Alhamdulillah untuk semuanya. Tahun 2016 menyaksikan kedatangan orang dan keadaan baru dalam hidup sebahagian kita dan juga kehilangan dalam hidup sebahagian yang lain. 2016 juga banyak mengajar dan memberi pelbagai kenangan tersendiri kepada saya.

Dalam banyak hal, minat & semangat sahaja tidak cukup. Perlu ada ilmu. Mungkin dalam perkara yang kita tak minat itu, wujudnya kelebihan kita. Saya tak pernah terfikir saya akan kembali menulis cerpen misalnya. Sebab saya dah hilang minat menulis cerita sejak habis sekolah dulu. Alhamdulillah. Tahun ini cerpen saya diizin-Nya tersiar di majalah & terbit dalam beberapa buah antologi. Yang pernah beli, terima kasih.

2016 juga mengajar saya erti sederhana sebenar. Betapa jangan terlalu mudah percaya. Dan jangan pula tidak langsung memberi peluang. Diri kita ini yang paling memerlukan banyak peluang. Kena memaafkan diri & yakin kita ini ada kelebihan (namun masih perlu merendah hati).

Tahun ini juga masih diizinkan Tuhan untuk saya mengenali ramai manusia baik dan hebat-hebat. Ada yang masih kekal dan ada yang baru kenal.

2016 juga memberi definisi tersendiri tentang pengorbanan. Perubahan tak akan datang tanpa melakukan sesuatu yang besar. Sukar tapi boleh. Kemampuan itu wujud dalam diri setiap kita. Cuma perlu letak rasa yakin bahawa kita boleh jika cuba. Terlalu banyak alasan mampu melemahkan.

Apapun yang kita lalui, tidak seharusnya buat kita mengalah untuk menghadapi hari depan. Perkara lepas, untuk mengajar & lebih menguatkan.
Kita yang menentukan apa kita bakal jadi. Namun tetap semuanya bergantung pada keizinan Dia. Sekian. Selamat maju jaya untuk 2017!



Saya seorang yang tidaklah begitu random. Apatah lagi untuk percaya manusia di internet ini. Pengalaman mengajar. Namun saya rasa mereka yang sudi memberi perhatian kepada perkongsian saya di mana-mana laman media sosial adalah insan yang wajar saya santuni. Kerana mereka menghargai apa yang saya tulis yang kadangkala kerap juga merepek. 


Untuk kesudian semua mereka, saya berterima kasih.
(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
(al-Zukhruf:67)
Tentang dia (insan ini), hadirnya tiba-tiba. Kadangkala rajin juga tegur saya di twitter. Saya juga kerap hilang jika ada hal penting lain. Dan dia perasan ketidakberadaan saya! Itu sebenarnya agak menyentuh hati saya. Siapalah saya untuk orang sedar ada atau tiadanya, namun dia nampak. Kemudian dia menegur saya di facebook pula. Oh ya, asalnya saya tidaklah perasan dia di facebook dan di twitter itu orang yang sama (maafkan saya). Cuma sikap jujurnya itu yang mempunyai persamaan.

Apa yang menarik tentang beliau dan saya belajar daripada itu:
- Jujurlah walaupun mungkin menyakitkan asalkan tidakkan ada isu berbangkit.
- Perlu tahu prioriti. Mana penting, supaya tiada siapapun berkecil hati.
- Kita perlu kuat untuk orang yang kita sayang. Jadi, belajar untuk gembira.
- Apapun buat kerana Allah, baru hati tenang. Ikhlaskan.
- Setiap pandangan manusia berbeza, namun tidak salah kita mendengar.

Kata-kata dia yang saya ingat,
“Jangan risau. Allah ada. Dia jaga saya.”
“Kita yang minta. Jadi ini mungkin salah satu jalan yang Dia beri.”
“Kadangkala kita lihat luaran seseorang sahaja. Tapi dalaman juga penting.”
“Saya tahu Allah sayang saya, sebab itu saya dikelilingi mereka yang baik dan hebat.”
“Apapun keputusan kita nak buat, letakkan diri dan keluarga yang utama. Mereka lebih kenal kita berbanding yang lain.”
Dia seorang yang sering mengingatkan saya untuk apapun kembali kepada agama. Selalu. Dan paling penting selalu mengingatkan saya pada kematian (secara kiasnya). Berbakat dalam penulisan, namun dia tidak berminat menulis secara serius.

