Salam semua. Pertama sekali saya nak minta maaf jika artikel ini ada kekurangan. Jika ada boleh merujuk pada beberapa pautan blog asal (di hujung entri ini) yang menjadi rujukan asal untuk artikel cara solat terawih ini. Selamat berterawih dengan semangat! Istiqamah dan teruskan buat benda baik. Selalunya imam akan terangkan cara, jadi jangan risau. Boleh ikut perlahan-lahan nanti atau nak senang, tanya orang sebelah (makmum lain) nanti. Insya-Allah niat buat baik akan dipermudah.TUK MUAT TURUN / DOWLOAD.
KEMASIKINI: JAKIM DAH SEDIAKAN PDF CARA/PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH: KLIK UNTUK MUAT TURUN/DOWNLOAD.
“Solat malam (solat Terawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.”
(Riwayat Jamaah)
Cara Melakukan Solat Sunat Terawih Lapan Rakaat (Berjemaah)
.
Cara melakukan solat Terawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Terawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam. Setiap dua rakaat dan kemudian dua rakaat lagi (setelah 4) tu ada bacaan doa oleh imam kemudian dua lagi (jadi enam + kemudian lagi 2 untuk 8). Habis sahaja solat terawih berjemaah akan ada solat witir, selalunya witir dibuat 2 rakaat + kemudian 1 rakaat, bergantung pada imam (niat boleh baca di bawah lagi pada artikel ini) boleh baca artikel ni sampai habis di bawah. Terima kasih.
Niat:
“Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini (makmuman) lillaahi Taala.”Sahaja aku solat sunat terawih menjadi makmum dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
.[Klik gambar di bawah untuk lebih besar]
* Merujuk pada nombor dalam gambar: ikut turutan 1-2-3-4-5-2-6-4
* bawah ni rujukan surah (cadangan)
***
Cara solat terawih bersendirian
Untuk info:
Bacaan zikir, selawat dan doa masa selingan antara rakaat terawih tu tak wajib, tapi kalau nak buat juga, tak jadi masalah. Dan kalau lepas 2 rakaat terawih, nak pergi minum kejap ke, apa, then sambung balik habiskan terawih pun tak jadi masalah.Seperti kata PU Azman:
Waktunya selepas Isyak sampai sebelum azan Subuh, bila- bila masa boleh buat. Lepas terawih, tutup dengan witir. Buat ganjil. Paling sikit 1.
Sumber: IG PU Azman |
*****
Gambar: https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/ |
Sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.
- Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.
Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala“Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini lillaahi Taala.”Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
- Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja.
- Oleh kerana solat terawih dilakukan dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).
***
Setelah selesai Solat Terawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:
صَلاَةُ الْوِتْرِ اَثَابَكُمُ اللهُ.
Cara Solat Sunat Witir
Permulaan untuk 2 rakaat:
Cara Solat Sunat Witir
Permulaan untuk 2 rakaat:
Niat:“Usolli sunnatal witri rokátaini (makmuman) lillaahi Taala.”Sahaja aku solat sunat witir menjadi makmum dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Solat seperti terawih cuma niat saja berbeza dengan witir. Kemudian selepas beri salam, bangun semula niat untuk witir 1 rakaat:
“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan (makmuman) lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Sahaja aku solat sunat witir menjadi makmum satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.
Kemudian beri salam.
/////
Untuk lebih lengkap rujuk sini: solat-sunat-witir
[Gambar di bawah jika solat witir itu bersendirian -
tambahkan MAKMUMAN cuma pada niat (jika berjemaah dan menjadi makmum)]
Sumber: pakcikli00.wordpress |
Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.
+ Tips kusyuk terawih
- Ilmu: kena fahami cara dan tahu hikmah solat terawih
- Lisan: banyakkan hafazan, agar lebih kusyuk
- Niat: sebelum ramadan niat untuk tingkatkan kualiti solat
- Perut: Jangan makan kenyang sangat
- Pakaian: Pastikan bersih dan suci
- Berjemaah: selalu buat agar terbiasa
- Datang awal: Selalu yang datang awal atau dekat dengan imam akan lebih kusyuk
Hukum guna terjemahan al-Quran ketika solat. \ Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan (Facebook | Laman web) |
Sekian maaf dan terima kasih.
Jika artikel di atas tidak lengkap, digalakkan merujuk imam atau ustaz di tempat anda selain daripada laman berikut:
40 yang menasihati
Good post.moga perkongsian ini bermanfaat utk semua, really nice blog, i follow XD
ReplyDeletetq. sangat bermaanfaat utk semua. :)
ReplyDeleteTHX!! sng skit nk setel masalah klas tambahan aq..
