Ini saya kongsikan Zikir hari Isnin-Ahad amalan Imam Al-Ghazali daripada telegram Abbasy Official


Zikir Isnin

Zikir Selasa

Zikir Rabu

Zikir Khamis

Zikir Jumaat

Zikir Sabtu

Zikir Ahad

Berikut Zikir Isnin-Ahad amalan Imam Al-Gazali




Beberapa bulan dulu, saya pernah bertukar mesej dengan adik dan juga sahabat bernama Yadh (alhamdulillah, waktu artikel ini ditulis beliau bakal jadi ayah, tahniah!). Sebagai yang lebih pandai ilmu agamanya, beliau banyak berkongsi ilmu dengan saya. Alhamdulillah, terima kasih adik. 

Kali ini kami berbual tentang taufiq dan hidayah. 


2 jenis hidayah:

- Hati sudah mula menerima kebaikan

- Diri sudah mula melakukan kebaikan

Semoga kita istiqamah untuk terus berbuat baik.

Jenis pertama tu hidayah.

Jenis kedua tu pulak yang kita bahasakan sebagai taufiq.

Sebab tu kalau perasan perkataan Hidayah dan Taufiq selalu disebut bersama.

Ramai orang dapat Hidayah. Tahu diri buat salah, tahu perkara sebenar.

Tapi mereka tidak dikurniakan taufiq. Muntalaq mereka tidak selari.

Mereka tiada kekuatan untuk memulakan langkah untuk mempraktikkan ilmu (Hidayah) mereka.

Jadi umpama seekor burung, mesti seimbang kedua belah sayapnya.

Taufiq dan Hidayah.

Ada taufiq namun tak punya Hidayah juga bermasalah, dia diperdaya oleh nafsu. Dia melakukan semua amal, namun tanpa kesedaran segala amalnya tidak menurut panduan dan sunnah.

Wallahua'lam. 

***

Demikianlah. Moga Yadh, isteri dan famili sentiasa dilimpah rahmat dan berkat-Nya. Insya-Allah. 

Hadis talak menggegarkan Arasy dinilai palsu oleh ramai ulama hadis seperti Imam Ibn al-Jauzi, al-Saghani, as-Syaukani etc. Yang sahih, bercerai itu juga syariat dan dibolehkan jika perlu. [Fawaid al-Majmu’ah 1/139].

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1504, hadis nombor 7666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله .

Manakala hadis perkara halal yang dibenci Allah ialah talak, Dhaif sebagaimana yang disebutkan oleh imam al-Baihaqi dan Ibn Hajar al-Asqalani tapi maknanya betul. Bercerai tak disukai kalau bukan terdesak. Hukum asal bercerai adalah makruh melainkan perlu. [Talkhis al-Habir 5/433

*****

Sumber:

https://twitter.com/addien90s/status/1512708714532601857?t=N1yLT8fm0KmyXR75q6uyBg&s=19

https://semakhadis.com/sesungguhnya-bagi-allah-swt-di-bawah-arasy-nya-ada-sebuah-tiang-dan-apabila-seorang-hamba-mengucapkan-tiada-tuhan-melainkan-allah-maka-tiang-itu-akan-bergegar/


Baru-baru ini akaun twitter Daily Makan ada berkongsi 8 Menu Hidangan Raya untuk OPEN HOUSE (rumah terbuka). Berikut adalah resepi menu raya tersebut-

1. RESEPI KUAH LONTONG 

2. RESEPI NASI MINYAK

3. RESEPI SOTO AYAM

4. RESEPI KETUPAT PALAS LEMAK

5. RESEPI MEE KARI


6. RESEPI LEMAK KELANTAN


7. RESEPI BIHUN SUP DAGING

8. RESEPI NASI TOMATO


Sumber: https://twitter.com/DailyMakan/status/1648207784620748801?t=Vshtodhnv1LhVy__qzvFDA&s=19

Pada 18 April, Perdana Menteri kita - Dato Sri Anwar Ibrahim ada berkongsi pengumuman istimewa untuk rakyat. Ia adalah seperti berikut-

1. Tol RAHMAH Percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama 4 hari untuk semua pengguna jalan raya bersempena Aidilfitri ini


bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin) melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

2. Kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih telah bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu RAHMAH pada kadar diskaun khas.


3. Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50. 


4. Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti). Ia bagi memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam untuk merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan. Melibatkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.


5. Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik yang tertumpu kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah (pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah) melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang telah diberikan oleh pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan. Insentif swasta ini dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit.


6. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera.

Justeru, peruntukan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan sebanyak RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 akan meningkat kepada RM 1 bilion.


7. Kerajaan bersetuju supaya hari Jumaat, 21 April 2023 diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa. Sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, maka secara automatik Isnin, 24 April 2023 akan diisytihar sebagai Cuti Peristiwa.





Resepi oat berlauk



Video




Beli produk sambal dan dendeng Khairul Aming di sini - https://shope.ee/9A0Pd0VsFZ









/


Kredit facebook:

Muhasabah Ramadan:


Riak - memperindah amalan untuk meraih pujian dan terlihat mulia. 

Sum’ah - mengingatkan orang segala perbuatan baik yang pernah dibuat agar diketahui orang lain. Mahukan sanjungan. 

Ujub- mengagumi diri sendiri atas kelebihan yang dimiliki.

Takabbur - merasakan dirinya lebih baik dan meremehkan orang lain. Bongkak. Sombong. Meninggi diri. 

Ghurur - terpedaya dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Pandang remeh dan menghina orang lain. 

Hasad - mengharapkan atau bercita-cita kebaikan yang diperolehi oleh orang lain musnah.


***


Perkongsian saudara - @fedtriyahya







Polis Evo 3 Akan Datang Di Pawagam Mulai 25 Mei 2023. Kali ini menampilkan lagu Ayuh sebagai lagu tema (OST) untuk filem Polis Evo 3.

Jika perasan, lirik part lain adalah hero atau polis dalam filem ini. Manakala part Malique adalah watak lawan (antagonis). 

Ada juga berpendapat lirik Ernie agak natural atau orang tengah. Apa pula pendapat anda? 




Lirik lagu Ayuh (Polis Evo 3)

 

(Kmy Kmo) 

Evo!

Bagi masa tujuh ribu

Malam aku meditasi

Makan jiwa rasa ketujuh-tujuh langit juga bumi

Ramai borak-borak lampu

Rohaninya trauma misi

Ramai kejar bayang ampu

Sedangkan ada setiap sisi


Jejak

Dikaji kecoh udara

Heboh tergopoh-gapah

Sorok yang selok-belok

Diseluk si kaki papah

Terbelok kau bengkang-bengkok

Yang molek esok-esok 

Bersongkok solek elok-kekok

Lokek kacuk becok


Ya ya! 

Peluruku terbang

Landai bukannya tinggi-tinggi

Lenganku serang

Tahu-tahu sakit gigi-gigi

Cuaca terang

Pandai bukannya sipi-sipi

Gelarku belang 

Selera sekawan biri-biri


Balaclavanya hitam

Badannya lapis kalis

Aneka logam hitam

Tiada yang mampu kalis


Bruni, steyr, nato, woah! 

Marco, polo, tango, go! 


(Ernie Zakri) 

Sila was-was nama yang diseru 

Nanti das-das datang ubat rindu

Halilintar

Malam biru

Silakan kalau benar-benar jaguh! 

Ayuh! Ayuh! 

Kalau benar-benar jaguh! 

Ayuh! 

Tiada negosiasi

Masa untuk aksi

Nyawa dipertaruh

Ayuh! 


(Aman RA) 

Evo! 

Komandan ketemukan komandan

Usik pucuk kanan

Pucuk kiri berkumandang 

Berdendang-dengan Ninabobok RPG-7

Musuh dalam selimut boleh tidur

Rimau mati tinggalkan taring

Tinggalkan taring

Gajah mati tinggalkan gading

Tinggalkan gading

Akta 574 Fasal 

440


Dendam sokong membawa rebah terlopong

Hujan darah bila kepala anginku bersiru

Rasakan marah bergelora dalam diriku

Perang bermalaikat sabung berjuara

Di mudik sebulankan

Dihilir semuara


Balaclavanya hitam

Badannya lapis kalis

Aneka logam hitam

Tiada yang mampu kalis


Bruni, steyr, nato, woah! 

