Selamat hari raya aidiladha. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Di sini ada sedikitnya perkongsian puasa sunat arafah dan cara penyembelihan qurban dan aqiqah ni , jika kurang harap ada yang menambah. Sama-sama , insyaAllah.
[ sumber gambar : FB AqiqahKorban ]
Puasa di sunatkan pada hari berwukuf di Arafah ( 9 Zulhijjah ) bagi yang tidak mengerjakan haji. Tapi sebab jika ia jatuh pada hari sabtu ( meraikan perbezaan masa terbit masa bulan dan matahari dengan terima perbezaan ini ), elok puasa jumaat dan sabtu. Cuma jumaat tu niatlah sunat zulhijjah .
[ sumber gambar : Blog Shafiqolbu ]
Manakala berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan.
---------------
Manakala cara penyembelihan korban dan akikah pula seperti di bawah
( klik gambar untuk lebih besar )
( klik gambar untuk lebih besar )
[ Sumber gambar : Facebook Ust Dr Zahazan Mohamed ]
Untuk memuat turun panduan lengkap ibadah korban dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:
Diriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;
كان ابن عمر يكبر يوم العيد في الأضحى والفطر ويكبر ويرفع صوته“Adalah Ibnu Umar r.a. bertakbir pada hari raya korban dan juga hari raya fitrah; ia bertakbir dan meninggikan suaranya”. (Riwayat Imam ad-Daruqutni dan al-Baihaqi)
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.