Showing posts with label KKM. Show all posts
Showing posts with label KKM. Show all posts



Human Metapneumovirus (hMPV) adalah jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dari keluarga Pneumoviridae. 

Jangkitan hMPV bukanlah penyakit baharu dan tidak diwajibkan untuk dinotifikasi di bawah Akta 342. 

Gejala penyakit ini seperti batuk, sakit tekak, demam, selesema, dan sakit kepala adalah sama dengan gejala penyakit jangkitan saluran pernafasan yang lain. 

Untuk mencegah jangkitan, amalkan langkah-langkah seperti kerap mencuci tangan, menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, serta memakai pelitup muka, terutama di tempat sesak atau jika bergejala. 

Dengan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan langkah pencegahan, kita dapat bersama-sama mencegah penyebaran jangkitan penyakit saluran pernafasan, termasuk hMPV. 

Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan untuk kesejahteraan semua.



1. HMPV telah berada di Malaysia sejak tahun 2001.

2. Tiada 'spike' atau 'surge' virus hMPV di Malaysia.

3. Virus batuk/selsema (saluran pernafasan) akut utama 🇲🇾 COVID-19 (100,666 kes), diikuti Influenza A, Influenza B.


Terima kasih! Jaga kesihatan diri!


Sumber:

https://x.com/KKMPutrajaya/

https://x.com/azmifathil/





Jangan ambil mudah kepada gejala gejala ini, kerana sememangnya majoriti wanita Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin D yang menyebabkan gejala seperti ini.

Di Malaysia, kajian menunjukkan bahawa sekitar 60-70% wanita Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D.

Kekurangan ini lebih ketara di kalangan wanita yang tinggal di kawasan bandar, di mana mereka mungkin kurang terdedah kepada cahaya matahari kerana gaya hidup yang lebih banyak berada di dalam bangunan.

Kekurangan vitamin D ini juga lebih lazim dalam kalangan wanita yang memakai pakaian yang menutup seluruh badan, yang mengurangkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari, sumber utama penghasilan vitamin D.

Masalah kekurangan vitamin D ini adalah isu kesihatan yang serius kerana ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti osteoporosis, kelemahan otot, dan gangguan imun.

Oleh itu, penting bagi wanita di Malaysia untuk mendapatkan pendedahan cahaya matahari yang mencukupi dan mempertimbangkan pengambilan suplemen vitamin D jika perlu.




Sumber berita: Kosmo

.




Pada 14 Ogos lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam berikutan penularan wabak mpox semasa di beberapa negara Afrika, dengan kes terbaharu dilaporkan di Eropah dan Asia. 

Virus mpox yang turut dikenali sebagai cacar monyet menunjukkan peningkatan trend kes baharu terutamanya di Republik Demokratik Congo dan seluruh benua Afrika.


Mpox merupakan sejenis jangkitan disebabkan virus mpox, iaitu spesies di bawah genus Orthopoxvirus.

Jangkitan boleh berlaku antara manusia ke manusia melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox, selain boleh berlaku melalui pendedahan kepada cecair respiratori semasa hubungan intim.



Antara tanda dan gejala jangkitan MPox

✅ Ruam timbul berisi cecair di seluruh badan

✅ Demam 

✅ Keletihan

✅ Sakit kepala

Gejala biasanya bermula dengan demam.Selepas 1-3 hari ruam muncul di muka, tangan dan kaki diikuti bahagian lain pada tubuh dalam tempoh 24 jam. 

Ruam lebih banyak tertumpu pada muka dan juga boleh didapati di seluruh badan termasuk dalam mulut, kemaluan dan selaput mata.


Beza mpox dgn chicken pox , biasanya ruam mpox lagi sakit (sebab bernanah) dan tak gatal berbanding ruam chicken pox yang gatal tapi tak sakit.

Ruam mpox muncul semua sekali manakala chicken pox dia perlahan lahan muncul. Sebab itu untuk chicken pox , ada saja biji air yang lama dah ada dah pecah, ada ruam yang baru muncul.

