Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Tips kekal sihat di musim panas

Kebelakangan ini cuaca agak panas melanda Malaysia. Berikutan faktor kekurangan hujan dan cuaca kering. Semua diminta untuk terus menjaga diri dan melakukan pencegahan daripada berlaku sesuatu yang memudaratkan kesihatan. Baru selesai jerebu ekoran kebakaran hutan dan faktor angin yang lalu, sekali lagi kita didatangi dugaan cuaca yang penuh hikmah dari-Nya ini.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menafikan dakwaan kononnya keadaan cuaca panas melampau ketika ini adalah disebabkan fenomena ekuinoks. Pegawai Sains ANGKASA, Mohd Zamri Shah Mastor, berkata fenomena berkenaan tidak akan membawa perubahan cuaca melampau dan ia berlaku dalam masa sehari sahaja pada 20 Mac ini. Namun apa yang berlaku di negara kita kebelakangan ini (panas berterusan) adalah kerana cuaca kering (yang menyebabkan kekurangan taburan hujan) dan berikutan kesan el nino. - (Sumber)

Jadi jika boleh elakkan aktiviti luar ketika panas. Jaga kesihatan baik-baik.


FENOMENA EKUINOKS


Gambar Ekuinoks daripada Berita Harian

Cuaca panas terik diramal berlaku pada 20 Mac berikutan fenomena ekuinoks (seluruh permukaan bumi menerima waktu siang dan malam yang sama panjang). Fenomena ini berlaku pada setiap bulan Mac dan September setiap tahun, yang mana pada saat tersebut, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Ekuinoks pada bulan Mac akan menandakan bermulanya musim bunga bagi negara-negara di hemisfera utara, manakala bagi negara di hemisfera selatan, ia menandakan bermulanya musim luruh.

Fenomena ini normal, setiap tahun pada bulan mac dan september. Dan waktu solat masih tidak berubah walaupun kelihatan sedikit perubahan pada keadaan langit yang mana kelihatan seakan masih cerah dan terang walaupun sudah maghrib dan sudah terang seakan siang walaupun masih subuh.

Ia dipanggil Ekuinoks kerana berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'equal night'. Semua tahu paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi Bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.

Oleh kerana matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari, ini menyebabkan kita tidak nampak bayang-bayang kita jika berdiri di tengah panas.

KENYATAAN AKHBAR 


Kenyataan akhbar mac 2016
 










Jerebu


Sementara itu, ramalan cuaca bagi tempoh Mac hingga Ogos tahun ini yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi di laman webnya menyatakan beberapa kawasan sedang merasai kesan El Nino yang menyebabkan cuaca panas dan kekurangan jumlah taburan hujan; dijangka kembali normal pada Mei hingga Ogos 2016 dengan jumlah hujan dijangka berada pada paras purata.

“Semasa cuaca panas, banyak zarah-zarah terampai berterbangan di udara di mana peredaran angin yang lemah, cuaca panas dan kekurangan hujan juga boleh menyumbang kepada berlakunya jerebu tempatan ini.

“Bagaimanapun kesan jerebu tempatan ini tidaklah teruk dan biasanya ia berlaku dalam tempoh sementara sahaja,” - Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) jabatan Jabatan Meteorologi, Alui Bahari.



STROK HABA

strok haba


Definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," - Kata Dr Noor Hisham ( Ketua Pengarah Kesihatan).

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya lagi.

Beliau turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari

Tanda awal strok haba:


  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  • Denyutan nadi yang pantas
  • Otot lemah dan kejang
  • Muntah/rasa hendak muntah
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Sawan
  • Pitam
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk

Cara rawat mangsa strok haba:

  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan strok haba:
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen


Untuk semua, jaga diri baik-baik dan ingatlah orang tersayang. Jangan berhenti berdoa. Teruskan usaha yang terbaik.  Semoga dilindungi semuanya, insya-Allah. :)




1.5 juta dijangkiti Virus Zika di seluruh dunia. WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) mengisytiharkannya sebagai darurat antarabangsa. Jadi apa yang kita perlu tahu dengan lebih lanjut tentang virus yang agak menakutkan dan semakin membimbangkan ini?

Virus ini adalah penyakit bawaan nyamuk Aedes jenis Aegypti. Nama virus Zika ini diambil sempena nama tempat dimana ianya mula-mula dijumpai dahulu. Penyakit ini ditemui buat pertama kali di Uganda pada tahun 1947 yang dihidapi oleh seekor monyet dalam kandang di Hutan Zika, berhampiran dengan Danau Victoria; iaitu kira-kira 23 kilometer dari ibu kota, Kampala.

Virus Zika boleh dijangkiti melalui nyamuk Aedes - jenis nyamuk Aedes yang sama menyebarkan denggi, chikungunya dan demam kuning.



Pada tahun 2007, direkodkan wabak pertama penyakit virus Zika berlaku di Pasifik. Sejak tahun 2013, kes-kes dan wabak penyakit itu telah dilaporkan dari Pasifik Barat, Amerika dan Afrika. Melalui perkembangan persekitaran di mana nyamuk boleh hidup dan terus membiak, dibantu pula oleh urbanisasi dan globalisasi, terdapat potensi tinggi untuk penyakit virus Zika ini terus berlaku di peringkat global.

Nah di sini disertakan gambar dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai gejala, rawatan dan langkah pencegahan virus Zika.




