Showing posts with label zakat. Show all posts
Showing posts with label zakat. Show all posts

Waktu-waktu membayar zakat fitrah dan hukumnya. Berikut perkongsian oleh Ustaz Wadi Annuar (klik gambar untuk lebih jelas, boleh save). Moga bermanfaat. Selamat menunaikan kewajipan dan tanggungjawab kita. Moga diberkati dan diterima semua amalannya. Insya-Allah.





 

Kadar Zakat Fitrah 2025 Setiap Negeri Di Malaysia




Masuknya bulan Ramadan, umat Islam bolehlah mula menunaikan zakat fitrah. Berapa agaknya kadar zakat fitrah tahun ini bagi negeri-negeri di Malaysia?


Berikut dikongsikan info sepenuhnya untuk rujukan bersama.


Tempoh Bayaran Zakat Fitrah 


WAKTU-WAKTU UNTUK MEMBAYAR ZAKAT FITRAH


أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ


Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”[1] (Riwayat Muslim: 984)


Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.



Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.

Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.

Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.

Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.

Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.


Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri 2025

NegeriKadar Minimum / WajibKadar Lain
Perlis
KedahRM7RM14
Pulau PinangRM7 / RM10RM15 / RM25
PerakRM10RM16 / RM27
SelangorRM7RM15 / RM22
Negeri SembilanRM7.50RM12 / RM22
MelakaRM7RM15 / RM22
JohorRM7RM12 / RM20
PahangRM7RM14 / RM21
TerengganuRM10RM21
KelantanRM8RM14 / RM21
SabahRM7.50
SarawakRM7.50
Wilayah PersekutuanRM7RM15 / RM22


KADAR WAJIB / MINIMUM : Berasa Super Spesial Tempatan

KADAR LAIN : Berasa Super Import / Perang / Pulut / Herba Ponni / Wangi / Calrose / Poney / Beras Basmathi / Jepun / Merah


Cara Bayaran Zakat Fitrah Online

  1. Negeri Johor
  2. Negeri Kedah
  3. Negeri Melaka
  4. Negeri Kelantan 
  5. Negeri Pahang
  6. Negeri Sembilan
  7. Pulau Pinang
  8. Negeri Perlis 
  9. Negeri Perak
  10. Negeri Sabah
  11. Negeri Sarawak 
  12. Negeri Selangor
  13. Negeri Terengganu
  14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur





Sumber:

https://ecentral.my/kadar-zakat-fitrah-2025/#google_vignette

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kadar-zakat-fitrah-di-perak-lebih-tinggi-ini-penjelasan-maipk-510361




Gambar

Mungkin masih ada lagi yang tertanya-tanya perbezaan di antara Zakat Pendapatan dan Zakat Simpanan. Jadi mari kita lihat perkongsian Tuan Faisal Rahim ini. Boleh membantu dan bermanfaat. 

APA PERBEZAAN ZAKAT PENDAPATAN DAN ZAKAT SIMPANAN?


ZAKAT PENDAPATAN


1. Zakat pendapatan dikenakan atas semua jenis pendapatan yang diperolehi dalam satu tahun berkenaan.

2. Ada EMPAT (4) jenis harta pendapatan yang perlu digabungkan, iaitu:

(a) Penggajian (gaji bulanan + elaun + bonus),

(b) Hasil bebas atau freelance.

(c) Hasil Al-Mustaghalat (sewa rumah, kereta, janaan dari aset kita)

(d) Hasil Pemberian (pusaka, takaful, menang hadiah dsb).

3. Semua harta ini secara asasnya WAJIB dizakatkan TANPA adanya HAUL (tak perlu tunggu setahun dimiliki).

4. Semua harta tersebut juga perlu membuat TOLAKAN HAD AL-KIFAYAH (tolakan diri, isteri, anak-anak dll) dalam tahun semasa sebelum dizakatkan.


ZAKAT WANG SIMPANAN


1. Zakat yang dikenakan ke atas semua jenis simpanan kita. Sama ada simpanan akaun biasa (wadiah), akaun mudharabah, akaun emas, simpanan di luar negara, simpanan dalam bentuk takaful (cash value tahunan), simpanan dalam tabung ayam, bawah bantal dan apa sahaja bentuk simpanan.

2. Wang Simpanan ini perlu digabungkan dengan 

(a) Wang Pelaburan dan 

(b) Emas Perhiasan melebihi 'uruf 800 gram (yang ditukarkan ke dalam harga semasa) dan 

(c) Emas Bukan Perhiasan (biar pun tak mencapai nisab 85 gram) yang ditukarkan ke dalam harga semasa (RM).

