Showing posts with label transfer. Show all posts
Showing posts with label transfer. Show all posts


Di bawah ini saya kongsikan koleksi tutorial video buat pindahan / transfer duit tanpa kad guna mesin CDM. Saya terangkan dahulu, di bank akan beberapa jenis mesin, antaranya:

- ATM, ini guna kad (keluarkan duit macam biasa)
- CDM (Cash Deposit Machine, untuk bayar / masuk duit) 
- dan satu lagi mesin untuk cek.

Baiklah, jika anda jumpa mesin ATM yang guna kad dan ada logo MEPS, dengan mesin itu anda boleh guna kad mana-mana bank untuk pindahkan / transfer duit ke mana-mana bank lain, dalam arahan mesin tu nanti akan ada cakap pasal bank lain nanti boleh pilih. Itu mesin ATM dan guna kad. Ya ATM. Contoh, anda bank BSN, bawa kad ke bank CIMB dan pindah ke bank MAYBANK, boleh! Pastikan ada logo MEPS pada mesin ATM itu. Baiklah, itu guna kad. Yang guna kad ni hujung sekali artikel ini saya ada kongsi videonya.
Artikel lain berkaitan:  Cara transfer duit ke bank lain melalui mesin ATM BSN (IBFT)
Tapi artikel ini kita cerita yang transfer tanpa kad pula. Manakala mesin CDM pula (yang tulis Cash Deposit Machine), yang memang khas untuk masukkan duit dan tak perlu kad tu, boleh bayar ke bank yang sama dengan di mana mesin itu berada (CIMB unuk CIMB, MAYBANK untuk MAYBANK misalnya), yang penting bawa jumlah wang yang cukup dan bersedia dengan nombor akaun penerima. Mesin apa tadi yang tak guna kad itu? Ya, mesin CDM. Pindahan duit masuk pada hari yang sama.

Transfer duit guna ATM tanpa kad (CDM MAYBANK)



1. Tekan enter / mana-mana butang di keypad mesin CDM tersebut
2. Pilih bahasa
3. Pilih ya
4. Pilih deposit tunai
5. Masukkan nombor akaun
6. Tekan ya
7. Semak nama dan nombor akaun
8. Masukkan duit di ruang duit
9. Sahkan jika betul klik ya, ambil reset dan selesai!

Transfer duit guna ATM tanpa kad (CDM CIMB)



1. Tekan enter / mana-mana butang di keypad mesin CDM tersebut
2. Pilih bahasa
3. Pilih akaun bank / kad kredit
4. Masukkan nombor akaun
5. Tekan ya
6. Semak nama dan nombor akaun
7. Masukkan duit di ruang duit
8. Sahkan jika (Jika betul klik terima, jika mahu tambah klik tambah)
9. Ambil resit dan selesai!

Transfer duit guna ATM tanpa kad (CDM BSN)



1. Tekan enter / mana-mana butang di keypad mesin CDM tersebut
2. Pilih bahasa
4. Tekan ya
3. Pilih deposit tunai
5. Pilih Akaun BSN
4. Masukkan nombor akaun penerima
5. Tekan ya
6. Semak nama dan nombor akaun
7. Masukkan duit di ruang duit
8. Semak jika betul
9. Ambil resit dan selesai!

Transfer duit guna ATM tanpa kad (CDM BANK ISLAM)



1. Tekan enter / mana-mana butang di keypad mesin CDM tersebut
2. Pilih bahasa
3. Tekan Bank Islam Deposit Wang
4. Masukkan nombor akaun penerima
5. Tekan ya
6. Semak nama dan nombor akaun, teruskan
7. Masukkan duit di ruang duit
8. Semak jika betul pastikan
9. Ambil resit dan selesai!

