Mendengarkan Kingdom Hearts 3 akan memasuki pasaran Malaysia membuatkan saya tersenyum. Permainan Kingdom Hearts adalah antara permainan yang paling digemari satu-satunya adik saya, yang teristimewa; Hafiz. Selain daripada permainan ini, beliau juga menggemari permainan Lego (yang banyak siri itu), serta Dora and Friends, Mickey Mouse dan terkini beliau amat menyukai permainan RPG; G.I Joe.

Kingdom Heart Unchained yang dimainkan adaah format GBA, manakala Kingdom Hearts I pula adalah permainan PSPP dan Kingdom Hearts II format PCSX2. Jika beliau tidak bermain dengan game tangannya; PSP, kami akan bermainnya di komputer menggunakan Emulator. Selain banyak permainan demikian kami beli di kedai game, ada juga kami dapat melalui laman web Freeroms selain kadangkala dapat percuma melalui freebies laman web tertentu.


Oh ya, satu lagi permainan kegemaran Hafiz adalah cari barang (hidden object) terutama melalui laman web Big Fish dan Microsoft. Mak dan sayalah yang selalu bantu bermain sama, seronok!

Laman web bigfishgames.com
Hafiz, adik saya seorang insan istimewa; ADHD dan juga hyperaktif selain bermasalah pembelajaran. Dia tidak boleh fokus lama (tapi game boleh jugalah, bergantung pada keseronokan permainan tersebut) dan cepat lupa (jika anda ajar dia ABC, hari ni dia ingat sikit, esok lupa balik, tapi muka orang dia ingat tau, comel bukan?). Namun alhamdulillah, Hafiz boleh berjalan serta buat banyak aktiviti sendiri, juga dia lebih peramah berbanding saya (suka tegur orang). Malahan dia juga seorang penggemar lagu-lagu 90-an terutama lagu Zamani, AXL, duet Achik dan Nana (akak dialah ni kuat pengaruh). Paling utama, dia pandai main game! Dialah yang selalu berjenaka dan meriuhkan rumah menemankan kami. Bab agama pun bijak juga ni, cepat ingat jika kita selalu cerita atau dengarkan. Suka nasihatkan saya dengan gaya pelat dia. Bergaya dan melaram jangan cakaplah. Bagi ke dia. Hehe.

Dengan artikel ini, saya meraikan penambaikan terhadap E-Sport di negara ini. Kecemerlangan pemain kita di peringkat antarabangsa sebelum ini harus diteruskan dan diberi sokongan. Moga ramai lagi melihat keperluan sukan ini sebagai satu kebaikan. Keseimbangan dalam banyak hal harus diutamakan dan peluang harus terus diberi serta dimanfaatkan. Moga terus maju jaya semua!



Review Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck | Pertama sekali saya memohon maaf untuk yang belum membaca buku mahupun menonton filemnya, kerana ada spoiler melalui ulasan di bawah. Teruja dan rasa saya begitu banyak yang diperolehi melalui karya yang satu ini. Terima kasih untuk kesudian kalian membaca catatan saya ini. Buku yang saya baca adalah terbitan Gema Insani, cetakan 2017, saya beli melalui Jejak Tarbiah.

Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (TKVDW); sebuah novel fenomena karya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) yang mendahului zaman. Buya Hamka begitu berani melawan arus terbitan pada ketika itu. Menghasilkan karya romantis walaupun beliau dikenali sebagai ulama. Bahasa buku ini sangat mudah difahami dan begitu bersahaja. Novel ini bukan sahaja mengkritik adat (sistem matrilineal) yang terlalu dilebihkan serta manusia dibezakan akibat jurang ekonomi namun Buya Hamka juga penentang kahwin paksa. Baginya cinta itu terlalu murni. Seperti itulah watak Zainuddin, beliau tidak setuju jika manusia membelenggu sesama manusia. 

Sesi membalas surat dalam TKVDW adalah perkara yang paling memikat bagi saya. Buku ini bukan tentang menyalahkan sesiapa, namun lebih kepada tentang jiwa dan rasa orang muda yang bercinta di zaman adat sangat ditekankan. Hamka melalui buku ini percaya, cinta orang yang ingin menempuh perkahwinan tidak perlu dipaksa, kerana ia akan mematahkan kemekaran bunga kenang-kenangan buat zaman yang akan datang. Namun agama tetap perlu didahulukan. 

Buku ini juga ada memetik karya Alexander Dumas melalui buku Graaf de Monte Cristo, bagaimana jika cinta itu tidak berhasil menjadi perkahwinan, maka akan jadi persaudaraan yang kekal sampai tua menjunjung uban.

TKVDW mengisahkan Zainuddin, pemuda yang berdarah Minang dari ayah dan berdarah Bugis dari ibu ini sering dianggap asing walau di mana sahaja beliau berada.  Namun susah hati dan kepayahan dalam hidupnya diganti kenyamanan semenjak kehadiran cinta hati bernama Hayati. Mereka begitu saling berkasih dengan cara sendiri.

Watak Zainuddin sangat dekat dengan pembaca kerana kesederhanaannya mewakili orang biasa. Wujud rasa cinta dalam hati, melalui detik jatuh bangun dalam hidup malah pernah berada di luar kawalan diri. Namun kelebihan beliau menyelamatkan diri sendiri selain mempunyai sahabat yang luar biasa bernama Muluk.

Menariknya, dalam buku ini menunjukkan betapa sokongan / support system begitu memainkan penting dan peranan penting dalam watak-watak utama (di kalangan ahli keluarga / kawan) dan kita dapat lihat bagaimana Mamak dan Muluk yang sentiasa di sisi. 

Antara persoalan dan luahan Muluk yang mungkit terkesan:
"Hai Guru Muda! Mana pertahanan kehormatan yang ada pada tiap-tiap laki-laki?"
"Mana kegagahanmu Guru, rasa tangungjawab atas dirimu?"
"Mengapa dalam hal yang sepasal ini, Guru mundur dan kalah?"
Jika mahu baca ulasan lain novel Kapal Van Der Wijck, boleh baca di Goodreads
MENEMUKAN CINTA
Kisah manis mereka ini dimulakan dengan Zainuddin yang sanggup berbasah demi melindung seorang gadis daripada kehujanan. Namun beliau merendah hati merasakan itu cuma hal kecil. Bagi Hayati dan keluarganya, hal budi itu hal yang besar ertinya. Kemudian bermulalah rasa kasihan dan kekerapan Hayati bercerita tentang Zainuddin kepada sahabatnya Khadijah. Apabila Zainuddin bermula membalas surat Hayati dan dibalas kembali serta melalui beberapa pertemuan, hati mereka telah saling mengikat. Namun isi surat tetap sopan dan penuh beradat.

Zainuddin tetap rendah hati. Bagaimana dia yang sentiasa diuji sedih merasa hidupnya bercahaya setelah bertemu seorang sahabat. Dia jujur untuk berterus-terang siapa dirinya dan mula percayakan Hayati. 

