Alhamdulillah. Raya datang lagi! Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada ahli keluarga saya, semua saudara-mara yang mengenali dan tidak lupa buat sahabat-sahabat yang sudi di sisi selama ini. Juga buat yang sudi membaca blog saya ini. Berhati-hati dan jaga hati.

Ucapan raya untuk sahabat yang selalu di sisi;

Raya tiba lagi. Saya ingin memohon maaf jika pernah mengguris hati. Terima kasih kerana bertahan setiap inci. Moga di hari raya ini, kita semua diberkati.

Buat sahabat jauh, walaupun mungkin jarak memisahkan kita namun kasih sayang tidak pernah berjarak. Dalam ingatan, kamu tidak pernah kulupa. Moga terus baik-baik saja-saja. Berjodoh, nanti kita jumpa. Insya-Allah.

Buat sahabat yang diduga, kuatlah kerana kamu terpilih dan sangat disayang Dia Yang Maha Kuasa. Bertahanlah wahai sahabat yang tabah jiwanya. Ada ganjaran dalam setiap dugaan. Moga sentiasa dipeluk sabar dan dipermudahkan semua urusan.

Buat yang baru dikenali, moga nanti kita makin rapat dan berukhwah kerana Ilahi.

Buat semua, terima kasih dari hati. Di hari raya ini, ke manapun mohon hati-hati. Dan jaga diri.

Salam aidilfitri,
Anem Arnamee.


Nah, lagu untuk sahabat semua: Senandung Hari Raya Untukmu: Dayangku Intan



Untuk pelbagai mesej dan pantun raya menarik: https://theinspirasi.my/pantun-dan-ucapan-hari-raya-aidilfitri/
 


Dengan adanya media sosial, semakin banyak perkongsian, pendapat dan luahan yang dapat kita baca. Perkembangan semasa begitu cepat tersebar. Terpulang pada kita mahu percaya atau tidak. Mahu terima atau enggan. Kebelakangan ini tiga perkara ini begitu diperkatakan. Jadi saya memilih ruangan ini untuk memperkatakannya sedikit sahaja.

Drama Andainya Takdir di TV3

Saya rasa ramai menontontonnya. Sehingga menjadi bual mulut (percakapan) ramai dan trending di twitter. Adaptasi kisah benar, dan dilakonankan dengan penuh jiwa oleh para pelakonnya, cerita yang mengisahkan lelaki yang mempunyai cemburu melampau dan suka cari sendiri alasan pasangannya curang yang sebenarnya tiada (dinamakan: othello syndrome), dan isteri yang bertahan walaupun begitu teruk dibelasah kerana rasa sayang dan percaya masih ada harapan (dinamakan: stockholm syndrome). Lebih menarik emosi penonton adalah orang di sekitar watak itu. Sikap yang terlalu menyibuk hal orang sehingga tak perasan hal sendiri. Dan budaya menghasut (batu api) dan mengumpat yang mampu menggugat masyarakat sebenarnya. Kisah ini begitu realiti dan asli. Mungkin kerana itu ia berjaya menarik ramai mengikuti perkembangannya.

Antara pelakon dalam cerita ini adalah Syukri Yahaya, Nina Iskandar, Balqis, Sheila Mambo dan ramai lagi.

Klik untuk: Menonton andainya takdir online

- Antara pendapat yang menarik:


Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289).

Isu liberal: tudung dan wuduk 

Tiba-tiba sahaja isu tudung dibangkitkan. Hujah tentang aurat dan tudung boleh dibaca di facebook Firdaus Wong Wai Hung & Ulasan saudara Muhammad Yusof.

Wuduk pula memang banyak sangat air membazir, namun sunnah tiga kali untuk meratakan anggota badan yang berkenaan. Isunya kena atau tidak. Ya, sekali sudah bersih cukup, namun lebih menyakinkan dan tiga kali Nabi buat, kita ikut dapat pahala insya-Allah.


Liberal bermaksud menekankan hak peribadi dan kesamarataan peluang. Namun bagi fahaman liberal barat dan sesetengah pejuang liberalisme, ia mungkin berbeza. Malah liberalisme mempunyai aliran-aliran yang pelbagai. Manakala islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri ,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam. (Rujuk: https://fastnote.wordpress.com).
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.(QS. Al-Maaidah (Al-Maidah) [5] : ayat 87).

Kes buli

Kes Zulfarhan dan T. Nhaveen begitu menyentuh emosi kita. Buli, begitu menjadi-jadi kebelakangan ini. Buli bermaksud: mengasari orang lemah dengan tujuan atau maksud menunjukkan kekuatan masing-masing.

