STR fasa 2 dan BKKA (Bonus Raya 2024)

Alhamdulillah. Telah diumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan mula diberi pada Rabu 3 April 2024, manakala Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri (BKKA) akan mula diberi pada Jumaat - 5 April 2024. 

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan bermula pada 3 April 2024 (Rabu). Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran STR Fasa 2 antara RM100 hingga RM650 mengikut kelayakan masing-masing. 

Selain itu, PM kita - Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bantuan khas kewangan Aidilfitri membabitkan:

1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

InsyaAllah bantuan ini akan disalurkan seawal 5 April ini. Moga ia bermanfaat.



Sumber: https://twitter.com/beritartm/status/1774804677986517198?t=JtNk4u7Fh_NA7jrbIwiRqA&s=19

https://twitter.com/anwaribrahim/status/1774607572701761796?t=kHz24nWowUtFKs1bp1ZDxQ&s=19




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top