(Review) Apabila Alam Berbicara - Rozais al-Anamy | Mesti kita rasa teruja jika apa yang kita hajatkan tercapaikan? Siapa sangka, setelah bertahun. saya akhirnya dapat membeli dan memiliki sendiri buku antologi cerpen yang 9 tahun sebelum itu saya idamkan (beserta tandatangan Puan Rozais sendiri!).
Buku Antologi Cerpen: Apabila Alam Berbicara - Rozais al-Anamy
Buku Antologi Cerpen: Apabila Alam Berbicara - Rozais al-Anamy
Perkara menarik yang saya suka tentang Puan Rozais al-Anamy ini adalah apabila beliau bijak meletakkan gambaran kisah sekeliling yang benar terjadi sebagai latar dalam karya-karya beliau. Seperti kejadian tanah runtuh, kisah penindasan wanita di Afrika dan ada juga cerpen tentang pokok Gharqad,dunia politik dan kempimpinan serta banyak lagi. Itu belum kita sentuh kepandaian beliau meletakkan unsur
agama, sindiran dan satira lagi dalam cerpen beliau. Allahu. Nangis (nangis sebab kemahiran beliau tau, tapi cerita beliau banyak yang bernada 'garang' okay! Hehe. :)
Rozais al-Anamy; sentiasa tampil sebagai penulis lantang serta berani, berpegang pada perjuangan sendiri serta hampir selalu mewakili suara perempuan gagah.
Antara cerpen-cerpen kesukaan saya adalah:
- Apabila Alam berbicara
"Kerana alam di mana-mana pun jua brkongsi rasa dan jiwa yang satu. Menanggung citra manusia yang sama walau tidak serupa."
"Kerana alam di mana-mana pun jua brkongsi rasa dan jiwa yang satu. Menanggung citra manusia yang sama walau tidak serupa."
Cerpen ini yang mengenalkan saya buat pertama kalinya dengan Puan Rozais al-Anamy. Saya membacanya menerusi surat khabar, dan sesuai dengan situasi ketika itu membuatkan saya terpaut. Bijaknya penulis ini, bagi saya. Di situ saya mula mencari dan membaca blog beliau.
- Renyai di Rendezvous
Ada kritikan dalam cerpen ini. Tentang pendirian dan keinsafan yang tak banyak, sikit telah membuatkan saya turut terfikir.
Ada kritikan dalam cerpen ini. Tentang pendirian dan keinsafan yang tak banyak, sikit telah membuatkan saya turut terfikir.
- Langkisau
Bahasa dalam cerpen ini bagi saya sangat puitis berbanding cerpen lain dalam buku ini, ya mempesonakan!
"Tuhan tidak akan menenggelamkan seseorang itu ke lautan dalam hanya untuk melemaskannya, sebaliknya untuk meyedarkan betapa di manna sahaja, kehidupan tettap ada dan berterusan""Di sini hanya keimanan membentengi seseorang daripada kecuaian dan kealpaan. Pilihan adalah di tangan masing-masing."
Bahasa dalam cerpen ini bagi saya sangat puitis berbanding cerpen lain dalam buku ini, ya mempesonakan!
- Ajaran Ketam
Kena dengan isu semasa hubungan antara murid dan guru, Puan Rozais yang memang lantang dan berani ini kelihatan bersahajaa menyampaikan isi ceritanya.
"Kerana tidak semua manusia boleh berfikir, undang-undang dan peraturan diwujudkan." - Cikgu Tipah

- Gema Laut Mati
Plot twist. Saya pun tak terfikir isu ini diketengahkan dengan bersahaja, tiada tanda dan angin-angin, namun saya baru perasan selepas melihat judul cerpen ini!
Plot twist. Saya pun tak terfikir isu ini diketengahkan dengan bersahaja, tiada tanda dan angin-angin, namun saya baru perasan selepas melihat judul cerpen ini!
- Animo Adiratna
Tentang persahabatan yang disampaikan dengan ringkas, namun dekat di hati saya. Saya rasa wajah saya bergula juga ketika habis membaca cerpen ini.
"Kebijaksanaan seseorang itu ialah dapat bersabar ketika dia sedang marah."
"Jika kita tidak berupaya melakukan kebaikan, janganlah kita menjadi batu penghalang kepada orang lain yang ingin melakukan kebaikan. Tiada istilah terlewat dalam mencari kebenaran."

- Gemerencing Neraca Sendeng
Tentang prinsip dan juga maruah, saya melihat isi cerita ini berani dan kuat seperti penulisnya.
- Jejak Nirmala
"Walaupun kemiskinan kadangkala menghampirkan seseorang kepada kekufuran, batas iman dan kufur wajib dibina dalam diri agar mehnah yang berlaku tidak menggoyahkan pendirian. Kerana ituah agama diturunkan untuk mendidik dan menyelesaikan masalah."
"Setiap amalan bergantug kepada niat, Fir. Tapi jangan pula kau berniat baik di sini, dan menyeleweng perbuatan kau di sana. Itu memang tak betul. Salah sama sekali. - Ros
Tentang hijrah diri dan peperangan nafsu sendiri. Saya suka ceritera begini. Dekat dan sesuatu.
Lain-lain quotes dalam buku ini:
- "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya." - Cinta Puncak Sagarmatha
- Kebenaran hanya terserlah setelah terbukti hasilnya. Jia tidak, ia tak lebih daripada satu ayat sahaja..." - Puteri Dunia.
- "Kerjasama itu ada dalam diri masing-masing. Bekerjasamalah dengan diri kia sendiri.Hapuskan segala hasad dengki, riak dan takbur. Niat menghenyak-henyak, gila kuasa; itulah musuh kita. Kamaai juga sedang menunggu kemunculan Pemimin itu." - Putera Putrajaya
- "Jangan jadi di kiri dalam tulisan; kanan dalam kehidupan. Masing-masing diajar bahawa kaya itu mulia. Cuma yang tidak diajar ialah cara jalan kekayaan itu perlu mulia dahulu."
*****
Cerpen lain pun saya suka, cuma yang beberapa ini yang lebih menangkap saya secara peribadi. Terima kasih untuk penulisan yang bagus ini, moga terus menulis dan berkongsi lagi yang baik-baik. Doa saya sentiasa bersama akak! Insya-Allah.
*Doakan saya juga kak?:)
Blog Rozais al-Anamy: http://rozaisalanamy.blogspot.com/
Instagram Rozais al-Anamy: https://www.instagram.com/rozais_al_anamy
Instagram Rozais al-Anamy: https://www.instagram.com/rozais_al_anamy
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.