Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Tips Khatam Al-Quran ( di bulan ramadhan khususnya )

Khatam Quran ini boleh sendiri atau beramai. Selalu adalah lebih digalakkan. Tak kira masa. Di Malaysia, ia (tilawah) juga dirai di majlis akad nikah , kesyukuran dan juga doa selamat selain itu pastinya ia tertumpu di bulan Ramadhan. Adalah seronok jika kita bersemangat untuk memenuhi madrasah ramadhan dan mencabar dan menguatkan diri untuk membaca dan mengkhatam Al-Quran.


Mengapa perlu khatam Al-Quran dalam bulan ramadhan ?

Nabi Muhammad S.A.W menceritakan Jibrail A.S membacakan Al-Quran kepadanya sekali setiap tahun pada bulan Ramadhan dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali ( HR Bukhari dan Muslim ).

Pada bulan Ramadhan, Nabi Muhammad S.A.W dan Jibrail akan mengulangkaji ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan kepada Baginda S.A.W. Jibrail akan menerangkan asbab, maksud dan berbincang dengan Rasullullah. Kerana itu kita digalakkan khatam sekurang-kurang sekali atau lebih dalam bulan Ramadhan.

Antara tips untuk khatam Al-Quran :
  • Tentukan target untuk berapa kali khatam Al-Quran ( sesuaikan dengan kemampuan kita )
  • Seeloknya mula membaca dari juzuk 1 pada hari pertama ramadhan (mudah nanti nak kira )
  • Tentukan target membaca berapa juz dalam sehari ( target mesti ditepati )
  • Bahagikan target harian kepada beberapa waktu yang kita mampu ( berapa kali lepas solat fardu atau lepas terawih ; ikut mampu )
  • Manfaatkan setiap waktu dengan efisien ( kurangkan bersembang, online,  fokus untuk beberapa minit sahaja )
  • Bawalah Al-Quran selalu ( supaya mudah bertilawah )
  • Tidak perlu bersuara kuat atau tinggi ( yang penting bukan kekuatan suara , tapi mata. Jika mengalami suara serak, perlahan-lahan Allah akan pulihkan - tetap terus )
  • Mendengar sambil menyemak Al-Quran ( jika mata penat , boleh semak dengan menggunakan teknologi seperti mp3 player . Gunakan ia untuk mentaddabur bukan untuk tidur )
  • Manfaatkan teknologi dengan bijak . (Lengkapkan smartphone dengan aplikasi Al-Quran yang lengkap, supaya ia berguna jika terlupa bawa Al-Quran )
  • Kita perlu menabung banyak tilawah di awal ramadhan. ( Jika target 1 juz, sesekali lebihkan, sebab ditakuti ada perkara tidak diingin nanti dan tak sempat baca nanti untuk capai target - wanita terutamanya )
  • Menghukum diri jika target tilawah tidak sampai . ( Baki target yang tidak sampai harus dipenuhi , jangan bertangguh atau terkumpul )
  • Boleh juga tilawah secara bergilir dengan kawan-kawan atau ahli keluarga ( Seronok dalam suasana yang indah itu selain dapat mengingatkan dan mengelak mengantuk )
  • Lawan rasa mengantuk seboleh mungkin ( ganti posisi dan tempat tilawah . Regangkan otot. Atau boleh ambil wuduk dan mandi , sambung semula  )
  • Cari tempat tilawah yang buat kita tenang . ( Yang mampu buat kita fokus tapi jangan terlalu selesa sampai buat mengantuk )
  • Manfaatkan waktu 10 hari terakhir ramadhan dengan baik . ( Iktikaf atau buat di masjid, kerana suasana masjid , surau dan 10 terakhir ramadhan selalunya mampu mempengaruhi semangat kita )
  • Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T ( Agar sentiasa dikuatkan azam untuk capai target )
- Sumber perkongsian ini melalui majalah Jom 

Sumber gambar di atas[ muzir ]
“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.”
(Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar)

Sekian, jagalah pemakanan dan kesihatan , agar terus lagi bersemangat kita memanfaatkan bulan amalan, insyaallah. Selamat mengkhatam Al-Quran :)


1 yang menasihati

  1. Yeah!! Kita cabar diri kita.. :) thanks untuk tips ni...

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top