FIRST IN MALAYSIA !! The Malaysia Noodles Fest and Konsert Telan Kaset 90’an is a vibrant celebration of Malaysian culture, cuisine, lifestyle and music.
12 - 13 Oct 2024, 10:00AM
Padang Timur MBPJ
Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
KEMBALIKAN ZAMAN KEMERIAHAN LAGU-LAGI 90an YANG PERNAH MEWARNAI HIDUP ANDA SATU KETIKA DULU.
KAMI BAWAKAN KEMBALI 20 BARISAN ARTIST DALAM KONSERT DUA HARI (12 & 13 OKTOBER 2024) BERMULA JAM 8.00 MALAM HINGGA 11.30 MALAM.
ANDA JUGA BAKAL DIHIDANGKAN DENGAN 80 BOOTH JUALAN MI DI MALAYSIA NOODLE FESTIVAL 2024.
PEMBELIAN TIKET AKAN DISALURKAN KE PERSATUAN KARYAWAN MALAYSIA. DENGAN HANYA RM45 ANDA BOLEH MENIKMATI LAGU 90an SECARA LIVE OLEH 20 BARISAN ARTIS.
TIADA BAYARAN DIKENAKAN UNTUK KE MALAYSIA NOODLE FESTIVAL.
Konsert Kumpulan Exists yang julung kalinya diadakan bersama orkestra bagi menghargai peminatnya yang sentiasa menyokong kumpulan exist dengan memasukan elemen orkestra di dalam setiap lagunya yang akan dimainkan.
Tiba-tiba sahaja kembali hangat lagu-lagu lama daripada Forteen, Elite dan Adam ft KRU di aplikasi tiktok. Dikembalikan oleh trend parodi pengguna tiktok yang kreatif, seterusnya lagu-lagu popular zaman 90-an ini kembali menjadi siulan. Berikut lirik-lirik 3 lagu tersebut.
Selepas kejayaan lagu Malam Semakin Dingin (dengan mencecah 24 juta tontonan) dan kerap dimainkan di corong-corong radio, FMC sekali lagi mengandingkan mereka untuk menyanyikan semula (cover) lagu Spin - Resah Kerinduan.
Lirik lagu Resah Kerinduan
Malam ini aku sendiri
Menanti segunung harapan
Biarpun hanya berteman
Bulan di sebalik awan
Aku tetapkan setia
Bersama janji yang dibina
Mengapa engkau berubah
Kala cinta di penghujungnya
Mengharapkan sinar yang terang
Menyinari kerinduan
Agar terubat keresahan
Tapi duka yang kau kirimkan
(Korus)
Biar aku biar diam membisu saja
Biar rindu biar diam begini lama
Akan kuleraikan segala kekusutan
Penantian (satu penyiksaan)
Malam ini aku sendiri
Menanti segunung harapan
Biarpun hanya berteman
Bulan di sebalik awan
Aku tetapkan setia
Bersama janji yang dibina
Mengapa engkau berubah
Kala cinta di penghujungnya
Album - Spin 3 (Demi)
Trivia: lagu Resah Kerinduan ini terkandung dalam album kumpulan Spin yang ketiga (Demi) yang diterbitkan pada 2002.
Lirik lagu Sirna (Kemusnahan) - Baby Shima di Big Stage | Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashimah Ramli mula bertapak dalam industri seni Malaysia selepas bergelar juara pertandingan Bintang Idola Berita Harian pada 2010. Berjaya mencipta nama di Indonesia melalui pertandingan D'Akademi Asia 3 (DDA) pada 2017. Kini Baby Shima bernaung di bawah syarikat rakaman Indonesia; Nagaswara. Melalui program realiti di Malaysia; Big Stage beliau bukan sahaja mengumpul ramai peminat baru, malah berjaya melangkah ke peringkat akhir. Lagu Sirna pertama kali didendangkan secara langsung di pertandingan tersebut. Menariknya, muzik ini ada ala-ala lagu balada popular zaman 90-an.
Lirik lagu Sirna (Pemusnahan) - Baby Shima
Telah cukup lama aku diam
Di dalam kebekuan hatiku...
