Showing posts with label kusyuk solat. Show all posts
Showing posts with label kusyuk solat. Show all posts

Gambar dari islamwiki.blogspot.com

Solat adalah kewajipan bagi semua umat islam. 5 waktu fardu sehari. Namun bukan mudah untuk mendapat kekhusyukan. Hanya yang betul fokus dan sabar dapat menunaikannya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang rajin dan sabar dalam mentaati Allah dan rasul. InsyaAllah.


NAH TIPS KHUSYUK DALAM SOLAT.

Sebelum solat

  • Menjaga makanan , minuman dan pakaian
  • Pelihara daripada benda haram . Ambil yang berkat.
    Sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!
  •  Membersihkan diri dan bersugi
    Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda : “Seandainya tidak memberatkan atas umatku, sungguh aku perintahkan mereka bersiwak bersama setiap kali wudhu.” Dikeluarkan oleh Malik, Ahmad, An Nasaai, dan dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah, disebutkan pula oleh Bukhari secara muallaq.
  • Wuduk yang sempurna
    Diriwayatkan daripada Abu Rauh al-Kula‘ie daripada seorang laki-laki bahawa beliau pernah mendirikan solat Subuh bersama Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam dan Baginda membaca surah ar-Ruum. Pada salah satu ayatnya, bacaan Baginda terganggu. Lalu apabila selesai solat Baginda bersabda: “Sesungguhnya bacaan kami terganggu disebabkan terdapat beberapa orang di antara kamu yang solat bersama kami tidak menyempurnakan wudhuk mereka. Oleh itu, siapa yang mendirikan solat bersama kami, maka sempurnakanlah wudhuknya.” (Hadits riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)
  • Di samping itu sebahagian kelebihan wudhuk itu dapat menjauhkan seseorang daripada gangguan syaitan. Saidina ‘Umar RadhiAllahu ‘anhu berkata: “Sesungguhnya wudhuk yang baik itu mengusir syaitan daripada engkau.”
  • Memakai pakaian yang bersih dan kemas
  • Jangan memakai pakaian yang kurang selesa, seperti memakai sarung kaki yang sempit, mengikat serban terlalu ketat dan sebagainya.
  • Ditegah bersolat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
  • Jangan solat dalam keadaan lapar
    Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim)
  • Jangan solat dalam keadaan menahan buang kecil besar atau kecil
    Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “…dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim)
  • Pilih tempat solat menenangkan
  • Pilih tempat solat yang suasananya tenteram, selesa, tidak bising dan sebagainya. Termasuklah dengan memastikan telefon bimbit dimatikan sebelum solat.
  • Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan bahawa makruh menunaikan solat di tempat orang lalu lalang, kerana yang demikian itu boleh mengganggu kekhusyukan solat seseorang.
    Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar RadhiAllahu ‘anhuma: “Bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam menegah mendirikan solat pada tujuh tempat: Tempat pembuangan sampah, tempat penyembelihan, kubur, tengah-tengah jalan, bilik mandi, tempat unta duduk di keliling air dan di atas Baitullah.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
  • Guna sejadah yang tidak mengganggu
  • Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Pastikan supaya tidak ada objek atau gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud.
  • Pastikan tiada gangguan
  • Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan mengenai riwayat di atas bahawa ianya memberi petunjuk akan galakan supaya menghindarkan atau menjauhkan apa-apa yang dikhuatiri melalaikan hati dari khusyuk ketika mendirikan solat..
  • Solat awal waktu
  • Mendirikan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput
  • Ketika 1-2 minit sebelum solat
  • Azan dan Iqamah
  • Kumandangkan Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
  • Solat secara berjemaah
  • Menghadirkan hati
  • Maksudnya ialah sebelum mendirikan solat kosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu ataupun yang tidak ada sangkut-paut dengan ibadat solat yang dikerjakan.
    Abu Darda’ RadhiAllahu ‘anhu berkata: “Antara tanda kefahaman seseorang ialah dia memulai memenuhi keperluannya terlebih dahulu sebelum dia masuk menunaikan solat supaya dia masuk ke dalam solat dalam keadaan hatinya kosong dari perkara yang lain.”
  • Mengingati mati
  • Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat ingatkan diri bahawa kematian seolah-olah amat hampir dengan kita dan solat tersebut kemungkinan merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup kita dan perlulah dijadikan yang terbaik.
  • Berzikir
  • Sebelum mengangkat takbir elok membaca mana-mana zikir yang boleh menjauhkan diri daripada syaitan.
  • Berusaha melawan gangguan syaitan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya salah seorang daripada kamu apabila berdiri menunaikan solat syaitan akan mendatanginya, lalu syaitan menimbulkan kesamaran ke atas orang itu sehingga dia tidak tahu berapa rakaat sudah ditunaikannya.” (Hadits riwayat Muslim)

