Showing posts with label puasa sunat arafah. Show all posts
Showing posts with label puasa sunat arafah. Show all posts

 



Perihal puasa Tarwiyah dan puasa Arafah


1- Sunat hukumnya berpuasa pada 8 Dzulhijjah iaitu puasa Sunat Tarwiyah. Ini melalui dalil umum beramal soleh pada 10 hari awal Dzulhijjah


2- Sunat hukumnya berpuasa pada 9 Dzulhijjah iaitu puasa Sunat Arafah. Ini melalui dalil : 


يكفر السنة الماضية والباقية


"(Puasa pada hari Arafah) menghapuskan dosa setahun yang lepas dan akan datang" (HR Muslim : 1977)


3- "Nak ikut waktu Arafah Malaysia ke selain Malaysia? sebab ada perbezaan hari", mengikut pandangan para ulama' yang mengambil kira perbahasan matla', maka puasa arafah di Malaysia adalah 9 Julai ini (Sabtu). Tetapi saya suka jika kita berpuasa 8 dan 9 Julai bersamaan 8 & 9 Dzulhijjah kerana ini mampu mengumpulkan perbezaan Malaysia dan selain Malaysia


4- "Saya haid, macam mana nak puasa arafah?". Orang yang tidak berpuasa kerana patuh akan syariah, iaitu ketika haid tidak boleh berpuasa. Maka ini juga merupakan pahala. Tidak berpuasa ketika haid kerana menurut syariah adalah pahala 


#FawaidFiqh

Ustaz Muzuza

https://t.me/TheGardenofAlQuran






Bermalam Di Mina Pada Hari Tarwiyah

===== 

1. Pada hari Tarwiyah, kita bergerak ke Mina. Ini selaras dengan pergerakan haji Rasulullah di mana Baginda Nabi bermalam di Mina pada hari kelapan sebelum menuju ke Arafah.

2. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Jabir yang menyebutkan:

فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ التَّرْوِيَةِ تَوَجَّهُوا إِلَى مِنًى، فَأَهَلُّوا بِالْحَجِّ، وَرَكِبَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَصَلَّى بِهَا الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ وَالْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ

“Apabila tiba sahaja hari Tarwiyah, mereka semua menuju ke Mina dan berihram haji. Baginda Nabi menunggang ke sana (Mina) lalu mendirikan solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. (HR Muslim)

3. Mengapa dinamakan hari Tarwiyah. Menurut al-Fayumi, para jemaah haji terdahulu menyiapkan bekalan air mereka (yartawuun - tarwiyah), lalu hari tersebut di namakan tarwiyah iaitu persediaan menyiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah. 

4. Sheikh Dr. Wahbah al-Zuhaili pula menyatakan bahawa hari Tariwiyah adalah hari di mana Nabi Ibrahim bermimpi dan termenung memikirkan perintah untuk mengorbankan anak Baginda sendiri.

5. Disebabkan hadis Jabir di atas menyebutkan bahawa Baginda Nabi menunggang menuju ke Mina, al-Imam al-Nawawi berpandangan bahawa adalah sunnah untuk menaiki kenderaan menuju ke Mina dan bukannya berjalan kaki.

6. Menariknya di sini, Rasulullah menunaikan solat qasar sepanjang berada di Mina pada hari Tarwiyyah bagi solat yang mempunyai bilangan empat rakaat. Kata Ibn Umar:

صلَّى رسولُ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم بمِنًى ركعتينِ،

Rasulullah menunaikan solat secara (qasar) dua rakaat di Mina. (HR al-Bukhari)

Semoga Allah membimbing kita. 

Dr Ahmad Sanusi Azmi








Selamat hari raya aidiladha. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Di sini ada sedikitnya perkongsian puasa sunat arafah dan cara penyembelihan qurban dan aqiqah ni , jika kurang harap ada yang menambah. Sama-sama , insyaAllah.

[ sumber gambar : FB AqiqahKorban ]

Puasa di sunatkan pada hari berwukuf di Arafah ( 9 ‪Zulhijjah‬ ) bagi yang tidak mengerjakan ‪‎haji‬. Tapi sebab jika ia jatuh pada hari sabtu ( meraikan perbezaan masa terbit masa bulan dan matahari dengan terima perbezaan ini ), elok puasa jumaat dan sabtu. Cuma jumaat tu niatlah sunat zulhijjah .

[ sumber gambar : Blog Shafiqolbu ]

Manakala berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan.

---------------

Manakala cara penyembelihan korban dan akikah pula seperti di bawah
( klik gambar untuk lebih besar )


[ Sumber gambar : Facebook Ust Dr Zahazan Mohamed ]


Untuk memuat turun panduan lengkap ibadah korban dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:



Diriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;

كان ابن عمر يكبر يوم العيد في الأضحى والفطر ويكبر ويرفع صوته
“Adalah Ibnu Umar r.a. bertakbir pada hari raya korban dan juga hari raya fitrah; ia bertakbir dan meninggikan suaranya”. (Riwayat Imam ad-Daruqutni dan al-Baihaqi)








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top