"Tapi, saya tidak akan mengganggu adatmu, tak akan menyentuh kebesaran dan susunan rasam basi orang Minangkabau. Saya tahu dan insaf siapa saya. Saya kirimkan surat ini tidaklah minta dibalas, hanyalah semata-mata mengadukan hal."
"Cinta adalah iradah Tuhan, dikirimkannya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerusakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan, dan ketaaan kepada Ilahi." - Zainuddin.
ZAINUDDIN

Junot. Gambar: kapanlagi.com
“Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya.”

Ya, saya tahu benar quotes popular Zainuddin yang muncul kerana kecewa dengan keputusan Hayati selain daripada tidak menepati janji. Memang Hayati salah kerana memungkiri. Namun sebagai wanita pada zamannya (juga wanita zaman kini), Hayati berhak buat pilihan untuk dirinya dan masa depan. Malahan adat dan keluarga juga adalah keutamaan.  Cuma pilihan yang dibuat ketika itu diuji dengan keadaan yang dia sendiri tidak jangka. Siapalah kita hendak menolak takdir (cuma wataknya ketika itu masih boleh buat pilihan, namun yang dipilihnya bukanlah Zainuddin, jadi fahamlah kita kenapa Zainuddin begitu kecewa).  Bagi Zainuddin pula, dia perlu sabar dan tawakal jika permintaan tidak dikabulkan.

Kehilangan demi kehilangan
Beliau kehilangan ibu ayah semenjak kecil. Ayah Zainuddin begitu menyayanginya, "Hanya ada dua mengubati hati, Base. Pertama membaca Al-Quran di tengah malam. Kedua, membuaikan si Udin dengan nyanyian negeri sendiri, negeri Padang, Base."

Kemudian Mak angkatnya, Mak Base pula pergi.  Setelah itu, pinangan pula ditolak melalui surat Datuk Garang.

HAYATI
Beliau sebenarnya begitu pemalu dan awalnya penuh rasa ragu untuk menerima cinta Zainuddin (kerana adat). Walaupun kesungguhan, kejernihan hati dan perilaku Zainuddin begitu menambatnya (lihat sahaja isi surat  pertamanya kepada Zainuddin, beliau begitu terhutang budi kerana sebuah payung dan pengorbanan).

"Bukan begitu, Tuan Zainuddin. Bukan saya benci kepada Tuan kerana saya kenal budi baik Tuan. Saya merasa kasihan di atas segala penanggungan yang menimpa Pundak Tuan.  Tapi Tuan, sebuah yang saya takutkan, yaitu saya takut akan bercinta-cintaan." 

"... Saya ingat kekerasan adat di sini, saya ingat kecenderungan mata orang banyak, akan banyak halangannya jika kita bercinta-cintaan. Saya takut bahaya dan kesukaran yang akan kita temui jika jalan ini kita tempuh." - Hayati.

Mereka kemudiannya hanya memilih bersahabat. Namun melihatkan kesusahan hati yang ditanggung Zainuddin dan perasaan yang dialami Hayati sendiri, mereka kembali berhubungan walaupun terpaksa berjauhan.
"Cinta bukan melemahkan, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan. Berangkatlah! Dan biarlah Tuhan memberi perlindungan bagi kita."- Hayati
Cinta membuatkan mereka bertambah berani serta saling menyokong dan menguatkan. Dalam bab 9, jelas nampak kerinduan dan bertambah eratnya kasih sayang antara mereka berdua melalui surat yang dikirim walaupun jarak tinggal semakin menjauh. Lihat bagaimana dia berusaha bertemu muka dan mempertahankan Zainuddin ketika berbual / berjumpa dengan Khatijah.

"Pendapatmu tak betul, cinta tak bergantung kepada uang. Kalau dua orang yang bercinta dapat bertemu, kesenangan dan ketenteraman pikirannya, itulah uang, itulah dia kekayaan, lebih dari gelang mas, dokoh berlian, pakaian cukup. Itulah kesenangan yang tak lekang dek panas, tak lapuk di hujan." - Hayati.

PERPISAHAN
Bab yang paling mengecewakan, pastinya Bab 14 - Pengharapan Yang Putus. Bagaimana alasan Hayati yang menyatakan dia miskin, Zainuddin pula melarat (pastinya mereka berdua belum bersedia berumah tangga katanya - dan harus insaf bahawa perkahwinan mereka mustahil), maka dia telah membuat keputusan dan meminta agar Zainuddin segera melupakan dirinya dan mencari gadis lain.

Namun 'kekejaman' Hayati itu dijawab tenang melalui surat dan kita akan rasa kasihan dan bertambah hormat pada Zainuddin, "cuma saya doakan, moga-moga pergaulan dan penghidupan sahabat beruntung sampai akhirnya.." Tapi sepertimana kata Buya Hamka, itulah perempuan, dia kerap kali sampai membunuh orang dengan perbuatannya yang tiada tersengaja.


KHADIJAH
Khadijah adalah watak yang paling antagonis bagi saya. Beliau tidaklah jahat, seorang yang realistik, berniat baik dan berfikiran jauh sebenarnya. Namun apabila melibatkan cinta sahabatnya, beliau telah menjadi watak lawan kepada hubungan manis Zainuddin dan Hayati. 

"Engkau puji-puji kebaikan Zainuddin, saya memuji pula kebaikannya. Tetapi orang yang demikian, di zaman sebagai sekarang ini tak dapat dipakai. Kehidupan zaman sekarang berkehendak kepada uang dan harta cukup. Jika berniaga, perniagaannya maju, jika makan gaji, gajinya cukup. Cinta walaupun bagaimana sucinya, semua bergantung kepada uang."

Di bab 11, jelas nampak penonjolan pengaruh watak ini. Terutama suratnya di muka surat 108. Kata-katanya untuk seorang wanita keliru dan mudah ragu sepert Hayati, begitu memainkan peranan. Mungkin kerana latar belakangnya  serta  melibatkan perkara yang terkait saudaranya sendiri, kita akan dapati beliau agak mementingkan diri.

ADAT
Hal ini masih wujud sebenarnya pada zaman sekarang, namun bagaimana sebenarnya menghormati dan mengawal rasa diri juga mampu memperbaiki sesuatu. Antara kesilapan Zainuddin pada awalnya adalah tidak menghantar pinangan mengikut adat selain mungkin sedikit lambat bertindak. Namun berbanding ini, sikap egonya yang tidak memaafkan Hayati di kemuncak cerita lebih memakan diri.

Bacaan lain: Kenapa Zainuddin, Hayati dan Aziz Dipilih Sebagai Watak Oleh HAMKA?

