Showing posts with label edit. Show all posts
Showing posts with label edit. Show all posts



Untuk pereka grafik dan berkaitan, elakkan buat perkara ini dalam design #Ramadan:















https://www.instagram.com/p/CbxAizcpLEa/?igsh=MWx0amp3a2dqcHB6cA==










Menurut perkongsian Sifoo di Facebook, ada beberapa istilah atau perkataan berkaitan percetakan/printing yang perlu kita tahu. 















Ramai merasa teruja terutama apabila Whatsapp telah mempunyai feature baru iaitu sticker, seperti telegram. Jadi antara persoalannya bagaimana nak buat whatsapp gambar muka kita sendiri dan hantar pada orang lain?

Pertama sekali, kena upgrade / update Whatsapp kepada versi terkini. Baru boleh menerima dan hantar sticker kepada rakan.

Cara hantar sticker.

Cara download / guna sticker sedia ada.
Namun jika mahu sticker gambar sendiri:
Kena ada aplikasi edit gambar. Pastikan anda memuat turun dua aplikasi ini; Background Eraser dan Personal Stickers for WhatsApp.

Untuk apa? Sebab sticker whatsapp nak gambar yang tiada background. Benda ni mudah, sebab ada aplikasi yang memudahkan. Klik-klik, hilang background. Contohnya Background Eraser.

Ingat simpan di mana. Edit banyak sikit gambar kita nak, paling kurang 3.

Cara guna Background Eraser.
Kemudian, lepas ada gambar pastilah kita nak bawa ke whatsapp-kan? Haa. Ini pula kena download melalui aplikasi Personal Sticker Whatsapp. Berikut adalah cara guna gambar tadi.

Cara ambil gambar dan muat turun jadikan sticker

Haa. Sekarang dan boleh hantar kepada kawan. Kalau yang kawan punya pula, kita cuma klik bintang / fav, nanti boleh kita pula boleh guna dan resend semula. Menarik bukan? Sekian terima kasih.

Untuk lebih jelas ada video seumpamanya saya jumpa di youtube:


Rasa tak faham boleh rujuk sini: Cara Buat Pelekat Wajah Anda Sendiri Di WhatsApp

- Rasa nak cari cara lain, yang mungkin lebih cepat (satu aplikasi sahaja, Sticker Studio): Bagaimana Menghasilkan WhatsApp Stickers Anda Sendiri Dengan Mudah?
- Cara lain (2): WhatsApp Stickers for Android, iOS: How to create your own, add favourites and more/ (guna aplikasi Sticker maker for WhatsApp)
- Cara lain 3 : Create and Add Custom Stickers on WhatsApp (melibatkan aplikasi Personal Stickers for WhatsApp, ES File Explorer)

Nak tahu lanjut bab sticker ini, sini - 10 Things to Know About WhatsApp Stickers

Ciri-ciri sticker:
  • Latar belakang gambar mesti transparent
  • Ukuran sticker 512×512 pixels. 
  • Saiz mesti kurang daripada 100 KB.


Akhirnya saya juga terjebak! Baiklah ini adalah tutorial edit nama dan gambar menggunakan aplikasi Picsart bergabung dengan Focus N Filter. Klik pada gambar setiap tutorial di bawah untuk lebih jelas. Selamat mencuba! 

Jadi apa yang perlu? Install dulu dua aplikasi tu. Boleh didapati di store aplikasi sedia ada (FREE). Picsart adalah aplikasi untuk edit gambar (kesan khas, potong gambar, kecilkan atau ada sebarang penambahan atau pengurangan pada gambar, macam-macam ada di tools jika kita explore). Manakala Focus N Filter pula adalah aplikasi yang lebih kepada letak tulisan (font) pada gambar. Sangat sesuai untuk buat logo atau profile / default picture mana-mana akaun media sosial.

Baiklah kita mulakan dengan aplikasi Focus N Filter.

TUTORIAL 1: PERKATAAN SAHAJA

Gambar A: Tutorial ini jika mahu hasilanya tulisan / perkataan sahaja. Boleh rujuk gambar ikut nombor dan arahan. Apa yang penting jangan lupa simpan. Dah nanti hasilnya boleh dilihat di galeri.

Gambar: A
Oh ya, selain gambar berwarna, gambar biasa sedia ada, atau gambar kita ambil pun boleh dipilih untuk dijadikan latarbelakang (background).

Result / Hasil
*****

Focus N Filter + Picsart

TUTORIAL 2: EDIT GAMBAR + PERKATAAN (BLEND OVERLAY)

Gambar B: Kita gunakan Focus N Filter untuk dapatkan gambar latarbelakang (background) berwarna macam ala-ala watercolor itu. Jangan lupa save.

