Showing posts with label ukhwahfillah. Show all posts
Showing posts with label ukhwahfillah. Show all posts


Saya seorang yang tidaklah begitu random. Apatah lagi untuk percaya manusia di internet ini. Pengalaman mengajar. Namun saya rasa mereka yang sudi memberi perhatian kepada perkongsian saya di mana-mana laman media sosial adalah insan yang wajar saya santuni. Kerana mereka menghargai apa yang saya tulis yang kadangkala kerap juga merepek. 


Untuk kesudian semua mereka, saya berterima kasih.
(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
(al-Zukhruf:67)
Tentang dia (insan ini), hadirnya tiba-tiba. Kadangkala rajin juga tegur saya di twitter. Saya juga kerap hilang jika ada hal penting lain. Dan dia perasan ketidakberadaan saya! Itu sebenarnya agak menyentuh hati saya. Siapalah saya untuk orang sedar ada atau tiadanya, namun dia nampak. Kemudian dia menegur saya di facebook pula. Oh ya, asalnya saya tidaklah perasan dia di facebook dan di twitter itu orang yang sama (maafkan saya). Cuma sikap jujurnya itu yang mempunyai persamaan.

Apa yang menarik tentang beliau dan saya belajar daripada itu:
- Jujurlah walaupun mungkin menyakitkan asalkan tidakkan ada isu berbangkit.
- Perlu tahu prioriti. Mana penting, supaya tiada siapapun berkecil hati.
- Kita perlu kuat untuk orang yang kita sayang. Jadi, belajar untuk gembira.
- Apapun buat kerana Allah, baru hati tenang. Ikhlaskan.
- Setiap pandangan manusia berbeza, namun tidak salah kita mendengar.

Kata-kata dia yang saya ingat,
“Jangan risau. Allah ada. Dia jaga saya.”
“Kita yang minta. Jadi ini mungkin salah satu jalan yang Dia beri.”
“Kadangkala kita lihat luaran seseorang sahaja. Tapi dalaman juga penting.”
“Saya tahu Allah sayang saya, sebab itu saya dikelilingi mereka yang baik dan hebat.”
“Apapun keputusan kita nak buat, letakkan diri dan keluarga yang utama. Mereka lebih kenal kita berbanding yang lain.”
Dia seorang yang sering mengingatkan saya untuk apapun kembali kepada agama. Selalu. Dan paling penting selalu mengingatkan saya pada kematian (secara kiasnya). Berbakat dalam penulisan, namun dia tidak berminat menulis secara serius.

Banyak perkara yang membuatkan dia kelihatan kuat dan bersahaja. Walaupun ada masanya dia tegas dan mungkin sedikit garang (hehe), namun dugaan dan keadaan yang membentuk karakternya hari ini. Sampai kadang saya terlupa, saya sebenarnya yang lebih kakak. Dia kelihatan kuat, seorang pemberani, namun manis dengan sesiapa yang dikenalinya. Buat sahabat yang baik hati, terima kasih sudi menjadi pelangi dan bintang yang menceriakan hari. Moga terus sihat (tau!), manis dan diberkati keluarga seisi. Ya, semua manusia ada kelemahan, namun pastinya saya juga ada. Tak apa nanti kita saling topup sama-sama! :)

Ada jodoh, insya-Allah kita jumpa nanti ya, Siti Nadzrah Binti Rahim!
Sayang awak lillahitaala.


Nota: Moga kita sama-sama tidak lelah untuk terus saling menasihati. Moga kita kuat untuk terus istiqamah di jalan-Nya dan dipermudahkan perjalanan menuju ke sana. Insya-Allah. :)
"Friendship isn't about who you've known the longest, it's about who walked in to your life, said "I'm here for you," and PROVED it."

— Unknown




Saya menulis entri ini dengan rasa rindu yang dalam pada beliau ini. Seorang yang mempunyai senyuman manis, suara merdu dan gelak yang manja. Belum lagi perangai gila-gila yang masuk dengan saya. Persamaan jelas antara kami selain daripada sama-sama bertubuh kecil, adalah kalau orang tak tahu mesti ingat kami ini pendiam. Tapi sebenarnya kami sama-sama kecoh.

