Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts



Di artikel ini saya kongsikan beberapa cara mendaftar atau membuka akaun ASB. Ada pelbagai cara. Ada di kaunter, ada di kiosk, ada melalui laman web, juga di aplikasi. Moga bermanfaat. 

Selain ke kaunter cawangan/ejen ASNB, anda juga boleh membuka akaun ASB secara online melalui aplikasi myASNB.


WALK IN

Boleh pergi pejabat post atau bank macam cimb/maybank/rhb. Cakap nak buka akaun ASB. 

KIOSK


Cara buka akaun ASB:

1. Pergi ASNB, ada mesin kiosk. 

2. Bawa IC and debit card (untuk deposit RM10)

3. Ikut arahan di kisok. Settle ✅

Untuk anak, bawa mykid anak. Kalau takde mykid, boleh guna surat beranak tapi urusan di kaunter.

Sumber: @ImanAbdulRahim


GUNA APLIKASI MyASNB

Nota Penting:

1. Sebelum menggunakan perkhidmatan myASNB, korang perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit, e-mel & alamat surat menyurat melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB ; contohnya pejabat pos.

2. Korang bagitahu saja dekat kaunter yang korang nak update maklumat untuk guna portal ASB online. Lepas tu, barulah korang boleh daftar & guna perkhidmatan ASB online ni.

Langkah 1

- Guna App MyASB. Muat turun

- LANGKAH 2

Sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar

Isikan maklumat di ruang yang disediakan


LANGKAH 3

Buat proses verifikasi identiti.

Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan. 


LANGKAH 4

Akhir sekali, pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.

Pilih kaedah pembayaran melalui bank yang tersedia. 

Sumber: ecentral.my



CARA BUAT ASB ONLINE (Laman Web) 


Langkah 1:

Korang perlu layari website myasnb.com.my



Langkah 2:

Di bahagian ini, korang perlu isi maklumat pemegang unit.

- Pilih jenis kad pengenalan & isi nombor kad pengenalan korang

- Pilih salah satu produk ASNB yang korang miliki & klik ‘Seterusnya

Langkah 3:

- Isikan butir-butir akaun ASNB korang seperti yang tertera di skrin.

- Sahkan nombor telefon bimbit korang adalah berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB & kemudian klik ‘Request TAC’.

- Masukkan kod TAC seperti yang diterima melalui SMS & klik ‘Seterusnya’.


Langkah 4:

Cipta Akaun Portal myASNB korang

- Tentukan ‘Username’ atau ID Pengguna korang

- Masukkan Frasa Selamat

- Pilih TIGA soalan keselamatan & masukkan jawapan yang berkenaan

- Klik ‘Tamat’ untuk melengkapkan pendaftaran


Nota Penting:

Korang diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan & jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.

Langkah 5:

Setelah pendaftaran berjaya, korang akan diberikan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama.

Dengan portal myASNB online ni, korang dah tak perlu beratur panjang untuk menyimpan / menambah pelaburan ataupun menyemak dividen & baki pelaburan. Selamat mencuba!😉


Sumber:

https://twitter.com/MauKerjaMY/


Boleh rujuk juga:

CARA KELUAR DUIT ASB ONLINE TANPA PERGI BANK 

https://www.mysumber.tv/cara-buka-akaun-asnb-online/


Cara buka akaun ASB online


Moga bermanfaat. 

 


Hari itu sahabat saya; Ayu cakap dah boleh send audio dekat whatsapp status. Saya pun terujalah. Jadi kita pun cuba, eh jumpa! 

Caranya - pilih simbol pen macam nak tulis text dekat status itu, kemudian kita akan jumpa simbol mikrofon untuk bercakap. 

Tekan jangan lepas sambil bercakap, dah habis bercakap, baru send. Tapi jika tengah bercakap nak cancel audio ke status whatsapp itu, terus swipe (seret/tolak) ke kiri. Tempoh audio selama 30 saat sahaja. 

Saya cuba hari itu bukan suara saya, tapi aaya cuba rakam lagu, saja nak tengok jadi ke tidak - eh jadi! 

Jika belum ada, akan datang adalah itu. Sabar. Nanti akan sampai juga dan ter update! Sekian, semoga bermanfaat. 





Baru-baru ini, saudara Haikal Hisham ada berkongsi cara mudah membayar zakat menggunakan aplikasi Boost di twitter beliau. Zaman teknologi di hujung jari ini, amat mudah kita untuk membayar zakat fitrah sendiri secara dalam talian (online).

Untuk pengetahuan semua, hukum sah bayaran zakat 2 sahaja sebenarnya. Niat dan berlaku perpindahan harta. Pembayaran online zakat dah bermula sejak awal tahun 2000 lagi.



