Showing posts with label majalah jom. Show all posts
Showing posts with label majalah jom. Show all posts


Islam pernah melalui zaman keemasan pada satu masa dahulu. Melalui Majalah Jom Isu 13, dikongsikan sedikit ilmu pengetahuan untuk ulangkaji untuk kita semula.

Perkembangan Ilmu:
Falsafah: al-Farabi, al-Khindi
Kedoktoran: ar-Razi, Ibnu Sina
Matematik: al-Khawarizmi
Astronomi: al-Farazi

Revolusi pertanian di Sepanyol:
- Pengenalan tanaman baru, pemantapan sistem pengairan, pengurusan tanah lebih cekap

Industri kertas:
- Pembinaan kilang kertas pertama di Baghdad
- Teknologi diambil dari China

Salahuddin al-Ayyubi
- Perang Hittin - melawan tentera Salib dan menawan Baitul Maqdis

Khalifah Harun ar-Rasyid
- Pembinaan peradaban dan kebudayaan Islam

Kemajuan Intelektual
- Asimilasi ilmu
- Gerakan terjemah

Seni Bina:
- Kuttab: tempat belajar
- Darul Hikmah: perpustakaan
- Masjid Cordoba, Istana Alhambra, Alcazar
- Kota-kota Andalus

Pembangunan Pusat-pusat ilmu:
- Baitul Hikmah: Baghdad
- Darul Hikmah: Kaherah
- Universiti Cordoba

Banyak lagi sebenarnya, moga kita terus menambah ilmu untuk menjadi lebih baik dan bermanfaat. Insya-Allah.


Kita semua tidak dapat mengelak daripada stress atau tekanan. Namun cara menanganinya perlu bijak supaya tidak memberi kesan buruk pada aktiviti harian dan  kesihatan kita. Menurut Saudara Ahmad Fadzli Yusof (dalam Majalah Solusi Isu 74), jika kita hadapi ujian hidup, kita perlu mahir mengendalikan stress atau tekanan itu. Antara tip praktikal yang beliau kongsikan:

Tips ketika berhadapan / menghadapi tekanan:

- Bertenang. Beri peluang otak berfikir. Ada perkara yang memang tak boleh diubah. Namun masa akan datang boleh diusahakan. 
- Cari pendengar yang baik. Elakkan mencari yang suka menyalahkan dan terusan menghukum.
- Larikan 'diri' daripada masalah buat seketika. Bukan lari terus! Cuma ambil masa untuk keluar daripada zon 'buntu" dan 'hilang punca'.
- Berdoa dan istighfar. Dekatkan diri dengan Allah. Moga Allah ampunkan dosa kita dan memudahkan urusan kita.
- Belajar untuk lena.Tidur sebentar dapat menyegarkan kembali tubuh dan minda. Belajar untuk berehat.
- Kawal perasaan marah. Jika sedang berdiri, duduk. Tenangkan perasaan. Orang yang kuat adalah orang yang berjaya menahan marahnya. Sabar dulu. Istighfar.
- Maafkan semua orang. Bersihkan hati. Insya-Allah akan lebih tenang.
- Beriadah dan sukan. Apabila bersukan, badan akan mengeluarkan sejenis hormon yang membuatkan kita berasa riang dan seronok.
- Urutan ringan. Cuma perlu hati-hati. 

Tips tenang (Majalah Jom)
- Baca dan hayati al-Quran
- Bangun malam (Qiamulail)
- Selalu beristighfar
- Ingat akan hidup yang sementara
- Mendampingi orang soleh
- Tidak lupa berdoa

Tips jom cerdik emosi (Majalah Jom)
- Rehat yang cukup dan kualiti. (Berwuduk, tutup lampu, baca surah al-Mulk misalnya)
- Nutrisi dan gizi seimbang. Lebihkan protein dan serat berbanding karbohidrat dan makanan manis. Minum air masak ikut kesesuaian badan kita, secukupnya.
- Riadah. Amalkan senaman ringkas.
- Jangan lupa bernafas. Dapatkan cahaya matahari dan udara segar. Lepaskan tekanan anda!
- Ada aktiviti masa lapang. Jangan sampai tiadA masa untuk diri dan minat sendiri.

Sekian perkongsian, buatlah apa saja, asalkan Allah reda dengan kita. Sayang orang sayang juga, tapi sayang juga diri sendiri. hidup sementara sahaja, jadi manfaatkan dan bersederhanalah sebaiknya! Moga kita semua dipermudahkan. Insya-Allah. Tenang selalu...


Anda malas beribadah? Rasa penat dan susah sangat untuk mentaati Allah? Sedangkan anda tahu dunia ini hanya sementara dan ganjaran pahala serta syurganya sangat luas untuk mereka yang beriman. Malahan anda sedar semua nikmat yang kita ada ini Dia yang beri. Berikut adalah antara tips atau "ubat" untuk anda (dan kita semua) yang malas beribadah.

Sumber: Afaatun Ala Thariq oleh Dr. Sayyid Muhammad Nuh (dipetik daripada Majalah Jom: Isu 19).

  • Jauhkan diri daripada maksiat, besar / kecil (mampu gelapkan hati).
  • Istiqamah dalam amalan harian (seperti zikir, doa, istighfar, baca Quran).
  • Isi waktu-waktu yang afdhal dengan ketaatan. Terutamanya waktu subuh.
  • Menjauhi sikap berlebihan dalam agama. Bersederhana. (Allah cinta amalan yang berterusan walaupun sikit).
  • Bergabung dengan jemaah dan tak mengasingkan diri. Untuk elak berpecah belah.
  • Berkawan dengan orang soleh (yang buat kita mengingati Allah).
  • Selalu mengkaji sirah Nabi, sejarah islam dan biografi ulama. Belajar daripada itu.
  • Selalu hadir ke majlis ilmu. Kerana ilmu itu menghidupkan hati.
  • Hiburkan hati dengan perkara-perkara harus. Seperti bergurau, bercuti / melihat alam (untuk buang bosan & malas).
  • Sentiasa muhasabah diri. Kenal kelemahan, perbaiki dan bertaubat. Kita tak sempurna, adakalanya goyah dan lemah, maka perbaikilah amalan kita perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Insya-Allah kita boleh. Jangan mengalah untuk jadi lebih baik. Teruskan berusaha dan banyakkanlah berdoa.

Semoga kita terus menjadi istiqamah dan rajin untuk melakukan perkara-perkara baik. Insya-Allah.










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top