Karena cinta yang menguatkan aku
Diam-diam kau bermain hati di belakangku
Sungguh tak semudah yang terbayang
Menyatukan indahnya cinta
Semua berakhir karna dusta
Cinta kau akhiri begitu saja
Bila.. sajaku tahu...
Sungguh rapuh kesetiaanmu
Takkanku semai putik cinta di hatiku
Karna kau sudahi cintaku
Awalnya kukagum kepadamu
Karena masih tampak ketulusanmu
Hinggaku terbuai dalam kasihmu
Ternyata ada yang lain di hatimu
Semua berakhir.. karna dusta...
Cinta kau akhiri.. begitu saja..
Bila.. sajaku tahu...
Sungguh rapuh kesetiaanmu
Takkanku semai putik cinta di hatiku
Kerana kau sudahi cintaku
Harusnya kau tau betapa pedihnya hatiku
Kenyataannya telah kau bagi cintamu
Sirna semua harapanku
Akhirnya Maya Matahari berjaya menjadi antara peserta program realiti televisyen; Gegar Vaganza musim ke-5 (2018). Di bawah ini saya kongsikan lirik lagu popular Maya; Matahari dan lirik lagu Diari Biru 2 serta biodata beliau.
Lirik lagu Matahari - Maya Matahari
Terbitnya sinar mentari
Saban hari mengejut mimpi dari lena
Riang kenari di cemara mengusik sukma
Bunga-bunga matahari anggun mekar di taman sari
Warna jingga suntingan hati
bagai tanda kasih bersemi
Hangatnya sinaran walau getir kutempuh dugaan
Menyahut wawasan kupohonkan segunung harapan
Bangkitkan citramu insan
dalam iman menyambut warisan
Sehingga sinar mentari
Melewati di senja menanti
Bunga-bunga matahari anggun mekar di taman sari
Warna jingga suntingan hati
bagai tanda kasih bersemi
Hangatnya sinaran walau getir kutempuh dugaan
Menyahut wawasan kupohonkan segunung harapan
Bangkitkan citramu insan
dalam iman menyambut warisan
Sehingga sinar mentari
Melewati di senja menanti
Sehingga sinar mentari
Melewati di senja menanti
*****
Lirik lagu Diari Biru 2 - Maya Matahari
Teman baru yang kutemui
Seiras rupa teman sekolah semasa remajaku
Lagak gayamu mngingatkanku pada teman dulu
Kealpaan diperhatikan olehmu
Ingin aku mengenalimu
Siapa dirimu sudikah dikau bergandingan denganku
Hulurkan tangan tanda kenalan salam kemesraan
Hadiah indah yang istimewa pemberianmu sebuah diari biru
Terima kasih di atas keikhlasanmu
Akanku ukir indah oh namamu
Akan kucatat setiap detik tingkah denganmu
Memoriku indah di saat bersama kita berdua
Terteralah pena kusulam madah
Tersusunlah segala kata-kata cinta
Oh..Oh..
Ingin aku mengenalimu
Siapa dirimu sudikah dikau bergandingan denganku
Hulurkan tangan tanda kenalan salam kemesraan
Hadiah indah yang istimewa pemberianmu sebuah diari biru
Terima kasih di atas keikhlasanmu
Akanku ukir indah oh namamu
Akan kucatat setiap detik tingkah denganmu
Memoriku indah di saat bersama kita berdua
Terteralah pena kusulam madah
Tersusunlah segala kata-kata cinta
Oh..Oh..
Memoriku indah di saat bersama kita berdua
Terteralah pena kusulam madah kata-kata cinta
indahnya kurasa manisnya bercinta
Semua hanyalah milik kita
Ingin aku mengenalimu
Siapa dirimu sudikah dikau bergandingan denganku
Hulurkan tangan tanda kenalan salam kemesraan
Hadiah indah yang istimewa pemberianmu sebuah diari biru
Hadiah indah yang istimewa pemberianmu sebuah diari biru
Hadiah indah yang istimewa pemberianmu sebuah diari biru
Hadiah indah yang istimewa pemberianmu sebuah diari biru
*****
Biodata Maya Matahari - Gegar Vaganza:
Nama Penuh: Meyanaliza Ruslee
Nama komersial : Mya Matahari
Asal: Johor Bahru
Lahir: 13 Mei (41 tahun pada 2018)
Fakta: Popular pada tahun 90-an dengan lagu Matahari
-Maya kini sudah berhijab (2018)
Album pertama Maya dilahirkan pada 25 Mac 1995, memuatkan singlenya, Matahari
Album: Satu Jam Lagi (1995), Sinar Cinta (1998) dan Mata Maya (2010).
