Soal jawab Puasa 6 syawal dan puasa ganti
1- Hukum puasa 6 Syawal adalah sunat yang sangat besar. Hadith Nabi ﷺ:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)
2- Sunat juga berpuasa 6 Syawal secara berturutan [Syarah al-Muqaddimah al-Hadramiyyah hlm 583]. Tapi, jika tidak dibuat secara berturutan, tidak mengapa.
3- Bolehkah menggabungkan puasa sunat 6 Syawal dengan puasa ganti?
-
Isu dibolehkan atau tidak, ia adalah DIBOLEHKAN. [Nihayat al-Muhtaj 10/20]
Namun, ulama' memperincikan dan ada juga berkhilaf pandangan dalam perihal pahala bagi soal ini:
a. Orang yg berpuasa sunat 6 Syawal + puasa ganti, dapat pahala bagi kedua-dua puasa tersebut [Fatawa al-Ramli 2/63]
b. Dapat pahala bagi kedua-dua puasa jika diniatkan kedua-duanya. Jika diniatkan salah satu sahaja, maka dapat pahala bagi satu puasa sahaja [al-Fatawa al-Kubra]
Namun, kesimpulan yang kita perlu ambil perhatian adalah LEBIH AFDAL DIASINGKAN antara puasa sunat 6 Syawal dan puasa ganti, walaupun harus menggabungkannya. [Fatwa Dar al-Ifta' al-Misriyyah oleh Syeikh 'Atiyyah Saqar 9/261]
Perkongsian asal Ustaz Muzuza:
Gambar: Engin Akyurt: https://www.pexels.com/photo/beige-post-2104856/
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.