Gambar dari http://azuraahmadnawawi.blogspot.com/


Ketika Solat

  • Meneliti dan memahami bacaan solat
  • Meneliti bacaan-bacaan dalam solat, sama ada bacaan itu terdiri dari ayat-ayat al-Qur’an atau selain dari ayat-ayat al-Quran (tasbih dan takbir dan doa). Jika boleh, fahami makna bacaan-bacaan tersebut. Perkara ini amat penting untuk menghadirkan hati dalam solat. Hati mestilah ikut mengetahui segala apa yang kita baca.
  • Merendahkan diri.
  • Salurkan rasa rendah hati dan rendah diri ketika dalam rukuk dan sujud serta dipanjangkan tempoh masa rukuk dan sujud.
  • Mengagungkan Allah SWT
  • Timbulkan Rasa Malu (Haya’)iaituperasaan malu terhadap Allah SWT dan merasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
  • Menghindari daripada memikirkan hal-hal keduniaan
  • Meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia.
  • Tumpuan penuh pada solat
  • Segala perhatian dalam solat itu hendaklah tertumpu hanya kepada mendirikan dan menunaikannya dengan yang terbaik sekali
  • Mengurangkan pergerakan anggota badan
  • Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
  • Sentiasa melihat tempat sujud
  • Sentiasa melihat tempat sujud sekalipun orang itu buta atau bersolat di dalam gelap kecuali ketika membaca perkataan إلاّ الله dalam tahiyyat. Pada ketika itu pandangan orang yang solat itu dialihkan ke jari telunjuknya.
  • Jika memejamkan mata boleh mendatangkan khusyuk dalam solat seseorang itu, maka dibolehkan dia berbuat begitu dan hukumnya tidak makruh sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi.
  • Lakukan solat dengan Tuma’minah

‘Thuma’ninah’ (ketenangan), maksudnya anggota seseorang itu tetap diam atau berhenti seketika ketika melakukan ssesuatu ‘rukun fi‘li’ (perbuatan) di dalam solat seperti rukuk, sujud dan sebagainya, sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya. Sekurang-kurangnya tetap diam seketika dalam tempoh pada kadar bacaan zikir: “سبحان الله” (SubhanAllah).

Maknanya, setiap pergerakan di dalam solat itu tidak dilakukan dengan tergopoh-gapah, cepat-cepat atau dengan kelam-kabut tetapi dilakukan dengan tenang dan relaks..

Gambar dari http://el-ilmy.net/tag/solat/
Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam ada mengajar kita tentang perkara ini di dalam sabda Baginda: “Apabila kamu berdiri menunaikan solat maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan rukuk. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berdiri betul. Kemudian sujudlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan sujud. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan duduk. Kamu buatlah yang demikian itu dalam semua solat kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


*Sumber tips dari majalah jom dan gambar seperti yang tertera




Salam semua. Pertama sekali saya nak minta maaf jika artikel ini ada kekurangan. Jika ada boleh merujuk pada beberapa pautan blog asal (di hujung entri ini) yang menjadi rujukan asal untuk artikel cara solat terawih ini. Selamat berterawih dengan semangat! Istiqamah dan teruskan buat benda baik. Selalunya imam akan terangkan cara, jadi jangan risau. Boleh ikut perlahan-lahan nanti atau nak senang, tanya orang sebelah (makmum lain) nanti. Insya-Allah niat buat baik akan dipermudah.TUK MUAT TURUN / DOWLOAD.
KEMASIKINI: JAKIM DAH SEDIAKAN PDF CARA/PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH: KLIK UNTUK MUAT TURUN/DOWNLOAD.