Marco, polo, tango, go! 


(Ernie Zakri) 

123 Musuh berlari

Yang mana mahu diratah si belang

Kemana sekalipun akan kucari

Tak kira gelita atau benderang

Mana kepala pendekar? 

Gempita biar kudampar

Sila pilih tara dua

Neraka ataupun sangkar


Ayuh! Ayuh! 

Kalau benar-benar jaguh! 

Ayuh! 

Tiada negosiasi

Masa untuk aksi

Nyawa dipertaruh

Ayuh! 


(Malique) 

Evo! 

Bamgkit dari bara

Lalu dihembusnya nyawa 

Saktinya dan aksinya

Rencananya bencana 

Daktina ke paksina

Negara dalam senggara

Maka pesta kerja raya

Senggama tergendala

gara gugat-ganggu hantu

Dari dasawarsa lalu

Katanya tagih

darah sahih

Justifikasi ragu

Emosi rapuhnya

Dipagar fasad

Jaguh sado

Dendam lama dicandu

Dibakar ego dan bravado

Bravo! 

Dia kitot al-iskariot

Dari hero ke sicario

Dari bari dia kembali

Cari ahli biro

Di kota dan barrio 

Jari-jarinya

Menari-nari

Cari tabur lari-lari Mario 

Dari api dia menjadi-jadi

Satu di dahi dia kembalio


Balaclavanya hitam

Badannya lapis kalis

Aneka logam hitam

Tiada yang mampu kalis


Bruni, steyr, nato, woah! 

Marco, polo, rambo, go! 


(Ernie Zakri) 

Sila was-was nama yang diseru 

Nanti das-das datang ubat rindu

Halilintar

Malam biru

Silakan kalau benar-benar jaguh! 

Ayuh! Ayuh! 

Kalau benar-benar jaguh! 

Ayuh! 


Tiada negosiasi

Masa untuk aksi

Nyawa dipertaruh

Ayuh! 


***


Lagu: Malique & Tripdisz

Lirik: Kmy Kmo, Aman RA, Malique
































Menurut Khairul Aming, ramai yang request resepi daging dendeng ini. Perfect untuk makan hari raya nanti. Tapi kalau nak masak terus malam ni pun boleh jugak sebab sedap. 


Bahan-bahan Daging Dendeng:


1 kg daging (direbus 45 minit)

4 btg serai Halia sebesar ibu jari

4 biji bawang merah

6 ulas bawang putih Segenggam cili kering yang direbus

3 helai daun limau 1 cawan kicap manis Garam 6 cili padi merah

Gula

Ajinomoto

Sedikit asam jawa





Klik gambar untuk resepi lebih jelas



Sumber gambar: https://twitter.com/FarisHzmn



Beli produk sambal dan dendeng Khairul Aming di sini - https://shope.ee/9A0Pd0VsFZ
























Cara kerja di rumah


  • Youtube
  • Shopee
  • Affiliate Tiktok
  • Facebook live
  • Survey online
  • Contest 
  • Dropshipping
  • Post Your Photo Online (shuttershock, eyeEm app)
  • Create Apps
  • Ebay
  • Shopback / Lazada
  • Cashzine
  • Blogging
  • FOAP
  • Etsy
  • AirBnb
  • InstaCart
  • Rakuten / Ebat
  • Lyft Driver
  • Drop
  • Survey Junkie
  • Cloud Mining
  • Abra
  • Publish Ebooks
  • Turo
  • Answer surveys
  • Uber Eats
  • Sweatcoin
  • Uber
  • BookScouter
  • Sidejoy
  • Create an Online Course
  • Honey
  • Content Creation Service
  • Acorms
  • Carvertise.com
  • Cashback Credit Cards
  • REITs
  • Justpark
  • Roo Advisors
  • Dividends
  • Become  silent partnet
  • Usertesting.com 
  • Stuvia
  • Listen to Music
  • Open a Laundromat
  • Flippa.com
  • VIPkids
  • Zazzle and Cafe Press
  • Vending Machines
  • ATM Business
  • TaskRabbit
  • Skillshare & Udemy Courses
  • Crypto Mining
  • Fundrise
  • Speakwrite & TranscribeMe
  • Flip Domain Names
  • Rental Properties
  • Lend Stuff On Zilok
  • JustAnswer
  • Teach English Online
  • Redbubble
  • Outsource Your Business
Selain daripada itu, ramai antara kita mungkin menjadi ejen produk (dropship), khidmat kreatif (buat design, khat, bertukang, menulis, melukis), perusahan f&b (jual dan masak makanan), teknologi (buat aplikasi), selesaikan masalah (cipta alat lipat baju atau apa yang tidak ada di pasaran) atau rapat dengan sumber alam (kerja sendiri seperti berkebun atau menangkap ikan).

