Wani Ardy - The Art Of Leting Go(d) (Review)
Reda (disebut redha), adalah perkara yang mudah disebut namun amat berat untuk dilakukan. Reda secara umumnya bermaksud sifat lapang hati ketika menerima ketentuan Allah dengan bersangka baik terhadap segala aturan-Nya sekalipun bertentangan dengan kehendak dan keinginan. Ikhlas untuk menerima sesuatu takdir itu juga adalah perjuangan.
Menyelusuri buku puisi tulisan penulis dan penyanyi, Wani Ardy; The Art Of Leting Go(d) membuatkan kita yakin bahawa tidak salah untuk jatuh, lemah mahupun menangis. Namun kita harus kuat dan bangkit untuk diri sendiri. Sebuah bacaan yang menerapkan rasa betapa kasihnya Tuhan Yang Maha Baik. Dia Maha Mengetahui setiap segalanya.
Saya sendiri memilih untuk menyukai puisi bertajuk Sleep dan Dissimilar. Ya, buku ini dalam Bahasa Inggeris penuh. Namun bahasa mudah dan dekat untuk difahami. Wani bukan sahaja membuatkan kita rasa "Okay, not to be okay", lebih lagi kita dapat bersama-sama dengan beliau untuk merasai semua orang ada ujian dan dugaan mereka sendiri. Terima kasih untuk sebuah bacaan yang baik. Sebelum memiliki buku ini, saya pernah juga membaca tulisan Wani Ardy yang lain seperti Untuk Yang Telah Pergi serta Langit Vanilla; quotes popular dalam buku tersebut; "Kau manusia, kau tak boleh ada semua", begitu luas diguna pakai.
Gambar: @wani.ardy |
Memetik artikel Harian Metro, Wani berkata:
“Solusi ‘tak payah kahwin’ itu sangat salah dan jalan mudah, sebenarnya. Saya selalu nasihatkan ibu bapa kepada penghidap MRKH ini, jangan buat anak rasa kecil dan kurang. Mereka berhak hidup bahagia dan berkeluarga seperti perempuan normal. Kekangan ini boleh menyebabkan tekanan mental kepada penghidap MRKH,” katanya.
Wani berkata, untuk meneruskan kelangsungan hidupnya, dia menulis dan menjual buku bermula 2006, selain membuat persembahan lagu serta puisi di dalam dan luar negara.
“Buku terbaru ini, The Art of Letting Go(d) adalah buku yang keempat, selain enam buah antologi di mana karya saya juga diterbitkan.
“Himpunan memoir pendek ini boleh dibeli dari penerbit Laras 99 dengan harga RM20 melalui WhatsApp talian 017-2644521,” katanya.
Instagram Wani Ardy: https://www.instagram.com/wani.ardy/
Laman web rasmi Wani Ardy - https://waniardy.wixsite.com
Boleh dengarkan salah satu lagu Wani Ardy: Orang Kecil
Boleh dengarkan salah satu lagu Wani Ardy: Orang Kecil
Semoga dipermudahkan dan berbahagia seterusnya buat Kak Wani yang tabah! :)
Kemaskini: Tahniah kak Wani! Barakallah. Semoga berbahagia bersama suami dan Ikhlas.
Lain-lain pautan:
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.