Kemaskini: Maya Matahari telah meninggalkan kita semua pada 18 Mac 2020 akibat kanser tisu. Takziah buat keluarga beliau. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-fatihah.
'Kisah Antara Kita' adalah sebuah lagu ciptaan Reyhan daripada anggota One Avenue Band (OAB) sendiri. Namun apa yang menarik pada lagu ini adalah ianya disusun semula dan dirakam oleh seorang lelaki kurang upaya (cacat penglihatan); Abang Mahathir. Selain dianggotai oleh Reyhan sendiri sebagai penyanyi, ONE Avenue Band juga terdiri daripada Shana Abella, Arep Fiksyen(Gitar) dan Afiq Munawwar(Bass). Mereka asalnya adalah penyanyi busker di Pasar Karat, Johor Baru.
Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1997 dengan nama Vibe oleh Cat, Zain & Azim. Kumpulan ini dinamakan semula sebagai Ruffedge pada 1998. Ruffedge pernah menyertai pertandingan ‘Sony Battery Face Of Talent Search’ pada 1999 & menang tempat ke-2. Ahli Ruffedge (kini) terdiri daripada: Cat, Zain, Azan, Mode, Amer & Sein. Lagu hits mereka: Tipah Tertipu, Bila Rindu, Goyang, Da Bomb, Lemas, Khayalan dan banyak lagi. Pernah mempunyai 2 album berjudul: Defined & Ruffera. Juga pernah berlakon dalam filem ‘Tipah Tertipu The Movie’.
Lirik Di Matamu - Sufian Suhaimi | Selepas lagu Terakhir, Harus Aku dan Terasa Ada, Sufian Suhaimi muncul dengan lagu baru; Di Matamu. Lagu ini diperdengarkan setelah pertunangan penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy putus di pertengahan jalan. Secara tidak langsung mempengaruhi sambutan lagu ini, sehingga ramai yang menyanyikan cover versionnya. Malahan lirik lagu ini dikatakan berjaya menyentuh hati ramai orang. Apa pun kita doakan agar keduanya akan mendapat kebahagiaan masing-masing kelak. Insya-Allah.
Lirik Di Matamu - Sufian Suhaimi
Apakah kau cuba untuk menafikan keikhlasan hatiku padamu
Betapa kumencuba mendapatkan secebis kasihmu
Apakah kau tak mampu untuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahanmu memaksaku mengundurkan diri
Dan tak seharusnya aku bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku sesuka hatimu dan memilih dia
Dan kutersandar begini meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanyaku di matamu
Namun jikaku diperlukan dan diterima
Izinkanku menagih kasihmu
Namun jikaku ditolak tak diperlukan
Buang segala tentangku
Dan tak seharusnya aku bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku sesuka hatimu dan memilih dia
Dan kutersandar begini meratapi hati yang telah dilukai
Lirik Lagu Semakin Rindu - Real Spin | Kumpulan Real Spin yang dianggotai oleh Khalis (selaku vokalis), Aidel dan Azren (anggota asal, semasa album pertama), serta anggota baru; Aiman kini bernaung di bawah Solaris Music & Entertainment. Muncul sebelum ini dengan lagu Halusinasi Diri, kemudian kini Semakin Rindu. Akan datang akan muncul pula dengan lagu Selalu Rindu.
Menurut Luq, Editor Real Spin, katanya semasa penggambaran muzik video Semakin Rindu ini berlangsung (yang khas didedikasikan buat arwah Achik, tentang kerinduan ibu terhadapnya), perasaan hiba dan sebak begitu dapat dirasakan. Semasa awal bahagian ibu dilakonkan, crew crew keluar dari studio sambil menahan sebak dan rakaman terpaksa ditangguhkan selama beberapa minit untuk memberi ruang dan sedekahkan Al-Fatihah buat yang telah meninggalkan kita. (Al-Fatihah buat arwah Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad bin Md. Shari.)
