Showing posts with label tazkirah untuk wanita. Show all posts
Showing posts with label tazkirah untuk wanita. Show all posts

Menjadi seorang perempuan itu indah , mudah ke syurga sebenarnya. Asal saja buat semua yang Allah suruh , meninggalkan laranganNya dan berterusan berbuat dan berniat baik , insyaAllah dipermudahkan dunia akhirat. Perkara yang penting di sini adalah mengekalkan semua perkara baik yang sudah mula dibuat. InsyaAllah semoga semua dipermudah. Teruslah bersemangat .
Firman Allah SWT : Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung. (Surah an-Nisa ayat-13).

*Menjaga maruah diri .  (Jaga kehormatan, kemana-mana atas izin keluarga , kekalkan sifat pemalu, terutama dengan lelaki bukan mahram )

*Menutup aurat ( wajib tutup juga di luar rumah, jangan pakai terlalu nipis dan sendat )

* Tabarruj (Jangan berlebihan dalam bergaya dan berwangian, jangan terlalu mahu menonjol dan menjadi tarikan)

* Akhlak (Bersopan santun dalam cara bercakap, makan, duduk , berjalan dan menghormati orang yang lebih tua, dan orang lain) , tidak terjerit-jerit dan ketawa kuat-kuat. serta menjaga percakapan.

*Pergaulan ( Jangan terlalu bebas berchat dan mesej di FB dengan lelaki yang bukan mahram , jangan bersalaman dan membuka aurat dengan lelaki , dan janganlah tinggal serumah dengan lelaki yang bukan mahram )

* Aktiviti Luar (Jangan pergi ke tempat yang bukan-bukan atau dengan kawan dan orang yang buruk sikapnya, serta keluar biar dengan mahram dan berkumpulan )

* Keselamatan diri  dan tempat tinggal (Jaga barang peribadi, lawan dan buat tindakan sehabis baik jika dalam bahaya atau diancam, jangan berjalan di tempat sunyi dan jangan keluar dengan orang yang tidak dipercayai , kunci rumah, baik dengan jiran dan layan tetamu dengan baik )

*Ibadah (Jangan mudah tinggal solat dan banyakkanlah amalan sunat)

*Kesihatan dan pemakanan ( Jangan merokok, minum arak dan mengambil dadah , elakkan dari terlalu banyak makan makanan ringan dan amalkan hidup sihat, elak penyakit dan obesiti )

*Kemahiran (Sibukkan diri dengan hobi bermanfaat, tambahkan ilmu dalam ilmu teknologi, bersukan, mengaji al-quran dan bermasyarakat )

Sekian , perkongsian dari sebuah majalah ni. Moga memberi manfaat . Sambil tu boleh dengarkan lagu daripada Nazrey , Muslimah ini , best !:



Lirik lagu Muslimah - Nazrey Johani

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
( Sama-sama terus kongsi yang baik-baik,
moga Allah redha )

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: 
Apabila seorang wanita (isteri) melakukan sembahyang lima waktu, puasa Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya). (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani).

 SEKIAN.


Pilihan. Kadangkala sesuatu itu sangat jelas untuk dipilih. Tak perlu diterangkan sampai naik jerih. Dah dewasa dari bertatih , dah dikata kita yang sendiri memilih jalan hitam atau putih. Bila hati kata mahu, takdir akan ikut setuju. Tapi bila kita buntu dan tak tahu, maka jawapannya sendirilah tahu, tetap sama jadi begitu dan terus begitu.

Kawan Anem pernah juga tegur, sampai Anem rasa butir bicaranya seakan diatur-atur , mahu kita terliur dengar ayatnya yang ada segala macam baur.

Dan tatkala hakikatnya diri ni bukan baik sangat ...

Lengan yang seksi.

"Suka singsing baju, jangan, nanti nampak lengan." - Sebuah perkenalan, esok lusa dia bertanya tentang penutup tangan, stokin yang disarung dilengan, handsock diberi gelaran. Diikutkan Anem memang sekadar dengar sekilas, sedangkan kawan tu ikhlas, mahu lihat kita pakai beralas. Ya, tahu tangan itu aurat, perempuan, wanita dalam islam, aurat adalah semua kecuali muka dan tapak tangan. Namun tipu, hati jahat kata rimas, konon panas, dah berlengan kira ada asas, berbanding daripada yang tak berlengan nampak semua bawah atas. Lepas berfikir bukan sehari dua, Anem pun pakai juga, bukan untuk dia, tapi untuk Tuhan yang esa.

Stokin itu sarung kaki.


"Eh! Memang suka pakai stokin ya? Kalau akaklah, tak nak, buat apa? Nanti kaki berbau," Tegur Kak L yang merupakan pekerja lama di pejabat masa Anem di sebuah negeri dulu. Mahu tidak mahu itulah ayat dia yang kudengar selalu. Sampai naik berbulu. Jika kakiku yang kurang sedap dihidu, beritahu. Namun katanya tidak, bukan sebab itu. Tapi dia kurang selesa melihat kadangkala berbaju kurung namun tetap aku begitu. Nampak tak karporat katanya. Faham. Dia cuma tak selesa. Apapun,  jika tersalah gaya, yang salah pemakai, bukan peraturan dan hukum-hakamnya .*Maaf.

Shawl oh shawl.

Tak adil nak petik nama sesiapa di atas kebangkitan fenomena awek bertudung shawl ke apa. Sebab setiap orang hanya mahu menjadi dirinya dan disuka. Cukuplah ramai dah mula suka pakai sebab agama dan selesa. Tapi berlapis - lipat pusing bukan itu Anem punya cara. Memang bukan fashionista. Tapi masalahnya jarang gila kadangkala. Dalam nampak telinga. Anem pun kadangkala tak terarah gaya. Takut diperasan sesiapa. Akhirnya Anem fikir patut ada tudung dalam sebagai penutup kepala. Kiranya kalau nak bershawl -selendang bagai, cari yang tidak jarang (transparent) tatkala menyarungnya. Wargh! Baru lah cara ! Jangan lupa tutup dada ! :)

Ketat sendat selera remaja.


Tipu kata dulu tak ada beli baju yang ikut badan yang konon perasan ramping macam Nasha Aziz yang popular itu. Nampaklah gaya remaja yang muda dan seiring kawan di hari lalu. Mahu kelihatan cantik, berpotongan dan diperhati kawan dilaluan - bisik dalam kalbu. Tapi untuk apa begitu? Takkan dah tua berkematu masih mahu menadah kata orang-orang yang lalu, mahu mengemis puji-pujian untuk hidup dan dimahu? Tutup bukan suruh bungkus, tahu ? Anem Anem, pakaian begitu mampu meransang dalam suasana yang tidak kita tahu. Jadi, lebih baik cari baju masih cantik namun tetap cerdik untuk diri tu!

Membebel, biar sendiri sedar diri di bulan mulia ni. Semoga jadi lebih baiklah lepas ni nanti. Insya-Allah - ini kena doa tiap hari.

Anem oh Anem..
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top