Sebagai seorang yang suka menulis, kadangkala kita rasa mahu juga (pastinya seronok) karya kita disiar dan dibaca oleh orang lain, serta dikritik untuk penambahbaikan. Malahan membaca kebanyakan yang berpengalaman katanya; elok sebagai permulaan menulis cerpen atau puisi dan hantar ke Majalah Tunas Cipta kerana kerana majalah ini khusus menerima karya penulis generasi baru.
Sebelum itu, jika mahu hantar cerpen atau sebarang karya ke Berita Harian boleh rujuk: https://birungu.wordpress.com.
Syarat menulis dengan Tunas Cipta:
CERPEN
1. Umur: kurang daripada 35 tahun
2. Kisah selain daripada cinta melankolia (boleh cerita cinta, tapi biar membawa kepada pemikiran atau idea yang ilmiah dan bijak).
3. Halaman: Tidak melebihi 10 muka surat (Times New Roman, saiz 12, langkau 1.5 / 2).
PUISI
- Jenis tulisan; Times New Roman, saiz 12, langkau 1.5 / 2
- Tema bebas tapi biar berpada-pada
Setiap kali menghantar karya, sila sertakan juga biodata ringkas seperti nama penuh, nama pena, alamat lengkap, nombor kad pengenalan, nombor telefon, e-mail dan nombor akaun bank bagi urusan pembayaran mengikut media percetakan (apabila karya anda tersiar, sedikit honorarium atau saguhati yang berupa wang ringgit akan diberikan sama ada dalam bentuk cek atau bank-in ke akaun bank anda, selalunya akan ambil masa 3 bulan dari tarikh siar dan akan diberi surat pengesahan selepas itu).
Hantar ke emel: yusaida@dbp.gov.my (editor terkini: Puan Yusaida Yusof). Subjek pada emel tuliskan cerpen atau puisi berserta tajuk. Kemudian tuliskan kata-kata aluan dan pengenalan diri yang baik dalam emel tersebut. Jika ada surat iringan itu lebih baik.*Karya kita akan dinilai terlebih dahulu. Sabarlah menanti jawapan. Namun jika sehingga tiga bulan masih tiada jawapan, maksudnya belum lagi berjaya. Namun selalunya walaupun gagal tetap akan dijawab balas.
NOTA SAYA
Ikut daripada komen dia bagi pada cerpen saya yang tersiar (Puisi Dari Korea - Tunas Cipta edisi Mei 2016), pihak editor (waktu itu, Puan Zaharahanum) tidak mahu dialog atau pengajaran unsur yang negatif. Dan jika dialog tidak ada relevan (lewah) dalam cerita atau plot lain / pengakhiran, tak perlu letak. Letak dialog atau plot yang memang bertujuan. Dan jika mahir memperkayakan bahasa, itu lebih baik.
Dan alhamdulillah, selepas beberapa kali disuruh sunting sebelum tersiar, kritikan untuk cerpen itu oleh S.M Zakir (Tunas Cipta edisi Jun 2016) adalah baik; terutama dari segi sudut bahasa dan jalan ceritanya.
Dan alhamdulillah, selepas beberapa kali disuruh sunting sebelum tersiar, kritikan untuk cerpen itu oleh S.M Zakir (Tunas Cipta edisi Jun 2016) adalah baik; terutama dari segi sudut bahasa dan jalan ceritanya.
Untuk puisi anda boleh lihat contoh-contoh puisi yang pernah disiar (di sini antaranya). Jika belum pernah membeli tunas cipta, boleh dapatkan di kedai buku / majalah berhampiran atau terus beli menerusi talian di bukuDBP.com.
Oh ya, selain ini, jika mahu tahu perkembangan pertandingan menulis / cerpen yang lain boleh rujuk di halaman facebook Tips Motivasi dan Penulisan Pena VR yang dikendalikan juga oleh seorang penulis berpengalaman; Salleh Kausari. Di sini banyak juga beliau berkongsi.
Jika rasa mahu mencuba menulis suka-suka / meluah rasa / melihat sasaran pembaca karya kita, boleh mula menulis juga di wattpad.com. Jika rezeki, selain akan ada pengikut sendiri dan dapat memperbaiki karya melalui kritikan, mungkin berpeluang menghasilkan buku sendiri nanti. Insya-Allah.
Oh ya, selain ini, jika mahu tahu perkembangan pertandingan menulis / cerpen yang lain boleh rujuk di halaman facebook Tips Motivasi dan Penulisan Pena VR yang dikendalikan juga oleh seorang penulis berpengalaman; Salleh Kausari. Di sini banyak juga beliau berkongsi.