Banyak perkara yang membuatkan dia kelihatan kuat dan bersahaja. Walaupun ada masanya dia tegas dan mungkin sedikit garang (hehe), namun dugaan dan keadaan yang membentuk karakternya hari ini. Sampai kadang saya terlupa, saya sebenarnya yang lebih kakak. Dia kelihatan kuat, seorang pemberani, namun manis dengan sesiapa yang dikenalinya. Buat sahabat yang baik hati, terima kasih sudi menjadi pelangi dan bintang yang menceriakan hari. Moga terus sihat (tau!), manis dan diberkati keluarga seisi. Ya, semua manusia ada kelemahan, namun pastinya saya juga ada. Tak apa nanti kita saling topup sama-sama! :)

Ada jodoh, insya-Allah kita jumpa nanti ya, Siti Nadzrah Binti Rahim!
Sayang awak lillahitaala.


Nota: Moga kita sama-sama tidak lelah untuk terus saling menasihati. Moga kita kuat untuk terus istiqamah di jalan-Nya dan dipermudahkan perjalanan menuju ke sana. Insya-Allah. :)
"Friendship isn't about who you've known the longest, it's about who walked in to your life, said "I'm here for you," and PROVED it."

— Unknown





Alhamdulillah untuk semua yang diizinkan-Nya. Pelbagai kenangan pahit dan manis juga dicatatkan pada tahun 2016 ini. Perkongsian daripada Richard Ker dengan membariskan orang yang sanggup membantu orang lain, selebriti, ahli sukan, gamers, qari dan pelbagai lagi insan hebat yang menjadi hero sepanjang tahun ini membuatkan saya juga terinspirasi.

Antara kejayaan dalam sukan yang menonjol tahun ini adalah kejayaan atlet olimpik Rio, Atlet Paralimpik, Kejayaan dalam bola jaring, dodge ball, pencak silat, atlet Calisthenics, Mat Redho dalam sukan lasak serta Khairul idham Pawi & Zulfahmi Khairuddin dalam sukan bermotorsikal.

Di kalangan sukarelawan pula, kita begitu mengagumi semangat Dr. Fauziah serta  Tokoh Belia, Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman. Malah hero Malaysia lain yang menonjol dengan sumbangan dan bakti mereka tahun ini seperti Syed Azmi dan Kuan Chee Heng.

Namun antara kejayaan paling menonjol bagi saya adalah seperti berikut:


1. Kejayaan Abdullah Fahmi Che Nor Shukri (pernah dinobatkan sebagai juara rancangan realiti, Akademi Al-Quran musim pertama anjuran TV9) dinobatkan johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-17 di Moscow, Russia. Tahniah Ustaz!

2. Faiz Subri di Puskas FIFA award


Mohd Faiz Subri melakar sejarah baharu bola sepak negara selepas dipilih menjadi antara tiga calon yang bakal memenangi Anugerah Puskas 2016. Namun, peminat bola sepak seluruh dunia perlu mengundi sekali lagi untuk menentukan pemenang bagi anugerah ini yanga akan diumumkan 10 Januari 2017. (Berita: Awani)

Update: 10 Januari. Alhamdulillah. Faiz Subri mencatat sejarah tersendiri, apabila memenangi anugerah Puskas di Zurich, Switzerland. Tahniah anak muda! Malaysia boleh! 


News: http://www.101greatgoals.com/



Faiz subri: twitter @faizsubri131
Faiz Subri - wikipedia

Biodata Faiz Subri (sumber)
Nama: Mohd Faiz Subri
Tarikh lahir: 8 November 1987
Pasukan: Pulau Pinang (pemain tengah)
Faiz dilahirkan dan dibesarkan di Air Hitam Kedah

3. Harith Iskander dinobatkan sebagai manusia paling lucu di dunia.

PELAWAK terkenal tanah air, Harith Iskander, telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan 'standup comedy' antarabangsa (anjuran Laugh Factory), Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland. (Berita)

Biodata Harith Iskander (sumber: Wiki)
Nama lahir : Harith Iskander bin Musa
Kelahiran : 7 Ogos 1966 (50 tahun)
Tempat Lahir: Johor Bahru, Johor
Juga merupakan pelakon dan pengacara.


