PUASA QADA' / GANTI
Sumber : Addien90 ; Pelajar hadis / Kolumnis
*Rujuk gambar, jika mahu buat, ikut mazhab Syafie, BOLEH namun tetap dikira qada. Tak
sempurna. Namun Tuhan tahu kita berpuasa dalam raya, insya-Allah.
Apapun, lebih baik asing. (Jika puasa nazar tidak boleh disekalikan).
Puasa qada' adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, untuk perkara ini ada dua pendapat sebenarnya. Satu boleh dan sah (jika ikut Mufti kita). Rujuk gambar di bawah. Wallahua'alam.
Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi :
Puasa qada' adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, untuk perkara ini ada dua pendapat sebenarnya. Satu boleh dan sah (jika ikut Mufti kita). Rujuk gambar di bawah. Wallahua'alam.
Sumber: http://lensakami.com/blog/2019/04/17/koleksi-hukum-dan-fatwa-berkaitan-ramadhan/ |
Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala
*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
*ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)
Maksud: Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala
ATAU
Lafaz niat puasa Qadha’ Ramadhan :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala.
Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."
Walaupun ada yang mengatakan pelbagai pendapat tentang mana patut buat dulu antara qada dan sunat ini - namun pendapat umum ulama' mengatakan dibolehkan puasa sunat syawal dahulu baru puasa ganti kerana tempoh syawal adalah sebulan sahaja (apatah lagi jika waktu singkat dan terbatas). Puasa ganti dibolehkan sebelum menjelang ramadhan akan datang, namun elakkan bertangguh. Wallahua'lam.
PUASA ENAM SYAWAL
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ ِستَةٍ ِمنْ شَوَالٍ سُنَةً ِللَه تَعَالَي
Nawaitu sauma ghodin an sittatin min syawalin sunattan lillahi taala.“Sahaja aku puasa sunat enam di bulan syawal kerana Allah swt “.
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).
Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.
Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.
Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.
Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
****
Puasa Hari Putih
Maksud
Hari Putih ialah tiga hari pertengahan pada setiap bulandalam kalendar Islam iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan. Pada hari-hari itu juga kita disunatkan berpuasa. Boleh juga dikatakan 'rehat setiap bulan' dengan memberi ruang rehat kepada perut kita dari memproses makanan dengan kerap.
Sesiapa yg *tidak ada puasa Qadha' Ramadhan*, dan ingin berpuasa sunat sempena Hari Putih, *inilah NIATNYA* pada setiap harinya itu:
نَوَيْتُ صَوْمَ الْأَيَّامِ الْبِيْضِ لِلَّهِ تَعَالَى
*Ertinya*: Sahaja aku puasa pada hari-hari Putih kerana Allah Taala
Atau
Sahaja aku puasa sunat hari ini kerana Allah Taala
Tetapi *jika ada Puasa Qadha' Ramadhan yg belum selesai*..
ATAU
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala.
* Tiada lafaz niat yang khusus bagi puasa sunat Isnin dan Khamis.
Bagi memudahkan, memadai berniat seperti di atas.
***
*Dilarang berpuasa pada ‘Hari Syak’ atau meragukan iaitu hari ke-30 Syaaban melainkan apabila bertujuan untuk puasa qadha (mengganti puasa Ramadhan sebelumnya), puasa sunnah, puasa kafarah (puasa melanggar sumpah) .
[ Tambahan :
Niat puasa sunat di bulan Rejab adalah seperti berikut
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rejab kerana Allah Taala” ]
***
***
Jika ada kesilapan, boleh betulkan di ruangan komen, atau boleh jawabkan soalan rakan-rakan di ruangan bawah ini. Saya hamba yang lemah, masih banyak perlu belajar dan perlukan teguran. Tulisan ini pun melalui beberapa rujukan. Maafkan saya ya. Terima kasih. Wallahua'lam.
76 yang menasihati
terimakasih bacaan niat puasa syawalnya.
ReplyDeleteMau tanya, bolehkah membayar fidiyah kepada orangtua sendiri karena kondisinya juga kekurangan? Mohon jawabannya, terimakasih...
ReplyDeletetidak boleh..
Deleteboleh aja dong. sapa bilang tidak boleh.
Deleteof cos boleh. .yg jawab nga boleh tolong mendalami ilmu Islamnya .jgn beri salah nasehat..bego lu!
DeleteTidak boleh kerana ianya adalah kpd darah daging sendiri. Fidiyah di beri kpd fakir miskin. Org yg serba kekurangan. Tidak berkemampuan.
Deleteklo ke org tua sendiri mah ga usah niat fidyah dong, ngasih aja knpa?
Deletefidyah nya ke org lain yg lbih membutuhkan..
blog anda penuh dgn ilmu y bermanfaat!
ReplyDeletemudahan kita bisa menjalankan puasa ramadan dengan lancar tanpa ada kendala.