Transfer duit guna ATM tanpa kad (CDM PUBLIC BANK)



1. Tekan enter / mana-mana butang di keypad mesin CDM tersebut
2. Pilih bahasa
4. Tekan ya
3. Pilih transfer / interbank payment or transfer
5. Pilih IBG (hari sama tapi tempoh lain) / MEPS (cepat terima)
4. Masukkan amaun
5.Pilih bank mana nak
6. Masukkan nama dan nombor akaun, dan duit
7. Masukkan nombor rujukan (yang boleh jadi rujukan seperti nombor invoice misalnya)
8. Semak jika betul
9. Ambil resit dan selesai!

Baiklah, video bawah ini jika guna kad (di CDM).
Perlu pergi ke mesin ATM yang ada guna kad dan berlogo MEPS.

Transfer duit guna ATM KE bank lain dari bank lain (guna kad)



 1. Tekan enter / mana-mana butang di keypad mesin CDM tersebut
2. Pilih bahasa
3. Masukkan nombor pin, kuning jika salah, hijau untuk teruskan
4. Pilih pindahan antara bank (ada cas dikenakan)
5. Sah untuk teruskan
6. Pilih simpanan atau semasa
7. Pilih bank sendiri atau bank lain sebagaipenerima
8. Masukkan kod bank anda nak masukkan  dan sahkan
6. Masukkan nama dan nombor akaun, sahkan jika betul
7. Masukkan jumlah duit dan sahkan
8. Semak jika betul pastikan, sahkan.

Moga bermanfaat, jika terdapat sebarang keraguan, boleh rujuk laman web asal bank terlibat dan jika sampai di bank, anda tidak tahu, itu boleh bertanya dan merujuk Jaga atau orang yang bekerja di bank tersebut. Insya-Allah.



Dengan menggunakan mesin ATM, kita boleh memindahkan duit dari satu bank ke bank-bank lain. Boleh sahaja jika mesin ATM dan kad kita ada logo MEPS. Ya, cara yang lebih kurang juga jika di mesin ATM lain sekalipun, namun artikel ini mengenai pindahan wang melalui mesin ATM BSN. Berikut melalui video yang dikongsikan oleh Bank Simpanan Nasional ini sendiri, saya kongsikan tutorial cara transfer duit dari BSN ke Maybank, Cimb atau bank lain dengan ATM. Tempoh terima wang? Serta-merta, cuma dikenakan bayaran 0.50 jika transfer ke bank lain, itu saja! Jadi jom!

Cara pindahan wang antara bank menggunakan mesin ATM:

Masukkan kad ATM/Debit anda

Pilih bahasa yang mudah difahami

Masukkan pin nombor rahsia kita itu

Pilih pindahan

Pilih pindahan segera (wang)

Jika dia bertanya soalan, pilih sahaja teruskan

Masukkan jumlah amaun yang anda mahu pindahkan & pilih "YA'

Kemudian keluarlah senarai bank yang anda nak pindahkan duit tu (Maybank ke CIMB atau apa sahaja bank anda), kalau tak ada pilih lain-lain, banyak tu, kena cari betul-betul

Masukkan nombor akaun bank yang nak terima wang tersebut

Masukkan nombor rujukan (nombor ini cipta sendiri, (tapi yang sistem terkini kalau tak ada hal ini di mesin, teruskan dengan langkah di bawah)

Semak untuk pengesahan, jangan salah masuk akaun. Hati-hati

Puas hati? Jadi boleh pilih "YA"

Tadaa! Siap dah, bolehlah ambil kad anda semula dan resit bukti perpindahan wang tadi.

Video asal melalui gambar:




Di mesin ATM bank lain juga boleh membuat pindahan jika ada tertera MEPS di kad anda dan mesin ATM itu, ini caranya: Langkah untuk membuat Pemindahan Wang Antara Bank dengan ATM MEPS.




Sekian. Moga bermanfaat.

Rujukan lain:
- BSN - Bank Services,  Instant Transfer
- Tutorial Cara Transfer Duit Dari BSN ke Maybank dan Bank Lain Dengan ATM








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top