Kes Zulfarhan Osman: Pada awal Jun lalu dilaporkan  jenazah penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dipercayai akibat didera (dipercayai dengan seterika), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. (Sumber)

Update Terkini: 
Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan membunuh pegawai kadet laut universiti itu, Mei lalu. Seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang juga pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu. Kes ini akan disebut semula pada 14 Ogos 2017. (Sumber)

Kes T. Nhaveen: Nhaveen dilaporkan dipukul oleh sekumpulan lelaki berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, George Town. Remaja itu dipukul sehingga menyebabkan dia mengalami mati otak dan pemeriksaan hospital mendapati duburnya turut terkoyak dipercayai akibat kemasukan objek keras. Sewaktu kejadian, beliau bersama rakannya, namun rakannya cedera dan sempat melarikan diri.

Update Terkini:
Empat lelaki termasuk dua daripadanya remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret George Town, hari ini atas tuduhan membunuh seorang remaja lelaki, T. Nhaveen, 9 Jun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid. (Sumber)

*****

Moga dipermudahkan buat mereka yang diuji. Dan biar nanti jawapan terungkai. Insya-Allah.

Moga kita semua dipelihara jiwanya dan menjaga hati orang lain juga. Hidup adalah sementara, jadi tuntutlah ilmu baik-baik dan amalkan dengan cara yang Tuhan redha. Insya-Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum membuatmu tidak berlaku adil. Berbuat adillah karena ia lebih mendekati ketakwaan.”
- (Al-Maidah ayat 8)


Sekali lagi meriah iklan raya terbaik tahun ini. Walaupun kita mungkin tidak dapat lari daripada iklan sedih di hari raya, namun ada juga iklan yang kelakar dan seronok di samping banyak pengajaran (PSA) yang dapat diingat. Nah di sini iklan raya 2017 menarik yang menjadi pilihan saya. Anda ada pilihan lain? Mari berkongsi!

1. Iklan Raya TNB: Dugaan Raya Aida #DugaanRaya



2. Iklan Raya TM Net (Kampung Batu 311 Diselubungi Misteri... #KeajaibanRamadhan)



3. Iklan Raya UDA: Misi Hari Raya



4. Iklan Raya Malaysia Airlines 2017 | #RayaAroundTheWorld



5. Iklan Raya Astro: Kisah Benar Adli & Luqman: Dari Hati Ayah



6. Iklan Hari Raya Pelaburan MARA 2017 - Ikhlas



7 - Filem Pendek Raya CIMB: Linah



8. Iklan Raya KFC: Joget Abah



9. Iklan Raya RHB 2017 - Apa ditunggu-tunggu setiap kali Raya?



10. Iklan Raya Maxis: Wayang Sayang



11. Iklan Raya FELDA 2017 - #KampungPower



12. Iklan Raya Pos Malaysia: Tepung Pelita Untuk Abah



13. Iklan Raya Oppo: Gambar Yang Tersimpan



14. Iklan Raya Hypp TV: Pengorbanan Ayah



15. Iklan Raya YES: Dilema Aira



16. Iklan Raya AKPK: Sahabat Raya



17. Iklan Raya Petronas: Donut ke Karipap?



18. Iklan Raya Digi: Kasih Sayang Duit Raya Terbaik


19. Iklan BSN: Filem Hari Raya 2017 : Selamat-kan Hari Raya



20. Iklan Raya Yeo's 2017 - Diari Ramadan Opah



21. Iklan Raya Celcom: Letters from Mak



22. Iklan Raya Umobile: Maafkan Kami (Kyoto Protokol)



23. Iklan Raya TV3: #TerimaKasih



24. Iklan Raya Seram: Man Nak Balik Raya



25. Iklan Raya Mah Sing: Our Unsung Heroes



Banyak lagi sebenarnya iklan yang menarik. Lain-lain iklan boleh lihat di playlist ini: youtubeUntuk semua, selamat hari raya! Hati-hati di jalan raya. Terima kasih.




Solat sunat tahajjud adalah solat sunat tengah malam yang dibuat setelah terjaga daripada tidur. Lebih afdal dibuat sendirian tengah malam. Tiada had rakaat. Dibuat untuk mendapat ketengan, menguatkan diri, mendekatkan diri dengan Allah serta mengucapkan syukur dengan semua nikmat sebagai tanda kehambaan. Melalui majalah GenQ edisi 51 dalam bab Step by step tahajjud, ada dikongsikan kisah Ibnu Masud terbangun daripada tidur dan melakukan solat ini (sumber kitab Qiyam al-lail :Abu Nasr al-marwazi).

