Nak Jadi Baik SUSAH ?

Artikel ini mungkin ada sedikit tempiasnya pada artikel Salahke kalau kita nak berubah, bertaubat, jadi lagi baik ?  sebelum ni . Apa yang terluah semua dari hati untuk ingatan diri sendiri.   Sudikan melayan . Terima kasih :)


Artikel berkaitan: 

...

Bila sedih sedih, jangan lama lama, sebab penghujungnya pasti ada gembira.
Bila takut takut, jangan lama lama, sebab hakikatnya kita lebih berani dari dijangka,
bila risau risau, jangan lama lama, sebab sebenarnya benda tu taklah sesukar mana,
Bila marah marah, jangan lama lama, sebab menjadi pemarah memang tak bahagia .

Hidup sekali saja. Nak rasa menyesal sangat pun takkan bawa ke mana.
Apa yang penting berani lah hadapi hari muka, dengan pemikiran yang sederhana .

Semua orang nak jadi lagi baik dekat dunia ni . Eh , siapa kata nak jadi lagi baik tu susah ? Senang sangat. Cuba jadi baik sekarang, cer try. Rendahkan suara pada orang keliling , cakap jangan kasar sangat,  bersangka baik dengan orang yang berkenaan , terus pergi sembahyang kalau rasa ada solat yang belum lagi tertunai, terus memaafkan sesiapa yang memang kita angin je bila dengar nama dia - SEKARANG, boleh je,

TAPI ..
nak terus terusan kekal dengan kebaikan tu yang sangat sukar . Susah , bukan senang nak terus kekal jadi baik, hari ni bolehlah buat , cuba kan , esok ? Eh eh kembali kepada asalan balik. Ya benda tu tak pelik. cuma ,kan da cakap, ia agak sukar. Tak sesenang difikir, digambar, atau dimahu . Berterusan (Istiqamah) tu satu perjuangan. Macam kita kena pilih nak berfacebook ke ,atau  nak study. Nak fokus buat kerja ke , atau nak bergosip . Nak habiskan drama dulu ke, pergi sembahyang  maghrib dulu , atau nak puasa ke atau nak try ponteng sesekali.

Ya, hidup ni adalah satu perjuangan. Perjuangan berpanjangan . Melibatkan beberapa pengorbanan dan sedikit kesabaran . Not easy to say.

Tapi, kita WAJIB  mencuba. Yang penting,kena kuatlah. Kekuatan tu sikit je datang dari orang keliling, selebihnya dari dalam kita sendiri. Cari dan terus mencari...
*jangan cakap 'saya tak kuat' - bila belum mencuba walau sedikit pun. itu mengalah namanya.*

Kita sebenarnya kuat, awak kuat, saya kuat, sama-sama cuba kuat tau ? kita boleh, saling mendoa, insyaallah kan?

Semoga selamat . Dengan izinNYA.




3 yang menasihati:

  1. ika suka baca ^^

    ape yg penting niat kita. kalau btol kita nk berubah ke arah kebaikan, insyaallah, Allah swt akan sentiasa menolong kita. mempermudahkan segala urusan kita :)

    ReplyDelete
  2. ske entry ni...kta kna kuat tuk brubah...kna istiqmh..
    fkir pndgn Allah,bkn fkir pndgn negatif org..
    ^^,

    ReplyDelete
  3. Ni lah salah satu perkara yang mak selalu pesan, dan ni lah jugak salah satu perkara yang sering saya lupa!

    Cuba istiqamahkan diri untuk apa yang saya tengah usahkan sekarang :)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top