MULUK

Randy Danistha / Randy Nidji sebagai Muluk
Dikelilingi manusia baik juga adalah rezeki. Walaupun sering diuji, Tuhan tidak pernah membiarkan Zainuddin sendiri. Dihantarnya Muluk dan Mamak sebagai ganti. Bayangkan kesetiaan dan kebaikan diri Muluk yang begitu membantu Zainuddin bangkit dan begitu berjaya.
"Di sini Guru menangis tersedu-sedu, meratap terisak-isak mengatakan Guru kehilangan nikmat, kehilangan permata; padahal di pihak lain perempuan itu dengan senyum gembira menyandarkan kepalanya ke atas pangkuan suaminya; tidak teringat lagi olehnya diri kita, dilupakan, dibuangkan, setelah dibuang diinjakkannya pula." - Muluk
Bacaan lainBang Muluk – Hero Yang Tidak Didendang

QUOTES / PETIKAN /KATA-KATA DALAM Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck 


Gambar: https://pts.com.my
"Cinta yang demikian namanya kekejaman, dia menganiaya bukan mengasihi mementingkan kesenangan seseorang. Dan itu bukan budi dan cinta, tetapi nafsu yang serendah-rendahnya. Bukan begitu jalan yang ditempuh budiman. Jika hatinya dikecewakan, dia selalu mencari usaha menunjukkan di hadapan perempuan itu, bahwa dia tidak mati lantaran dibunuhnya. Dia masih idup dan masih sanggup tegak." - Muluk
Muluk juga berkongsi:
Orang yang bercela dalam dunia ini ada tiga:
- Orang dengki yang selalu merasa sakit hati melihat orang diberi Allah nikmat.
- Orang yang tamak dan haloba, yang sentiasa merasa tidak cukup.
- Orang berdosa yang terlepas dari tangan hakim kerana mencuri atau pembunuhan kerana perkosaan anak bini orang.

Mereka begini, walaupun terlepas hukuman dunia, tidak akan merasa nikmat di hatinya.
"Engkau seorang laki-laki, Zainuddin. Sakitmu ini hari, bolehlah engkau obat besok dan lusa. Tetapi seorang perempuan... seorang perempuan mau binasa kalau menahan hati." - Engku.
"Sekarang kau menangis dan nanti kau akan insaf sendiri." - Mamak.
"Ketahuilah, bahwasanya orang yang akan menyukai kecantikanmu dalam dunia ini akan banyak bertemu. Orang yang menambah kemulianmu dengan harta bendanya bukan sedikit. Tetapi yang akan cinta kepadamu sebagai cintaku, sungguh engkau tak akan bertemu, percayalah perkataanku, percyaalah!" - Zainuddin

ZAINUDDIN BANGKIT
Lihat saja bagaimana kata-kata Muluk (dengan izin Tuhan) memberi sedar pada Zainuddin. Beliau yang memiliki jiwa pengarang, bangkit mengangkat potensi diri dan kemudian namanya mengharum sebagai orang berjaya dan disenangi. 

"Saya lihat Guru pandai mengarang. Banyak buku-buku terletak di atas meja Guru, banyak karangan-karangan dan hikaya-thikayat. Mengapa itu tidak Guru teruskan?" - Muluk
"...Kata orang ketika ditimpa hal-hal yang seperti inilah tebuk pikiran membuat karangan." - Muluk
Bagaimana Zainuddin menggunakan kelebihannya untuk merubah hidup. Kita mampu berjaya apabila melihat dan menghargai apa yang kita sedang ada dan elakkan terlalu mencari dan membanding dengan apa yang kita tiada. Zainuddin boleh, kita juga boleh.

KEMAAFAN / BERANI MENGAKU SALAH
Begitulah Hayati yang berani. Walaupun kesilapannya memakan diri, beliau sudah menerima ujian tersendiri. Namun membawa hati sekali dengan kapal TKVDW adalah lebih menyebalkan. Malahan Zainuddin juga sesal di penghujung cerita, tapi jika sesuatu itu ditakdirkan Tuhan demikian, siapalah kita dapat menolaknya.

Reza Rahadian sebagai Aziz dalam filem TKVDW
Aziz juga telah datang memohon maaf pada Zainuddin untuk hal-hal sudah (seperti dinyatakan pada bab 21). Malahan ketika Aziz dan Hayati susah, Zainuddin kembali membantu mereka tanpa berkira, dianggapnya sebagai saudara (kebetulan pula dirantau), wajib saling membela. Merasakan diri malang, telah menemukan kehancuran diri di akhir hayat Aziz. Malah Hayati dilepaskan melalui surat kepada Zainuddin. Walaupun Hayati telah insaf dan tahu peritnya Zainuddin ketika ditinggalkan serta rasa sayang Zainuddin yang tinggi tetap ingat padanya, namun Zainuddin tetap merajuk dan masih berdendam. 

TENGGELAM KAPAL 
Setelah Muluk menghantarkan Hayati pulang, kemudian tidak lama Zainuddin sedar kekhilafan dan amarahnya yang keterlaluan. Melalui surat terakhir Hayati, dia pun mahu berangkat. Namun apakan daya, cita-cita manusia tidak dapat melawan kehendak takdir. Kapal dinaiki Hayati tenggelam. Namun Hayati dan Zainuddin sempat berjumpa dan berbicara, cuma tidak mampu disatukan lagi. Begitulah takdir jodoh mereka berdua ini.

Kesimpulannya (pengajaran dari novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck) ini:
Kita semua berbeza mengikut cara masing-masing dan boleh berubah mengikut keadaan. Walaupun kadangkala cinta tidak semestinya bersatu namun cinta mampu menemukan diri kita sendiri. Di akhirnya Tuhan yang sentiasa ada untuk kita. Bersederhanalah dan jadilah pemaaf (elakkan berdendam), serta melangkahlah dengan kudrat sendiri.


Tertarik saya dengan rancangan kembara buku terbitan Jejak Tarbiah bertajuk Menjejak Hamka di Astro Oasis lalu. Bukan saja 'membedah' buku, pengacaranya yang juga pelakon; Zahiril Adzim pergi ke lokasi yang ada dalam beberapa buku Hamka di Indonesia dan juga menemui orang yang kenal dan tahu siapa itu Hamka. Terima kasih buat semua yang sudi berkongsi ilmu. 



Lain-lain pautan:
- https://www.imdb.com/title/tt3418604/



Melalui Majalah al-Ustaz, edisi 54, ruangan Inspirasi, Ustaz Muhammad Muizzuddin Zaini berkongsi tentang Inspirasi buat Anak Muda.
  • Dua senior
Gelaran Syaikhan (dua orang tua atau senior) dalam kalangan para sahabat merujuk kepada Abu Bakar dan Umar. Pun begitu, mereka sebenarnya masuk Islam masing-masing pada umur 38 dan 37 tahun.
  • Amin al-Ummah
Abu Ubaidah bin Al-Jarrah. Rasulullah menggelarkannya orang kepercayaan umat (Amin al-ummah). Beliau mengambil baton memimpin tentera daripada Khalid al-Walid atas perintah Umar dan banyak lagi. Beliau juga salah seorang yang dijamin syurga.
  • Tiga anak muda
Tiga orang anak muda yang diutuskan oleh Rasulullah ke Madinah untuk mengajar, memandu dan mendidik penduduk di sana sebelum hijrah Nabi; As'ad bin Zurarah, Sa'ad bin Mu'az dan Mus'ab bin Umair. Mereka semua belum mencecah usia 30-an.
  • Muda Remaja
Muaz bin Jabal ikut hadir dalam Perjanjian Aqabah ketika beliau masih muda remaja. Kemudian bersama Rasulullah dalam Perang Badar ketika berumur 20 atau 21 tahun.
  • Pimpin rombongan
Mus'ab bin Umair, ditemani As'ad bin Zurarah memimpin 70 orang suku Aus dan Khazraj keluar dari Madinah menuju ke Makkah untuk bertemu Rasulullah sehingga termeterainya perjanjian Aqabah kedua.
  • Wanita Paling Faqih
Aisyah binti Abu Bakar, digelar al-Siddiqah bintu Siddiq. Umum mengetahui usianya yang muda ketika dikahwini Rasulullah. Beliau juga seorang yang sangat cerdas sehingga Imam al-Zahabi menyebutkannya sebagai wanita yang paling faqih. Beliau banyak sekali meriwayatkan hadis Rasulullah, kata a-Zahabi sehingga mencapai 2,210 hadis.
  • Separuhnya Anak Muda
Separuhnya daripada generasi awal Ansar yang berbaiah dalam Perjanjian Aqabah adalah anak-anak muda.
  • Yang punya pengikat dua pinggang
Asma' binti Abu Bakar. Beliau memainkan peranan membantu proses hijrah Rasulullah. Antaranya beliau membawakan bekalan makanan dan minuman kepada Rasulullah dan ayahandanya menggunakan pengikat pinggangnya yang dikoyak dua.

