Mengatasi stress (tekanan)


Kita semua tidak dapat mengelak daripada stress atau tekanan. Namun cara menanganinya perlu bijak supaya tidak memberi kesan buruk pada aktiviti harian dan  kesihatan kita. Menurut Saudara Ahmad Fadzli Yusof (dalam Majalah Solusi Isu 74), jika kita hadapi ujian hidup, kita perlu mahir mengendalikan stress atau tekanan itu. Antara tip praktikal yang beliau kongsikan:

Tips ketika berhadapan / menghadapi tekanan:

- Bertenang. Beri peluang otak berfikir. Ada perkara yang memang tak boleh diubah. Namun masa akan datang boleh diusahakan. 
- Cari pendengar yang baik. Elakkan mencari yang suka menyalahkan dan terusan menghukum.
- Larikan 'diri' daripada masalah buat seketika. Bukan lari terus! Cuma ambil masa untuk keluar daripada zon 'buntu" dan 'hilang punca'.
- Berdoa dan istighfar. Dekatkan diri dengan Allah. Moga Allah ampunkan dosa kita dan memudahkan urusan kita.
- Belajar untuk lena.Tidur sebentar dapat menyegarkan kembali tubuh dan minda. Belajar untuk berehat.
- Kawal perasaan marah. Jika sedang berdiri, duduk. Tenangkan perasaan. Orang yang kuat adalah orang yang berjaya menahan marahnya. Sabar dulu. Istighfar.
- Maafkan semua orang. Bersihkan hati. Insya-Allah akan lebih tenang.
- Beriadah dan sukan. Apabila bersukan, badan akan mengeluarkan sejenis hormon yang membuatkan kita berasa riang dan seronok.
- Urutan ringan. Cuma perlu hati-hati. 

Tips tenang (Majalah Jom)
- Baca dan hayati al-Quran
- Bangun malam (Qiamulail)
- Selalu beristighfar
- Ingat akan hidup yang sementara
- Mendampingi orang soleh
- Tidak lupa berdoa

Tips jom cerdik emosi (Majalah Jom)
- Rehat yang cukup dan kualiti. (Berwuduk, tutup lampu, baca surah al-Mulk misalnya)
- Nutrisi dan gizi seimbang. Lebihkan protein dan serat berbanding karbohidrat dan makanan manis. Minum air masak ikut kesesuaian badan kita, secukupnya.
- Riadah. Amalkan senaman ringkas.
- Jangan lupa bernafas. Dapatkan cahaya matahari dan udara segar. Lepaskan tekanan anda!
- Ada aktiviti masa lapang. Jangan sampai tiadA masa untuk diri dan minat sendiri.

Sekian perkongsian, buatlah apa saja, asalkan Allah reda dengan kita. Sayang orang sayang juga, tapi sayang juga diri sendiri. hidup sementara sahaja, jadi manfaatkan dan bersederhanalah sebaiknya! Moga kita semua dipermudahkan. Insya-Allah. Tenang selalu...

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top