Showing posts with label simptom coronavirus. Show all posts
Showing posts with label simptom coronavirus. Show all posts



Kes COVID19 di Malaysia sudah mula berkurang. Walaubagaimanapun terlalu awal untuk kita membuat kesimpulan. Tindakan dan kawalan mesti diteruskan bagi memastikan penularan wabak ini dapat dibanteras! Kita tidak boleh leka. Teruskan duduk dirumah. Muat turun aplikasi MySejahtera sekarang dan lakukan penilaian risiko dan kesihatan kendiri dari masa ke semasa. Ketahui juga status hotspot di kawasan anda melalui aplikasi ini. KKM kini dapat memantau kejadian wabak COVID19 ini menggunakan teknologi.


Muat turun sekarang:




Soalan Lazim App MySejahtera


Apakah aplikasi MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ianya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID -19
  • Membantu individu mengenalpasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID -19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID -19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID -19
Siapakah peneraju aplikasi MySejahtera?

Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Siapakah pengguna aplikasi MySejahtera?

Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:
  • Pentadbir aplikasi di KKM
  • Rakyat Malaysia dan semua warga asing yang menetap di Malaysia
Apakah undang-undang yang berkaitan dengan pelaksanaan aplikasi MySejahtera?

Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Apakah peranti (device) yang menyokong aplikasi MySejahtera?

Aplikasi ini disokong oleh kesemua peranti telefon pintar yang menggunakan perisian sistem Android versi 4.4 dan iOS 11 ke atas.

Di manakah saya boleh muat turun aplikasi MySejahtera?

Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Adakah saya perlu membayar untuk muat turun aplikasi MySejahtera?

Aplikasi MySejahtera adalah PERCUMA.

Bagaimanakah proses pendaftaran sebagai pengguna aplikasi ini?

Untuk mendaftar, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Imbas Kod QR di bawah atau klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my
Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda atau alamat e-mel anda
Langkah 3: Tekan 'Hantar'. Anda akan menerima one time pin (OTP) melalui SMS daripada MySMS 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau emel (jika mendaftar menggunakan emel)
Langkah 4: Masukkan OTP yang diterima dan tekan 'Hantar'
Langkah 5: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan 'Hantar'. Anda akan mendapat mesej 'Pendaftaran Berjaya'
Langkah 7: Muat turun aplikasi MySejahtera dan log masuk





Bolehkah saya mendaftarkan ahli keluarga atau individu lain yang tinggal bersama saya yang tidak mempunyai nombor atau akses kepada telefon pintar di dalam aplikasi ini?

Anda BOLEH mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga yang tidak mempunyai nombor atau akses kepada telefon pintar di dalam aplikasi ini. Aplikasi ini akan turut membantu anda menilai tahap kesihatan ahli keluarga atau individu lain yang tinggal bersama.

Apakah jenis klasifikasi tahap kesihatan yang dinyatakan dalam aplikasi MySejahtera?
-- Klasifikasi dan Penerangan
  1. Low Risk Individu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19.
  2. Casual Contact Individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.
  3. Close Contact Individu yang telah dikenalpasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Ini bermaksud
  • Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE, bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19, menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19
  • Bekerja bersama-sama atau berkongsi bilik darjah bersama pesakit COVID-19
  • Mengembara bersama pesakit COVID-19
  • Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-19
     4. Person Under Surveillance (PUS) Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19 seperti yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari.
     5. Person Under Investigation (PUI) Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19 seperti yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom atau pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering).
     6. Confirmed Case Individu yang telah diuji positif untuk COVID-19.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan teknikal sekiranya menghadapi masalah semasa menggunakan aplikasi MySejahtera?

Anda boleh mendapatkan bantuan dengan menekan 'Bantuan Teknikal' aplikasi MySejahtera.

Adakah maklumat peribadi saya yang dikongsi dalam aplikasi ini selamat?

Aplikasi ini dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh KKM sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh MKN dan MAMPU. Kerajaan menjamin bahawa maklumat peribadi anda akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja. Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.

Sekiranya saya dikenalpasti sebagai pesakit COVID-19, adakah identiti saya akan dilindungi?

Semua maklumat pesakit COVID-19 adalah terpelihara di bawah kerahsiaan maklumat rekod perubatan.


APA ITU CORONOVIRUS (COVID-19)?

COVID-19 merupakan penyakit yang mejangkiti saluran pernafasan seseorang. Ia boleh menyebabkan simptom yang sederhana seperti demam, batuk dan selesema sehinggalah simptom yang teruk seperti sesak nafas.



TANDA-TANDA AWAL SIMPTOM CORONAVIRUS (COVID-19): 
Untuk check sendiri di rumah berkaitan Coronovirus/Covid-19 ini boleh klik: https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus/how-to-find-out-if-i-have-coronavirus-online-test 
Pesakit boleh mempunyai simptom yang sederhana dan tidak memberi kesan kepada pesakit sehinggalah simptom yang teruk dan boleh menyebabkan kematian.

Pesakit yang sudah terdedah dengan virus tersebut akan mempunyai simptom setelah 2 hingga ke 14 hari. Simptom tersebut adalah
  • Demam
  • Batuk
  • Sakit Tekak
  • Sesak nafas
Pesakit boleh sahaja mempunyai salah satu simptom ini tanpa mempunyai demam.

PUNCA CORONAVIRUS (COVID-19)?

Coronavirus adalah daripada keluarga virus yang selalu menjangkiti haiwan seperti kelawar, unta, kucing dan ular. Sebelum ini, coronavirus juga telah menyebabkan wabak seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Kesemua virus ini adalah berasal daripada kelawar.

BAGAIMANA CORONAVIRUS (COVID-19) MEREBAK?





BEZA COVID19 DN SELESEMA BIASA



Pihak KKM ingin menasihatkan mengenai perkara-perkara berikut:



CARA MENCEGAH CORONAVIRUS (COVID-19): 


i) Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman;

ii) Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;

iii) Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari menjamah makanan mentah atau tidak dimasak dengan sepenuhnya, menjamah buah-buahan mahupun sayuran yang tidak dibasuh terlebih dahulu atau meminum minuman yang menggunakan bekalan air tidak terawat;

iv) Mereka yang pulang dari lawatan ke negara-negara yang terlibat dengan gejala jangkitan respiratori (seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak) adalah dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (mask). Jika gejala yang dialami berterusan dan menjadi bertambah teruk, segera dapatkan rawatan perubatan serta maklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.

 

Kemaskini update tentang Corona Virus atau Covid-19 boleh rujuk di facebook Kementerian Kesihatan Malaysia atau twitter KKMputrajaya. Rujuk pada mereka yang pakar dan berkaitan. Jangan mudah sebar perkara yang belum pasti sahih/betul, kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Nama baru Novel Coronavirus:

Sumber: https://twitter.com/KKMPutrajaya





Kini, Covid-19 digelar pandemik.
 

Pautan lain yang berkait:
- https://thediagnosa.com/covid-19-simptom-punca-dan-rawatan/

- https://www.facebook.com/photo?fbid=10158544688242345&set=a.163670842344
- Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
- http://www.pusatsejahtera.usm.my/index.php/ms/15-aktiviti/167-coronavirus-apa-perlu-anda-tahu
- http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2264






Untuk maklumat rasmi dan terkini.
Semak di sini untuk mengetahui jumlah pesakit dan kawasan terkini berkaitan Covid-19: https://www.outbreak.my/

- Pautan:  Soal lazim berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top