Dan Mpox symptom dia lagi lama, boleh sampai 2-4 minggu, berbeza dgn chickenpox orang akan sembuh dalam tempoh 1-2 minggu.

Sekiranya ada tanda tanda mpox, tolong dapatkan rawatan perubatan dengan segera.




Sumber: https://x.com/KKMPutrajaya/

KKM menasihatkan individu yang ingin melawat ke negara yang melaporkan terdapat kes mpox agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan mengelakkan aktiviti berisiko, manakala semua pengembara yang tiba dari negara berkaitan dinasihatkan memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan mpox bagi tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.


Malaysia dah mengambil langkah berjaga-jaga berkaitan isu Mpox ini. 


Bilik Gerakan MPox di CPRC Kebangsaan (dah aktif sejak 16 Ogos 2024)

2/ 'Sentinel surveillance' di pintu-pintu masuk negara secara imbasan suhu (thermal scanning) atau visual (dah aktif sejak 16-22 Ogos 2024)

3/ 13 makmal yang mampu lakukan ujian pengesanan mpox (8 kerajaan dan 5 private)

4/ Pengedaran pekeliling dan garis panduan kepada semua fasiliti kesihatan awam dan swasta termasuk di kawalan sempadan sebagai persediaan. 

5/ Kenyataan media berterusan. Kali terakhir pada 18 Ogos 2024. 

6/ Kempem kesedaran awam oleh KKM melalui media sosial setiap hari i.e. kaedah mengenalpasti simptom dan cara pengurusan jika disyaki menghidap penyakit mpox. 

🔈 P/s: Setakat ini, tiada kes baru di Malaysia dikesan.

📍Rujukan: Sidang media YB @DrDzul pagi tadi di majlis penyerahan Hospital Dungun



Sumber lain:

https://themerdekatimes.com/

https://x.com/MyHEALTHKKM/

https://x.com/HausofHilton/

https://x.com/BuletinTV3/

https://x.com/StratcommPMX/

https://x.com/hmetromy/








Baru-baru dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) ada mempunyai logo (AUTENTIK) keaslian madu (dan produk makanan lain).

Ini berkaitan dengan laporan media mengenai madu palsu di pasaran. KKM mengatakan bahawa "produk madu perlu mengikut standard yang telah ditetapkan iaitu antaranya mengandungi tidak kurang daripada 60 peratus penurunan gula, mempunyai kandungan sukrosa tidak lebih daripada 10 peratus dan tidak boleh mengandungi hydroxymethylfurfural (HMF) lebih daripada 80 mg/kg."

Jadi pada asasnya sekurang-kurangnya 60% mengurangkan gula, Tidak lebih daripada 10% sukrosa, HMF tidak lebih daripada 80 mg/kg. 

Daripada 769 sampel yang diambil sejak 2016, hanya 45 (5.85%) didapati tidak memenuhi piawaian.

Hanya 7 syarikat setakat ini menggunakan 'Skim Pensijilan Makanan Autentik' KKM untuk mengesahkan produk madu mereka menepati piawaian yang ditetapkan.



Jadi lain kali anda pergi membeli-belah, cari logo 'AUTENTIk' pada produk madu tersebut.


*****

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Lambakan Madu Tiruan Di Pasaran





Sumber:

https://hq.moh.gov.my/fsq/autentik


https://twitter.com/luxentX/







Jika anda alami sebarang kecederaan melibatkan tisu dan sendi (terseliuh) , kalau boleh, elakkan ;

❎ Mengurut terlalu awal 

❎ Menyapu minyak panas


Ia akan akibatkan radang menjadi bertambah serius dan semakin sakit. Sekaligus memperlahankan proses penyembuhan.

Langkah yang disarankan adalah dengan.


1. Berehat

Kurangkan pergerakan dan beban pada kecederaan

2. Ais batu

Tuam dengan ais batu selama 20 minit, kemudian berehat. Lakukan rutin ini setiap jam dalam tempoh 48 jam. Ia dapat mengurangkan radang dan kesakitan..

..Tetapi elakkan meletakkan ais secara berterusan, ia akan menggangu peredaran darah dan boleh akibatkan frostbite

3. Compress atau balut. 

Balut secara ringan dengan kain bandage yang elastik. Jangan terlalu ketat.