 “Solat malam (solat Terawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” 
 (Riwayat Jamaah)


Cara Melakukan Solat Sunat Terawih Lapan Rakaat (Berjemaah)
.
Cara melakukan solat Terawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Terawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam. Setiap dua rakaat dan kemudian dua rakaat lagi (setelah 4) tu ada bacaan doa oleh imam kemudian dua lagi (jadi enam + kemudian lagi 2 untuk 8). Habis sahaja solat terawih berjemaah akan ada solat witir, selalunya witir dibuat 2 rakaat + kemudian 1 rakaat, bergantung pada imam (niat boleh baca di bawah lagi pada artikel ini) boleh baca artikel ni sampai habis di bawah. Terima kasih.

Niat:
“Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini  (makmuman) lillaahi Taala.”
 Sahaja aku solat sunat terawih menjadi makmum dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

.[Klik gambar di bawah untuk lebih besar]
* Merujuk pada nombor dalam gambar: ikut turutan 1-2-3-4-5-2-6-4


 * bawah ni rujukan surah (cadangan)
 .

***

Cara solat terawih bersendirian








 Untuk info:
Bacaan zikir, selawat dan doa masa selingan antara rakaat terawih tu tak wajib, tapi kalau nak buat juga, tak jadi masalah. Dan kalau lepas 2 rakaat terawih, nak pergi minum kejap ke, apa, then sambung balik habiskan terawih pun tak jadi masalah.Seperti kata PU Azman:


Waktunya selepas Isyak sampai sebelum azan Subuh, bila- bila masa boleh buat. Lepas terawih, tutup dengan witir. Buat ganjil. Paling sikit 1.
Sumber: IG PU Azman

*****

Gambar: https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/

Sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.

  1. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.

    Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala

    “Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini lillaahi Taala.”
     Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

  2. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. 
  3. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya). 
***


Setelah selesai Solat Terawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:

صَلاَةُ الْوِتْرِ اَثَابَكُمُ اللهُ.

Cara Solat Sunat Witir

Permulaan untuk 2 rakaat:
Niat:
“Usolli sunnatal witri rokátaini  (makmuman) lillaahi Taala.”
 Sahaja aku solat sunat witir menjadi makmum dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Solat seperti terawih cuma niat saja berbeza dengan witir. Kemudian selepas beri salam, bangun semula  niat untuk witir 1 rakaat:



“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan (makmuman) lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Sahaja aku solat sunat witir menjadi makmum satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.

Kemudian beri salam.

/////

Untuk lebih lengkap rujuk sini: solat-sunat-witir

[Gambar di bawah jika solat witir itu bersendirian - 
tambahkan MAKMUMAN cuma pada niat (jika berjemaah dan menjadi makmum)]

Sumber: pakcikli00.wordpress

 Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca  Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.

+ Tips kusyuk terawih
- Ilmu: kena fahami cara dan tahu hikmah solat terawih
- Lisan: banyakkan hafazan, agar lebih kusyuk
- Niat: sebelum ramadan niat untuk tingkatkan kualiti solat
- Perut: Jangan makan kenyang sangat
- Pakaian: Pastikan bersih dan suci
- Berjemaah: selalu buat agar terbiasa
- Datang awal: Selalu yang datang awal atau dekat dengan imam akan lebih kusyuk
Hukum guna terjemahan al-Quran ketika solat. \ Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan (Facebook | Laman web)
Sekian maaf dan terima kasih.
 Jika artikel di atas tidak lengkap, digalakkan merujuk imam atau ustaz di tempat anda selain daripada laman berikut:









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top