Showing posts with label Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri. Show all posts

 



YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hari ini mengumumkan beberapa bantuan tunai bagi membuat persiapan menjelang Aidilfitri✨


💰Bayaran STR Fasa 2 diawalkan kepada 10 Mac 2026, melibatkan peruntukan RM1.3 bilion kepada lebih 5 juta penerima STR.


🗓️Bayaran Bantuan Khas Kewangan 2026 pula akan disalurkan pada 13 Mac 2026 kepada:

✅ RM500 kepada penjawat awam Gred 15 ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

✅ RM250 kepada pesara Kerajaan serta veteran berpencen dan tidak berpencen.

✅ RM500 kepada lebih 70,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut serta guru KAFA dan guru Takmir.


Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara, khususnya menjelang musim perayaan.









Alhamdulillah. Telah diumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan mula diberi pada Rabu 3 April 2024, manakala Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri (BKKA) akan mula diberi pada Jumaat - 5 April 2024. 

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan bermula pada 3 April 2024 (Rabu). Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran STR Fasa 2 antara RM100 hingga RM650 mengikut kelayakan masing-masing. 

Selain itu, PM kita - Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bantuan khas kewangan Aidilfitri membabitkan:

1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

InsyaAllah bantuan ini akan disalurkan seawal 5 April ini. Moga ia bermanfaat.



Sumber: https://twitter.com/beritartm/status/1774804677986517198?t=JtNk4u7Fh_NA7jrbIwiRqA&s=19

https://twitter.com/anwaribrahim/status/1774607572701761796?t=kHz24nWowUtFKs1bp1ZDxQ&s=19











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top