4. Tinggikan bahagian yang tercedera dengan letakkan ditempat yang lebih tinggi seperti atas kerusi dan timbunan bantal.


Dapatkan pemeriksaan lanjut jika kesakitan semakin serius


Sumber:

https://twitter.com/health_malaysia/










 ‼️𝐁𝐞𝐠𝐮𝐤 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐯𝐢𝐫𝐮𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭 dan biasanya menjangkiti kanak-kanak, kerana ia mudah dijangkiti dan merebak menerusi titisan daripada mulut, hidung dan tekak.

🩺Dikongsikan komplikasi, tanda dan gejala yang boleh berlaku kepada kanak-kanak sekiranya dijangkiti beguk.

Ambil cakna setiap perubahan dan keadaan kesihatan anak anda sekiranya mempunyai tanda dan gejala penyakit beguk dengan segera mendapatkan rawatan susulan bagi mencegah sebarang komplikasi yang boleh membawa risiko kesihatan.




Sumber:

https://twitter.com/KKMPutrajaya





Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai '𝐬𝐞𝐩𝐭𝐢𝐜 𝐬𝐡𝐨𝐜𝐤' dan membahayakan nyawa.

Pneumonia adalah jangkitan kuman yang selalunya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas. Jangkitan ini berpunca dari virus, bakteria, kulat (fungus), tibi dan lain-lain.

Dikongsikan tanda-tanda sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami pneumonia.

📌𝐁𝐞𝐫𝐣𝐮𝐦𝐩𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐩𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧.



Sumber:

https://twitter.com/KKMPutrajaya/


Bacaan lain: Beza Tibi dan Pnemonia




Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS )





PCOS adalah keadaan yang boleh menganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. Dalam setiap 100 wanita 2 hingga 26 wanita akan mengalami masalah ini.

 

Apakah ovari polisistik ni?

 

Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar dari ovari ovari yang normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel ( ruang kosong dala ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi )

 

Maka, dengan mempunyai ovari polisistik tak bermakna anda mengalami PCOS. Tetapi wanita yang telah didiagnos dengan PCOS mempunyai ovari polisistik.

 

Apakah gejala-gejala PCOS?

 

➢ Haid menjadi tak teratur atau tiada langsung

➢ Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan ( hirsuitism )

➢ Kepala botak

➢ Berat badan menjadi berlebihan – berat badan naik dengan cepat dan susah nak diturunkan

➢ Kulit berminyak dan senang naik jerawat

➢ Sukar untuk hamil

➢ Kemurungan dan masalah psikologi

 

Gejala ini berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Ada yang mengalami gejala yang sedikit, walaubagaimanapun ada yang mengalami gejala yang melampau.

 

Apakah sebenarnya punca PCOS?

 

Tidak diketahui, tapi ianya diwarisi. Jika mak, makcik atau adik beradik mempunyai PCOS, kemungkinan anda mendapat PCOS pun meningkat

 

Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan

 

❖ Hormon testosteron ( hormon lelaki ) dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit oleh ovari semua wanita. Wanita yang menghidap PCOS mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu ‘menyerupai’ lelaki

 

❖ Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal atur paras gula dalam darah. Bagi wanita yang menghidap PCOS, insulin dalam badan menghadapi kerintangan dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Hasilnya paras gula dalam darah meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang banyak ini menjadi punca kepada masalah kegemukkan, haid tak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki ( testosteron ) yang tinggi.

 

Bagaimanakah PCOS dikenalpasti?

 

Wanita yang menghidap PCOS mempunyai gejala yang datang dan pergi, lebih-lebih lagi jika berat badan mereka bertambah dan berkurang. Keadaan ini menyukarkan doktor membuat diagnosis dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk mengenalpasti PCOS.

 

Walau bagaimanapun, diagnosis PCOS dikenalpasti bila anda mengalami mana-mana 2 simptom di bawah :

 

• Haid tak teratur, atau tiada langsung

• Pertumbuhan bulu di muka dan badan yang berlebihan atau ujian darah hormon menunjukkan paras testosteron lebih dari biasa

• Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari polisistik

 

Apa kesan PCOS kepada kesihatan dalam jangka masa panjang ?