Memetik kata-kata Dr.Syamirulah Rahim:
"Ianya berlaku atas banyak faktor, dari segi sifat penyakit demam Zika itu sendiri yang mild, serta mudahnya ia merebak melalui vektor (nyamuk Aedes). Manusia, adalah host, yang menjadi "orang tengah" menyebarkan virus ini.

Manusia yang dijangkiti Zika, simtomnya hanya mild. Mild bermaksud tidaklah seteruk jika dibandingkan dengan penyakit bawaan Aedes lain iaitu denggi. Demamnya tidak setinggi demam denggi. Sakit-sakit badan, loya juga tidak terlalu ketara. Justeru, manusia yang dijangkiti Zika, masih boleh bergerak, pergi ke kerja seperti biasa. Boleh travel antara benua. Sistem screening yang biasa dilakukan di pintu-pintu masuk antarabangsa, gagal mengesan individu ini kerana kita hanya mengesan individu yang demam panas.

Moreover, tempoh inkubasi Zika iaitu sepuluh hari, bermaksud hanya selepas sepuluh hari digigit nyamuk yang membawa Zika barulah manusia itu mengalami simtom. Dalam tempoh sepuluh hari, seorang manusia tersebut sudah boleh travel ke tempat lain, yang seterusnya digigit aedes di tempat baru dan menyebarkan virus Zika ke host baru pula.

Menarik lagi, selain kita mengetahui bahawa Zika disebarkan melalui nyamuk Aedes, terdapat satu lagi cara transmisi yang tak ramai orang tahu dan tak disebarkan media. Iaitu melalui sexual contact. Ya, terdapat kes di mana seorang lelaki yang dijangkiti Zika ketika berada di luar negara, menjangkitkan Zika kepada isterinya setelah pulang ke negara asal.

Dalam kes Zika ini, vektornya iaitu nyamuk Aedes. Kita sudah sejak dari dulu cuba membanteras Aedes, untuk mengekang penularan denggi, tetapi lihatlah di mana kita berada sekarang?"





*Boleh klik pada setiap gambar dalam penulisan ini untuk lebih jelas.

Nah, video tentang virus zika dalam Bahasa Melayu.


Apa itu virus zika? #zika
Posted by Portal MyHEALTH on Monday, February 1, 2016



Q & A Zika Virus with WHO :

VIDEO   |   ARTICLE



Ramai mengaitkan penyebaran virus ini ada unsur konspirasi; petanda akhir zaman, namun seeloknya adakanlah kajian mengenainya, cari kaedah rawatan dan pencegahan. Itu yang sebaik-baiknya berikutan dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang.

Jom kita usahakan baik-baik dengan menjaga diri dan kebersihan sekitar serta teruskan berdoa yang baik-baik; untuk semua orang. Insya-Allah.

Sebarang maklumat tambahan atau teguran amat dialu-alukan. Terima kasih.


Sumber ;

Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sakit gigi ni selalunya terjadi pabila ada bakteria dalam mulut atau kita salah makan, takpun sebab berkaitan. Terkadang kita elak bagaimana pun , ia datang juga. Dugaan dari Tuhan. Jadi apa nak buat jika gusi bengkak atau bernanah ni ? Jom kita baca perkongsian daripada seorang Ustaz ni.

[ Kredit gambar : nayzak ]

- Sediakan air garam suam dan serai sebatang . Bersihkan serai dengan buang daun , akar serta kulit yang kering . Kemudian bacakan doa berikut pada pesakit dengan meletakkan tangan di luar bahagian gusi yang sakit .

- Baca surah AL-fatihah

- Baca ayat 21 al-hasyr  .*gunung*

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A021

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Al-Hasy-r 59:21)


- Baca  : Allaahumma mushaghghiral kabiir wa mukabbirashshaghiir, maabi ( *sebut nama yang sakit ) , Ya Arhamarrohimiin .



“Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang mengecilkan apa yang besar, yang membesarkan apa yang kecil, kecilkanlah apa yang dialami (sebut nama pesakit dan puncanya), wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.”

*Pada tanda ( ), hendaklah disebut nama pesakit dibin atau dibintikan dengan nama ibunya sekali.

- Kemudian  ditiup pada bahagian yang sakit , juga pada serai dan air garam suam tadi .  Picit gusi yang bengkak supaya bersih dari nanah. Kumur beberapa kali dengan air garam .Letak serai yang masih panas untuk digigit .

- Sekiranya masih sakit , baca ayat 98- surah al-An'am



"Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam)."


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Daruqutni dengan sanadnya daripada Ibn Abbas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengadu gusinya sakit, maka hendaklah ia meletakkan jari-jarinya di atas gusinya dan hendaklah membaca ayat 98 surah Al-An’am.


Elak sakit gigi, atau gusi :

# Berus gigi dua kali sehari dengan berus lembut. Berus harus ditukar enam bulan sekali. Untuk mengelakkan pengumpulan kuman di berus gigi, rendam berus sekejap dalam air mendidih atau celup dalam ramuan antiseptik mulut.

# Flos atau bersihkan celah-celah gigi dengan benang untuk mengeluarkan kotoran gigi atau saki-baki makanan di permukaan gigi.

# Kumur-kumur setiap hari dengan ramuan antimikrobial mulut yang boleh membersihkan gigi yang tidak dapat dicapai berus atau flos.



Dari Dr. Harun Din :
Majalah Solusi.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top