara ini kita boleh menilai sosok peribadi seseorang itu sendiri. Seandainya dia orang yang soleh dan sentiasa berkata benar dan jujur, maka ada kebarangkalian mimpinya itu adalah benar. Namun andai sekiranya dia tidak menampakkan ciri orang yang soleh, dan mengajak manusia kepada kesesatan, maka ada kebarangkalian dia berdusta.
8. Mimpi juga bukanlah sesuatu yang boleh dibangunkan daripadanya hukum syariat. Sesungguhnya syariat Allah telah sempurna. Ini dijelaskan berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Maidah: 3.
9. Atas dasar itu Sheikh Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa pensyariatan melalui mimpi hanya dikhususkan kepada para Nabi sahaja. Kata beliau:
لا اعتماد على رؤية المنام في غير حق الأنبياء عليهم الصلاة والسلام
“Tiada sandaran buat kita untuk menerima mimpi (sebagai penghujahan) melainkan hak yang ditentukan kepada para Nabi AS.
10. Oleh yang demikian, kita hendaklah meneliti dahulu cerita mimpi yang disampaikan kepada kita. Bertanyalah kepada orang yang soleh lagi alim sekiranya disampaikan kepada kita tentang sesuatu mimpi dan berpegang teguhlah kepada ajaran al-Quran dan hadis yang telah sempurna, sebagai panduan buat diri kita.
Kumpulan Hip-hop yang sedang mencipta nama, K-Clique yang dianggotai 8 orang anak muda dari Sabah ini, muncul dengan lagu baru bergandingan dengan Alif bertajuk Mimpi. Dengarkan lagu ‘Mimpi’ sekarang di semua platform streaming.
Menurut salah seorang anggota kumpulan Muhammad Hairi Amin atau lebih dikenali MK K-Clique, berkata, mereka tidak pernah menyangka bahawa akan meniti ke kemuncak populariti.
“Kami tak pernah menyangka nama K-Clique ini suatu hari akan dikenali seperti mana hari ini. Bagaimanapun kami nikmati sahaja momen yang tengah ada ini.
“K-Clique bermula dari zaman kami masing-masing di bangku sekolah lagi, cuma nama kumpulan rapper ini mula dikomersialkan sekitar 2015.
Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang September 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
Rahsia nak sihat kena selalu bersedekah.
Klinik hijrah:
Dosa besar sengaja niat nak qada solat. Tak boleh sengaja tinggal.
Solat ganti dengan ulang solat beza, sebab solat ganti luar waktu. Solat ulang kalau dah jemaah datang lain tercari-cari, solatlah balik sebagai sedekah. Atau dah solat tempat kamu solat lagi jemaah tempat orang. Hormat. Begitu.
Solat bagi si mati tak dapat ganti. Tapi doa dan sedekah anak soleh itu kita harap sampailah ke yang dah tak dak tu.
"Niat orang mukmin lebih baik daripada amalannya." -- Bukan maksud niat saja dalam amalan dah cukup. Ayat ini untuk orang yang bertaubat tapi tak mampu ganti balik banyak ibadah yang tertinggal. Cuma nak tunjuk Allah Maha Pengampun. Banyaknya dosa kita Dia tak peduli, sebab kita dah bertaubat.
Nak beritahulah Allah itu Maha Pengampun. Kemaafan Dia tak macam kita. Jadilah jaga perintah Allah. Allah akan jaga kita. Insya-Allah. Moga terus. 💪
Tafsiran mimpi:
Mimpi basah / takut kebanyakan daripada syaitan..
Jadilah jemaah terbaik.
Tanyalah Ustaz.
Memberi itu sifat Allah. Berilah. Wa ma yanfa'u. Siapa yang memberi ada ganjarannya.
Labbaikallah.
Mintalah dekat Allah. Positif dengan doa pada Allah. Yakin Dia nak bagi. Dia sangat baik, tak kisahlah kita bagaimana Dia akan tetap baik.
Syaitan saja yang bisikkan pada kita yang kita ini kotor dan hina. Kita takdak harga. Tapi Tuhan tetap sayang dan tunggu kita datang, doa pada Dia.
Jadi, kembalilah, mendekat denganNya.
Jangan rasa hina nak minta pada Allah.
Hari Arafah, hari yang Tuhan tunggu kita mai dekat dia.
Kalau terasa beritahu terus.
Siraturrahim ni ikut budaya.
Kalau jauh bukan putus hubungan.
Qarin.
Rasa nak buat tak elok baca auzubillahi minzalik. Jadi amalan, boleh baru jadi ubat.
Qarin tak kacau suami dengan isteri.
Mulut mohon pertolongan.
Tanyalah Ustaz (Ustaz Izhar)
Ikhlas yang ikhlas
Nafsu suka buat kita rasa tidak ikhlas. Kalau kita berjaya lawan, kita power. Kita ikhlas kita dapat ganjaran.
Taqwa itu takut buat Allah marah.
Orang yang infak apa dia sayang tu syurga tempat dia.
Orang dulu buat ibadah kerana Allah. Mana ada tunjuk. Tunjuk akan kurangkan ikhlas.
