Showing posts with label SARA. Show all posts
Showing posts with label SARA. Show all posts




Bermula 1 April 2025 (Selasa depan), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas kepada 5.4 juta penerima! Bantuan akan dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.

Penerima yang layak akan menerima bantuan SARA sehingga RM2,100 secara keseluruhan pada tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024. Naik 75% daripada tahun lepas 🤩 woaahh!

📍Soalan lazim (FAQ) & semakan status kelayakan SARA:

📍Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA



Cara beli barang dengan IC untuk SARA





Sumber: https://x.com/MOFmalaysia/









Alhamdulillah. Telah diumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan mula diberi pada Rabu 3 April 2024, manakala Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri (BKKA) akan mula diberi pada Jumaat - 5 April 2024. 

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan bermula pada 3 April 2024 (Rabu). Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran STR Fasa 2 antara RM100 hingga RM650 mengikut kelayakan masing-masing. 

Selain itu, PM kita - Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bantuan khas kewangan Aidilfitri membabitkan:

1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

InsyaAllah bantuan ini akan disalurkan seawal 5 April ini. Moga ia bermanfaat.



Sumber: https://twitter.com/beritartm/status/1774804677986517198?t=JtNk4u7Fh_NA7jrbIwiRqA&s=19

https://twitter.com/anwaribrahim/status/1774607572701761796?t=kHz24nWowUtFKs1bp1ZDxQ&s=19











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top