Showing posts with label puisi Fynn Jamal. Show all posts
Showing posts with label puisi Fynn Jamal. Show all posts

 


Sepertinya

Aku ini jalan yang kosong

Sepertinya

Aku ini kaca yang bolong


Dan sepertinya tak ada siapa yang melihat aku di sini

Dan sepertinya

Ada cahaya bila ku terus terbang tinggi ke atas langit jingga


Sepertinya

Aku dipaksa untuk mati dan terus dihempas jatuh tak berkebumi

Sepertinya takkan ada siapa pun yang sudi bersama menemani aku sampai pagi


Kerna aku mahu sebenarnya ada peneman yang memeluk jiwa aku

Yang meneman aku sampai biru


Kerna aku begitu ingin merasakan dicinta seseorang itu


Sepertinya

Aku ini bolong kosong lohong semuanya

Itu semuanya aku


Kenapanya aku ini tak bisa untuk menyedari yang aku ini tetap bukan siapa-siapa


Sepertinya

Aku dipaksa untuk mati dan terus dihempas jatuh tak berkebumi

Sepertinya takkan ada siapa pun yang sudi menemani aku sampai pagi


*****


Mungkin tak ramai tahu Fynn Jamal pernah mengeluarkan album lagu puisi (Puisi Tepi Jalan) yang mengandungi 18 buah lagu di dalamnya. 


Boleh dapatkan di sini -  Beli Album Fynn Jamal Puisi Tepi Jalan









Entri ni ditulis pada 2011, dan diedit atas update pada 2014 :)

Masih boleh dapatkan Album Lagu Fynn Jamal Puisi Tepi Jalan di sini: beli album Fynn


 Fynn Jamal, mula saya kenal dalam blog dia [ puisitepijalan  fynnjamal] , dan dia sangat aktif dalam scene indie sebagai penyanyi [ youtube dia ] dan pemuisi sejak 2006 / 2007 lagi. Juga seorang penulis buku puisi ( buku merah, ranap, puisitepijalan ) dan penulis lirik. Pernah menjadi pensyarah di Malaysia dan kini seorang cikgu bahasa Inggeris di Kazakhstan . Pernah menyertai program realiti tv keynote - untuk komposer di Astro. Telah berkahwin dengan seorang pemuzik Tri Hadzir. Mempunyai seorang anak angkat bernama Bakti Arjuna Fitri. [ boleh baca kisah dia di sini ] . Kini telah mempunyai album FynnTri , gabungan dia dan suami. Sangat aktif di instagram dan turut mempunyai akaun twitter dan facebook.







@arnamee: Antara gambar: Gambar Juna,  Buku Ranap ( buku puisi dia selain buku puisi tepi jalan )  dah ada, CD *projek kesian dah ada , ( *geng Jentera Tepi Jalan ) 


* Lagu Terbang Tunduk , Fynn Jamal untuk Kapten Halim Othman yang mewakili Malaysia tu best.:)









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top