Amalan mudah ke syurga, zikir.
Buat kerana Tuhan bukan insan. Bukan sebab nak balasan.
Kita hanya hamba.
Apa dosa saya?
Rasa tak berdosa itu juga satu dosa.
Tanyalah Ustaz (7/9)
Jangan riak. Banyakan istighfar. Buat sesuatu itu ikhlas.
Tanyalah Ustaz (Ustaz Elyas)
Jadilah manusia bermata lebah bukan bermata lalat.
Jiwa. Percakapan. Perbuatan. Orang membaca terkawal.
Cerita dari Quran. - Supaya berfikir - Motivasi.
Tips berubah 5 H:
- Hati kena kuat. Istiqamah. Berdoa.
- Hampiri orang positif. Majlis ilmu.
- Hindari majlis mengumpat sedunia.
- Hajat
- Hijrah
Quran:
Baca
Hafal
Faham
Amal
Sampaikan
Alkuliyyah. (23 september)
Kita asyik nak take ja. Jadilah give. Pemberi.
Orang mula menyintai dalam persaudaraan yang lebih mulia.
Jumpa beri salam dulu. Ganjaran lebih.
Nak dikasihi kena mengasihi dulu.
7 golongan salah satu dapat naungan Allah. Tidak ada naungan lain melainkan satu naugan itu. Dua orang yang menyintai, berkumpul dan berpisah kerana Allah.
Fillah. Buat kerana nafsu membawa kebinasaan.
Aku tak akan melakukan maksiat dengan kau. Jangan simpan. Apa sahaja hajat beritahu.
Kekerasan adalah sifat keji. Keji duk nya dalam neraka.
Kesimpulan.
- Berusaha sampai macam jadi adik-beradik.
- Kita jaga dia dengan harap redha Allah. Orang beri lebih dahsyat pahalanya.
- Ganjarannya banyak.
Kena koreksi kalau ada benda tak kena. Biar Allah redha.
Tanyalah Ustaz.
Ibadah buat sempurna baru mencegah daripada mungkar.
Klinik Dhijrah (27/9)
Kuatkan hati kita daripada segi psikologi. Jangan mudah terasa tak semua teguran umum unuk kita.
Banyakkan mengkaji surah hujurat. Komunikasi.
- Elak sindir. Mungkin yang kamu sindir orangnya lebih baik.
- Jangan cakap keaiban orang dan cakap lebih baik diri sendiri.
- Jangan beri gelaran. Seburuk gelaran selepas keimanan gelaran yang fasik.
"Bukan salah kita jika orang lain terasa dengan apa kita cakap kalau bukan tuju ke dia. Tapi seeloknya cakaplah yang baik-baik. Kongsi benda baik-baik. Jauhi perli dan menyindir. Mungkin saja yang kita sindir itu lebih baik orangnya daripada kita. Berilah ayat dalam kaedah yang lebih baik. Jangan calarkan ketenangan orang lain." - Ustaz #KlinikDhijrah
Cepat saja jawab manusia punya panggilan. :(
Tulis sesuatu melibatkan benda baik berbanding benda tak okay.
Gelak sikit menangis banyak.
Jangan habiskan masa untuk sakitkan hati orang. Nanti mewariskan kebencian. Tak baik calarkan ketenangan orang lain. Nanti hati kita keras.
Gurauan harus ada.
Kata-kata kita sama ada boleh membangun atau meruntuh. Tak rugi pun pilih jalan yang baik.
"Edit orang tu tak cakap tapi edit macam orang tu cakap. Benda tu taqqawul (memperkata sesuatu yang bukan datang daripada kami). Sangat tidak bermoral. Walaupun apa tujuan. Berbalik pada hadis kata benar bawa kebajikan ke syurga. Kata penipuan bawa pada kerosakan hati. Masuk neraka. Walaupun niat baik. Cara tidak akan sampai. Kesannya besar." -Ustaz.
Hati-hati. Jangan cepat tafsir apa orang kata. Guna ilmu.
Jangan sampai kecanggihan teknologi mematikan budi.
Sewajarnya lebih canggih, akhlak lebih terpuji.
Tanyalah Ustaz (29/9)
Allah jamin beri barakah di dunia bukan saja ganjaran di akhirat. Dan lebih baik.
Al-Hidayah Kisah Al-Quran yang diangkat kerana:
- Untuk kenal Allah
- Sebagai petunjuk jalan lurus
- Sebagai rujukan jika kita juga diuji
Baik fitnah bagi kita.
- Kenal orang bermuka-muka.
- Kita akan dapat nasihat.
Kena berbaik sangka dulu. Terutama tentang kawan kita. Selidik dahulu. Tak penting biar saja.
Biar tersalah tak menghukum daripada salah menghukum. Elak saham dosa.
Tanyalah Ustaz
- Bukan hak anak nak marah mak ayah walaupun dia buat dosa. Dosa dia bukan tanggungjawab kita.
- Taat selagi dia tak suruh kita buat mungkar.
- Anak tunjukkan contoh yang baik
- Tolak-ansur
Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.