Showing posts with label coronavirus. Show all posts
Showing posts with label coronavirus. Show all posts

Sebelum ada di antara kita risau dan ingin membuat saringan Covid-19, elok pertimbangkan dahulu untuk check di hospital serta baca dahulu apa yang dikongsikan oleh Doktor Wan Ahmad Zhafran dari Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang Johor ini.



"RASA NAK KE HOSPITAL LAH, NAK CHECK COVID19"

Anda risau anda dapat #COVID19?
Anda rasa anda perlu pergi ke hospital untuk rawatan? 

ANDA BAGUS SEBAB ANDA CONCERN PASAL KESIHATAN ANDA DAN ORANG SEKELILING ANDA. TAPI TUNGGU DULU! Kami sayang anda. 

Kami tak mahu anda yang SEBENARNYA SIHAT / TAKDE COVID untuk berada di hospital dan berkumpul bersama-sama orang yang SUDAH DIJANGKITI COVID semasa menunggu untuk rawatan / berjumpa doktor.
JADI, jawab soalan-soalan di bawah SEBELUM anda keluar rumah dan bertolak ke fasiliti kesihatan KKM.

1. Anda ada flu symptoms?
(Demam melebihi 37.5, sesak nafas, batuk dan sakit tekak)

- kalau ya, 1 poin

2. Anda ada pergi ke mana-mana Negara atau kawasan yang ada kes COVID19 dalam masa 14 hari ni?

- China, south korea, japan, italy, iran, etc
(Sila check full list negara-negara terlibat, ni contoh negara yang ada jumlah kes tertinggi sahaja)
- Join tabligh Sri Petaling, church di Sarawak, atau anda dengar melalui berita bas/keretapi yang anda naiki semasa perjalanan ke kampung ada pesakit +ve COVID

- Kalau ya, 1 poin
*Kalau anda berjalan bulan lepas, 2 bulan lepas atau tahun lepas, TAK DIKIRA

3. Anda ada close contact dengan sesiapa yang anda tahu positif COVID?

- Close contact bermaksud sentuhan, bersalaman, berpeluk cium arab, bersua muka, makan bersama dalam satu talam, duduk serumah, kerja dalam satu pejabat yang buat kerja bersama, etc
- Contact yang tak dikira:
contact melalui telefon dan whatsapp, jerit “hai pakcik” dari jauh, anda berjalan dekat supermarket dan orang sebelah anda batuk (anda tak tahu pun org tu siapa dan betul ke dia sakit) SUSPICION / ASSUMPTIONS TAK DIKIRA
(+anda pun tak sepatutnya berada di supermarket/tempat awam dalam tempoh larangan pergerakan ni)
- Orang yang SUDAH DISAHKAN positif COVID takkan berada selain di Hospital, jadi sekiranya ada saudara atau kenalan anda yang POSITIF COVID, dia akan dimasukkan ke dalam wad dan anda akan tahu.
- Orang yang SUSPECTED COVID pun (PUI) setelah diambil sampel di Hospital, dia sepatutnya kuarantin di hospital atau di rumah masing2. Tak sepatutnya dia berjalan2 di tempat awam.
- Jadi kalau anda ada positive covid contact, 1 point

*Kalau anda kenal orang tu pun, tapi anda tak berjumpa dengan dia, tetap TIDAK DIKIRA


————————————————————

KEPUTUSAN. KALAU ANDA ADA:

0 point
- Anda berisiko rendah dijangkiti covid
- Duduk diam2 kt rumah, elakkan daripada keluar rumah. Anda jgn ingat anda berisiko rendah, anda boleh keluar pula ya. Babap karang.

1 point
- Anda berisiko sederhana dijangkiti covid
- Duduk diam2 di rumah, self quarantine 14 hari dan monitor symptoms anda. Sekiranya semakin teruk setelah 5-7 hari, datang ke hospital untuk rawatan. (Kebanyakan demam biasa akan baik dalam masa 1 minggu)

2 dan 3 points
- Anda berisiko tinggi untuk dapat jangkitan covid
- Aanda patut keluar rumah sekarang dan pergi check up dengan segera
- Pesakit dalam golongan yang ini kami akan buat ujian saringan (swab)
- Pesakit yang ada dalam golongan ni jangan pula degil tak nak check, kesian dekat ahli keluarga anda.

