Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Bantuan Bulanan OKU JKM (Prosedur mendapatkannya)


Sehingga tahun 2015, seramai 365,577 orang OKU telah didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jumlah ini sebenarnya tidak melambangkan jumlah sebenar OKU di Malaysia. Ini kerana OKU tidak diwajibkan mendaftar, dan dibuat atas dasar sukarela.

Ada kebaikannya mendaftar dengan JKM. Seperti yang dikongsikan Syed Azmi, OKU berdaftar layak menerima elaun bulanan. Namun, tahukah anda kemudahan dan keistimewaan lain yang disediakan oleh pihak JKM kepada OKU berdaftar? Dan untuk elaun ini kena mohon secara tahunan dengan JKM (untuk update).

KEMUDAHAN & KEISTIMEWAAN OKU BERDAFTAR

Antaranya;
1) Bantuan am;
2) Elaun Pekerja Cacat;
3) Geran Pelancaran;
4) Bantuan alat tiruan/sokongan;
5) Pusat Pemulihan Dalam Komuniti;
6) Institusi Penjagaan dan Pemulihan JKM;
7) Bengkel Terlindung;
8) Pendaftaran dan pengeluaran kad kenal diri OKU;
9) Khidmat Nasihat dan Kaunseling;
10) Bantuan bagi OKU yang Tidak Berupaya (BTB)
11) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPOKUT)
12) dan keistimewaan lain seperti pengecualian cukai.

Pendaftaran OKU adalah amat digalakkan kerana ia membantu pihak JKM mencapai beberapa objektif.

OBJEKTIF
(i) Mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
(ii) Merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
(iii) Membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

***

ELAUAN BULANAN OKU: PROSEDUR MENDAPATKANNYA



Elaun OKU ini tidak automatik. Maksudnya, jika anda mohon kad OKU, tidak semestinya anda akan dapat elaun bulanan itu. Anda perlu mohon untuk menerima elaun berkenaan. Sebelum saya menerangkan tentang prosedur permohonan bantuan kewangan OKU, ada baiknya saya terangkan dahulu proses permohonan kad OKU.

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN OKU

1. Muat turun borang Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya BPPOKU (Pindaan 1/2012).
2. Isi maklumat di Bahagian A & B
3. Serahkan BPPOKU kepada doktor yang merawat. Doktor akan mengisi Bahagian D, E, F, G, H, I, J dan K. Setelah itu borang akan diserahkan kembali kepada pemohon. Bagi masalah kurang upaya mental, ia perlu diisi oleh doktor psikiatri.
4. Serahkan BPPOKU yang sudah dilengkapkan berserta dokumen sokongan seperti salinan sijil kelahiran atau Kad Pengenalan dan 4 keping gambar berukuran passport, ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
5. Proses pendaftaran dan pengeluaran kad OKU mengambil masa 1-2 bulan. Bila sudah ada kad OKU, barulah boleh mohon bantuan kewangan JKM

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN JKM

2. Borang in imengandungi IX(9) Bahagian. Pemohon atau waris hendaklah mengisi Bahagian I-VIII. Maklumat yang dikemukakan hendaklah lengkap dan benar.
3. Bagi melancarkan proses permohonan, kemukakan juga dokumen sokongan.
i. Salinan kad pengenalan pemohon dan waris
ii. Salinan kad OKU (atau slip permohonan sementara)
iii. Laporan Perubatan
iv. Penyata pendapatan
v. Salinan bil utiliti (air/elektrik/astro/telefon/dsb)
vi. Penyata KWSP/PERKESO/pencen/ASB
4. Jika perlukan bantuan kewangan untuk peralatan pemulihan, bawa surat doktor yang mengesahkan keperluan peralatan dan sebut harga peralatan tersebut.
5. Proses permohonan ini mengambil masa sekitar 1 bulan(bergantung kepada kes). Berdasarkan pengalaman saya, ada cawangan JKM yang minta laporan doktor secara tahunan untuk sambung elaun OKU. Tak perlu isi borang semula, hanya laporan doktor.

Semoga bermanfaat
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Pegawai Perubatan Rehabilitasi



Untuk maklumat lanjut, sila lihat PAUTAN:

PAUTAN:



[


Laman web rasmi JKM berkaitan ini: 







9 yang menasihati

  1. Anonymous4:27 AM

    As salam . . Kalau gaji lebih 2k boleh ke apply bantuan duit tu . . . Sy oku pemegang kad oku

    ReplyDelete
  2. Penipu ja jkm dh apply pun tak dpt susah ...

    ReplyDelete
  3. Saye dah 28tahun minta bantuan bulanan untuk diri saya sendiri saye OKU cacat kekal fizikal PON susah nk dapat kenape saye tengok orang yang xde cacat boleh dapat..zakat xboleh pakai baik pupus kan zakat tu

    ReplyDelete
  4. Apakah bentuk bantuan yang boleh dipohon daripada JKM untuk seorang anak istimewa(OKU)? Anak saya berusia 13 tahun dan belajar di sekolah menengah (PPKI). Mengalami ketidakupayaan fizikal dan memerlukan bantuan penjaga untuk mengurus diri. Tidak boleh bergerak, memerlukan kerusi roda dan perlu diangkat. Contohnya, dari posisi baring, perlu diangkat supaya boleh duduk. Dari posisi terlentang, perlu dibantu untuk mengubah ke posisi mengiring. Beliau tidak mampu menggerakkan kaki sendiri dan perlukan bantuan untuk menggerakkan tangan. Namun, masih mampu menulis dengan perlahan-lahan, mampu menyuap makanan sendiri walaupun banyak yang pasti tertumpah. Terpaksa menggunakan lampin pakaibuang. Pemegang kad OKU.

    ReplyDelete
  5. BANTUAN TUK ORG KURANG UPAYA .DUET BULANAN

    ReplyDelete
  6. Apabila saya memohon kad oku, saya mendapat elaun bulanan sebanyak RM200. Selepas itu, saya keluar untuk bekerja di jb. Apabila saya pergi ke jkm untuk mengemaskini, saya tidak pernah mendapatnya semula.

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:56 PM

    Saya baru mohon EPOKU,, belum lagi dapat kepastian kelulusan bantuan,, harap - harap dapatlah,, terima kasih

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:57 PM

    Permohonan ini adakah cuma untuk warganegara Malaysia sahaja?

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top