Perjalanan persahabatan kami sama seperti kebanyakan yang lain. Ada suka dan duka. Ada gelak dan tangis. Ada jarak jauh dan dekat. Kami mula kenal pada usia kami 6 tahun. Sama-sama kecil comel loteh dulu (sampai sekarang masih comel). Kemudian terbawa ke sekolah rendah, sehinggalah di awal sekolah menengah. Kami rapat sehinggakan masing-masing kenal dan pernah bertemu keluarga masing-masing. Dia yang kerap menghadiri majlis harijadi saya (kebetulan rumah kami pun tidak jauh). Malahan dia juga pernah bermalam di rumah saya. Dia sememangnya menceriakan zaman kanak-kanak saya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

"Tidak sempurna iman salah seorang dari kalian sampai dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri."
Sebelum perpisahan mendewasakan pada sekolah menengah, saya mula merasakan kesedihan yang jarang saya rasakan semasa kecil iaitu ketika saya (waktu itu ada peperiksaan langkau kelas; PTS), syukurnya (alhamdulillah) saya berjaya melepasinya dan layak melompat dari darjah tiga ke lima. Ketika itu di sekolah rendah agama Jeram Batu 20;

  “Betulkan ustaz dia kena pergi? Boleh tak kalau dia tak pergi?” Ya, soalan sahabat saya yang baru memasuki darjah empat itu mengoyakkan hati saya. Sehingga saya terlupa saya perlu gembira kerana kejayaan dalam peperiksaan itu. Saya bukan pergi sekolah lain pun, cuma perlu menukar darjah. Waku itu Tuhan sahaja tahu rasa takut tidak dapat tangkap atau mengikuti kelas baharu kerana tertinggal satu darjah (bagi saya) atau sedih teramat kerana berjauhan dari sahabat baik yang amat saya sayangi. Namun kami masih seronok kerana masih dapat melihat wajah. Malahan adakalanya kami melambai-lambai satu sama lain dari kejauhan. Manis bukan? Hehe. Ya saya tahu itu.

Hari berganti hari. Akhirnya saya perlu pergi ke sekolah menengah. Hati sedih juga perlu meninggalkan sekolah awal. Tidak terlihat lagi sahabat saya di mata nanti. Saya akan jadi senior! Namun walaupun ditakdirkan kami tidak bersekolah menengah yang sama, malah dia nun jauh di Kuala Selangor, kami masih kekal berhubung dan saling menyinggah rumah. Hari raya kadangkala jumpa juga. Dan waktu itu ada juga saling berhubung menggunakan telefon rumah. Kiranya ada sahaja cerita kami dan ia tidakkan habis. Percaya masih kekal di hati.


Tahu tak apa paling seronok? Kami saling berbalas surat ketika saya ditakdirkan berpindah ke Rawang, kemudian ke Selayang; bersama keluarga (emak dan adik) mengikut abah yang bertukar tempat kerja. Dia menjadi sahabat pena yang sangat setia. Dia mengirimkan gambar, kata-kata dan perkembangan. Setiap kali surat beliau sampai, saya sangat teruja! Ya, saya masih menyimpan surat-surat perempuan manis ini.

Kemudian adalah kami berjumpa di Kuala Lumpur dan hal-hal besangkutan lain (ada juga temuduga terbuka kami pergi bersama-sama), dan saya tak akan lupa betapa waktu itu kami masing-masing sudah dewasa. Saling berpunya namun belum berpelaminan. Sahabat saya sudah besar! Siapa sangka cepat benar masa berlalu. Zaman kecil nakal saling kejar, kini saling malu-malu alah cerita tentang pasangan di sisi.

"Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything."

― Muhammad Ali

Masa berlalu, dipendekkan cerita, saya dan emak menghadiri majlis perkahwinannya. Melihat sahabat saya melangkah ke alam perkahwinan adalah satu kebahagiaan yang tidak terperi. Lama kemudian mendengar dia bakal melahirkan, Tuhan sahaja tahu rasa syukur saya.