Pergi ke hospital dan berikan maklumat lengkap berkenaan:

1. Symptoms ada sejak bila
2. Anda pulang dari mana dan bila tarikhnya
3. Siapa positive COVID contact tersebut, hubungan anda dengan dia, dia dirawat di mana, bila anda berjumpa dengan dia dan anda buat apa dengan dia (salam, peluk, etc)

Sekiranya anda tak dapat sediakan maklumat-maklumat di atas ni, kebarangkalian untuk anda dapat COVID adalah rendah sebab COVID hanya boleh berjangkit melalui CONTACT.

————————————————————

Jadi elakkan diri anda daripada tidak sengaja mendedahkan diri sendiri kepada jangkitan COVID19 di HOSPITAL. 

Anda bayangkan, semua orang yang datang ke hospital tu ada 2-3 point dan anda seorang je yang sihat, berkongsi tempat duduk, berhimpit2 bersesak2 menunggu rawatan hingga 2-3 jam, anda yang sihat pula dapat jangkitan COVID19 secara tak sengaja. 

Di hospital pun, kalau anda ada 0-1 point saja, kami akan arahkan anda untuk balik ke rumah. Anda pula akan rasa tak puas hati sebab anda datang ke hospital sebab anda sangat risau dan nak check covid, tapi tak dapat. Sabar dan bertenang ya, senyum dan tarik nafas dahulu sebab itu adalah SOP KKM.

KKM buat begitu untuk:

1. Mengelakkan anda dijangkiti COVID secara tidak sengaja melalui unnecessary gathering di Hospital
2.Mengelakkan orang yang sepatutnya dapat rawatan, jadi tak dapat rawatan disebabkan ramai sangat orang di hospital
3. Melancarkan urusan pengesanan kes di hospital
Jadi, duduk diam2 di rumah dan spend masa dengan keluarga. Ini masa terbaik untuk bersama keluarga. Tengok TV, dengar radio dan baca berita, dapatkan maklumat sahih terkini tentang COVID (kawasan-kawasan terlibat, kluster terbaru, etc).
Apa-apa pun, kami perlukan doa dari seluruh rakyat Malaysia agar urusan kita semua dipermudah dan seluruh rakyat Malaysia dihindari jangkitan COVID19 ini.

Kami berusaha sebaik mungkin, anda pun turut sama berusaha untuk ikut arahan, dan Allah yang akan menyembuhkan. Semoga Allah merahmati anda juga yang membantu kurangkan jangkitan dengan duduk di rumah.

KAMI AKAN TERUS PERGI KERJA UNTUK MEMBANTU ANDA.
ANDA DAPAT MEMBANTU KAMI DENGAN DUDUK DIAM DI RUMAH.

COVID19 WILL PASS
WE CAN DO THIS

Semoga nasihat ini sedikit sebanyak membantu melegakan kegusaran hati nurani anda.  - Dr. Zhafran.


——————————————————————

Sila klik pautan di bawah untuk jawab soalan-soalan di atas di website rasmi KKM. Klik butang ‘Semak Risiko Anda’ dan jawab beberapa soalan ringkas. KKM akan beritahu risiko anda dan apa anda perlu buat.
 


(Klik untuk lebih jelas: SENARAI HOSPITAL RUJUKAN UNTUK COVID-19) (Sumber gambar)
Terkini tentang pesakit dan kawasan yang terlibat dengan Covid-19/Coronavirus: https://www.outbreak.my/

- Senarai negara terlibat dengan COVID19


Dalam perkembangan isu virus Covid-19 ini, ada beberapa persoalan yang timbul. 3 ini antara dua persoalan yang popular. Kesemuanya di jawab oleh menteri di jabatan perdana menteri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

1. Apa hukum solat pakai face mask?

Rey Canotona bertanya boleh kah jika saya mengerjakan solat di masjid menggunakan topeng muka (mask)? Kerana struktur mask tu dalam keadaan boleh menghalang hidung bersentuhan ketika sujud?

Jawapan ustaz Mufti:

Secara asasnya, makruh di sisi mazhab Syafie utk solat dgn memakai face mask. Boleh jika ada keperluan sebagaimana dinukilkan oleh Ibn al Qudamah dlm al-Mughni. Namun, jika saudara ada simptom tersebut, dinasihatkan untuk solat di rumah.