***
Untuk penyertaan cerpen ke majalah lain:
(lebih baik rujuk majalah berkenaan terlebih dahulu untuk melihat sasaran pembaca dan cerpen yang lalu):
- Dewan Sastera (khairul@dbp.gov.my)
- Mingguan Malaysia (hafizahrilmm@gmail.com)
- Berita Minggu (bhsastera@bharian.com.my)
- Dewan Siswa (lutfi @dbp.gov.my / suhaila@dbp.gov.my)
- Utusan Sabtu - Untuk cerpen, lebih kurang 1500 patah perkataan; (cerpen.s2@gmail.com) Untuk puisi: (puisi.s2@utusan.com.my)
- Majalah Wanita (wanitauksb@yahoo.com)
- Majalah Solusi (majalahsolusi@gmail.com), cerpen lebih kurang 1300 patah perkataan.
Dalam talian boleh cuba:
Untuk semua, jangan takut menangis untuk menulis. Setiap langkah yang jauh bermula dengan langkah pertama. Jangan takut ditolak, sebab ditakuti kita menyesal pula kerana tidak mencuba. Teruskan menulis, kerana bakat itu tak semua ada. Jika gagal, jangan putus asa. Cuba lagi! Bakat juga amanah. Selamat maju jaya! Terima kasih.
Rujukan lain:
30 yang menasihati
SAYA ADA PERTANYAAN.
ReplyDeleteADAKAH KITA PERLU MENGELUARKAN SEJUMALAH WANG UNTUK MEMBAYAR HASIL PENCETAKAN JIKA KARYA KITA TERSIAR?
Untuk Tunas Cipta, jawapannya TIDAK. Mereka yang akan membayar kepada kita, untuk setiap karya kita yang tersiar. :)
ReplyDeletesaya ada satu soalan , email apakah yang kita akan menghantar karya kita itu ?
ReplyDeleteAda saya tulis di artikel ini.
DeleteMcm mana nak tau penerbit gna akaun apa?
ReplyDeleteKita beritahu saja kita akaun bank apa. Nombor. Jika diterima mereka akan maklum balas melalui e-mel. Jika dapat disiar, kita akan dapat saguhati melalui nombor akaun yang kita beri.
DeleteApapun, cuba dulu. Semoga berjaya!
Thanx..artikel banyak membantu.
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteTerima kasih sangat-sangat membantu
ReplyDeleteTerima kasih.. nak tanya.. jika sekiranya gagal, adakah mereka akan beritahu sebab? untuk penambahbaikan..
ReplyDeleteMungkin ya, mungkin tidak. Kadangkala mereka cuma beritahu tidak diterima, atau selama tiga bulan itu tidak ada jawapan, jadi kita faham sendiri. Namun kita boleh cuba bertanya sebabnya.
DeleteSalam sejahtera saya nak tanya boleh kah saya hantar sajak
ReplyDeleteBoleh, digalakkan.
Deleteuntuk penghantaran karya, adakah masih menggunakan emel yang sama seperti di atas?
ReplyDeleteSemasa tulis artikel ini, masih sama. Namun boleh semak semula melalui editor majalah tersebut dengan menghubungi mereka.
DeleteSaya berusia >35 thn. Masih boleh menghantar karya?
ReplyDeleteBoleh cuba selain Tunas Cipta. Ada saya sertakan e-mel untuk majalah lain. Namun untuk lebih kepastian dalam syaratnya boleh terus merujuk dengan membeli majalah berkaitan.
DeleteBolehkah hantar lebih daripada 1 karya?
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian saudari,jazakillah ukhtii
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi pencerahan. Sangat hargainya.
ReplyDeleteSalam sejahtera, saya ada satu pertanyaan. Apakah pihak Tunas Cipta menetapkan tarikh trtentu untuk menghantar karya kami atau karya kami ini boleh kami emailkan kpd Tunas Bakti pada bila-bila masa sahaja?
ReplyDeleteSalam boleh hantar karya seperti luahan dan perasaan tak?
ReplyDeleteMasih adakah peluang untuk tahun 2019?
ReplyDeleteSaya pun baru hantar buku dikarya bestari. Dulu dah hantar 3x direjctnya nasib baik x putus asa. Alhamduliah
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak hantar sebuah sajak luahan perasaan boleh tak? Saya tidak ada tempat meluah jadi saya luahkan perasaan melalui tulisan.
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Jika luahan saya tidak pasti mereka terima atau tak. Jika mahu menulis boleh mulakan dengan guna aplikasi Wattpad. Sekadar cadangan.
ReplyDeleteAlamat email yang dikongsi masih valid ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum bahasa hanya bahasa melayu atau boleh mix bahasa melayu dan engeris?
ReplyDeletemasih boleh ke nak hantar ni
ReplyDeleteAssalamualaikum boleh lagi ke nak kirim ni? Dan macam mana nak cari laman sesawang nya yg boleh dihubungi ye
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.