Lalu beliau mendapat gelaran Dzat al-Nithaqain (yang mempunyai dua pengikat pinggang). Ketika itu umurnya dianggarkan baru belasan tahun.
  • Dijamin Syurga
Daripada 10 orang sahabat yang dijamin syurga,lima orang daripadanya berumur antara belasan tahun hingga sekitar 20-an.
  • Komited
Zubair bin Al-'Awwam, salah seorang yang dijamin syurga. Masuk Islam ketika berumur 16 tahun. Langsung tidak pernah tertinggal perang bersama Rasulullah.


Semoga kita dapat memperoleh inspirasi melalui anak-anak muda yang berjasa membantu Rasulullah mengubah dunia ini. Insya-Allah.


Ramai merasa teruja terutama apabila Whatsapp telah mempunyai feature baru iaitu sticker, seperti telegram. Jadi antara persoalannya bagaimana nak buat whatsapp gambar muka kita sendiri dan hantar pada orang lain?

Pertama sekali, kena upgrade / update Whatsapp kepada versi terkini. Baru boleh menerima dan hantar sticker kepada rakan.

Cara hantar sticker.

Cara download / guna sticker sedia ada.
Namun jika mahu sticker gambar sendiri:
Kena ada aplikasi edit gambar. Pastikan anda memuat turun dua aplikasi ini; Background Eraser dan Personal Stickers for WhatsApp.

Untuk apa? Sebab sticker whatsapp nak gambar yang tiada background. Benda ni mudah, sebab ada aplikasi yang memudahkan. Klik-klik, hilang background. Contohnya Background Eraser.

Ingat simpan di mana. Edit banyak sikit gambar kita nak, paling kurang 3.

Cara guna Background Eraser.
Kemudian, lepas ada gambar pastilah kita nak bawa ke whatsapp-kan? Haa. Ini pula kena download melalui aplikasi Personal Sticker Whatsapp. Berikut adalah cara guna gambar tadi.

Cara ambil gambar dan muat turun jadikan sticker

Haa. Sekarang dan boleh hantar kepada kawan. Kalau yang kawan punya pula, kita cuma klik bintang / fav, nanti boleh kita pula boleh guna dan resend semula. Menarik bukan? Sekian terima kasih.

Untuk lebih jelas ada video seumpamanya saya jumpa di youtube:


Rasa tak faham boleh rujuk sini: Cara Buat Pelekat Wajah Anda Sendiri Di WhatsApp

- Rasa nak cari cara lain, yang mungkin lebih cepat (satu aplikasi sahaja, Sticker Studio): Bagaimana Menghasilkan WhatsApp Stickers Anda Sendiri Dengan Mudah?
- Cara lain (2): WhatsApp Stickers for Android, iOS: How to create your own, add favourites and more/ (guna aplikasi Sticker maker for WhatsApp)
- Cara lain 3 : Create and Add Custom Stickers on WhatsApp (melibatkan aplikasi Personal Stickers for WhatsApp, ES File Explorer)

Nak tahu lanjut bab sticker ini, sini - 10 Things to Know About WhatsApp Stickers

Ciri-ciri sticker:
  • Latar belakang gambar mesti transparent
  • Ukuran sticker 512×512 pixels. 
  • Saiz mesti kurang daripada 100 KB.


Najwa Latif yang kini sedang menyambung pelajaran dan dalam masa yang sama bergelar pensyarah muncul dengan lagu baru berjudul Jauh. Masih mengekalkan gandingan ciptaan bersama kakaknya Ika Latif. 

Lirik lagu Jauh - Najwa Latif

Kau janji tuk sentiasa di sisi,
Kau janji tuk temaniku sampai mati,
Walau jauh ku berlari,
Walau jauh ku mencari,
Erti hidup ini..

Ku tahu ku bukan terbaik tuk dirimu,
Dan mungkin ku tahu kau tahu itu,
Namun kau tetap di hati,
Walau jauh kau berlari,
Tinggal ku sendiri..

Chorus*
Walau jauh kau berlari,
Meninggalkan mimpi mimpi,
Aku kan tetap disini,
Walau kau jauh..
Jauh..

Ulang chorus 2x

Mungkin ini yang terbaik untuk kita,
Walaupun tidak bersama,
Ku kan sentiasa,
Mendoakanmu bahagia,
Menggapai segala cita,
Yang pernah milik kita.


Najwa Latif Media Social
Facebook: https://www.facebook.com/OfficialNajwaLatif/
Twitter: http://www.twitter.com/njwalatif
Instagram: http://www.instagram.com/njwalatif


Lirik lagu Dia - Anji | Erdian Aji Prihartanto, lebih dikenali dengan nama Anji atau Manji (lahir di Jakarta, Indonesia pada 5 Oktober 1978) adalah penyanyi yang berasal dari Indonesia. Lagu Dia ini terbit pada tahun 2016. Namun kebelakangan ini baru kelihatan begitu banyak dinyanyikan semula (cover) oleh pendengar di Malaysia.


Lirik lagu Anji - Dia

ANJI – “Dia”

Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu
Aku yang pernah terluka kembali mengenal cinta
Hati ini kembali temukan senyum yang hilang
Semua itu karena dia

Reff:
Oh Tuhan, kucinta dia
Kusayang dia, kurindu dia, inginkan dia
Utuhkanlah rasa cinta dihatiku
Hanya padanya, untuk dia...

Jauh waktu berjalan, kita lalui bersama
Betapa di setiap hari kujatuh cinta padanya
Dicintai oleh dia kumerasa sempurna
Semua itu karena dia

Reff:
Oh Tuhan, kucinta dia
Kusayang dia, kurindu dia, inginkan dia
Utuhkanlah rasa cinta dihatiku
Hanya padanya, untuk dia...