2. Hukum solat Jumaat dalam suasana Covid-19?


Berdasarkan kepada nas dan pandangan ulama’, kami bahagikan isu ini kepada dua keadaan:

Pertama: Dalam keadaan wabak COVID-19 masih terkawal menurut Kementerian Kesihatan Malaysia

Dalam keadaan ini, solat Jumaat hendaklah diteruskan dengan beberapa syarat seperti:
  • Khutbah dipendekkan
  • Orang ramai berwuduk di rumah
  • Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit
  • Pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan
Kedua: Dalam keadaan wabak COVID-19 merebak tanpa terkawal (menurut KKM)

Dalam keadaan ini, solat Jumaat boleh untuk tidak dilakukan, tetapi wajib diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing. Dalam hal ini, terdapat beberapa dawabit:
  • Larangan tersebut dengan nasihat pihak yang berautoriti seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Larangan tersebut adalah termasuk juga sebarang bentuk acara dan perhimpunan sama ada rasmi atau tidak.
  • Wabak sudah menunjukkan kesannya dan ramai individu telah disahkan positif COVID-19 di tempat tersebut.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya. Amin

Lain-lain: COVID-19: FATWA-FATWA TERKINI BERKAITAN PENANGGUHAN SOLAT JUMAAT DAN SOLAT BERJEMAAH

3. Apakah hukum pakai sanitizer beralkohol ketika solat?

Nurr_ bertanya batalkah wuduk jika guna hand sanitizers 70% alcohol ? Sedikit konfius.

 Jawapan ustaz Mufti: Tidak batal.


Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya

Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah tidak najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis. Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.

PERSOALAN-PERSOALAN LAIN:







- HUKUM SOLAT JAMAK BAGI PETUGAS COVID-19
- PENAMBAHAN LAFAZ AZAN KETIKA ARAHAN SOLAT DI RUMAH
- HUKUM HAKAM LAIN BERKAITAN COVID-1





Jaga diri dan jaga semuanya, baik-baik. Moga diberi kesembuhan, kekuatan dan jalan keluar untuk setiap permasalahan. Insya-Allah. Kita doakan untuk sama-sama, untuk semua.
ANTARA DOA YANG BOLEH DIAMALKAN.


Malam tadi (16 Mac), Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Malaysia untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) iaitu pergerakan rakyat kita terbatas dan kurangkan perjumpaan beramai-ramai, berkuatkuasa pada 18 hingga 31 Mac 2020. Kita masih boleh keluar rumah, dan pasar raya yang menjual barang berkeperluan harian masih dibuka dan banyak premis perkhidmatan dibuka.
Semak di sini untuk mengetahui jumlah pesakit dan kawasan terkini berkaitan Covid-19: https://www.outbreak.my/
Ini bukan perintah berkurung (lockdown). BUKAN! Ini adalah kawalan pergerakan (terhad) untuk elak virus merebak jadi lebih besar. Kita masih boleh keluar dan bergerak. Jadi, jangan panik dan bawa bertenang!
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.

Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.
Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac 2020. Langkah ini dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;
  • 1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara. Ini termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
  • 2. Sekatan menyeluruh dilaksanakan ke atas rakyat Malaysia ke luar negara.
  • 3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
  • 4. Penutupan semua insititusi pendidikan
Penutupan institusi dilakukan ke atas semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

Selain itu, penutupan tersebut juga melibatkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
  • 5. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta
Penutupan ini melibatkan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.


Elakkan panic buying , pembelian panik. Kenapa?


Berikut adalah LIMA sebab penting mengapa tidak perlu membuat pembelian panik:

1.Stok barangan kawalan, makanan dan barangan asas mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia.

2.Jika berlaku ‘Lockdown’ ataupun sekatan keluar masuk, anda masih boleh keluar untuk membeli barangan ‘keperluan’ sahaja.

3.Stok akan cukup untuk semua jika kita bekerjasama dan menyimpan stok akan merugikan pihak lain.

4.Membeli berlebihan boleh merugikan kerana barangan ada tempoh hayat.