Boleh baca ucapannya di: Instagram Harith Iskander

Gambar anak-anak Harith: Instagram @iskanderkids

Video jenaka yang menjadi kemenangan:



4. Yunalis Zarai
Gambar oleh: @aimanness (Baju Nuova Flora by Hattaxyuna)
Gambar oleh: @aimanness (Baju Nuova Flora by Hattaxyuna)
Album terbaharu pencipta dan penyanyi Malaysia, Yunalis Mat Zara'ai, 'Chapters' (yang merupakan album kelima Yuna juga mengandungi hasil kerjasamanya dengan beberapa artis antarabangsa seperti Usher dan DJ Premier) tersenarai dalam 10 Album R&B Terbaik Billboard 2016: Pilihan Pengkritik. Turut tersenarai dalam carta 10 teratas itu adalah penghibur antarabangsa Beyonce, Rihanna dan John Legend. (Sumber)

Carta billboard (Yuna) --- billboard.com

Lagu nyanyiannya pula, On Ghost Ridge (hasil ciptaan Emmy dan Nicholas Pike. Lagu tersebut merupakan sebuah lagu tema filem membela hak orang asli 100 years: One Woman’s Fight for Justice) tersenarai awal dalam kategori Lagu Asal Terbaik Oscar 2017. - Sumber

Yuna Zarai biodata:
Name: Yunalis binti Mat Zara'ai
Birthday: 14 November 1986
Stage name: Yuna Zarai
Occupation(s): Guitarist, Singer-songwriter, Singer, Songwriter, Entrepreneur
Country: Malaysia
Yunalis zarai height: 171 cm (5ft 7.5in)

Yuna Zarai: Facebook
Yuna Zarai: Twitter
Yuna Zarai: Instagram
Yuna Zarai: Tumblr
Yuna Zarai:  Official Website

Yuna Zarai: Biography
Yuna Zarai: Wikipedia



5. Zahiril Adzim


Zahiril Adzim memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, manakala naskhah tulisan Alfie Palermo pula dinobatkan sebagai Skrip Terbaik pada festival International Motivational Film Festival – Bridge of Arts 2016 (IMF) yang berlangsung di Restv-on-Don, Russia. (Sumber)



6. Filem Tulus Ikhlas

Astro memenangi kategori 'Best Drama or Telemovie' di 21st Asian Television Award yang diadakan di Suntec, Singapura menerusi telefilem Tulus Ikhlas menewaskan beberapa pencabar hebat dalam kategori sama. Filem ini adaptasi daripada iklan BERNAS menceritakan kisah dua kanak-kanak tersebut di alam dewasa. (Sumber: Awani)

Sekian, tahniah untuk mereka semua dan moga kita semua terus terinspirasi dan bersemangat untuk menjadi lebih baik di tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya. Insya-Allah. Malaysia Boleh! Dan kita boleh! Selamat maju jaya!

Sumber gambar: Richard Ker



Berita dan perkembangan Malaysia sepanjang 2016: wikipedia

Sekian. Terima kasih.



Telah tiba di penghujung tahun 2016. Alhamdulillah diizinkan-Nya melalui sebuah tahun lagi yang penuh suka dan duka. Dan secara tidak langsung tiba pula tahun baru 2017. Moga tahun baru ini memberi sinar dan rahmat-Nya yang lebih melimpah ruah. Insya-Allah.

Di sini saya sertakan pautan (link) kalendar percuma 2017 yang boleh dimuat turun (download) di bawah, dan juga senarai cuti umum (perayaan dan sekolah) 2017. Moga bermanfaat.

Kalendar 2017:

1. Percuma muat turun (Format PDF): 
Oleh: CIKGU GRAFIK DOT COM
(Download: Kalendar 2017 Tahun Kuda di pautan ini -&gt Cikgu grafik)


2. Percuma Printable Calendar 2017 Malaysia (JPEG)


3. Kalendar 2017 Malaysia dan Cuti Umum (JPEG)
Laman web ini antara yang memaparkan cuti sekolah, cuti perayaan dan 
cuti umum paling lengkap.