Instagram Anji: @duniamanji



Lirik Kau Takkan Tahu - Zizan Razak | Zizan Razak yang juga artis komedi popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31, kembali dengan lagu baru yang berentak rancak (dan ada unsur hip hop juga) setelah pernah muncul dengan beberapa single serta pernah berkolaborasi dengan beberapa artis popular seperti Kaka Azraff dan Sona One.

Lirik Kau Takkan Tahu - Zizan Razak

VERSE 1
Ku selesa sudah berpunya
Dia juga berteman dan khabarnya bahagia
Urusan aku dengannya 8 ke 5 saja
Tidak pernah lebih walau kerja lebih masa

Tidak pernah lebih walau kerja lebih masa
Biar suku hari berbualkan kisah masa
Biarpun kudapan berhadapan dan semeja
Batas sudah jelas tak perlu jelas berjela

Tapi yang berlaku itu ku kurang mengerti
Pandangan berubah merenungnya saban hari
Mungkin ini kisah rasa atau soal hati
Bukan kurang peka perasaan si menanti

Bukan kurang peka perasaan si menanti
Sedar nya setia tika pulang petang nanti
Jangan pernah runsing selagi tidak berlaku
Ku tidak akan runsing... Cuma...

CHORUS 2X
Sayang kau takkan tahu
Apa yang berlaku
Simpan alasanmu
Kau takkan tahu

VERSE 2
Kalau ku membanting tulang
Kalau ku menjaga kata
Dan kalau ku lebihkan masa
Dan kalaulah kau begitu juga

Masalah yang tidak dibincang
Di angkasa tapi tiada bintang
Dan hadiah tak semua disimpan
Ku setia tak perlu diiklan

Mungkin bukan masa yang kau perlu
Mungkin aku saja yang kau perlu
Boleh diatasi satu-satu
Ku hampir mula, tunggu aku, cuma...

CHORUS 2X

BRIDGE
Jasad hadir tapi hati tak begitu
Firasat akhir bukan ku yang di situ
untuk kamu aku bukan lagi ratu
Tak cukup sempurna malah buang waktu
Dirundung sepi ku di hurung murung
Cinta agung lepas dari junjung
Ku usung hiba, kelam, mendung
Namun kau hanya membiar..biar..biar

VERSE 3
Kadang aku tertanya
Salah-salah kita ada di mana
Bagaimana harus ini berakhir?
Banyak yang terpendam dari yang terzahir

Nanti dulu sayang, sebentar wahai sayang
Mungkin seperkara dua kuterlepas pandang
Ku masih lagi sayang, kau nyawa ku sayang
Biar ku jelaskan salah faham yang kau bayang

CHORUS 2X

*****

- Instagram Zizan Razak: @zizanrazak869




Lirik Lagu Paku - Ara Johari | Selepas popular dengan lagu Warkah Untukku dan Bunga, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, tampil dengan lagu baru yang bergenre berbeza sedikit berjudul Paku. Lagu rancak yang permulaannya kedengaran sedikit seperti lagu animasi Jepun ini  (sangat menarik bagi saya) juga melibatkan Ara sebagai antara penulis liriknya di samping Shasha K. Lagu dicipta pula oleh Kadok / Tukang Musik.

Menurut portal gempak, katanya lagu Paku ini adalah perihal jejaka yang sanggup menunggu bertahun lama dan tetap berusaha untuk menambat hati wanita yang diingininya. Berkat doa dan kesabaran, akhirnya jejaka dan wanita pilihannya itu bersatu dan membina mahligai bersama. Jom kita dengarkan!

ARTIS : Ara Johari
TAJUK : Paku
KOMPOSER : Kadok / Tukang Musik
LIRIK : Ara Johari / Shasha K

Lirik Lagu Paku - Ara Johari 

Sudah Lama
Ku disini menantimu
Namun engkau
Tidak pernah memandangku

Hati ini
Tak mungkin akan menyerah
Tuk dapatkan
Tuk hanya memilikimu

Pandangan matamu
Membuatku terjatuh (Ohhh Jatuh)
Tersungkur
Di dalam hatimu

#CHORUS
Ku terpaku
Ku kaku di depanmu
Degup kencang, fikiran melayang
Sudah terkena
Panahan rasa cinta

Tapi tidak lupa
Pada Yang Satu
Bersujud, Meminta
Kepada-Mu
Bina mahligai
Di dunia Di syurga

Hati ini
Tak mungkin akan menyerah
Tuk dapatkan
Tuk hanya memilikimu

Pandangan matamu
Membuatkuku terjatuh (Ohhh Jatuh)
Tersungkur
Di dalam hatimu

#REPEAT CHORUS


Kuterpaku
Kukaku Didepanmu
Degup kencang, fikiran melayang
Sudah terkena
Panahan rasa cinta

Tapi tidak lupa
Pada Yang Satu
Bersujud, Meminta
Kepada-Mu
Bina mahligai
Di dunia Di syurga


#ULANG CHORUS…


SUDAH TERKENA CINTA ( X2)




Filem Polis Evo 2 muncul kembali memeriahkan industri filem Malaysia. Ini antara lagu tema filem tersebut; Sang Saka Biru. 

Title : Sang Saka Biru
Artist : Joe Flizzow, Altimet, SonaOne and Alif
Composer : Alif and SonaOne
Lyricist : Joe Flizzow, Altimet and Alif
Producer : Alif and SonaOne

Lirik Lagu Sang Saka Biru [OST Polis Evo 2] - Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Alif 

Chorus
Kalau ku diseru
Pasti datang
Sang Saka Biru
Kami akan menang

Hook 2X
Mana boleh berserah?
Mana boleh mengalah?

Altimet’s Verse
Uhhh kerah semua unit
Rendezvous bertemu di markas sulit
Kita senangkan semua kes rumit
Bukak fail baru yang dah tutup tak yah nak ungkit
Aman kami mengalir dari atas bukit
Hati sama merah jangan tengok warna kulit
Kalau baru nak insaf sorry bruh it is too late
Budak nakal baru nak nangis lepas kena cubit
Kami sebab anak bangsa tidur nyenyak
Tidur kami pula tak lena tak kerap
Garuda gerak senyap harimau jalan tegak
Tiap hari semua keluar berentap
Nak buat onar jangan malu jangan sipu
Simpang jalan ada kanan kiri jangan keliru
Masuk bilik itu mana ade pintu
Setahun sekali jamah lemang bersama yang dirindu

Pre Chorus
Ada yang kita simpan
Ada yang kita lepas
Ku menuju ke depan
Menuju derngan lekas
Bertenang,

Chorus
Kalau ku diseru
Pasti datang
Sang Saka Biru
Kami akan menang

Hook 2X
Mana boleh berserah?
Mana boleh mengalah?