ReplyDeleteberpuasa di bulan sywal bisa kita manfaatkan untuk mengurangi dosa dosa yang telah kita prbuat. puasa syawal juga merupakan penyempurna puasa ramadhan
ReplyDeletesy nak tanya , kalau kita tiap-2 tahun ada yang tak ganti puasa lg , kalau nak puasa ganti selama mana ya ?
ReplyDelete@sigadis :
DeleteHutang dengan Allah perlu dibayar, anda anggarkan sahaja berapa yang perlu diganti dan memohonlah taubat dari Allah atas kecuaian ini. Fidyah di kira pada tahun kedua dan kira fidyah ikut hari yang anda agak. Lebih baik dilebihkan puasa ganti tersebut, sebagai sikap berjaga-jaga dari kekurangan puasa.
boleh rujuk sini :
http://www.ustaznoramin.com/2010/06/cara-ganti-puasa-ramadhan-bayar-fidyah.html
Nak bekenalan mcm seronok bkawan dgn awak.
DeleteJika niat puasa ramadhan pula yg saya lupa niat mcm mana ye? Maksud saya lupa nak lafaz. Adakah puasa saya tdk sah?
ReplyDeleteSah, niat 2 sunat klau buat lagi bagus
DeleteN yg pting niat kita bpuasa kerana Allah.. insyaAllah..
Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti mengatakanJika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, akan itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat. Selamat bekenalan nama fazz n selamat bpuasa.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesaya biasa niat puasa ramadhan satu bulan penuh di awal bulan. Buat berjaga-jaga bila lupa. Lepas tu juga niat puasa tiap malam.
DeleteTerima kasih banyak mas untuk lafaz niat puasanya
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita semua mendapat barakah di bulan yang mulia ini.
ReplyDeleteMama aisyah
http://mypreciouslittleladybug.blogspot.com
punya hutang puasa ramadhan 1 minggu tp ingin ikuti puasa syawal jg jadi harus gimana,bayar hutang dulu ato gmn ?apa puasa syawal itu hanya setelah lebaran hari ke dua ato selama bulan syawal boleh menjalankan puasa asal 6 gitu
ReplyDeletebukan kita bole buat sekali, kita lafaz kan niat puasa qada terlebih dahulu baru kita ikuti lafaz puasa syawal. mohon tunjuk bile ada kesilapan. terima kasih
DeletePuasa 6 dhulu...krana bulan syawal hanya sebulan saja.. puasa ganti boleh di kerjakan di bulan yang lain.. kita tidak boleh menggabungkan puasa sunat syawal dan puasa ganti kerana terdapat perbezaan...puasa ganti adalah wajib dan puasa sunat syawal adalah sunat.
DeleteKalau pendapat saya .. lebih baik ganti puasa baru lakukan puasa Syawal
Deletethanks utk info nya.. ;)
ReplyDeleteterima kasih informasinya.
ReplyDeleteTerimq kasih untuk maklumat itu ya...
ReplyDeleteSemoga Allah Swt memberikan berkah atas ilmu yg telah anda bagikan amin.
ReplyDeleteAMIN
ReplyDeletemohon share TQ ^_^
ReplyDeleteAlhamdulilah..terima kasih
ReplyDeletetq ats perkongsian ..mda2han kta d rahmati Allah s.w.t
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletepuasa 9 & 10 muharram boleh x disekalikan dgn puasa ganti?
Salam. Boleh, tapi niat puasa ganti saja, insyaallah yang sunat tu Allah akan beri pahala. Mudah-mudahan. Wallahualam. Hanya dia maha memahami :)
Deleteterimakasih yaps.. :)
ReplyDeletesetiap tahunny kita tdk pernah mengganti puasa klo pun ingin menggantinya sekarang tp kita lupa berapa jumlah semua hutang puasa yg sudh dtnggalkan...apa yg harus kita lakukan ?apakah harus puasa sebanyak mungkin untuk mengganti semua itu
ReplyDeleteTerimakasih untuk info Lafaz Niat Qadha Puasa.
ReplyDeletesemoga ilmu nya bermanfaat untuk kita semuanya
ReplyDeleteasalammualaikum..
ReplyDeletemau tanya ni puasa syawal itu harus di lakukan pada tanggal 1-6 atau terserah yang penting masih di bulan syawal .
tolong jawaban nya
terserah . yg penting mesti bulan syawal
Delete1 syawal haram berpuasa...
Deletepuasa sunat enam & puasa ganti (qada") boleh digabungkan,,sbb ustazah sy penah byk kali bgtaw..lagipun tu soalan SPM 2008 pendidikan islam dimana jawapannya puasa enam & puasa qada mmg boleh digabung kan..
ReplyDeleteSama la saya. Selamat berpuasa mega
ReplyDeletetumpang tanya, kalau nak buat puasa enam , niat tu utk sekali enam hari ke setiap satu kali puasa kena niat? kalau nak buat puasa enam skip hari , kena niat lain ke mcm mana ?
ReplyDeleteAs salam..maaf.cuma nk perbetulkan.ada juga pendapat ulama' membolehkan puasa qada digabungkan dgn puasa sunat syawal.jadi hukumnya boleh..