5.Pembelian panik mendedahkan pengguna kepada manipulasi dalam pasaran. 

Sumber ucapan penuh: http://www.astroawani.com
Elak pembelian panik: http://www.astroawani.com/


Apa yang dimaksudkan dengan Social distancing?

Social distancing ialah satu amalan menjarakkan diri antara individu untuk mengurangkan penularan jangkitan atau wabak. Sebagai contoh, menutup bangunan dan membatalkan majlis atau upacara. 
Social distancing: What does it mean?
Social distancing is a practise reducing close contact between people to slow the spread of infections or deseases. e.g limiting large groups of people coming together, closing buildings and canceling events.

Jaga diri semua, pastikan sentiasa membasuh tangan dan jika tidak sihat, rehatkan diri dan pergi buat rawatan. Moga kita semua dilindungi daripada penularan penyakit bahaya ini. Insya-Allah.









Jika ke klinik/hospital


UNTUK MAKLUMAT RASMI DAN TERKINI


APA ITU CORONOVIRUS (COVID-19)?

COVID-19 merupakan penyakit yang mejangkiti saluran pernafasan seseorang. Ia boleh menyebabkan simptom yang sederhana seperti demam, batuk dan selesema sehinggalah simptom yang teruk seperti sesak nafas.



TANDA-TANDA AWAL SIMPTOM CORONAVIRUS (COVID-19): 
Untuk check sendiri di rumah berkaitan Coronovirus/Covid-19 ini boleh klik: https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus/how-to-find-out-if-i-have-coronavirus-online-test 
Pesakit boleh mempunyai simptom yang sederhana dan tidak memberi kesan kepada pesakit sehinggalah simptom yang teruk dan boleh menyebabkan kematian.

Pesakit yang sudah terdedah dengan virus tersebut akan mempunyai simptom setelah 2 hingga ke 14 hari. Simptom tersebut adalah
  • Demam
  • Batuk
  • Sakit Tekak
  • Sesak nafas
Pesakit boleh sahaja mempunyai salah satu simptom ini tanpa mempunyai demam.

PUNCA CORONAVIRUS (COVID-19)?

Coronavirus adalah daripada keluarga virus yang selalu menjangkiti haiwan seperti kelawar, unta, kucing dan ular. Sebelum ini, coronavirus juga telah menyebabkan wabak seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Kesemua virus ini adalah berasal daripada kelawar.

BAGAIMANA CORONAVIRUS (COVID-19) MEREBAK?





BEZA COVID19 DN SELESEMA BIASA



Pihak KKM ingin menasihatkan mengenai perkara-perkara berikut:



CARA MENCEGAH CORONAVIRUS (COVID-19): 


i) Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman;

ii) Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;

iii) Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari menjamah makanan mentah atau tidak dimasak dengan sepenuhnya, menjamah buah-buahan mahupun sayuran yang tidak dibasuh terlebih dahulu atau meminum minuman yang menggunakan bekalan air tidak terawat;

iv) Mereka yang pulang dari lawatan ke negara-negara yang terlibat dengan gejala jangkitan respiratori (seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak) adalah dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (mask). Jika gejala yang dialami berterusan dan menjadi bertambah teruk, segera dapatkan rawatan perubatan serta maklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.

 

Kemaskini update tentang Corona Virus atau Covid-19 boleh rujuk di facebook Kementerian Kesihatan Malaysia atau twitter KKMputrajaya. Rujuk pada mereka yang pakar dan berkaitan. Jangan mudah sebar perkara yang belum pasti sahih/betul, kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Nama baru Novel Coronavirus:

Sumber: https://twitter.com/KKMPutrajaya





Kini, Covid-19 digelar pandemik.
 

Pautan lain yang berkait:
- https://thediagnosa.com/covid-19-simptom-punca-dan-rawatan/

- https://www.facebook.com/photo?fbid=10158544688242345&set=a.163670842344
- Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
- http://www.pusatsejahtera.usm.my/index.php/ms/15-aktiviti/167-coronavirus-apa-perlu-anda-tahu
- http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2264






Untuk maklumat rasmi dan terkini.
Semak di sini untuk mengetahui jumlah pesakit dan kawasan terkini berkaitan Covid-19: https://www.outbreak.my/

- Pautan:  Soal lazim berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top