Akan kupintal awan memutih
Menjadi kuntuman cinta asmara
Menghiasi kaki pelangi kita
Warna-warna cinta mempesona
Hadir dirimu tanpa diduga
Membuatku tersenyum bahagia
Hilang duka lara menusuk jiwa
Semoga terlena dalam dakapannya
Adakah di saat ini ... kau masih di sini
Di kaki pelangi indah menemani aku selamanya
Aku rindu semakin kurindu
Senyum tawa kenangan bersamamu
Aku rindu kusemakin rindu
Belai jiwa terpahat di kalbu
Hanya cinta kukepada kamu
Yang akan tersematnya di jiwaku
Rindu aku kusemakin rindu
Belai jiwa terpahat di kalbu
Adakah di saat ini ... kau masih di sini
Di kaki pelangi indah menemani aku selamanya
Aku rindu semakin kurindu
Senyum tawa kenangan bersamamu
Aku rindu kusemakin rindu
Belai jiwa terpahat di kalbu
Hanya cinta kukepada kamu
Yang akan tersematnya di jiwaku
Rindu aku kusemakin rindu
Belai jiwa terpahat di kalbu
Aku rindu semakin kurindu
Senyum tawa kenangan bersamamu
Aku rindu kusemakin rindu
Belai jiwa terpahat di kalbu
Hanya cinta kukepada kamu
Yang akan tersematnya di jiwaku
Rindu aku kusemakin rindu
Belai jiwa terpahat di kalbu
*****
Dari kiri Aidel, Aiman, Khalis dan Azren.
Sumber gambar: Harian Metro
Setelah dikenali dengan lagu masing-masing, Tajul dengan lagu Sedalam-dalam Rindu, Wany Hasrita dengan lagu Menahan Rindu, kedua-dua artis naugan FMC ini tampil dengan lagu duet Di Sana Cinta Di Sini Rindu. Seakan mengembalikan era duet popular, Siti Nordiana & Achik Spin, Patrick Kamis yang juga antara pencipta lagu duo itu satu ketika dahulu, tampil pula dengan lagu baru untuk mereka berdua ini. Jom dengarkan!
Lirik lagu Di Sana Cinta Di Sini Rindu: Wany Hasrita ft Tajul
(TAJUL)
Sejakku dengar merdua suaramu
Tidakku sangka jiwa terganggu
(WANY)
Apa kurangnya suara manjamu
menyentuh hati membawa mimpi
(TAJUL)
Kamu wanita manis sekali
Lirik matamu membawa cinta
(WANY)
Kamu lelaki pandai menggoda
Hingga hatiku mulalah rindu
Setelah muncul dengan lagu Pesanan Teragung (2016) setelah menjuarai Gegar Vaganza pada 2015, kini Siti Nordiana muncul dengan lagu baru: Terus Mencintai. Kembali dengan signature (pengenalan) seperti lagu-lagunya sebelum ini: "Leman" (lagu jenis jiwang 90an), suara Nana kelihatan begitu serasi dengan lagu dan lirik ciptaannya sendiri ini. Juga lagu ini dikatakan ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Semoga terus maju jaya, Nana!
Muzik video Terus Mencintaimu (penampilan khas Alif Satar)
Lirik Terus Mencintai - Siti Nordiana
Oh kasihku takkan hilang
Bila kau ingat kepadaku
Oh cintaku tak akan pudar
Bila kau selalu di sampingku
Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis
Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan
Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis
Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan
Sungguh, sungguh kutak bisa
menahan besarnya rinduku padamu
Sungguh, sungguh kutak bisa
Memaksa dirimu mencintaiku
Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Melihatkan kemunculan dan kegilaan minat generasi kini dengan lagu Aiman Tino, Khai Bahar, Tajul Ariff, Hazman, Projector Band serta (terlebih dahulu) Chomel yang bergenrekan muzik balada syahdu ala 90-an menimbulkan sedikit pertanyaan. Adakah muzik juga sedang melalui fasa kembali ke masa lalu? (Seperti fesyen yang sedang melalui fasa pusingannya semula).