3. Semua harta di atas perlu dizakatkan jika cukup Haul dan Nisab (Harga 85 gram Emas ; RM23,035).

4. Bagi Wang Simpanan yang disimpan dari LEBIHAN PENDAPATAN bulanan yang telah pun dikeluarkan zakatnya (Zakat Pendapatan) , maka syarak menghendaki ia dikecualikan daripada kiraan zakat simpanan pada tahun berkenaan.

Maksudnya:

Sila buat tolakan atas semua simpanan pada tahun semasa yang telah dizakatkan agar tidak berlaku zakat dua kali.

5. Tiada Tolakan Had al-Kifayah (diri, isteri, anak-anak dll) dikenakan atas Zakat Wang Simpanan.

6. Zakat Wang Simpanan dikenakan pada saat haul tiba (biasanya pada penghujung tahun atau Ramadan - kita pilih) dengan melihat kepada JUMLAH BAKI Wang Simpanan kita.


(Dan ia digabungkan dengan pelaburan dan emas sebagaimana yang diterangkan sebelum ni - cara kira zakat emas.)


Sedikit Nota:

Dalam kiraan zakat hanya ketua keluarga perlu buat tolakan untuk anak-anak sebab ia jadi tanggungjawab beliau.

Namun kalau isteri yang jadi ketua keluarga (sebab suami sakit, tak kerja dll), maka isteri boleh buat tolakan.

Kaedah sama macam LHDN yang tak boleh amik dua-dua pasangan atau tolakan untuk ibu bapa.


*****

Moga bermanfaat. Terima kasih buat Tuan Faisal Rahim atas perkongsian beliau. 


Kali ini twitter Kewangan Graduan kongsikan pautan/potal atau laman web bayar zakat online untuk negeri-negeri di Malaysia.

Ini mungkin kali pertama kiita membayar Zakat Fitrah melalui portal, selalunya bayar melalui Amil yang dilantik. Sebab COVID-19, ambil pendekatan bayar secara atas talian. Lagipun rekod Zakat boleh dilihat semula di Portal PPZ (cara biasa tiada rekod dalam portal dan hanya dapat resit sahaja).

Untuk pengetahuan semua, hukum sah bayaran zakat 2 sahaja sebenarnya. Niat dan berlaku perpindahan harta. Pembayaran online zakat dah bermula sejak awal tahun 2000 lagi.

Lafaz Akad Fitrah:
- Diri Sendiri 
- Diri dan Tanggungan 
- Bagi Pihak Kalau bayar melalui Portal ni, 
Niat Bayar Zakat berbeza mengikut tangungan. 1 org = "bagi diriku" 2 org / lebih = "bagi diri dan tanggunganku"

Orang yang makan beras premium/mahal, mereka sepatutnya membayar jumlah Zakat Fitrah yang lebih tinggi berdasarkan 2.6kg beras yang mereka makan.

 
Sebelum itu: Kalau nak bayarkan zakat fitrah bagi pihak ayah, mak, kena MINTA IZIN terlebih dahulu. Lai-lagi kalau mereka masih ada pendapatan. Jika berkemampuan, fitrah ibu dan adik-adik masih tanggungjawab bapa. Mohonlah izin dari beliau. Kalau tak, ia jadi sekadar sedekah sahaja. 


Di bawah ini disertakan laman web untuk bayar zakat online mengikut negeri:
 
WILAYAH PERSEKUTUAN
 i. Portal PPZ fitrah.zakat.com.my 
ii. Perbankan Internet (14 bank) 
iii. PayHalal payhalal.my/bayarzakat 
iv. Portal MyEG 
v. Pos Online 
vi. Aplikasi e-dompet Boost
SELANGOR
i. Portal eZakatPay fpx.zakatselangor.com.my/v2/ 
ii. Aplikasi e-dompet GoPayz 
iii. Aplikasi e-dompet Boost 
iv. Perbankan Internet (9 bank) 
v. Portal MyEG vi. Pos Online

PERAK
- http://ezakat.maiamp.gov.my/v4/
NEGERI SEMBILAN
i. Portal Pembayaran Zakat zakatns2u.biz/fitrah/ 
ii. Aplikasi PBMaiNS MAINS 
iii. SnapNPay snapnpay.my/pay/NSNFITRAH/ (Aplikasi pun ada) 
iv. Portal MyEG 
v. JomPay (Biller code: 76497)
MELAKA
i. Zakat Melaka pay2.izakat.com/online_payment 
ii. QR Pay (Perbankan Mudah Alih i-Muamalat atau Bank lain yang telah melancarkan DuitNow QR)
JOHOR
i. Zakat Johor Online Payment epayment.maij.gov.my 
ii. FAST PAY fitrah.maij.gov.my 
iii. Johor Online Payment onlinepayment.johor.gov.my 
iv. SnapNPay snapnpay.my/pay/JHRFITRAH/ (Aplikasi pun ada)
PAHANG
i. Zakat Pahang ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/ 
ii. SnapNPay snapnpay.my/pay/PHGFITRAH/ (Aplikasi pun ada)
KELANTAN
i. e-Zakat Payment e-maik.my/v2/index.php/m 
ii. QRCode / QRPay 
iii. Perbankan Internet (16 bank) 
iv. SnapNPay snapnpay.my/pay/MAKFITRAH/ (Aplikasi pun ada)
PERLIS
****
 
