Showing posts with label whatsapp. Show all posts
Showing posts with label whatsapp. Show all posts

Guna ChatGPT di WHATSAPP. Di sini saya akan kongsikan cara kita nak ber-whatsapp atau bermesej dengan ChatGPT. 

Baru-baru ini terbaca di Amanz yang kita dah boleh bermesej terus (menghantar whatsapp kepada Chat GPT secara percuma - sejenis AI) - menarik! Sebab kita sudah tak perlu ke website atau menggunakan aplikasinya. Cuma memandangkan ia masih dalam proses pembangunan, jadi masih terhad penggunaannya. 

Sebelum itu, apa itu Chat GPT? - Seperti ruang sembang - perbualan atau chit chat. 

ChatGPT (Chat Generative Pre-trained Transformer/Sembang Generatif Transformer Pra-latihan) ialah sebuah bot sembang yang dilancarkan OpenAI pada November 2022. 

Jika di website chatgpt.com, kena daftar dulu, log in dengan email google pun memadai. Namun jika di whatsapp boleh mesej terus. 

Kira macam google atau enjin carian. Bot yang auto respon soalan kita. Menjawab soalan kita berdasarkan pelbagai sumber. Jadi untuk setiap jawapan perlu ada tabayyun, semak dulu sewajarnya.


Contoh


Baiklah, bagaimana nak whatsapp dengan Chat GPT? 

Ini cara yang dikongsikan oleh saudara Faisal Rahim di X:-


1. Save nombor ni. 18002428478

wasap.my/18002428478 

(Nombor phone whatsapp ChatGPT) 

2. Buka Whatsapp. Boleh borak dengan ChatGPT.

Dia guna GPT-4o-mini (free) text. Belum boleh guna voice atau visual input.

Boleh brainstorming, cari maklumat ringkas kat Whatsapp.


Limitnya:

Data sehingga tahun Januari 2022 sahaja setakat ini.


Apa beza dengan Microsoft Co-Pilot? Daripada segi limit, Microsoft Co-Pilot limit 100 mesej sehari. Namun sumber jawapannya lebih meluas.

Nombor phone untuk whatsapp Microsoft Co-Pilot:- wasap.my/18772241042



Sekian, gunakanlah kecanggihan dan peningkatan teknologi dengan sebaik-baiknya. 

 


Hari itu sahabat saya; Ayu cakap dah boleh send audio dekat whatsapp status. Saya pun terujalah. Jadi kita pun cuba, eh jumpa! 

Caranya - pilih simbol pen macam nak tulis text dekat status itu, kemudian kita akan jumpa simbol mikrofon untuk bercakap. 

Tekan jangan lepas sambil bercakap, dah habis bercakap, baru send. Tapi jika tengah bercakap nak cancel audio ke status whatsapp itu, terus swipe (seret/tolak) ke kiri. Tempoh audio selama 30 saat sahaja. 

Saya cuba hari itu bukan suara saya, tapi aaya cuba rakam lagu, saja nak tengok jadi ke tidak - eh jadi! 

Jika belum ada, akan datang adalah itu. Sabar. Nanti akan sampai juga dan ter update! Sekian, semoga bermanfaat. 




Yeah! Whatsapp dah boleh dark mode di android (versi Beta mendahului untuk upgrade kali ini). Baik, bagaimana untuk buat whatsapp anda bertukar arna atau dalam mood malam atau gelap? Saya kongsikan melalui gambar dan video, di bawah. Jika ada petanyaan, boleh ajukan di ruang komen. Terima kasih, moga bermanfaat!




Ramai merasa teruja terutama apabila Whatsapp telah mempunyai feature baru iaitu sticker, seperti telegram. Jadi antara persoalannya bagaimana nak buat whatsapp gambar muka kita sendiri dan hantar pada orang lain?

Pertama sekali, kena upgrade / update Whatsapp kepada versi terkini. Baru boleh menerima dan hantar sticker kepada rakan.

Cara hantar sticker.

Cara download / guna sticker sedia ada.
Namun jika mahu sticker gambar sendiri:
Kena ada aplikasi edit gambar. Pastikan anda memuat turun dua aplikasi ini; Background Eraser dan Personal Stickers for WhatsApp.

Untuk apa? Sebab sticker whatsapp nak gambar yang tiada background. Benda ni mudah, sebab ada aplikasi yang memudahkan. Klik-klik, hilang background. Contohnya Background Eraser.

Ingat simpan di mana. Edit banyak sikit gambar kita nak, paling kurang 3.

Cara guna Background Eraser.
Kemudian, lepas ada gambar pastilah kita nak bawa ke whatsapp-kan? Haa. Ini pula kena download melalui aplikasi Personal Sticker Whatsapp. Berikut adalah cara guna gambar tadi.

Cara ambil gambar dan muat turun jadikan sticker

Haa. Sekarang dan boleh hantar kepada kawan. Kalau yang kawan punya pula, kita cuma klik bintang / fav, nanti boleh kita pula boleh guna dan resend semula. Menarik bukan? Sekian terima kasih.

Untuk lebih jelas ada video seumpamanya saya jumpa di youtube:


Rasa tak faham boleh rujuk sini: Cara Buat Pelekat Wajah Anda Sendiri Di WhatsApp

- Rasa nak cari cara lain, yang mungkin lebih cepat (satu aplikasi sahaja, Sticker Studio): Bagaimana Menghasilkan WhatsApp Stickers Anda Sendiri Dengan Mudah?
- Cara lain (2): WhatsApp Stickers for Android, iOS: How to create your own, add favourites and more/ (guna aplikasi Sticker maker for WhatsApp)
- Cara lain 3 : Create and Add Custom Stickers on WhatsApp (melibatkan aplikasi Personal Stickers for WhatsApp, ES File Explorer)

Nak tahu lanjut bab sticker ini, sini - 10 Things to Know About WhatsApp Stickers

Ciri-ciri sticker:
  • Latar belakang gambar mesti transparent
  • Ukuran sticker 512×512 pixels. 
  • Saiz mesti kurang daripada 100 KB.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top