Gambar: Buku Bermunajat dalam Keheningan Oleh Abu Al-Hamidy

Langkah demi langkah untuk memulakan tahajjud:
- Niat mahu tahajjud sebelum subuh. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mendatangi katilnya dengan niat bangun malam untuk melakukan solat, akan tetapi ia tertidur hingga pagi, maka Allah menuliskan untuknya apa yang ia niatkan tersebut. Tidur itu merupakan sedekah daripada Allah untuknya.” (Riwayat al-Nasa'i).
- Ketika bangun (sapu muka dan baca surah Ali Imran ayat 190-200. Berdoa seperti mana yang diajar Nabi jika terjaga waktu malam. (Boleh rujuk: Doa bila terjaga di malam hari)

Sumber: flickr.com
- Berwuduk dan memburus gigi. 

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَشُوْسُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ

“Dari Hudzaifah ibnul Yaman Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata : “Adalah Rasulullah jika bangun dari malam dia mencuci dan menggosok mulutnya dengan siwak”. [Hadits riwayat Bukhari]


- Warm up dengan dua rakaat ringkas. (Jika bangun malam, solatlah dengan solat yang ringkas)
- Mulakan tahajjud dengan doa seperti yang diajarkan Nabi. Seperti hadis Ibnu Abbas. Dibaca berdiri sebelum memulakan solat tahajjud / selepas takbiraturihram dijadikan doa iftitah.

Doa solat sunat tahajjud

Sumber: Aplikasi Tuntunan Shalat Malam

- Iringi dengan solat tahajjud. Lanjutkan seberapa banyak rakaat termampu. Satu salam setiap dua rakaat. Sangat baik memanjangkan masa berdiri, rukuk dan sujud.
- Tutup dengan solat witir. Di antaranya adalah riwayat daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.
Maksudnya:
Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kalian pada malam hari. – (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 998.)
- Tidur semula.
Daripada Aisyah RA, beliau berkata:

كَانَ يُصَلِّي إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، كَانَتْ تِلْكَ صَلاَتَهُ يَسْجُدُ السَّجْدَةَ مِنْ ذَلِكَ قَدْرَ مَا يَقْرَأُ أَحَدُكُمْ خَمْسِينَ آيَةً، قَبْلَ أَنْ يَرْفَعَ رَأْسَهُ، وَيَرْكَعُ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الفَجْرِ، ثُمَّ يَضْطَجِعُ عَلَى شِقِّهِ الأَيْمَنِ حَتَّى يَأْتِيَهُ المُنَادِي لِلصَّلاَةِ
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW solat sebanyak sebelas rakaat, kadar satu sujud Nabi SAW adalah selama tempoh seseorang itu membaca 50 ayat sebelum Baginda SAW mengangkat kepalanya. Nabi SAW rukuk (solat) sebanyak dua rakaat sebelum solat Subuh. Kemudian Baginda SAW berbaring pada sebelah kanan sehingga didirikan solat”. [Riwayat al-Bukhari (1123)].
- Azan subuh
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya: “(Solat) Dua rakaat (sebelum) al-Fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)].



TATACARA RINGKAS MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD

A) Tatacara Solat Tahajjud Dua Rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Ulangilah solat dua rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan dengan solat Witir. Hanya sahaja yang afdal adalah mencontohi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengerjakan solat Qiyam al-Lail ini (yakni solat Tahajjud dan Witir) tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.

Tatacara Solat Tahajjud Empat Rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat awal
3) Bangun untuk rakaat ketiga

Rakaat Ketiga
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Bangun untuk rakaat keempat

Rakaat Keempat
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Ulangilah solat empat rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan dengan solat Witir. Hanya sahaja yang afdal adalah mencontohi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengerjakan solat Qiyam al-Lail ini (yakni solat Tahajjud dan Witir) tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.

Rujukan: ebook hafizfirdaus.com

Cara ringkas
Sumber: Nisaalim


Dicadangkan juga merujuk:
- Cara menunaikan solat tahajud untuk noob
- Jika mahu cara lebih lengkap rujuk juga: shafiqolbu.wordpress
- Berkaitan solat malam






Tidak semua orang diberi memori yang baik untuk mengingat jalan. Namun ada juga yang mahir dalam mencari jalan walaupun tidak pernah pergi ke sesuatu tempat itu. Dan dalam era teknologi sekarang, tiada kesukaran dalam hal arah pandu ini; terutama jika anda seorang yang pelupa atau sukar mahu bertanya. Yang penting tahu ke mana (ada alamat) mahu dituju.