Gambar: B
Gambar C: Haa, ini baru kita guna aplikasi Picsart. Buka seperti dalam gambar di bawah. Ini untuk memberi kesan magik (magic effect) pada gambar yang kita pilih. Untuk kali ini saya memilih gambar Yuna dan Nana sebagai contoh. Selepas siap edit dan yakin, klik discard. Jangan risau itu dah simpan automatik dalam bahagian recent (dalam aplikasi sama.)

Gambar: C
Gambar D & E: Haa, lepas ada gambar siap letak kesan khas magik tadi, kita edit dengan potong cantik-cantik tepi dia bagi sesuai sikit nanti. Bagaimana nak potong? Gunalah tool "cutout". Ini ada dah disediakan di bawah tu (dalam aplikasi tu) setiap kali setelah gambar dipilih. Setiap itu pandai pandai alihkan gambar tersebut, letak sesuaikan ikut sedap mata memandang. Untuk tutorial ini, saya gunakan "blend", kemudian "overlay", bagi dia cantik sahaja dalam background watercolor tersebut.

Gambar: D
Gambar: E
SIAP!

*****
Baiklah. Bawah ini tutorial lain pula. Style ini yang paling popular. 

TUTORIAL 2: EDIT GAMBAR + PERKATAAN 

Gambar F: Kita gunakan Focus N Filter untuk dapatkan gambar latarbelakang (background) berwarna macam ala-ala watercolor itu. Jangan lupa save. Baiklah, jika mahu menambah perkataan di Focus N Filter ini terus (lebih mudah), tak perlu banyak kerja boleh rujuk Gambar G.

Gambar: F

Gambar G: Ini cara tambah perkataan di Focus N Filter. Jadi tak perlu dah buat ini di Picsart. Cuma tinggal untuk simpan sahaja nanti. Dan jangan lupa sediakan ruang untuk letak gambar nanti. 


Gambar: G

Gambar H: Sekarang kita dah ada gambar watercolor sebagai background yang siap perkataan di Focus N Filter tadi (Gambar G). Jadi dengan ini di Picsart, kita hanya perlu masukkan gambar. Edit dengan tool "cutout",  dan letak bagi sesuai dan sedap mata memandang, kemudian siap! Dah boleh simpan dalam galeri. 

Gambar: H

Tadaa!! Siap dah.

Result / Hasil

*****
SEKIAN. MAAF JIKA ADA KEKURANGAN. 

*Boleh juga rujuk tutorial saudara Muhammad Amir Iddin ini jika mahu.
Jika mahu lagi mudah, rujuk video ini:




Semoga berjaya! Terima kasih. :)




Penulisan kali ini adalah perkongsian tutorial cara edit, terangkan, hidupkan atau cantikkan gambar kahwin atau lain-lain menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Photoshop Lightroom (kedua perisian ini adalah berasingan / lain-lain). Dan jika ada penambahan tips boleh kongsikan di ruangan komen.

Apa-apapun, kita kena ada perisian (software)nya terlebih dahulu.

Download salah satu software yang kita ingin gunakan (jika belum ada):

Kita refresh semula. Adobe Photoshop ini perisian untuk sebarang hal berkaitan suntingan atau manipulasi gambar atau lukisan digital. Kalau yang vektor, tulisan bercorak, lukisan kartun atau buat cetakan (print) hal-hal berkaitan promosi seperti risalah atau majalah itu, (selalunya) barulah menggunakan Adobe Illustrator. Antara perkataan yang biasa kita akan dengar jika menggunakan Photoshop ini adalah tools (perkakasan / alat seperti pen, berus, objek, pemadam, pemotong dan banyak lagi untuk kegunaan edit),  layer (lapisan, kalau dalam buku seperti muka surat, untuk lebih fokus dan teratur, setiap gambar sebaiknya disunting menggunakan layer berasingan dan boleh diberi nama padanya). Dan filter (ini adalah kesan khas pada gambar selalunya digunakan jika bersesuaian). Photoshop juga menyediakan history (boleh undur semula beberapa langkah ke belakang jika ada silap / ingin lihat semula editing kita). Apapun jangan lupa SAVE jika siap. 

TAK TAHU tak mengapa, boleh cuba dulu. Apapun kena rajin bermain dengan fungsi-fungsinya.

Baiklah, kita mulakan!



Banyak cara untuk terangkan, cerahkan atau hidupkan gambar di photoshop ini. Di bawah ini saya kongsikan beberapa tutorial yang boleh kita pilih dan guna ikut kesesuaian yang kita mahukan. Oh ya, kesemua gambar di bawah saya ambil di pixabay.com (laman web yang menyediakan gambar percuma untuk diguna semula) sebagai contoh editing saya.

