Showing posts with label Malaysia Boleh. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Boleh. Show all posts

 


🔥🚨 TERKINI:

Malaysia akhirnya menamatkan penantian selama 34 tahun apabila berjaya merangkul pingat emas acara regu berpasukan sepak takraw, selepas menewaskan musuh tradisi, Thailand, dengan keputusan 2–1.

Kali terakhir emas acara ini menjadi milik Malaysia ialah pada edisi 1991 di Manila, Filipina. Kini, selepas lebih tiga dekad penuh harapan dan kesabaran, sejarah kembali berpihak kepada tanah air. 


🔥 Atlet silat kebangsaan, Syafiqah Hamzah, akhirnya mencipta sejarah apabila meraih pingat emas sulungnya dalam acara perseorangan wanita, sekali gus menamatkan kemarau emas Malaysia selama 20 tahun dalam acara tersebut.

Dengan kutipan 9.960 mata, Syafiqah tampil penuh wibawa menewaskan wakil Brunei, Wasiqah Aziemah, yang memperoleh 9.920 mata.

Satu detik gemilang, lahir daripada disiplin, ketenangan dan jiwa juang yang tidak pernah goyah.


Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas badminton pertama Malaysia di Sukan SEA Bangkok, sekali gus menamatkan kemarau emas beregu wanita selama 10 tahun.

Dengan semangat juang yang tidak pernah luntur, mereka menewaskan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitasari, 21–16, 19–21, 21–17.

Satu kemenangan yang lahir daripada kesabaran, keteguhan dan kepercayaan pada diri — detik gemilang yang akan terpahat dalam sejarah badminton negara.


Sumber: https://x.com/NewsBFM


TAHNIAH SEMUA ATLET MALAYSIA YANG BERJUANG. ALHAMDULILLAH. KAMI BANGGA. MALAYSIA BOLEH.



SEJARAH BAHARU TERCIPTA!


Kita juara dunia! 

Detik pasukan Malaysia mengungguli satu lagi gelaran 'Juara dunia' bagi Sepak Takraw acara Regu, menumpaskan Thailand 8 - 15, 15 - 12 pada peringkat akhir

Bermimpilah setinggi langit, moga jatuh diantara bintang - tahniah Malaysia! 






Kemaskini:

Piala Dunia ISTAF Sepak Takraw 2024

Acara Double milik Malaysia 🇲🇾 🥇

Acara Regu juga milik Malaysia 🇲🇾🥇


Kita tewaskan Thailand 'back to back' dalam aksi final hari ini.


Alhamdulillah. 


Tahniah untuk kesemua wakil Malaysia. 





*****



Acara sukan berprestij, Piala Dunia Sepak Takraw 2024 bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 18 hingga 26 Mei ini.

Sebanyak 21 negara telah mengesahkan penyertaan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024. 12 pasukan akan berentap bagi kategori Premier manakala baki 9 pasukan bertanding dalam kategori Divisyen 1.





Sumber:

Twitter Astro Arena

Gambar lain: https://twitter.com/theone_xyz/status/1793302438667268151?s=19





Jadual penuh:

https://thevocket.com/jadual-penuh-perlawanan-piala-dunia-sepak-takraw-2024/


Malaysia Swimming pasrah hanya Bertrand Rhodict Lises (berumur 19 tahun pada tahun ini), layak ke Sukan Olimpik Paris mewakili kem terjun negara. 

Penerjun muda Bertrand Rhodict Lises muncul penerjun tunggal yang layak secara merit ke Sukan Olimpik 2024 menerusi acara 10 meter platform individu lelaki.

Beliau layak menerusi Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun, tahun lepas. 

Sejak edisi 2000, Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya tiga wakil dalam sukan terjun, manakala edisi London 2012 dan Rio 2016 masing-masing enam dan tujuh penerjun.

Selain Bertrand, hanya empat atlet lain yang telah layak iaitu pemanah recurve wanita Ariana Nur Dania Zairi, Nur Shazrin Latif (pelayaran wanita), Nur Aisyah Mohamad Zubir (berbasikal lebuh raya wanita), dan Johnathan Wong (menembak lelaki), manakala atlet-atlet lain masih dalam proses melayakkan diri.

Temasya Olimpik 1960 Rom dan 1988 Seoul mencatatkan penyertaan paling rendah bagi Malaysia apabila hanya masing-masing sembilan atlet negara beraksi, manakala 62 atlet beraksi di temasya Tokyo 1964. 








Selamat maju jaya buat Bertrand Rhodict dan semua atlet Malaysia untuk Olimpik dan kelayakan nanti. MALAYSIA BOLEH! 


Sumber: https://www.astroawani.com





 



Skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit pada 2024 ini. Alhamdulillah. Tahniah! 

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah. 

Semoga Maju Jaya, Harimau Malaya! Malaysia boleh. 


- Klik untuk senarai tayangan skrin besar seluruh Malaysia untuk Piala Asia Qatar 

















Twitter:
















Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top