Antara rujukan:
-Hadiah dakwah solusi edisi 03
-Aplikasi income ideas


Artikel sebelum ini saya ada menulis tentang Kugiran Masdo, Orkes A Hizadin, Oceanlights & Coraband. Kali ini saya senaraikan beberapa band indie yang lain serta lagu popular mereka. Jika ada pembetulan atau penambahan, boleh tulis di ruangan komen, terima kasih.

Senarai lain lagu band indie (underground / atau mungkin dah ke mainstream):
Lama tapi power!
Layan juga:

*Untuk band-band lain yang saya tak senaraikan di sini: Playlist
JIKA RASA NAK TAHU PERKEMBANGAN EVEN/GIG/PERSEMBAHAN AKAN DATANG, BOLEH RUJUK TWITTER MEREKA YANG BERIKUT:
  • https://twitter.com/alambunyian?lang=en
  • https://twitter.com/Jenn_Thompson
  • RantaiaRT TWITTER
  • https://twitter.com/hashtagmy?lang=en
  • https://twitter.com/intunnation?lang=en
  • https://twitter.com/minut_init?lang=en
  • https://twitter.com/ATAS_byBijanFx
Di FACEBOOK: https://www.facebook.com/bandundergroundmalaysia
 
Jika anda minat muzik band sebegini / indie band, boleh layan channel youtube berikut:

Tempatan:

Indonesia: 
IndieLokal 
Folkslokal
InspirasiMusik

Antarabangsa:
https://bandcamp.com

 



Danish's Red Kitchen

BISKUT SUJI DALAM DEBU
(SEMOLINA COOKIES)

INSTAGRAM: @danish.harraz

BAHAN-BAHANNYA:-
(Untuk 1 adunan Danish dapat 4 trays
diatas)
250 grams Minyak Sapi 400 grams Tepung Gandum 140 grams Tepung Suji 150 grams Gula Aising
50 grams Susu Tepung 1 sudu teh Garam Halus

OPTIONAL: Almond Nibs yang dipanggang sebentar (Danish recommend letak)

UNTUK COATING BISKUT:
4 sudu besar Gula Aising 6 sudu besar Susu Tepung
(Boleh lebihkan gula jika suka manis)

TIPS: 

Pastikan semua bahan dalam suhu bilik. Adunan memang agak lembik, biarkan, jangan tambah tepung atau apa-apa. Jangan uli lama-lama. Nanti biskut keras. 

Danish buat manis biskut just nice tapi boleh tambah 10-20 grams gula aising lagi sewaktu sediakan adunan jika suka lebih manis. 

Jangan skip part rehatkan doh jika mahu hasil cookies yang sedap. Danish timbang setiap doh seberat 8 grams untuk dapat saiz yang sama dan tidak terlalu besar. 

 


 PENTING:  

Jangan bakar biskut hingga perang, jangan overbake, nanti biskut tak gebu dan akan jadi keras. Danish bakar 15 minit dengan suhu 150°C, api atas bawah dan jangan guna fan. Ini bergantung juga pada saiz biskut juga suhu oven masing2. 

Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. Biskut akan kelihatan putih diatasnya dan sedikit kuning dibawahnya. Terus keluarkan dari oven. Biarkan dalam baking tray hingga biskut setengah sejuk sebelum kita salut dengan gula aising dan susu tepung. 

Simpan dalam bekas kedap udara.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top