ReplyDeletesaya dengan dari ustadz niat ibadah wajib tak boleh digabung dengan ibadah sunat. puasa sunat dgn sunat boleh digabung macam puasa syawal, puasa senin kamis dan puasa putih (13, 14, 15). Wallahu alam
DeleteTerima kasih untuk ilmu yang bermanfaat ini.
ReplyDeleteSemoga Allah memberkatimu.
Terima kasih
ReplyDeleteBoleh x klau 1 hari kte niat untuk puasa 6 n puasa ganti kte niat dua2 skali boley ke ?
ReplyDeletesyukran atas segala ilmu yg dikongsikan..tabarakAllahufik=)
ReplyDeleteNak tanya , hari ape je yang boleh kan kite puasa enam . mcam conth kalau nk puasa hari jumaat , khamis kena puasa . betul ke cara tu ? Ke ade hari yg sepatutnye?
ReplyDeleteBoleh puasa kecuali pada hari yang diharamkan. Tapi untuk jumaat, sabtu atau ahad seeloknya puasa dengan hari sebelum atau selepas seharinya itu lebih baik. Kerana jumaat adalah hari raya 'kecil' umat islam. Dan puasa tunggal sabtu atau ahad sahaja pula menyamai amalan agama lain. Wallahua'lam.
Deletedgr ustaz kata boleh sekalikan tp kena niat qada dlu, mana satu ni?
ReplyDeleteTerima kasih info nya,, ijin share yaa
ReplyDeleteSaya senang bisa membaca berita di website ini, saya akan sering berkunjung dan saya harap anda bisa mengunjungi website saya juga, terima kasih
ReplyDeleteNiat Puasa 6 tiada dalam Arab. Harus disertakan.
ReplyDeleteTerimakasih
ReplyDeleteSaya juga akan mula berpuasa 6 syawal esok. Indahnya Islam dan terima kasih Allah kerana menjadikan aku orang Islam.
ReplyDeleteMakasih yah :3
ReplyDeleteTerima kasih utk bacaan niat..
ReplyDeleteBaru tahu ada larangan puasa taggal 30 Syaban
ReplyDeleteAssalamualaikum...saya nk tanya puasa sunat bole sekali dgn puasa ganti ke
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Oh, ini untuk puasa sebelum ramadhankan? Mengikut pendapat, niatkan sahaja puasa ganti. Insya-Allah Allah tahu kita juga mahu sebenarnya berpuasa sunat pada hari itu. Pahalanya sunatnya ada. Insya-Allah. Wallahua'lam. Selamat berpuasa!
DeleteNak tanya niat berbuka puasa 6??ehe..tq
DeleteDoa berbuka? Masih sama.
DeleteTahun ini puasanya bisa barengan gak ya?
ReplyDeleteAssalamualaikum wmwb semua.. Bagusnya jawapan kawan2 yang penting amalan puasa jgn dilupakan ambillah kesempatan d bulan syawal yg barokah ini..aamiin
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Insya-Allah ameen.
DeleteTerima kasih ilmu nya.
ReplyDeletesama-sama. :-)
DeleteArtikelnya tentang puasa sunatnya sangat bermanfaat. terimakasih
ReplyDeleteAssalammualaikum admin,tmpng bertanya,kalau puasa bulan rejab tu macam mana nak laksanakan.adakah berpuasa sepanjang bulan tersebut sepertimana bulan ramadhan?mohon jasa admin beri pencerahan kepada hamba Allah yang serba kekurangan ini...
ReplyDeleteJazakallah Khairan
ReplyDeleteBuat Unknown, waalaikummussalam. Puasa Rejab boleh dilaksanakan puasa sunat Rejab, namun menurut Jabatan Mufti Negeri Sembilan:
ReplyDeleteDaripada Ibnu Abbas, beliau tidak suka berpuasa penuh sebulan dalam bulan Rejab. Begitu juga Anas, Said bin Jubair dan Yahya bin Said al-Ansari, Imam Ahmad berkata: berbuka sehari atau dua hari kemudian puasa semula.
Imam al-Syafie dalam pendapat lamanya, makruh seorang lelaki berpuasa penuh sebulan seperti puasa Ramadhan berdasarkan hadith Aishah r.ah:
مَا رَأَيْتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل شهرًا قط إلاَّ رمضان
Yang bermaksud, Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sempurna sebulan kecuali bulan Ramadhan.
Hukum makruh bersendirian berpuasa dalam bulan Rejab akan terhapus sekiranya diikuti berpuasa sunat pada bulan berikutnya. Berkata Imam Ahmad: Tidak boleh berpuasa penuh sebulan Rejab kecuali orang yang biasa berpuasa penuh setahun.
Wallahua'lam.
Rujukan:http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tarekat-tassawuf/725-bulan-rejab
http://buka-rahasia.blogspot.com/2013/07/cara-membuat-facebook-comment-like-box-responsive.html
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.