Joe’s Verse
Musuh dalam selimut selak kain mereka hilang
Waktu mereka singkat setiap detik mereka pinjam
Sinar lampu biru buat masa depan hitam
Kejar-kejar tekan minyak macam lumba dekat litar
Sepintar-pintar mana pun tupai yang melompat
Kan jatuh ke tanah jua lambat atau cepat
Sepandai ikan berenang masuk bubu kan tersekat
Dulu otak cair sekarang semua jadi pekat
We setting it of aku mulakan dengan zoom
dalam sniperscope
Finger on the trigger tarik lembut target muncul dekat crosshair itu
Untuk ibu pertiwi semuanya ku buat untuk negaraku
Semboyan telah berbunyi akan ku maju ke mana arah pun
A S A P undercover dengar lagu dalam Maybach
Laid back gaya kaya boss di tingkat paling apex
Di Thailand ku di Thonglor London carik ku di mayfair
Merata di bumi yang dulu mereka kata leper

Pre Chorus
Ada yang kita simpan
Ada yang kita lepas
Ku menuju ke depan
Menuju derngan lekas
Bertenang,

Chorus
Kalau ku diseru
Pasti datang
Sang Saka Biru
Kami akan menang


Hook 4X
Mana boleh berserah?
Mana boleh mengalah?

___



Lagu Nisan Cinta ciptaan Ezra Kong, Hael Husaini & Mike Chan ini telah menjadi lagu tema drama bersiri Dendam Aurora pada tahun 2017. Alhamdulillah, pada penghujung 2018, lagu nyanyian Siti Nordiana & Jaclyn Victor ini berjaya melangkah ke pertandingan Anugerah Juara Lagu 33. Tahniah diucapkan, semoga berjaya!
Untuk mendengar di semua platform media sosial: https://wmm.lnk.to/nisancinta

Lirik Lagu Nisan Cinta - Siti Nordiana & Jaclyn Victor


VERSE 1
Terdengar guruh petanda
Mungkin badai melanda
Sambut tangan kubersama
Kita harunginya

Tanah seakan bergegar
Detikku bersamanya
Pejam sampaikan tersedar
Semuakan reda

PRECHO
Sumpahku kepada kamu

CHORUS
Tak terhapus jejakku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
terwujudnya nisan cinta

VERSE 2
Hati seakan berkata
Pergi kau bersamanya
Pejam sampai kau tersedar
Semuakan reda

BRIDGE
Takdir tertulis segala
Janji kitakan bersama
Jadikan ia selamanya
Cinta kita

POST CHORUS
Aa aa aa aa cinta kita
Aa aa aa aa selamanya
Tersemadi cinta kita bersama
terwujudnya nisan cinta


Instagram Siti Nordiana: https://www.instagram.com/sitinordiana/



Melalui Majalah al-Ustaz, edisi 54, Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman berkongsi tentang keistimewaan Surah Ibrahim melalui slot Explorasi Ibrah.

Kelebihan Surah Ibrahim

- Pengenalan surah Makkiyyah
Surah ini memperkenalkan surah Makiyyah yang memenuhi hampir dua pertiga al-Quran. Melalui surah ke-14 ini, kita akan lihat kedegilan paling ekstrem Musyrikin Quraisy sekitar tahun ke-10 kenabian ketika surah ini diturunkan. Surah Makiyyah dirumuskan kepada 3 agenda utama:
  • Kembali menyembah Allah dan menjauhi syirik.
  • Kembali mengikut para Rasul dan jangan cipta 'agama' sendiri.
  • Percaya pada hari akhirat dengan merenung kejadian alam.
- Rumusan agenda perjuangan & dakwah Nabi Musa
Surah ini merumuskan lebih 20 hingga 30 tahun agenda perjuangan Nabi Musa menentang Firaun dan agenda mendidik Bani Israel dari detik kembali ke Mesir hingga sebelum kewafatannya.

Ayat 5 hingga 8 tahun merumuskan kesabaran baginda mendidik Bani Israel agar sentiasa bersyukur kepada Allah, berhenti mengeluh, dan meminta yang bukan-bukan ketika Allah menghadiahi pelbagai kelebihan melalui tongkat Musa.

Surah ini merakamkan pesan Musa kepada Bani Israel agar menghargai anugerah 'hari-hari Allah' iaitu, hari mereka diberikan kemenangan ke atas rejim Firaun di Laut Merah. Juga hari mereka berjanji kepada Allah untuk tidak kembali mengulangi tragedi menyembah berhala Samiri. Namun sikap kufur Bani Israel menjadi asbab Ibrahim diilhamkan Allah agar 'meletakkan benih' baginda di Tanah Suci Makkah dan bukan lagi di Palestin. Kebetulan, babak Ibrahim itu dirakamkan di penghujung surah ini selepas permulaanya mengenai karenah Bani Israel.

- Rumusan agenda perjuangan para rasul
Surah yang merumuskan agenda perjuangan 313 orang rasul. Bersesuaian dengan nama surah, membabitkan seorang 'ayah' kepada majoriti para Rasul iaitu Bani Israel. Lebih menarik, Allah merakamkan semula 'suara' para rasul berkenaan dengan satu suara sahaja. Bahasa Arab dipilih Allah sebagai bahasa terbaik untuk meringkaskan dengan tepat dan padat kesemua bahasa di dunia sejak zaman manusia pertama di atas muka bumi ini. Ayat 9-15 dipilih menjadi pedoman penting untuk mendalami ilmu sejarah perjalanan dunia.

- Definisi kafir
Surah yang mendefinisikan siapa itu Kafir. Kita mungkin ekstrem jika menganggap yang bukan Muslim itu kafir. Perhatikan ayat ke-3 surah ini, surah ini menegaskan betapa kafir adalah istilah khusus diberikan Allah kepada mereka yang bukan sudah tenggelam dalam arus keduniaan, bahkan mengganggu hak orang lain mendengar penjelasan tentang Islam. Mereka berusaha sedaya upaya menghalang dengan apa jua cara agar orang lain menjauhi Islam.

- Rakaman ucapan Iblis di Mahsyar
Surah yang merakamkan ucapan Iblis paling panjang di Mahsyar. Rumusan konspirasi yang dibuat untuk manusia selama ini. Kita akan dapati banyak ucapan iblis dalam al-Quran khususnya ketika tidak sujud kepada Adam. Namun pada ayat ke-22 surah ini merakamkan ucapannya yang mengecewakan kaum kafir yang sedang meraba-raba mencari 'syafaat' di sana-sini.

- Gambaran Mahsyar dan neraka yang menggerunkan
Surah yang akan menimbulkan kegerunan kepada ayat yang sering kita lafazkan dalam solat,
"مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ", kerana terlalu banyak ayat-ayat memperincikan panorama menggerunkan di Mahsyar dan neraka. Contohnya pada ayat ke-17.


- Didikan tauhidic worldview
Surah ini mengandungi sudut pandang tauhid khususnya buat mereka yang mengerti kalimah itu dalam bahasa arab. Misalnya pada ayat 1, ia akan mengubah cara kita memandang 'cahaya dan kegelapan'. Serta banyak lagi.

- Doa Nabi Ibrahim
Surah ini mengandungi doa yang dimustajabkan Allah agar dianugerahkan anak-anak yang soleh dan memelihara solat.

Gambar: https://ayat2hafalanku.wordpress.com
Surah ini tidak membentangkan perjuangan Nabi Ibrahim yang dirakamkan dalam pelbagai surah. Ia hanya satu babak kedatangannya kali ketiga ke Tanah Suci Makkah selepas peristiwa pengorbanan anakandanya Ismail dan selepas dikurniakan anak Ishak di Palestin.