Laman web: sistemguruonline.my


4. Kalendar 2017 + Cuti Sekolah Negeri Sabah 
(Bagi memudahkan perantau memohon cuti)
Lihat di Laman Web: http://www.xpresi.org

5. Kalendar 2017 Format PSD (tanpa cuti) - psdvector.com
Boleh rujuk laman web ini untuk kalendar dan cuti yang lebih terperinci
(tahun lain pun dia ada sediakan):
http://myrakan.com/
Rujukan lain: mysumber.com

*****
Cuti tahun 2017:

Cuti perayaan 2017:

Tahun Baru Cina : 28 dan 29 Januari
Hari Thaipusam: 9 Februari 2017
Hari Wesak :  10 Mei 2017
Hari Keamatan: 30 & 31 Mei
Hari Gawai :  1 & 2 Jun 2017
Hari Raya Aidilfitri : 25 & 26 Jun
Hari Raya Aidiliadha : 1 & 2 September
Awal Muharram (Maal Hijrah) : 22 September
Deepavali : 19 Oktober
Maulidur Rasul : 1 Disember
Hari Krismas : 25 Disember

Klik pada gambar untuk lebih jelas

Jadual Hari Kelepasan AM Persekutuan Tahun 2017


Cuti kelepasan negeri boleh merujuk di sini: panduanmalaysia.com


Cuti Sekolah 2017

Kumpulan A

Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Cuti pertengahan penggal pertama: 17 Mac sehingga 25 Mac 2017 (9 hari)
Cuti pertengahan tahun: 26-Mei hingga 10-Jun-2017 (16 hari)
Cuti pertengahan penggal kedua: 25-Ogos hingga 02-September-2017 (9 hari)
Cuti akhir tahun: 24-November hingga 31-Disember-2017 (38 hari)


Kumpulan B

Sekolah Di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Cuti pertengahan penggal pertama: 18-Mac hingga 26-Mac-2017 (9 hari)
Cuti pertengahan tahun: 27-Mei hingga 11-Jun-2017 (16 hari)
Cuti pertengahan penggal kedua: 26-Ogos hingga 03-September-2017 (9 hari)
Cuti akhir tahun: 25-November hingga 1-Januari-2018 (38 hari)



Moga dipermudahkan kita dalam apa juga urusan semuanya. Insya-Allah. Selamat tahun baru!

Sekian. Terima kasih.


Sesuatu yang menarik dan ditunjukkan melalui drama 7 Hari Mencintaiku ini, adalah semua orang boleh jadi hero dan mampu berubah. Dan di sekeliling kita, walaupun ada yang boleh membantu, namun ada juga mampu menjatuhkan. Drama ini merupakan adaptasi Novel tulisan Siti Rosmizah yang merupakan seorang peguam yang menulis. Antara buku beliau yang turut mendapat sambutan hangat adalah Andai Itu takdirnya, Lafazkan Kalimah Cintamu, Cinta Kau dan Aku dan beberapa lagi.

PAK SAMAD 


Watak yang disebut-sebut selain Khuzairi (hero oleh Shukri Yahya) dan Mia (Siti Saleha sebagai heroin), adalah watak Pak Mertua idaman iaitu Pak Samad yang dilakonkan dengan berkesan sekali oleh Aman Graseka. Watak Pak Samad adalah seorang yang menyayangi anak menantu seperti anak sendiri dan tidak kisah untuk menegur anak kandung jika mereka buat salah. Seorang yang tegas, pembawaannya sangat ikhlas.

Siapa Pak Samad (Aman Graseka)?
Merujuk biodata Aman Graseka di laman wikipedia, beliau dilahirkan pada tahun 1968, pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik pada tahun 1999 menerusi filem Amy Anuar. Terkenal ketika zaman mudanya terutama menerusi filem Cinta Kita, lakonannya bersama Sofea Jane. Pernah berkahwin dengan Mas Idayu dan dikurniakan seorang cahaya mata. Juga vokalis kepada kumpulan heavy metal - Chosen (menggunakan nama Amgreng). Dan dia baru saja mempunyai akaun instagramnya sendiri (Instagram Aman Graseka).

Siapa Buntat?
Yang melakonkan watak Buntat adalah pemilik nama penuh Muhammad Ariff Abdullah. Menurut ibunya, Ariff mengalami disleksia (masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal).