Kemudian ada juga kami datang ke rumahnya (di kampung kami). Kemudian abah saya meninggal dunia, dua tahun kemudian abah beliau pula). Keduanya pergi tanpa sakit serius, dan tiba-tiba. Kami saling berkongsi duka dan kekuatan.

Untuk Roszana Binti Kasim yang saya sayang; jika awak baca ini saya nak awak tahu, saya rindu saat kita naik basikal waktu kecil pergi beraya sama-sama. Saat kita berbual deep deep waktu malam dekat KL dulu dan saat kita saling berutus surat macam baru berkenalan; saya sayang awak sangat sahabat. Terima kasih kerana menjadi sahabat baik yang selalu bertahan dan mendoakan. Maaf jika saya ada kurang di mana-mana. Semoga awak terus bahagia di samping keluarga tersayang. Kuatlah seperti selalunya, manislah seperti apa adanya.

Yang selalu sayang awak — Anem.



p/s: Semasa sekolah dulu, dia ada tukar-tukar nama, saya pun dah tak berapa ingat (Izah dia, Isya saya macam tu rasanya). Malahan kami juga berkongsi sahabat pena yang sama. Tapi sebelum ada nama comel begitu, masa darjah dua kami ada kawan yang sangat comel, Ira (tak silap nama dia), pergi dahulu meninggalkan kami buat selamanya. Sejak itulah saya semakin sayang dekat Roszana; Ros atau Nana saya panggil ini. Sekali sahabat, sampai bila-bila sahabat! Insya-Allah.

Ada jodoh, kita jumpa nanti tau! Insya-Allah.


Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang September 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
  • Rahsia nak sihat kena selalu bersedekah.
Klinik hijrah:
  • Dosa besar sengaja niat nak qada solat. Tak boleh sengaja tinggal.
  • Solat ganti dengan ulang solat beza, sebab solat ganti luar waktu. Solat ulang kalau dah jemaah datang lain tercari-cari, solatlah balik sebagai sedekah. Atau dah solat tempat kamu solat lagi jemaah tempat orang. Hormat. Begitu.
  • Solat bagi si mati tak dapat ganti. Tapi doa dan sedekah anak soleh itu kita harap sampailah ke yang dah tak dak tu.
  • "Niat orang mukmin lebih baik daripada amalannya." -- Bukan maksud niat saja dalam amalan dah cukup. Ayat ini untuk orang yang bertaubat tapi tak mampu ganti balik banyak ibadah yang tertinggal. Cuma nak tunjuk Allah Maha Pengampun. Banyaknya dosa kita Dia tak peduli, sebab kita dah bertaubat.
  • Nak beritahulah Allah itu Maha Pengampun. Kemaafan Dia tak macam kita. Jadilah jaga perintah Allah. Allah akan jaga kita. Insya-Allah. Moga terus. 💪
Tafsiran mimpi:
  • Mimpi basah / takut kebanyakan daripada syaitan..
  • Jadilah jemaah terbaik.
Tanyalah Ustaz.

Memberi itu sifat Allah. Berilah. Wa ma yanfa'u. Siapa yang memberi ada ganjarannya.