 

Kerintangan Insulin / Diabetes

 

Jika paras gula darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, keadaan ini boleh menyebabkan diabetes. 1 atau 2 dari 10 wanita yang menghidap PCOS akan menghidap kencing manis juga nanti . Diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Jika anda penghidap PCOS, kemungkinan anda mendapat kencing manis meningkat sekiranya :

 

▪ Umur lebih 40 tahun

▪ Sejarah keluarga mengidap kencing manis

▪ Menghidap kencing manis ketika hamil

▪ BMI melebihi 30

 

Tekanan darah tinggi

 

Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami tekanan darah tinggi yang mana disebabkan oleh kerintangan insulin dan berat badan berlebihan untuk mereka yang menghidap PCOS. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung, masalah buah pinggang dan strok.

 

Kanser

 

Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita.

 

Ada banyak cara untuk melindungi dinding rahim menggunakan hormon progesterone. Doktor akan berbincang dengan anda sama ada menggunakan pil hormon selama 5 hari berturut – turut untuk 3 atau 4 bulan, mengamalkan pil perancangan keluarga atau menggunakan alat dalam rahim ( Mirena ) . Cara-cara ini bergantung kepada hasrat pesakit sama ada mahu mengandung lagi atau tidak.

 

PCOS TIDAK meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.

 

Kemurungan dan perubahan mood

 

Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri

 

Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangka panjang ?

 

1. Mengamalkan gaya hidup yang sihat

 

▪ Makan makanan yg seimbang

▪ Bersenam secara berkala ( 30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu )

 

2. Dapatkan berat badan atau BMI yang ideal

 

3. Pemeriksaan doktor berkala untuk saringan kencing manis, darah tinggi, kanser Rahim atau masalah kemurungan

 

PCOS boleh sembuh?

PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS. Rawatan yang sangat berkesan adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.



Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak

Pegawai Perubatan

Obstetrik & Ginekologi

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



Sumber:

https://www.facebook.com/drmuhammadizzat?mibextid=ZbWKwL










 Berikutan Sidang Media Berhubung Situasi Semasa COVID-19 yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi dikongsikan lima (5) strategi kesiapsagaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menghadapi peningkatan kes COVID-19



Sidang Media KKM YB Dr. Dzul 18/12


1. Tiada PKP

2. Tiada arahan wajibkan Dos Penggalak⁠

3. Tidak perlu scan MySejahtera 

4. Pakai Mask untuk yang bergejala. 

5. KKM berharap kita akan menghadapi situasi ini (kes Covid mendadak) tanpa perlu mengulangi sekatan seperti PKP⁠





IHR (International Health Regulations) atau 

Peraturan Kesihatan Antarabangsa ialah perjanjian undang-undang yang mengikat seluruh dunia, termasuklah negara-negara yang jadi ahli WHO (World Health Organizations).

Negara yang terikat dengan IHR ini akan dilindungi dari ancaman wabak antarabangsa dan mastikan rakyat negara selamat dari ancaman macam itu.

Pasal kedaulatan negara tu, itu IHR tak kacau. Tapi sebab penerimaan pindaan IHR dilihat seperti 'mengganggu' kedaulatan negara, kerajaan (terutamanya Kementerian Kesihatan) akan memastikan pindaan ini tidak kacau kedaulatan.

Ada masa lagi untuk usulkan bantahan pindaan IHR. Kerajaan sekarang pun bijak, fikir panjang-panjang dan akan bincang baik-baik dulu. Kita doa baik-baik. Insya-Allah.



Sumber:

- KKM

- https://twitter.com/thepatriotsasia/

Serangan jantung merupakan punca kematian UTAMA di Malaysia. Rakyat Malaysia mendapat serangan jantung pada usia yang lebih MUDA berbanding negara jiran dan negara maju lain iaitu secara purata pada usia 58 tahun. 

Jika anda merupakan golongan berisiko tinggi dan mendapat gejala berikut, JANGAN TUNGGU. Dapatkan rawatan segera.