Biodata JIBAM / BUNTAT / ARIFF
Nama Penuh : Muhammad Ariff Abdullah
Umur : 12 Tahun
Drama : 7 Hari Mencintaiku (Buntat @ Ahmad Shahrul)
Filem : Jibam (teaser) (2017)
Asal : Jitra Kedah
*Anak tokey roti canai Pak Mutalib Jitra

NADIA


Watak Nadia dalam 7 Hari Mencintaiku dipegang oleh Jaja Iliyes (berusia 18 tahun). Pelakon baru yang dicungkil bakatnya menerusi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2016) ini berjaya membawakan watak adik Khuzairi dengan begitu menyerlah sekali. Instagram beliau: https://www.instagram.com/jajailiyes_/

Trivia drama 7 Hari Mencintaiku:

- 7 hari mencintaiku adalah drama bersiri pada jam 6.58 petang setiap isnin hingga khamis di TV3, ada 28 episod keseluruhannya dan mempunyai happy ending.

- Ada juga adegan dalam buku yang tidak dimasukkan (dan juga perlu disesuaikan) untuk tayangan di televisyen. Malahan ada juga babak lakonan yang telah dirakam namun tidak disiarkan atas sebab tertentu. Namun keseluruhannya ia tetap tidak memberi kesan besar malah tetap menjadi sebuah drama yang sangat baik.

- Kebanyakan dialog drama diambil daripada novel asal. Dan lokasi penggambaran drama 7 Hari Mencintaiku banyak dibuat di Kuala Selangor.



- Liza Abdullah (Mak Leha) adalah seorang penyanyi dan pelakon yang popular ketika zaman mudanya. Antara lagu popularnya adalah Samarinda dan filem popular lakonannya adalah Ali Setan.

- Siti Saleha (Mia) pernah memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013.

- Shukri Yahya (Khuzairi) sudah berkahwin. Dan juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.


Gambar daripada Instagram @shukriyahaya & anak mereka @aairaameena
- Pak Andak (Idris Md Diah), Mak Andak (Anne Abdullah), Roziah (Rosnah Johari sebagai mak tiri Mia) dan Zila Bakarin (sebagai Datin Hayati, Mak Mia), tidak perlu diragukan lagi lakonan mereka, kerana mereka sangat berpengalaman dan telah berada lama dalam industri.


- Wan Sharmila (Sophie) bukan sahaja selalu muncul dalam drama-drama melayu. Malah pernah membintangi beberapa buah filem dan pernah menjadi pengacara. Twitter: @Wansharmilalala

- Bakat lakonan Bil Azali (instagram @Nabelrazali)  (Zaidi) dicungkil menerusi sebuah program realiti tv iaitu Pilih Kasih. Program yang sama dengan Ku Hariz (Khalil). Ku Hariz merupakan suami kepada pelawak dan pengacara terkenal Jihan Muse.

- Syazwan Zulkifly kebelakangan ini sangat kerap menjadi hero drama. Juga bakatnya mula kita nampak menerusi drama bersiri Juvana.

- Mak Wan (Watak Mak Limah, yang jual karipap) merupakan graduan dan pernah belajar di Australia.



- Faye Kusairi (Syakila) berasal dari Sarawak. Juga banyak membintangi drama lain.
- 7 Hari Mencintaiku menjadi antara 5 drama paling dicari di Google Malaysia pada 2016 dan episod akhir mencatatkan tontonan pecah rekod, sebanyak 12 juta tontonan. Tahniah!
- Hampir kesemua pelakon adalah bersikap sporting dan gila-gila namun dalam set mereka semua sangat menjiwai watak.


Boleh lihat di laman web forum cari untuk mendapatkan senarai penuh pelakon dan komen-komen penonton mengenai drama 7 hari mencintaiku ini. Manakala sinopsis boleh baca di sini atau di facebook 7 Hari Mencintaiku. Untuk menonton episod penuh 7 hari mencintaiku pula, selain di tonton, boleh lihat di blog Kepala Bergetar. Manakala lagu tema (OST) untuk drama ini adalah Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah. Serta ada juga lagu kumpulan Exist - Mengintai dari tirai kamar.