Bantuan orang lain 
"Orang lain" itu selalunya bukan orang lain sangat pun. Sama ada mereka yang selalu mengingat jalan, atau pernah dan tahu arah jalan itu terdiri daripada ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik, kawan kita mahupun seseorang yang boleh membantu kita. Mereka ini diberi kelebihan untuk ingat. Dan sebahagian kita memang pelupa jalan (yang akan menyebabkan kurang mahir), memang sangat memerlukan bantuan mereka, atau mungkin ada juga yang malas mengingat sebab tahu ada orang akan bantu dia.

Google maps
Google maps adalah antara yang popular pada awal-awal penyediaan perkhidmatan peta dan arah dalam internet. Kita bukan saja boleh menganggarkan jarak ke sesuatu tempat namun lebih daripada itu kita juga dapat mengetahui hotel, bank atau pejabat terdekat dengan lokasi tujuan kita. Atau berapa jarak jika mengggunakan kenderaan atau jalan berbeza. Menjadi pilihan pada yang hendak mudah, kerana selalunya siap sedia ada dalam telefon pintar dan memang senang diakses dalam internet. Dan pilihan ramai pengguna komputer.


Waze
Kegemaran ramai pengguna kenderaan. Agak comel. Bukan sahaja memiliki suara serta bahasa yang boleh dipilih sebagai pemandu arah, malah boleh dipasang menggunakan suara kita sendiri. Selain berguna untuk kita melihat kesesakan arah jalan tersebut (bergantung pada ramai yang log in aplikasi sama), terdapat banyak kelebihan lain; kena install dulu, baru tahu.


GPS kenderaan
Ini lagi mudah, beli dan pasang sahaja di kenderaan, ada suara pandu arah (yang boleh dipilih bahasa), dengan hanya meletakkan (taip dan simpan) alamat, dia boleh terus memandu arah kita menuju tempatnya. Namun kita masih boleh mengikut arah jalan lain dan dia akan automatik menunjukkan arah semula berdasarkan jalan kita itu. Ya, itu yang menariknya GPS pada kenderaan ini.

Cara guna GPS? Ini bergantung pada manual yang anda dapat ketika membeli, dan orang yang jual akan terangkan pada anda, yang ini tak tahu, boleh tanya terus!

Jadi, mana satu pilihan anda? Anda sememangnya suka mencari atau jenis mudah mengingat? Atau mungkin juga jenis try and error, kaki terjah? Apapun memandulah dengan berhati-hati, ingat orang tersayang. Serta jagalah diri baik-baik.



Yeah! Boleh dah upload foto daripada komputer kita terus ke instagram. Melalui artikel ini ada cara yang boleh digunakan hanya dengan melalui *firefox atau chrome. Satu ketika dulu mungkin (jika ada) yang pernah guna laman web pihak ketiga seperti gramblr atau deksgram (sumber: https://ihitthebutton.com). Kali ini kita hanya perlu menggunakan browser yang kita ada.
Saya kongsikan 2 cara untuk chrome, dan dua cara untuk firefox. Jika semua cara tak berjaya, mungkin akaun anda memang belum boleh ada setting ni. Selamat mencuba!
Upload gambar daripada pc ke instagram menggunakan google chrome. 

Cara satu: Tanpa plugin tambahan.

1. Buka laman web instagram.com
2. Klik top menu View, kemudian pergi ke Developer & Developer Tools (shorcut ke sini: klik Ctrl-Shift-I)
3. Klik pada ikon 'Toggle device toolbar' di hujung kiri bawah, dan set kepada mod iPhone mana kita nak contohnya.

Sumber gambar: https://developers.google.com
4. Tekan ikon kamera di tengah
5. Upload seperti biasa

Cara dua: Kalau cara pertama di atas tak boleh, gunakan ini; dengan plugin tambahan.

1.Install extension User Agent Switcher Chrome.
2. Selepas dah install, Tekan butang Chrome UA Spoofer pada Chrome toolbar.

3. Pilih iPhone 6. Anda boleh kembali kepada asal dengan memilih Chrome > Default bila-bila masa.
4. Log in instagram.com dan lihat! Sama macam di telefon, jadi uploadlah seperti biasa.