Itu belum lagi melihatkan kumpulan-kumpulan atau artis lama yang popular zaman dahulu itu yang kini masing-masing sibuk tampil dengan lagu baru. Sedikit segar namun masih sama signaturenya rock kapak atau jiwang seperti kumpulan Khalifah dan Data (dengan lagu "sayangku"). Menariknya ini menimbulkan persaingan yang sihat dan mungkin akan membuatkan kita lebih kreatif dalam meraih kelainan dan mutu yang lebih baik.
Kenapa zaman 90-an begitu rapat dengan kebanyakan kita? Kerana waktu itu ramai yang bersemangat untuk menawar kerana permintaan juga banyak. Sebab waktu itu jualan kaset sangat laku, jadi produk pun banyak, dan kita ada banyak pilihan. Malahan persaingan juga hebat.
Mungkin jika ingin memberi sedikit pendapat pada perkembangan muzik sebegini pada zaman sekarang, saya rasa pada lirik. Kembalikan lirik-lirik berjiwa, makna yang dalam dan bersemangat seperti dulu juga. Mungkin akan lebih indah. Siapa tahukan? Wallahua'lam.
(Klik untuk lirik)
Lihat Diri ini tatap mata ini
Adakah Aku pendusta cintamu
Renungku Disini di dalam hati ini
Adakah Aku insan yang engkau cintai
Mana Kau campakkan hatiku
Hati Yang ku berikan
Padamu kasih
Semua jawapannya ada padaku
Ku disini kan setia
Menunggumu Oh kasihku
Meskipun maut mendatang
Mengapa Kau pergi dari diri ini
Mengapa Harus kau merelakan aku
Mudahnya Kau melepaskanku oh kasihku
Mudahnya Kau mencari teman penggantiku
Mana Kau campakkan hatiku
Hati Yang ku berikan
Padamu Kasih
Semua Jawapannya ada padaku
Ku Disini kan setia
Menunggumu Oh kasihku
Meskipun Maut mendatang
Menjemputku
Mana Ku campakkan hatimu
Hati Yang kau berikan
Padaku Kasih
Semua Jawapannya ada padamu
Ku Disini kan setia
Menunggumu Oh kasihku
Meskipun Maut mendatang
Menjemputku
Oh ya cakap tentang rock dan tahun 90-an, filem Rock juga telah mengakhiri sekuelnya dengan Rock Bro: Kembali Ke Pangkal Jalan (filem ini juga menjadi pelengkap kepada dua judul sebelum ini iaitu Rock (2005) dan Rock Oo! (2013). Sewaktu saya menulis ini, filem Rock Bro masih lagi ditayangkan.
“Jika filem Rock menceritakan permulaan sebuah kumpulan muzik dalam mengejar cita-cita menjadi kumpulan Rock ternama, sekuel kedua, Rock Ooo pula menceritakan zaman transisi dan kejayaan kumpulan rock untuk meneruskan perjuangan muzik mereka ketika itu.
“Manakala, francais terakhir, Rock Bro pula memaparkan zaman kejatuhan irama rock dalam berdepan pelbagai kesukaran dengan kemasukan genre muzik baru dalam industri muzik tempatan,” kata Mamat Khalid selaku pengarahnya.
Di bawah ini adalah salah satu OST (Soundtrack / lagu tema) Rock Bro: Sekelip Mata Kau Berubah. Rujuk lirik (sini). Selain itu, di youtube ada juga video lagu Bayangan Gurauan& Gemuruh.
Apapun, selera muzik adalah hak masing-masing. Terpulanglah mahu mendengar yang bagaimana. Namun diharap agar penulis dan pemuzik akan sentiasa bersemangat dan jujur dalam menampilkan sesuatu yang lebih baik di masa-masa akan datang. Selamat maju jaya! Terima kasih.
P/S: Sometimes history tends to repeat itself - Dan saya apa saja layan, namun masih peminat lagu balada & nasyid.