*Secara rasminya boleh menonton terus di tonton.com.my dan untuk mengetahui perkembangan semua drama akasia tv3, boleh ke instagram akasia tv3.

Apapun tahniah kepada keseluruhan kru penerbitan Pena Creative Pictures dan juga semua pelakon 7 Hari Mencintaiku. Ramai suka bukan saja kerana cerita ini banyak menyentuh realiti, berlatarkan suasana bandar dan kampung, namun ada juga watak daripada kanak-kanak, remaja, dewasa ke orang tua. Juga mempunyai ramai watak baik dan antogonis yang disebut-sebut. Pendek kata cukup rencah!

Kekurangan tetap ada, namun moga dapat diperbaiki dan akan banyak lagi drama berkualiti di televisyen sama ada yang adaptasi mahupun bukan selepas ini! :)



Gambar:


SELEPAS INI: Drama BIAR AKU JADI PENUNGGU (Juga sebuah drama adaptasi novel karya Arsha)- Lakonan Ashraf Muslim dan Janna Nick.

Untuk semua yang menonton, mana baik, kita ambil. Jika rasa tidak, tidak perlulah.
Terima kasih.



Setiap kita diuji, namun ujiannya berbeza-beza. Setiap ujian pula didatangkan hikmah dan pengajaran. Dan kita tidak akan diuji melainkan mengikut kemampuan. Untuk itu marilah kita terus membantu dan mendoakan semua saudara-mara kita. Sama-sama. Moga dipermudahkan semuanya. Insya-Allah.

ALEPPO BERDARAH

Apa itu Aleppo? Dan di mana?
Aleppo adalah sebuah bandar yang terletak di di utara Syria. Dalam sejarah, kota ini merupakan hentian akhir Laluan Sutera yang merentas dari Asia Tengah dan Mesopotamia. Ia merupakan kota terbesar di negara itu menjadi pusat pentadbiran Empayar Uthmaniyyah yang ketiga terbesar selepas Constantinople dan Kaherah.

Jika Melaka makmur sebagai hentian perdagangan Nusantara suatu masa dahulu, Aleppo juga merupakan titik pertemuan pengembara dan pedagang darat dari Timur dan Barat. Sangat kaya dengan tradisi dan terkenal dengan tempat bersejarah dan juga selalu mengadakan festival seni, kini semua itu telah berubah. (rujuk: astroawani)

Malah melalui pengalaman orang ramai yang pernah berkunjung ke tempat yang kaya dengan sejarah tersebut, masyarakatnya sangat sopan, ramah malah dari seusia kanak-kanak juga mereka sangat pandai berbual dan menghormati orang lain.

Apa yang terjadi di Syria sebenarnya?
Bashar Assad di samping gambar ayahnya.
Syria merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad [yang berpegang kepada Syiah Nushairiyah dan menyimpan dendam kepada muslim sunni (Ahli Sunnah wal-Jama'ah)] telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Bashar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. (Boleh baca sini - hafizamri.com)

Siapa Rejim Bashar Assad?
Sejak kecil Bashar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria. (rujuk: abunuha.wordpress)



Kenapa Aleepo diserang?
1. Ada kekuatan ISIS di utara Aleppo yang dapat menjadi justifikasi (alasan) serangan pemerintah. Justifikasi sahaja. Namun serangan Bashar sebenarnya telah mengorbankan ramai rakyat biasa. (Rujuk nombor 3).
2. Menguasai Aleppo akan menguasai wilayah pihak yang ingin diserang Bashar secara sistematik.
3. Penduduk Aleppo yang terdiri daripada muslim sunni (ahli sunnah waljamaah) yang cukup besar di Syria (sekitar 80%).

Rujuk:
Nota: Syiah Nushairiyah adalah kelompok Syi'ah yang paling ekstrim. (Rujuk: mukminun.com)
Bagaimana kita boleh tolong mereka?



Hakikatnya yang lawan Bashar ini bukan pemberontak, tetapi mereka adalah rakyat yang hendak mempertahankan hak dan akidah mereka.