- Sumber gambar dan tutorial: https://einz.my

Upload gambar daripada pc ke instagram menggunakan firefox

Cara satu: Tanpa plugin tambahan.

1. Log in dulu instagram.com.
 1. Klik Ctrl+ Shift + M (Untuk ke Responsive Design Mode). Namun waktu ini selain pilih saiz untuk view, anda akan dapati belum keluar lagi fungsi upload.
2. Cari user agent ni: https://developer.chrome.com/multidevice/user-agent
3. Pilih  Chrome for Android -> Phone UA, copy kod di situ dan kemudian dekat laman web instagram, atas tu ada ruang kosong perkataan user agent, paste di situ kod tadi, enter dan klik tempat lain (dalam page sama), tadaaa! Ada fungsi upload dah, nah boleh upload macam biasa.


Tak faham? Ni ada videonya: https://www.youtube.com/watch?v=2SLYA0RP6OY

Cara dua: Kalau cara pertama di atas tak boleh, gunakan ini; dengan plugin tambahan.

1. Kena install add-on User Agent Switcher. Klik pada add to firefox.


2. Kemudian di belah kanan atas pilih apple.


3. Dan log in instagram.com. Lihat sudah ada simbol untuk muat naik (pilih ikon bawah page yang di tengah).


4. Selepas memilih gambar klik saja pada next (tak dapat crop di pc), jadi terlihat ruangan caption. Tulislah apa kita nak seperti biasa. Selepas itu dah boleh update!
 5. Jangan lupa klik pada ikon atas kiri tu (rujuk nombor 2) untuk kembali ke keadaan asal laman web.

Cara begini sangatlah memudahkan jurugambar atau ahli perniagaan, sekurang-kurangnya, tidaklah perlu buat kerja dua kali jika mahu gambar yang diambil melalui kamera kemudian bawa ke telefon untuk dikongsi di instagram.

Nota: Cara semua di atas ini hanya boleh upload dan letak caption sahaja. Fungsi editing tidak ada. Jadi semak semula betul-betul caption sebelum kongsi, namun jika mahu edit juga perlu buka aplikasi instagram di telefon kemudian.

*Mungkin browser lain boleh juga. Boleh cari dan cuba.

// Perkongsian: Nah, jika di telefon tidak mahu install instagram (berat misalnya), dah boleh terus log in dengan browser yang ada di telefon. - https://amanz.my/. Sekian.

Salam. Banyak lagu-lagu baru sempena raya kali ini. Ada yang memang fresh; baru lagu dan liriknya, ada yang diubah lirik sahaja. Jadi setelah melakukan carian di youtube, ini dia yang ditemukan. Jika ada lain, anda boleh kongsikan! Terima kasih.


1.  Lebaran Terindah - Wany, Ernie, Wani, Shamim , Tajul & Haqiem



2. Raya Nusantara [Lebaran] - Rizky Febian, Fatin Shidqia, Siti Nordiana, Ismail Izzani, Sufi Rashid



3. Jom Balik Raya - Zahid, Syuhada, Wani Kayrie, Xpose, Putera Muhammad & Yoyo



4.  Sinar Syawal - Khai Bahar



5. Kasih Lebaran- Sufian Suhaimi



6. Lara Dalam Kerinduan - Aiman Tino



7. Seloka Di Malam Raya - Nur Amira Syahira



8. Syawal Dah Tiba - Dzecko



9. Sepuluh Jari - iamNEETA


10. Tokwan Bilang Esok Raya - Rassa Band


11. Syukur Syawal by BElagak Muzik Studio


12. - Salam Lebaran Sayang - Olik 

13. Aku Balik Kampung - Manbai, Amir Jahari, NSSN & Kayda Aziz


14. HidayahMu - Shila Amzah



15. Aidilfitri Leburkan Dosa - Genji Buskers




Lagu-lagu raya lain (lagu asal lain cuma diubah lirik)

Khalifah - Assalamualaikum Lebaran
Khalifah - Hang Pi Raya
Atmosfera - Berakhir Ramadhan
Saleem - Cinta Di Hari Raya
Asfan Shah - Semua Tentang Raya
Ezad Lazim - Demi Lebaran
Shidi Data - Lebaran Di Rantau Orang
Projector Band - Sudahku Tahu Raya
Kristal - Raya Yang Ku Cinta
Bangsoda - Rasa Rendang Ini
Afee Utopia - Aku Sayang Raya [Official Lyrics Video]

+ Sebab comel, saya kongsikan ini juga




*Lagu raya lama yang mengembalikan nostalgia: Lagu klasik raya









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top