ReplyDeleteTerimakasih
ReplyDeletealhamdulillah. sangat membantu. tq
ReplyDeleteAlhamdulillah...bermanafaat pada org yg baru revert kepada Islam
ReplyDeleteAlhamdulillah. :)
DeleteAlhamdulillah..perkongsian yang baik utk semua..semoga success
ReplyDeleteSyukrann. Alhamdullillah. Good info.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Amatlah membantu💕
ReplyDeleteTerima kasih,
ReplyDeleteSalam..rasanya utk niat solat terawih tue bukan sengaja aku solat...tp,sahaja aku solat...��
ReplyDeleteWalaupun maksudnya sama, jadi untuk lebih menyenangkan sudah ditukar. Terima kasih. :)
DeleteTerima ksih bnyak dpt info yg bermanfaat untuk diri sdri & semua
ReplyDeleteGood blog..
ReplyDeleteinformative :)
ReplyDeleteThank for the pointer it is very beneficial to all Muslim.Assalamualaikum.
ReplyDeleteTrima kasih
ReplyDeleteTerima Kasih
ReplyDeleteTerima kasih sis. Semoga perkongsian sis ini ada ganjaran pahala daripada Allah untuk sis dan keluarga.
ReplyDelete����
Perlukah kita niat semula setelah solat tarawih 2 rakaat sebelum memulakan solat 2 rakaat seterusnya
ReplyDeletePerlu. Ketika mengangkat takbir. Seperti solat sunat lain juga.
DeleteAlhamdulillah sngt membantu bagi sy yg baru mula berhijrah,moga Allah permudahkan urusan mu selalu, sngt la lengkap, terima kasih
ReplyDeleteMhn izin share
ReplyDeleteBole kah kita membaca surah alfatihah sahaja hingga ke rakaat terakhir?
ReplyDeleteBoleh jika kita tidak mahir membaca surah lain. Namun usahakan perlahan-lahan untuk belajar mengetahui surah lain juga. Semoga dipermudahkan.
DeleteWallahua'lam.
Bermanfaat betul post ni hihi good job 👍👍👍
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukran ya habibie!.
ReplyDeletesangat bermanfaat dan amat baik... teruskan berkongsi ilmu
ReplyDeleteThank you admin
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteTerlebih dahulu ingin menngucapkan terima kasih kerana berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat. Alhamdulillah. Dan ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa ✨
ReplyDeleteDi sini juga saya ingin bertanya mengenai bacaan yang di baca oleh imam yang akan di balas/sahut/jawap oleh bilal dan juga para makmum selepas selesai setiap solat dua rakaat ketika tarawih dan witir (maaf sebab kurang tahu apa panggilan tepat untuk bacaan itu).
Bacaan ini dibaca selepas selesai solat and disudahi dengan doa ringkas sebelum memulakan solat dua rakaat yang berikutnya...
Soalan saya, adakah ianya perlu/harus di baca bacaan itu apabila solat tarawih and juga witir secara bersendirian? (Dibaca sama seperti solat tarawih and witir berjemaah?) Apakah hukum meninggalkannya ketika solat bersendirian?
Buat Anonymous, terima kasih juga kerana sudi membaca artikel ini dan memberi komen. Alhamdulillah. Moga bermanfaat. Insya-Allah. Selamat berpuasa juga ya.
ReplyDeleteOh selawat di antara 2 rakaat itu ya? Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
Boleh rujuk http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/cara-solat-terawih-sendirian.html
ZakatMelaluiMaybank2u
ReplyDeleteAssalamualaikum...sy nk tya bgaimana nk brdoa slps solat terawih yg last tu..trlalu pjg..blehkah berdoa spt biasa saja spt solat fardhu.
ReplyDeleteMintak izin, saya copy image cara solat tarwih boleh?
ReplyDeleteSesiapa nak copy gambar atau artikel,saya izinkan.
ReplyDelete*Bab doa akhir itu, boleh dipendekkan ikut kita. Wallahua'lam
Tiap tiap tahun saya buka web page ini untuk refresh solat terawih. Semoga Allah memberi pahala yang berganda2 pada hambanya yang mencipta web page ini. Aamiin……
ReplyDeleteTerimakasih atas artikelnya..
ReplyDeleteRadar24jam
TubePedia
Free Download
Terima kasih kak, info yang sangat bermanfaat buat saya, bisa CEK BLOG saya juga kak
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.