Kajilah tujuh ayat doa baginda Ibrahim yang dirakamkan sebagai doa baginda paling panjang dalam al-Quran yang menjadi sebab Allah menamakan surah ini dengan nama baginda.

Surah ini mengajar kita untuk sentiasa bersyukur, tidak kufur dan jangan lalai sehingga mengabdikan diri kepada 'berhala-berhala' materialistik moden tanpa disedari.

Rujukan lain:
http://www.surah.my/14
http://www.ibnukatsironline.com


Aida Azlin | Kadangkala doa dimakbulkan dengan cara yang tak disangka-sangka. Saya ingat lagi beberapa tahun lalu semasa melayari internet, saya terjumpa beberapa quotes bergambar. Apa yang menarik perhatian saya, gambar itu tidak ada gambar produk, semata tulisan (maksudnya jelas tujuan utama gambar itu mahu sebarkan kata-kata positif berbanding sekadar berniaga - cuma ada nama label). Untuk 'zaman' itu, bagi saya ia kaedah yang menarik dan 'sangat bertanggungjawab'. Namun saya tidak terjumpa pula siapa yang mula-mula post di tumblr ketika itu (atau saya saja tidak benar-benar mencarinya). Bertahun berlalu, saya pun tak ingat dah. Satu hari ada kawan facebook yang berkongsi satu video, wanita dalam video itu ada menyebut satu nama, dan terus saya teringat semula!

"Oh! Dialah orang di sebalik The Shawl Label (label dalam quotes bergambar tu)!" Terjawab sudah. Dan begitulah bermulanya saya menonton video-video Aida Azlin yang seterusnya. Kemudian baru saya subscribe Tuesday Love Letter beliau.

Siapa Aida Azlin ini sebenarnya? 


Aida Azlin, seorang muslimah, penulis dan usahawan wanita yang berasal dari Singapura serta lahir pada 13 Oktober 1987. Aida mahu mendedikasikan perkongsiannya (video, penulisan malahan aktivitinya) untuk wanita terutamanya agar lebih kuat, positif dan menjadi manusia yang lebih baik dan bermanfaat.

Pendidikan dan perkahwinan Aida Azlin

Beliau merupakan lulusan Nanyang Technological University's School of Art, Design and Media di Singapura.  Pernah bekerja untuk Cinematheque Maghribi Tanger. Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Karim Boubker (seorang British-Moroccan) dan kini mereka menetap di Tangier. Dalam perniagaan pula, beliau mempunyai syarikat The Shawl Label dan telah dijenamakan semula sebagai Aida Azlin.

Aida with her husband; Karim Boubker. (Gambar: aidaazlin.tumblr.com)
"In every disagreement, there is no winner nor loser. You're united in everything, so you will either win together or lose together. Marriage is hard work but its the kind of work that if we do sincerely, gets us to Jannah." - Aida Azlin

Sedikit trivia mengenai Aida Azlin (diperolehi menerusi beberapa videonya):
  • Namanya cuma Aida, manakala Azlin ialah nama ayahnya.
  • Ada 4 orang adik-beradik.
  • Bernikah pada 19 Januari 2013 dengan Karim Boubker yang berasal dari Maghribi.
  • Berumur 31 tahun pada 2018.
  • Surah kegemaran Aida adalah surah Taha.
  • Aida suka membaca buku biografi, self-development, islamic book dan terkini dia mula meminati buku puisi. 
  • Bagi Aida, perkara paling membanggakan adalah jika dapat menggembirakan dan membanggakan mak ayahnya.
  • Seorang penggemar sushi.
  • Tidak suka kopi.
  • Sangat menyukai kentang.
  • Seorang yang sangat suka mengemas.
  • Jika bukan dia yang hari ini, Aida Azlin mungkin seorang interior designer.
  • Mendengar muzik atau qasidah secara berulang dapat membantu dan memudahkannya menulis.
  • Perlu ada masa sendiri (me time), baginya ia perlu untuk terus menguatkan serta memperbaiki hubungannya dengan Tuhan. Jika hubungan dengan Allah baik, insya-Allah hubungan dengan manusia juga akan baik.
  • "Tamak doa". Dia suka minta agar orang lain sudi mendoakannya. Aida percaya banyak nikmat yang dia perolehi hari ini adalah kesan daripada doa-doa orang di sekelilingnya yang dimakbulkan Tuhan.
  • Antara impian terbesarnya adalah mahu membina cafe untuk wanita di Tangier (tempat beliau tinggal), yang mana di situ mereka bukan sahaja tidak akan dinilai melalui pakaian, malah ada ruang khas untuk workshop / open sessions serta perpustakaan.
  • Aida juga suka membelikan hadiah dan buat surprise (juga mengimpikan mewujudkan "The Gift Fairy").
  • Seorang yang tidak menyukai cerita seram. Namun baru-baru ini beliau mencabar diri untuk ke pawagam, menonton filem Munafik 2.
  • Namun perkara yang paling ditakutinya adalah jika amalannya selama ini sia-sia / tidak diterima Allah (rujuk surah al-Kahfi ayat 104).
"Sayyidina Aishah RA taught me that no matter who your husband is, no matter who your parents are, no matter who you think you have as your support system, you should only still turn completely, and absolutely to Allah SWT only." - Aida Azlin

Apabila ditanya bagaimana untuk sentiasa positif?

Katanya, dia sama macam orang lain juga. Ada juga melalui situasi dan hari yang sukar. Cuma baginya cara menerima sesuatu yang membezakan. Kegembiraan adalah pilihan. Semua perkara yang dilalui dalam hidup, Aida anggap ia sebagai rahmat. Manakala kegagalan baginya adalah satu proses pembelajaran.

“We can either make ourselves happy and have a positive mindset. Or we can make ourselves miserable and hang on to a negative mindset. Whichever you choose, the amount of work is the same.”
“Being positive does not automatically means you don't have no problems but being positive is how you react to those problems and not letting that problem or difficult situation create a setback in your life.”
"Everything is still the same. But the only thing that has changed is my perspective."

Pendapatnya apabila ada orang ingin berada ditempatnya:

"Everyone struggles, everyone has problems, no matter how perfect someone's life see to be and how good or calm or inspiring someone seem to be, he/ she has his / her flaw. Moving forward. --- I'm just like you."


Jika ditanya tentang persaingan, ini jawapan Aida:

"I don't believe in the concept of competition. I believe in the concept of collaboration."


Bagaimana pula tips menulis daripada Aida Azlin?

Melalui tumblr, Aida berkata:
"I think what helps is to just start. There is no specific way or a written rule to follow when it comes to writing. Dedicate an hour of silence, just be with your thoughts, and start. In time, you will soon find your own style and method that works, God willing!" -- Ya, yang penting mulakan! Baginya dia konsisten sebab dia PERLU konsisten.



Daripada "The Shawl Label" kepada "Aida Azlin"

Dari awal lagi, Aida memang mahukan The Shawl Label (TSL) bukan sekadar label shawl untuk wanita berhijab, namun lebih kepada sebuah komuniti wanita yang dapat menyokong satu sama lain.