DERMA
Doa untuk Syria


- Menarik tentang negara Syria: http://teachmideast.org
- Perkembangan Syria: - http://syriaberdarah.blogspot.my/
- Juga bacaan lain: Konflik Syria petanda akhir zaman



*****

ACEH BERDUKA



Gempa bumi berkekuatan 6.4 magnitud menggegarkan wilayah Aceh di utara Sumatera, Indonesia awal pagi Rabu (7 Disember 2016) namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. Gempa yang berpusat di 10 kilometer utara Reuleuet itu berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pada Jun lalu, gempa berukuran 6.5 magnitud berlaku di barat Sumatera sekali gus menyebabkan kerosakan bangunan dan mencederakan lapan orang.
Indonesia mengalami aktiviti seismik dan volkanik yang kerap kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, iaitu tempat pertembungan plat tektonik.
*Sebelum ini, Aceh mengalami kemusnahan teruk apabila dibadai tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004.




TERKINI (13 Disember 2016):
"Jumlah korban meninggal dunia gempa Aceh adalah 102 orang. Di mana 96 di Pidie Jaya, empat orang di Pidie, dan dua orang di Bireuen. Korban luka-luka 857 orang. Pengungsi 83.838 orang tersebar di 124 titik," tutur Kepala Pusat Data Informasi dan Humas BNPB Sutopo Purwo Nugroho dalam keterangan tertulis di Jakarta, Selasa. - (merujuk: news.liputan6)

CARA MALAYSIA MEMBANTU

Selain kita ada menghantar bantuan pakar perubatan ke Aceh (Rujuk:  Malaymailonline.com | bharian), kita semua ini juga boleh menderma. Apapun teruskan berdoa.

MERCY Malaysia



Untuk negara-negara lain:

Moga baik-baik juga untuk semua saudara-mara kita di Turki, India, Kashmir, Myanmar, Iraq, Mesir, Yaman, Thailand, Palestin dan di semua negara lain. Moga dipermudahkan dan moga terus dipelihara semuanya! Fi hifzillah. Insya-Allah.

الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
“Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, sebahagian menguatkan sebahagian yang lain.” [Shahih Muslim No.4684]


Mu'adz Dzulkefly bersama Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Salleh & Ezra Kong mencipta lagu baru khas untuk gerakan #1Moment4Them yang diasaskan oleh pertubuhan NGO bantuan kemanusiaan, Fatiha Shuib & Friends. Disertakan di bawah ini video muzik rasmi (official music video) Kullul Hubbi nyanyian mereka.

Maksud Kullu hubbi minna lahum = setiap kasih dan sayang adalah dari kami untuk anda.

Anda juga boleh turut sama membantu para pelarian Syria di Jordan dengan menyalurkan sumbangan ke akaun berikut:-
Syrian Refugees Hope
8602258019 (CIMB)




Lirik Kullul Hubbi - Faizal Tahir, Noh Salleh, Aizat Amdan & Mu'adz Dzulkefly



You can tell from their tears,
What they've gone through for years,
All their hopes and their dreams,
Drying up like a thousand streams,
Would you walk in their shoes,
Left with nothing to choose,
And have everything taken away from you..

Through rain and sun,
Nowhere to run,
Let's make it right,
And stand as one..

Kullul hubbi minna lahum,
One moment for them..
Kullul hubbi minna lahum,
One moment for them..
No! We will not let go,
We will keep pushing on,
Kullul hubbi minna lahum,
One moment for them..

Have we not seen enough,
Or have we lost all love,
Does your head turn away,
And leave with nothing to say,
Let's not wait for the earth,
To be washed out with blood,
Now it's time to realize,
All the truth from the lies..

Where have we been,
What have we done,
What's going on,
We stand as one..

Kullul hubbi minna lahum,
One moment for them..
Kullul hubbi minna lahum,
One moment for them..
No! We will not let go,
We will keep pushing on,
Kullul hubbi minna lahum,
One moment for them..

Stand up
Rise up

Kullul hubbi minna lahum,
One moment for them..
Kullul hubbi minna lahum,
One moment for them..
No! We will not let go,
We will keep pushing on,
Kullul hubbi minna lahum,
One moment for them..




*Boleh membaca di sini tentang 1 Moment 4 Them.
Jika mahu menderma dengan membelikan baju sejuk untuk rakyat dan anak-anak pelarian Syria di Jordan, boleh terus berhubung dengan penganjur kempen #1MOMENT4THEM: Fatiha Shuib and Friends


*Lirik 








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top