MASA = JANTUNG. Semakin lama tempoh serangan jantung, semakin banyak sel dan tisu otot yang mati dan ia boleh berhenti berfungsi 😞






 💥𝐏𝐒𝐎𝐑𝐈𝐀𝐒𝐈𝐒 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓



Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan kulit kronik yang boleh berulang, di mana kulit menjadi merah, tebal dan bersisik.

Komplikasi psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai “psoriatic arthritis”. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi.

Lakukan pemeriksaan di fasiliti kesihatan bagi membolehkan penilaian keadaan dan rawatan awal yang sesuai dimulakan.

❤️ Tabiat kehidupan yang sihat dengan berhenti merokok, mengawal obesiti, menangani stres dengan baik, juga boleh membantu.



Ketika ini, nama Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah semakin dikenali ramai sebagai watak penting negara dalam peranannya mengendalikan wabak COVID19. Beliau adalah pakar bedah kanan dan pakar bedah endoktrin di Hospital Putrajaya serta merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia. Beliau dilantik memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1 Mac 2013.

Dato' Seri Dr. Noor Hisham dilahirkan di Selangor pada 21 April 1963 dan berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan dari UKM. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Eksekutif Komuniti Pakar Bedah Antarabangsa selama lima tahun.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai antara doktor yang terkemuka di dunia oleh sebuah stesen televisyen di China. Dua doktor lain itu adalah pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Pengiktirafan itu ekoran pendekatannya dalam menangani pandemik Covid-19.

Ketiga-tiga mereka mendapat pujian ramai kerana disifatkan sebagai 'tenang, jelas dan boleh dipercayai' dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat berhubung situasi semasa wabak tersebut.

Twitter Datuk Dr. Noor Hisham: https://twitter.com/dghisham

Kisah Hidup Datuk Dr. Noor Hisham

Beliau berkahwin dengan Datin Seri Nik Suwaida Haji Nik Mohammad Mohyideen.

Menurut laporan Mstar, beliau mempunyai seorang anak lelaki yang bakal mengikut jejak langkahnya menjadi seorang Doktor Perubatan. Anak lelaki beliau kini sedang bertugas sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan di negeri Pantai Timur.

Menurut perkongsian WhatApps daripada alumni KIK (Kolej Islam Klang) kini dikenali sebagai KISAS, Dr Noor Hisham berasal daripada keluarga miskin Cina dari Flat San Peng, Jalan Loke Yew.

Beliau kemudiannya diambil menjadi anak angkat oleh Ustaz Nik Mahyuddin dan seterusnya menjadi menantu beliau.

Allahyarham Ustaz Ustaz Nik Mohd Mohyideen Wan Musa merupakan seorang tokoh Pendidikan Islam moden yang banyak melakukan transformasi Pendidikan Islam di Malaysia. Ustaz Nik Mohyideen juga adalah pencetus idea penubuhan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI).

Selain itu beliau pernah menjadi pengetua Kolej Islam Klang selama selama 8 tahun dari 1967-1975.

Ketika Dr Noor Hisham berada di tingkatan satu, Ustaz Nik Mahyuddin telah mengambil beliau sebagai anak angkat. Seterusnya apabila memasuki tingkatan empat, Dr Noor Hisham berpindah ke Kolej Islam Klang bagi mengikuti pengajian beliau selanjutnya di sana.

Datuk Dr. Noor Hisham juga telah menjadi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Sejak 2013.


Biodata Datuk Dr. Noor Hisham

NAMA: Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
TARIKH LAHIR : 21 April 1963
TEMPAT LAHIR : Sepang, Selangor

ANUGERAH
Bil. Tarikh Penganugerahan Darjah
1. 5 April 2014 Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
2. 26 Ogos 2013 Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N.)
3. 17 Mei 2013 Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.)
4. 17 Mei 2010 Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.)
5. 2 Jun 2007 Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
6. 5 Jun 2004 Kesatria Mangku Negara (K.M.N)



Dikenali sebagai seorang yang sangat tenang dan merendah diri, Datuk Dr. Noor Hisham sangat menginspirasikan ramai orang ketika ini. Moga beliau terus sihat, kuat dan dipermudahkan sentiasa bersama keluarga tersayang.