Labbaikallah.
  • Mintalah dekat Allah. Positif dengan doa pada Allah. Yakin Dia nak bagi. Dia sangat baik, tak kisahlah kita bagaimana Dia akan tetap baik.
  • Syaitan saja yang bisikkan pada kita yang kita ini kotor dan hina. Kita takdak harga. Tapi Tuhan tetap sayang dan tunggu kita datang, doa pada Dia.
  • Jadi, kembalilah, mendekat denganNya.
  • Jangan rasa hina nak minta pada Allah.
  • Hari Arafah, hari yang Tuhan tunggu kita mai dekat dia.
  • Kalau terasa beritahu terus.
  • Siraturrahim ni ikut budaya.
  • Kalau jauh bukan putus hubungan.
Qarin.
  • Rasa nak buat tak elok baca auzubillahi minzalik. Jadi amalan, boleh baru jadi ubat.
  • Qarin tak kacau suami dengan isteri.
  • Mulut mohon pertolongan.
Tanyalah Ustaz (Ustaz Izhar)
  • Ikhlas yang ikhlas
  • Nafsu suka buat kita rasa tidak ikhlas. Kalau kita berjaya lawan, kita power. Kita ikhlas kita dapat ganjaran.
  • Taqwa itu takut buat Allah marah.
  • Orang yang infak apa dia sayang tu syurga tempat dia.
  • Orang dulu buat ibadah kerana Allah. Mana ada tunjuk. Tunjuk akan kurangkan ikhlas.
  • Amalan mudah ke syurga, zikir.
  • Buat kerana Tuhan bukan insan. Bukan sebab nak balasan.
  • Kita hanya hamba.
  • Apa dosa saya?
  • Rasa tak berdosa itu juga satu dosa.
Tanyalah Ustaz (7/9)
  • Jangan riak. Banyakan istighfar. Buat sesuatu itu ikhlas.
Tanyalah Ustaz (Ustaz Elyas)
  • Jadilah manusia bermata lebah bukan bermata lalat.
  • Jiwa. Percakapan. Perbuatan. Orang membaca terkawal.
  • Cerita dari Quran. - Supaya berfikir - Motivasi.
Tips berubah 5 H:
- Hati kena kuat. Istiqamah. Berdoa.
- Hampiri orang positif. Majlis ilmu.
- Hindari majlis mengumpat sedunia.
- Hajat
- Hijrah

Quran:
  • Baca
  • Hafal
  • Faham
  • Amal
  • Sampaikan
Alkuliyyah. (23 september)
  • Kita asyik nak take ja. Jadilah give. Pemberi.
  • Orang mula menyintai dalam persaudaraan yang lebih mulia.
  • Jumpa beri salam dulu. Ganjaran lebih.
  • Nak dikasihi kena mengasihi dulu.
  • 7 golongan salah satu dapat naungan Allah. Tidak ada naungan lain melainkan satu naugan itu. Dua orang yang menyintai, berkumpul dan berpisah kerana Allah.
  • Fillah. Buat kerana nafsu membawa kebinasaan.
  • Aku tak akan melakukan maksiat dengan kau. Jangan simpan. Apa sahaja hajat beritahu.
  • Kekerasan adalah sifat keji. Keji duk nya dalam neraka.
Kesimpulan.
- Berusaha sampai macam jadi adik-beradik.
- Kita jaga dia dengan harap redha Allah. Orang beri lebih dahsyat pahalanya.
- Ganjarannya banyak.
  • Kena koreksi kalau ada benda tak kena. Biar Allah redha.
Tanyalah Ustaz.
  • Ibadah buat sempurna baru mencegah daripada mungkar.
Klinik Dhijrah (27/9)
  • Kuatkan hati kita daripada segi psikologi. Jangan mudah terasa tak semua teguran umum unuk kita.
  • Banyakkan mengkaji surah hujurat. Komunikasi.
- Elak sindir. Mungkin yang kamu sindir orangnya lebih baik.
- Jangan cakap keaiban orang dan cakap lebih baik diri sendiri.
- Jangan beri gelaran. Seburuk gelaran selepas keimanan gelaran yang fasik.