 

Terdapat lima waktu pembayaran zakat fitrah
Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal


Sebelum itu: Kalau nak bayarkan zakat fitrah bagi pihak ayah, mak, kena MINTA IZIN terlebih dahulu. Lai-lagi kalau mereka masih ada pendapatan. Jika berkemampuan, fitrah ibu dan adik-adik masih tanggungjawab bapa. Mohonlah izin dari beliau. Kalau tak, ia jadi sekadar sedekah sahaja.

Baik. Jom kita lihat langkah-langkah bayar zakat menggunakan aplikasi Boost:

1. Login ke akaun Boost anda. 
2. Pilih Option "Zakat".


 
3. Add Zakat Account anda 
4. Pilih institusi zakat anda. Buat masa sekarang, hanya ada Lembaga Zakat Selangor, Wilayah Persekutuan, PPZ dan Zakat Kedah. Ada dua jenis zakat yang ada dekat situ. Zakat Harta & Zakat Fitrah. So aku nak fokus pada zakat FITRAH dulu  



5. Isi no ic hampa. 
6. Isi nama, no phone, dan pilih jenis beras yang hampa makan. 
7. Kemudian kalau nak bayar untuk sorang, pilih satu pax saja, kalau nk tolong bayar untuk satu family, kira lah berapa ramai. Nota : Rujuk gambar kedua untuk detail pasal beras tu. 




*Orang yang makan beras premium/mahal, mereka sepatutnya membayar jumlah Zakat Fitrah yang lebih tinggi berdasarkan 2.6kg beras yang mereka makan.

8. Kemudian klik bayar macam biasa. Mudah kan? Tahniah diucapkan pada Lembaga Pejabat Zakat yang sudi adaptasi Teknologi, untuk mudahkan urusan orang lain. 



Mudah bukan? Saudara Hisham juga ada berkongsi tips kewangan dan emas di telegram beliau http://t.me/mhaikalhisham


Rujuk juga: ADAKAH SAH PEMBERIAN ZAKAT TANPA MELAFAZKAN AKAD

Cara setting keyboard / tulisan jawi di telefon (android dan iphone) | Berikut adalah cara setting tulisan jawi pada keyboard telefon iphone dan android. Moga bermanfaat.

Cara setting tulisan jawi di telefon (android)


Image


Cara setting keyboard / tulisan jawi di telefon (iphone)

IPhone user kalau nak keyboard jawi just pergi ke Setting → Keyboard → Add New Keyboard. Nanti just pilih keyboard Malay (Arabic) - untuk pilihan huruf, klik pada "Upper Case". Beza keyboard Arab dan Jawi, di "space" tulis "Ruang - رواڠ"

 Image 

 Image 
 Image


- Untuk aplikasi keyboard jawi boleh download di sini: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.zairo.zairokeyboardpro

- Manakala ini pula laman web online untuk tukar rumi kepada jawi/jawi kepada rumi: http://www.ejawi.net/converterV2.php


- Sumber: https://twitter.com/mellaziz/status/1213445573900001280

Yeah! Whatsapp dah boleh dark mode di android (versi Beta mendahului untuk upgrade kali ini). Baik, bagaimana untuk buat whatsapp anda bertukar arna atau dalam mood malam atau gelap? Saya kongsikan melalui gambar dan video, di bawah. Jika ada petanyaan, boleh ajukan di ruang komen. Terima kasih, moga bermanfaat!



Instagram stories highlight icons free download / [percuma (ig story icons/cover) | Instagram story (IG Story) begitu trend sekarang, malahan orang berniaga pun mendapat banyak pendedahan dengan fungsi ini, tambahan lagi jika dia ada followers dan menggunakan hashtag yang betul dan cara menggunakan teknik pemasaran yang baik. Namun untuk suka-suka saja, IG Story tetap menyeronokkan.

Baiklah, untuk artikel kali ini saya ingin berkongi cara edit icon dekat highlight. Iaitu yang bulat-bulat dekat bawah biodata itu. Senang cerita tengok gambar sajalah.

Cara letak icons di ig story highlight.
Cara tukar gambar icons sedia ada di ig story highlight.
Baiklah, jom tengok ig story icon yang comel-comel untuk jadi cover highlight.

Instagram stories highlight icons free download

(i)
1.Free IG Story highlight icons daripada Apenas Detalhes

Artikel asal:  https://www.apenasdetalhes.com

Pautan (link) ikut pautan dari atas ke bawa rujuk gambar (i):
2. PINTEREST (Di sini sumber paling banyak gambar yang boleh dijadikan gambar cover highlight IG Story):
Antara pilihan:

Download: Pastel theme

Download: Floral

Download: Hologram

Download: Pink floral

Download: Blank



Antara pilihan:
Download: 76

Download: 73

Download: 2

Download: 65


Download: 118

Download: 111 

Download: 104

Download: 106 

Download: 75 
3. Download: https://www.pinterest.com/pin/358458451589745336/

 


Tutorial Cara Buat Highlight Cover - INSTAGRAM STORY HIGHLIGHT:



Cara buat ig story highlight icons sendiri:
Free icon:










Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top