Antara sumber:

Sebelum ada di antara kita risau dan ingin membuat saringan Covid-19, elok pertimbangkan dahulu untuk check di hospital serta baca dahulu apa yang dikongsikan oleh Doktor Wan Ahmad Zhafran dari Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang Johor ini.



"RASA NAK KE HOSPITAL LAH, NAK CHECK COVID19"

Anda risau anda dapat #COVID19?
Anda rasa anda perlu pergi ke hospital untuk rawatan? 

ANDA BAGUS SEBAB ANDA CONCERN PASAL KESIHATAN ANDA DAN ORANG SEKELILING ANDA. TAPI TUNGGU DULU! Kami sayang anda. 

Kami tak mahu anda yang SEBENARNYA SIHAT / TAKDE COVID untuk berada di hospital dan berkumpul bersama-sama orang yang SUDAH DIJANGKITI COVID semasa menunggu untuk rawatan / berjumpa doktor.
JADI, jawab soalan-soalan di bawah SEBELUM anda keluar rumah dan bertolak ke fasiliti kesihatan KKM.

1. Anda ada flu symptoms?
(Demam melebihi 37.5, sesak nafas, batuk dan sakit tekak)

- kalau ya, 1 poin

2. Anda ada pergi ke mana-mana Negara atau kawasan yang ada kes COVID19 dalam masa 14 hari ni?

- China, south korea, japan, italy, iran, etc
(Sila check full list negara-negara terlibat, ni contoh negara yang ada jumlah kes tertinggi sahaja)
- Join tabligh Sri Petaling, church di Sarawak, atau anda dengar melalui berita bas/keretapi yang anda naiki semasa perjalanan ke kampung ada pesakit +ve COVID

- Kalau ya, 1 poin
*Kalau anda berjalan bulan lepas, 2 bulan lepas atau tahun lepas, TAK DIKIRA

3. Anda ada close contact dengan sesiapa yang anda tahu positif COVID?

- Close contact bermaksud sentuhan, bersalaman, berpeluk cium arab, bersua muka, makan bersama dalam satu talam, duduk serumah, kerja dalam satu pejabat yang buat kerja bersama, etc
- Contact yang tak dikira:
contact melalui telefon dan whatsapp, jerit “hai pakcik” dari jauh, anda berjalan dekat supermarket dan orang sebelah anda batuk (anda tak tahu pun org tu siapa dan betul ke dia sakit) SUSPICION / ASSUMPTIONS TAK DIKIRA
(+anda pun tak sepatutnya berada di supermarket/tempat awam dalam tempoh larangan pergerakan ni)
- Orang yang SUDAH DISAHKAN positif COVID takkan berada selain di Hospital, jadi sekiranya ada saudara atau kenalan anda yang POSITIF COVID, dia akan dimasukkan ke dalam wad dan anda akan tahu.
- Orang yang SUSPECTED COVID pun (PUI) setelah diambil sampel di Hospital, dia sepatutnya kuarantin di hospital atau di rumah masing2. Tak sepatutnya dia berjalan2 di tempat awam.
- Jadi kalau anda ada positive covid contact, 1 point

*Kalau anda kenal orang tu pun, tapi anda tak berjumpa dengan dia, tetap TIDAK DIKIRA


————————————————————

KEPUTUSAN. KALAU ANDA ADA:

0 point
- Anda berisiko rendah dijangkiti covid
- Duduk diam2 kt rumah, elakkan daripada keluar rumah. Anda jgn ingat anda berisiko rendah, anda boleh keluar pula ya. Babap karang.

1 point
- Anda berisiko sederhana dijangkiti covid
- Duduk diam2 di rumah, self quarantine 14 hari dan monitor symptoms anda. Sekiranya semakin teruk setelah 5-7 hari, datang ke hospital untuk rawatan. (Kebanyakan demam biasa akan baik dalam masa 1 minggu)

2 dan 3 points
- Anda berisiko tinggi untuk dapat jangkitan covid
- Aanda patut keluar rumah sekarang dan pergi check up dengan segera
- Pesakit dalam golongan yang ini kami akan buat ujian saringan (swab)
- Pesakit yang ada dalam golongan ni jangan pula degil tak nak check, kesian dekat ahli keluarga anda.