"Bukan salah kita jika orang lain terasa dengan apa kita cakap kalau bukan tuju ke dia. Tapi seeloknya cakaplah yang baik-baik. Kongsi benda baik-baik. Jauhi perli dan menyindir. Mungkin saja yang kita sindir itu lebih baik orangnya daripada kita. Berilah ayat dalam kaedah yang lebih baik. Jangan calarkan ketenangan orang lain." - Ustaz #KlinikDhijrah
  • Cepat saja jawab manusia punya panggilan. :(
  • Tulis sesuatu melibatkan benda baik berbanding benda tak okay.
  • Gelak sikit menangis banyak.
  • Jangan habiskan masa untuk sakitkan hati orang. Nanti mewariskan kebencian. Tak baik calarkan ketenangan orang lain. Nanti hati kita keras.
  • Gurauan harus ada.
Kata-kata kita sama ada boleh membangun atau meruntuh. Tak rugi pun pilih jalan yang baik.
"Edit orang tu tak cakap tapi edit macam orang tu cakap. Benda tu taqqawul (memperkata sesuatu yang bukan datang daripada kami). Sangat tidak bermoral. Walaupun apa tujuan. Berbalik pada hadis kata benar bawa kebajikan ke syurga. Kata penipuan bawa pada kerosakan hati. Masuk neraka. Walaupun niat baik. Cara tidak akan sampai. Kesannya besar." -Ustaz.
  • Hati-hati. Jangan cepat tafsir apa orang kata. Guna ilmu.
  • Jangan sampai kecanggihan teknologi mematikan budi.
  • Sewajarnya lebih canggih, akhlak lebih terpuji.
Tanyalah Ustaz (29/9)
  • Allah jamin beri barakah di dunia bukan saja ganjaran di akhirat. Dan lebih baik.
Al-Hidayah

Kisah Al-Quran yang diangkat kerana:
- Untuk kenal Allah
- Sebagai petunjuk jalan lurus
- Sebagai rujukan jika kita juga diuji

Baik fitnah bagi kita.
- Kenal orang bermuka-muka.
- Kita akan dapat nasihat.
  • Kena berbaik sangka dulu. Terutama tentang kawan kita. Selidik dahulu. Tak penting biar saja.
  • Biar tersalah tak menghukum daripada salah menghukum. Elak saham dosa.
Tanyalah Ustaz

- Bukan hak anak nak marah mak ayah walaupun dia buat dosa. Dosa dia bukan tanggungjawab kita.
- Taat selagi dia tak suruh kita buat mungkar.
- Anak tunjukkan contoh yang baik
- Tolak-ansur

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.


Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, daripada Rasulullah SAW, sabdanya: "Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "
Telefon bimbit  ~ No new message.
Peti surat~kosong.
Email ~ You have no new email.

"Kenapa ya, dulu mereka selalu mesej kita, call call, tapi sekarang, masing-masing senyap."

Terkedu. Membisu. Payah nak cari jawapan. Memandang ke dada langit. Lesu. Seakan ada salahnya. Mungkin mereka terlalu sibuk. Dan tiada kredit. Ya, kita perlu bersangka baik. Jangan ada benci. Kita sayang mereka. Mereka kawan kita, yang dulu pernah tolong kita.

Semua tak kekal, jadi hargailah sesuatu yang masih ada di sisi ~ bersyukurlah kerana pernah merasai indahnya persahabatan dengan mereka. Ada hikmahnya kenapa jadi begini.

Alhamdulillah. Kita pernah rasa dihargai dan diperlukan oleh insan-insan di sekeliling kita.

Kadangkala kita tertanya-tanya, kenapa bila nak minta tolong baru mencari kita, tiada kawan, baru nak berjumpa dengan kita. Sewajarnya kita bersyukur kerana kita ada kelebihan yang memungkinkan kita dicari, yang membuat kita rasa diperlukan (biar pun kadangkala). Sekurang-kurangnya mereka masih ada niat untuk berkawan dan berjumpa lagi dengan kita.

Alhamdulillah.

Janganlah mempersoalkan apa-apa, kerana kadangkala itu berpunca daripada kita sendiri, mungkin sikap dan cara kita yang mereka kurang senangi. Jika kita merasa bersalah, mintalah maaf. Cuba berubah demi kebaikan, tiada salahnya. Seandainya merasakan orang lain yang bersalah, maafkanlah, doakan dia berubah, ingat kebaikannya.

ALLAH itu maha adil. Bersabarlah.

Mungkin hubungan kita dengan manusia kurang baik, sebab kita tak jaga hubungan dengan Ash- Shakur, kekasih sejati kita itu. Wallahua’alam.

Ya ALLAH, ampunkankanlah dosa-dosa kami..

p/s: Masih tak jemu mencuba. Ukhwahfillahabadanabada.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top