Setelah 3 tahun, pada 13 Oktober 2017 Aida Azlin nekad untuk menjadikan TSL sebagai "Aida Azlin" sepenuhnya, namun bagi mereka (TSL dan team) perlu berani membuat satu perubahan dalam melangkah lebih jauh.

Walaupun asalnya mereka adalah syarikat dalam talian (yang direka untuk Modern Muslimah in mind), namun mereka juga aktif membuat pelbagai aktiviti (seperti bengkel atau tea parties). Tujuannya adalah untuk memperkuat Sisterhood dalam menangani isu-isu utama / topik-topik yang berkaitan dengan wanita dalam komuniti (agar lebih berpengetahuan, berkemahiran dan dapat menghargai diri sendiri).  

Inspirasi Aida Azlin

"Everybody!" - Bagi Aida semua orang ada kekuatan dan keunikan tersendiri. Dia banyak belajar daripada orang sekeliling dan melihat kebaikan melalui mereka. Namun jika menyebut beberapa nama, inspirasinya adalah Khadijah RA, Nabi Muhammad SAW. Selain daripada suaminya sendiri, ahli keluarganya serta keluarga mentua. Bagi Aida, mereka betul-betul menginspirasikan.

Motivasi Aida Azlin

Dia memotivasikan diri dengan merasakan semua di dunia hanya hadiah dan pinjaman. Bila-bila boleh diambil semula. Beliau juga menjadikan kematian sebagai motivasi. Baginya dia mahu segala yang dilakukan di dunia ini bermanfaat.

Sumber gambar: theshawllabel.tumblr.com

Antara Aida Azin Quotes:
  • "This is life right? You didn't really know what's gonna happen in future but you just have to give it your best shot."
  • "I always try to remind myself, running a business is not just transaction based.  It's not just "I sell a product", "I take your money" and that's it. It's about building relationship, it's about serving your community, and as responsible entrepreneurs we have to always keep asking ourselves, "How do I make the lives of these sisters that I serve better?"
  • "If you are currently going through a 'rainy' episode in your life, then know that Allah is diverting you towards something that is better. Insya-Allah. We just have to trust Him.
  • "There's always two sides of every story."
  • "If you want people accept and love you, you just be unflinchingly and unabashedly yourself --- just work on being your best self ever."
  • "Set boundaries and don't be afraid to say "NO".
  • "If we stress to much about the little things, the big things or the important lessons no matter how obvious will just fade into the background."
  • "We are all blessed with different things."
  • "Perfections only happens in jannah."
  • "We just gotta do the work. Let Allah handle the rest."
  • "Never ever judge people, or what they do because you might just be doing the very same thing that you once mocked / laughed about."
  • "That sometimes even if the end product isn't a good as we hope it would be, there is much joy that can be found in the process."
  • 'There's no shortcut to healing you. The only way to deal with the pain is just ride it out, and give it time because the truth is, there's no quick sure fine way to stop the pain immediately and completely. -- You just have to move forward. Please help yourself to heal."
  • "It made me feel small, because I'm nobody compared to the mountains. Allah is everywhere in our lives, He is present in every single moment of our everyday."
  • "Allah is everywhere with us. He is always trying to give us signing and clues that He's here with us."
  • "Love is anything seen by the eye, and desired by the heart. Real love is the love of Allah. If Allah loves you and you love Allah, you have everything." - Habibo Amine.
  • "Stop doubting yourself. Allah chose you for a reason. Just do everything for His sake and work hard. Insya-Allah everything will be fine."
  • "If you are going through something in your life right now, that doesn't really make sense or you think it's bad - Just trust Allah - that He knows what He's doing with your life. That He is doing all of this, to protect you."
  • "Allah is truly rewards those who works hard."
  • "The person you love most, will disappoint you. Choose love and let Allah deal with them."
  • "By remembering Allah. By being grateful. By reminding myself that, as long as Allah is pleased with me, I am happy. Nothing else matters. Nothing."
  • "Please take time to give credit to yourself. And realize that you are strong and brave. So whatever the future holds, whatever it is that you are worried about, you can overcome your past struggles, or your past worries. You are gonna be OK."

Tuesday Love Letters (Versi E-mel)

Setiap hari Selasa, insya-Allah, Aida akan menghantar nota 'kasih sayang' serta refleksi, pemikiran dan pendapatnya melalui e-mel terus kepada pembaca (dan beliau tidak berkongsi ini di tempat lain,ya! Eksklusif). 
Cara subscribe / mendapatkan Tuesday Love Letter Aida Azlin, boleh beri e-mel anda di https://www.aidaazlin.com/.
E-mel itu nanti banyak menulis mengenai pendapat dan cerita yang dekat dengan pembaca, dengan harapan dapat memberi inspirasi, serta mendorong dan memberi motivasi kepada pembaca.

Melalui  Tuesday Love Letters, Aida mahu membina sisterhood untuk menyokong satu sama lain. 
"I don’t call them newsletters because I really treat every single email that I write to them as a love letter, where I share things that I don’t share anywhere else. When ladies sign up to our love letters, I treat that as a huge honour." - Aida Azlin

Tuesday Love Letters (siri TV)

Saya berkesempatan menontonnya di saluran 125, Astro Naura baru-baru ini (Tahniah Aida dan Lumiere Films team!). Alhamdulillah. Perkara yang membezakan video-video journal Aida sebelum ini dengan rancangan ini adalah pertama sekali pengisian pastinya, kemudian sedikit bakat pengacaraan oleh Aida, sinematografi yang cantik serta perbezaan lokasi. Serta bahagian bloopers tu lucu betul! 



Podcast:

Laman sosial Aida Azlin:

Laman web Aida Azlin: http://www.aidaazlin.com
Twitter Aida Azlin: https://twitter.com/aidaazlin_

Antara penulisan Aida Azlin
    Antara video kegemaran saya: 
    Tentang timing / masa.



    "If you are currently going through something difficult in your life, learn this very important lesson from Umar R.A. It makes a world of difference."


    Antara video yang mendapat banyak tontonan, mengenai Rezeki:

    Sharing with you a story that changed my mindset on rezki completely! Also, if you are currently waiting for something in your life, this might help, In Sha Allah.


    Tentang perkahwinan Aida



    Antara beberapa video yang terkini (sewaktu saya sedang menulis ini):




    Antara video pilihan saya yang lain: 
      Antara bacaan lain berkaitan Aida Azlin:
      (Hijab Tutorial) Shawl Aida Azlin


      Untuk saudari Aida Azlin, teruskan berjuang menyebar kasih, aura positif dan berkongsi ilmu yang baik-baik ini dengan rasa sabar dan penuh hikmah. Moga diberkati dan dipermudahkan selalu buat Aida Azlin sekeluarga di dunia dan juga di akhirat. Insya-Allah. Ameen.
      "Just do it! What’s the worse that can happen? If you set your intentions right, Khair In Shaa Allah. Like what I always say, believe in Dream, Du’a, Do." - Aida Azlin

      *****

      (UPDATE: Februari 2019, thanks Sister AIDA AZLIN for mentioning me in your video! I am really honoured. Hugs!)












      Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



      click to te top