Pergi ke hospital dan berikan maklumat lengkap berkenaan:

1. Symptoms ada sejak bila
2. Anda pulang dari mana dan bila tarikhnya
3. Siapa positive COVID contact tersebut, hubungan anda dengan dia, dia dirawat di mana, bila anda berjumpa dengan dia dan anda buat apa dengan dia (salam, peluk, etc)

Sekiranya anda tak dapat sediakan maklumat-maklumat di atas ni, kebarangkalian untuk anda dapat COVID adalah rendah sebab COVID hanya boleh berjangkit melalui CONTACT.

————————————————————

Jadi elakkan diri anda daripada tidak sengaja mendedahkan diri sendiri kepada jangkitan COVID19 di HOSPITAL. 

Anda bayangkan, semua orang yang datang ke hospital tu ada 2-3 point dan anda seorang je yang sihat, berkongsi tempat duduk, berhimpit2 bersesak2 menunggu rawatan hingga 2-3 jam, anda yang sihat pula dapat jangkitan COVID19 secara tak sengaja. 

Di hospital pun, kalau anda ada 0-1 point saja, kami akan arahkan anda untuk balik ke rumah. Anda pula akan rasa tak puas hati sebab anda datang ke hospital sebab anda sangat risau dan nak check covid, tapi tak dapat. Sabar dan bertenang ya, senyum dan tarik nafas dahulu sebab itu adalah SOP KKM.

KKM buat begitu untuk:

1. Mengelakkan anda dijangkiti COVID secara tidak sengaja melalui unnecessary gathering di Hospital
2.Mengelakkan orang yang sepatutnya dapat rawatan, jadi tak dapat rawatan disebabkan ramai sangat orang di hospital
3. Melancarkan urusan pengesanan kes di hospital
Jadi, duduk diam2 di rumah dan spend masa dengan keluarga. Ini masa terbaik untuk bersama keluarga. Tengok TV, dengar radio dan baca berita, dapatkan maklumat sahih terkini tentang COVID (kawasan-kawasan terlibat, kluster terbaru, etc).
Apa-apa pun, kami perlukan doa dari seluruh rakyat Malaysia agar urusan kita semua dipermudah dan seluruh rakyat Malaysia dihindari jangkitan COVID19 ini.

Kami berusaha sebaik mungkin, anda pun turut sama berusaha untuk ikut arahan, dan Allah yang akan menyembuhkan. Semoga Allah merahmati anda juga yang membantu kurangkan jangkitan dengan duduk di rumah.

KAMI AKAN TERUS PERGI KERJA UNTUK MEMBANTU ANDA.
ANDA DAPAT MEMBANTU KAMI DENGAN DUDUK DIAM DI RUMAH.

COVID19 WILL PASS
WE CAN DO THIS

Semoga nasihat ini sedikit sebanyak membantu melegakan kegusaran hati nurani anda.  - Dr. Zhafran.


——————————————————————

Sila klik pautan di bawah untuk jawab soalan-soalan di atas di website rasmi KKM. Klik butang ‘Semak Risiko Anda’ dan jawab beberapa soalan ringkas. KKM akan beritahu risiko anda dan apa anda perlu buat.
 


(Klik untuk lebih jelas: SENARAI HOSPITAL RUJUKAN UNTUK COVID-19) (Sumber gambar)
Terkini tentang pesakit dan kawasan yang terlibat dengan Covid-19/Coronavirus: https://www.outbreak.my/

- Senarai negara terlibat dengan COVID19



1.5 juta dijangkiti Virus Zika di seluruh dunia. WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) mengisytiharkannya sebagai darurat antarabangsa. Jadi apa yang kita perlu tahu dengan lebih lanjut tentang virus yang agak menakutkan dan semakin membimbangkan ini?