Cara edit gambar menggunakan Adobe Photoshop

- Cara terangkan atau cerahkan gambar di photoshop


Cara 1: Mencerahkan gambar menggunakan setting level

- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke layer yang tertulis Background. Kemudian klik kanan mengunakan tetikus pilih Duplicate layer.
- Kemudian akan ada layer baru tertulis Background copy.
- Klik seperti klik biasa pada layer Background copy itu. Kemudian di bawah layer itu akan terlihat simbol bulat. (Rujuk gambar a)

Gambar a
- Di situ pilih level. - Klik OK. Dan kita akan nampak gambar sudah lebih terang.
- Namun jika tidak berpuashati pada tahap kejelasan gambar, boleh edit semula di layer level itu.
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)

****Antara rujukan lain: http://photoshop-indobest.blogspot.my

Cara 2: Terangkan gambar yang suram, gelap dan malam (Menggunakan Hue / Saturation)


- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke layer yang tertulis Background. Kemudian klik mengunakan tetikus bahagian kanan pilih Duplicate layer.
- Kemudian akan ada layer baru tertulis Background copy. Klik layer tersebut.
- Pilih pada menu "Image" yang dekat tab atas tu. Dan pilih "Adjustments...". (rujuk gambar b)

Gambar b
- Kemudian pilih "Hue & Saturation...".
- Kemudian saya pilih 55 untuk saturation dan 12 untuk lightness. Kemudian klik OK. Dan Siap!
(Jika rasa tak terang lagi, boleh adjust semula ikut kita mahu).
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)

****Antara rujukan lain: http://amrieibrahim.com/blog/


Cara 3: Edit gambar agar lebih jelas dan hidup (Menggunakan Gaussion Blur)


- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke layer yang tertulis Background. Kemudian klik mengunakan tetikus bahagian kanan pilih Duplicate layer.
- Kemudian akan ada layer baru tertulis Background copy. Klik layer tersebut.
- Pilih pada menu "Filter" yang dekat tab atas tu. Dan pilih "Blur" - dan "Gaussian Blur..." (rujuk gambar x)
Gambar x
- Kemudian nampak tak ruangan atas itu? (Rujuk gambar c) pilih overlay. Tadaa!

Gambar c
- Jika rasa tak terang lagi, boleh adjust semula ikut kita mahu.
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)


Cara 4: Mengedit gambar menggunakan Adjustments


- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pilih pada menu "Image" yang dekat tab atas tu. Dan pilih "Adjustments".
- Kemudian pilih "Brightness/Constrast..." Adjust ikut kita rasa sesuai dan klik OK.
- Kemudian pilih Image - Adjustments - pilih "Curves..." Adjust ikut kita rasa terang dan klik OK.
- Kemudian pilih Image - Adjustments - pilih "Color Balance..." pula. Adjust semua Tone Balance dia sampai puas hati. Kemudian klik "OK".
- Kemudian pilih Image - Adjustments - pilih "Levels..." pula. Adjust ikut kita rasa sesuai dan klik OK.
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)


Cara cantikkan muka orang (hilangkan jerawat atau komedo) di photoshop


- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke ruangan tools sebelah kiri, pilih simbol ini (rujuk gambar d)

Gambar d
- Kemudian pilih "healing brush tool".
- Kemudian sapukan pada bahagian yang kita nak buang jerawat dan bintik hitam.
(Pada bahagian atas bawah menu (rujuk gambar e) ada tulis brush itu, kita boleh tentukan besar ruang kita nak bersihkan.
Gambar e
- Tadaa! Jika rasa tak bersih lagi, boleh adjust semula ikut kita sendiri
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)

****Antara rujukan lain: http://ezhan-artwork.blogspot.my 

Cara putih /cerahkan wajah


- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke ruangan tools sebelah kiri, pilih simbol ini (rujuk gambar f)
- Kemudian akan ada 3 pilihan, pilih atas sekali, "dodge tools".

Gambar f
- Kemudian sapukan pada bahagian yang kita nak ia makin cerah dan terang.
- Tadaa! Jika rasa tak terang lagi, boleh adjust semula ikut kita sendiri
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)

****Antara rujukan lain: http://www.tutorial89.com/

Percuma: Gunakan action psd perkahwinan untuk memudahkan guna: download percuma . Cara gunakan action di photoshop boleh rujuk: di sini.
Cara edit gambar kahwin guna adobe lightroom, ini tutorialnya:

Download: - Adobe Photoshop Lightroom
Tutorial lain: (youtube)

SEMUA tutorial di atas ini sesuai bagi mereka yang menggunakan pc / laptop. Untuk yang menggunakan telefon, di ruangan aplikasi (seperti play store) ada juga menyediakan perisian adobe photoshop (express & lightroom). Namun banyak juga perisian suntingan untuk telefon lain yang juga menarik dan senang. Malahan di sesetengah telefon ada yang menyediakan perkhidmatan dalaman suntingan gambar tersendiri yang berkualiti.

Seperti yang saya pernah sebut dalam tutorial saya bertahun lalu Teknik ambil gambar, apa yang penting jangan takut mencuba. Mula-mula tak jadi itu biasa. Lama-lama dan dengan kerajinan, semua kita boleh lakukan. Selamat maju jaya!








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top