Kaedah pembayaran Zakat Fitrah Negeri selebihnya boleh rujuk adalah di bawah:

Boleh juga cuba membuat pembayaran melalui: 
- SnapNPay snapnpay.my/zakat (ada 11 Negeri, yang tiada hanya Melaka, Kedah dan Selangor). 
- Aplikasi e-dompet Boost (Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kedah)

Terdapat lima waktu pembayaran zakat fitrah
Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal

Kadar zakat fitrah (rujukan: https://semakanonline.com/kadar-zakat-fitrah-malaysia/)




Sekian, selamat dan tahniah kerana menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam.

Ini untuk mengetahui laman web negeri lain untuk membayar zakat:
- https://twitter.com/drzul_albakri/status/1252147041955790849
- https://twitter.com/acaiijawe/status/1254668433863524352

Untuk pelbagai tips dan maklumat berkaitan ekonomi dan kewangan terkini boleh mengikuti telegram Kewangan Graduan - https://t.me/KewanganGraduan.



Berikut adalah perkongsian melalui twitter Kewangan Graduan - Cara bayar zakat online wilayah persekutuan (MAIWP).
Untuk pelbagai tips dan maklumat berkaitan ekonomi dan kewangan terkini boleh mengikuti telegram Kewangan Graduan - https://t.me/KewanganGraduan.
Ini kali pertama bayar Zakat Fitrah melalui portal, selalunya bayar melalui Amil yang dilantik. Sebab COVID-19, ambil pendekatan bayar secara atas talian. Lagipun rekod Zakat boleh dilihat semula di Portal PPZ (cara biasa tiada rekod dalam portal dan hanya dapat resit sahaja).

Untuk pengetahuan semua, hukum sah bayaran zakat 2 sahaja sebenarnya. Niat dan berlaku perpindahan harta. Pembayaran online zakat dah bermula sejak awal tahun 2000 lagi.

Orang yang makan beras premium/mahal, mereka sepatutnya membayar jumlah Zakat Fitrah yang lebih tinggi berdasarkan 2.6kg beras yang mereka makan.



Sebelum itu: Kalau nak bayarkan zakat fitrah bagi pihak ayah, mak, kena MINTA IZIN terlebih dahulu. Lai-lagi kalau mereka masih ada pendapatan. Jika berkemampuan, fitrah ibu dan adik-adik masih tanggungjawab bapa. Mohonlah izin dari beliau. Kalau tak, ia jadi sekadar sedekah sahaja.


Cara bayar zakat online wilayah persekutuan (MAIWP)

Portal Fitrah Online fitrah.zakat.com.my 



a. Syarat Wajib 
b. Lafaz Akad Fitrah:
 - Diri Sendiri 
- Diri dan Tanggungan 
- Bagi Pihak Kalau bayar melalui Portal ni, 
Niat Bayar Zakat berbeza mengikut tangungan. 1 org = "bagi diriku" 2 org / lebih = "bagi diri dan tanggunganku"




1. Pergi ke zakat2u.com.my 
2. Log Masuk akaun Zakat2U, jika belum ada klik Daftar 
3. Klik Bayar (atas kanan) 
4. Pilih Zakat Fitrah di Jenis Zakat, bayaran untuk dan tambah Zakat 
5. Pilih cara pembayaran: Perbankan Internet FPX, pilih Maybank2U dan klik Bayar Melalui FPX



6. Sahkan bayaran, baca Niat dan klik Teruskan Bayaran 
7. Selesaikan transaksi Resit ada diberikan, klik Rekod Rasmi boleh cetak resit. Apa-apa Zakat lain yang dibayar ada rekod dalam akaun Zakat2U anda.
- Rekod Rasmi 
- Resit Rasmi Bayaran Zakat 







Jika tak dapat resit:
Bila dah bayar akan terima email daripada Portal Zakat2U: Resit Bayaran Zakat. Boleh log masuk Portal Zakat2U & Pilih tahun 2020 -  Akan nampak bayaran Zakat yang dibuat tahun 2020. Jika tiada, boleh rujuk @ppzwp.

Terdapat lima waktu pembayaran zakat fitrah
Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal





Sekian, selamat dan tahniah kerana menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam.

Ini untuk mengetahui laman web negeri lain untuk membayar zakat:
- https://twitter.com/drzul_albakri/status/1252147041955790849
- https://twitter.com/acaiijawe/status/1254668433863524352







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top