Virus ini adalah penyakit bawaan nyamuk Aedes jenis Aegypti. Nama virus Zika ini diambil sempena nama tempat dimana ianya mula-mula dijumpai dahulu. Penyakit ini ditemui buat pertama kali di Uganda pada tahun 1947 yang dihidapi oleh seekor monyet dalam kandang di Hutan Zika, berhampiran dengan Danau Victoria; iaitu kira-kira 23 kilometer dari ibu kota, Kampala.

Virus Zika boleh dijangkiti melalui nyamuk Aedes - jenis nyamuk Aedes yang sama menyebarkan denggi, chikungunya dan demam kuning.



Pada tahun 2007, direkodkan wabak pertama penyakit virus Zika berlaku di Pasifik. Sejak tahun 2013, kes-kes dan wabak penyakit itu telah dilaporkan dari Pasifik Barat, Amerika dan Afrika. Melalui perkembangan persekitaran di mana nyamuk boleh hidup dan terus membiak, dibantu pula oleh urbanisasi dan globalisasi, terdapat potensi tinggi untuk penyakit virus Zika ini terus berlaku di peringkat global.

Nah di sini disertakan gambar dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai gejala, rawatan dan langkah pencegahan virus Zika.




Memetik kata-kata Dr.Syamirulah Rahim:
"Ianya berlaku atas banyak faktor, dari segi sifat penyakit demam Zika itu sendiri yang mild, serta mudahnya ia merebak melalui vektor (nyamuk Aedes). Manusia, adalah host, yang menjadi "orang tengah" menyebarkan virus ini.

Manusia yang dijangkiti Zika, simtomnya hanya mild. Mild bermaksud tidaklah seteruk jika dibandingkan dengan penyakit bawaan Aedes lain iaitu denggi. Demamnya tidak setinggi demam denggi. Sakit-sakit badan, loya juga tidak terlalu ketara. Justeru, manusia yang dijangkiti Zika, masih boleh bergerak, pergi ke kerja seperti biasa. Boleh travel antara benua. Sistem screening yang biasa dilakukan di pintu-pintu masuk antarabangsa, gagal mengesan individu ini kerana kita hanya mengesan individu yang demam panas.

Moreover, tempoh inkubasi Zika iaitu sepuluh hari, bermaksud hanya selepas sepuluh hari digigit nyamuk yang membawa Zika barulah manusia itu mengalami simtom. Dalam tempoh sepuluh hari, seorang manusia tersebut sudah boleh travel ke tempat lain, yang seterusnya digigit aedes di tempat baru dan menyebarkan virus Zika ke host baru pula.

Menarik lagi, selain kita mengetahui bahawa Zika disebarkan melalui nyamuk Aedes, terdapat satu lagi cara transmisi yang tak ramai orang tahu dan tak disebarkan media. Iaitu melalui sexual contact. Ya, terdapat kes di mana seorang lelaki yang dijangkiti Zika ketika berada di luar negara, menjangkitkan Zika kepada isterinya setelah pulang ke negara asal.

Dalam kes Zika ini, vektornya iaitu nyamuk Aedes. Kita sudah sejak dari dulu cuba membanteras Aedes, untuk mengekang penularan denggi, tetapi lihatlah di mana kita berada sekarang?"





*Boleh klik pada setiap gambar dalam penulisan ini untuk lebih jelas.

Nah, video tentang virus zika dalam Bahasa Melayu.


Apa itu virus zika? #zika
Posted by Portal MyHEALTH on Monday, February 1, 2016



Q & A Zika Virus with WHO :

VIDEO   |   ARTICLE



Ramai mengaitkan penyebaran virus ini ada unsur konspirasi; petanda akhir zaman, namun seeloknya adakanlah kajian mengenainya, cari kaedah rawatan dan pencegahan. Itu yang sebaik-baiknya berikutan dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang.

Jom kita usahakan baik-baik dengan menjaga diri dan kebersihan sekitar serta teruskan berdoa yang baik-baik; untuk semua orang. Insya-Allah.

Sebarang maklumat tambahan atau teguran amat dialu-alukan. Terima kasih.


Sumber ;

Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top