Lirik lagu Suaramu Syairku - Harry Khalifah (Apak) | 'Apak' Harry Khalifah yang dikenali di laman youtube dengan pelbagai cerita dan banyak lagu menarik ciptaannya yang diminati ramai, kini tampil dengan lagu sendiri nyanyiannya berserta muzik video terbaru berjudul Suaramu Syairku! Sebelum ini Harry Khalifah telah muncul dengan lagu Dia Milik Orang, Doa Kupohonkan,Abang Lori Tenonenonet dan juga lagu Padu Bossku (bersama UNIC).
Lirik Di Matamu - Sufian Suhaimi | Selepas lagu Terakhir, Harus Aku dan Terasa Ada, Sufian Suhaimi muncul dengan lagu baru; Di Matamu. Lagu ini diperdengarkan setelah pertunangan penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy putus di pertengahan jalan. Secara tidak langsung mempengaruhi sambutan lagu ini, sehingga ramai yang menyanyikan cover versionnya. Malahan lirik lagu ini dikatakan berjaya menyentuh hati ramai orang. Apa pun kita doakan agar keduanya akan mendapat kebahagiaan masing-masing kelak. Insya-Allah.
Lirik Di Matamu - Sufian Suhaimi
Apakah kau cuba untuk menafikan keikhlasan hatiku padamu
Betapa kumencuba mendapatkan secebis kasihmu
Apakah kau tak mampu untuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahanmu memaksaku mengundurkan diri
Dan tak seharusnya aku bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku sesuka hatimu dan memilih dia
Dan kutersandar begini meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanyaku di matamu
Namun jikaku diperlukan dan diterima
Izinkanku menagih kasihmu
Namun jikaku ditolak tak diperlukan
Buang segala tentangku
Dan tak seharusnya aku bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku sesuka hatimu dan memilih dia
Dan kutersandar begini meratapi hati yang telah dilukai
Setelah muncul dengan lagu Pesanan Teragung (2016) setelah menjuarai Gegar Vaganza pada 2015, kini Siti Nordiana muncul dengan lagu baru: Terus Mencintai. Kembali dengan signature (pengenalan) seperti lagu-lagunya sebelum ini: "Leman" (lagu jenis jiwang 90an), suara Nana kelihatan begitu serasi dengan lagu dan lirik ciptaannya sendiri ini. Juga lagu ini dikatakan ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Semoga terus maju jaya, Nana!
Muzik video Terus Mencintaimu (penampilan khas Alif Satar)
Lirik Terus Mencintai - Siti Nordiana
Oh kasihku takkan hilang
Bila kau ingat kepadaku
Oh cintaku tak akan pudar
Bila kau selalu di sampingku
Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis
Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan
Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis
Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan
Sungguh, sungguh kutak bisa
menahan besarnya rinduku padamu
Sungguh, sungguh kutak bisa
Memaksa dirimu mencintaiku
Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Melihatkan kemunculan dan kegilaan minat generasi kini dengan lagu Aiman Tino, Khai Bahar, Tajul Ariff, Hazman, Projector Band serta (terlebih dahulu) Chomel yang bergenrekan muzik balada syahdu ala 90-an menimbulkan sedikit pertanyaan. Adakah muzik juga sedang melalui fasa kembali ke masa lalu? (Seperti fesyen yang sedang melalui fasa pusingannya semula).
Itu belum lagi melihatkan kumpulan-kumpulan atau artis lama yang popular zaman dahulu itu yang kini masing-masing sibuk tampil dengan lagu baru. Sedikit segar namun masih sama signaturenya rock kapak atau jiwang seperti kumpulan Khalifah dan Data (dengan lagu "sayangku"). Menariknya ini menimbulkan persaingan yang sihat dan mungkin akan membuatkan kita lebih kreatif dalam meraih kelainan dan mutu yang lebih baik.
Kenapa zaman 90-an begitu rapat dengan kebanyakan kita? Kerana waktu itu ramai yang bersemangat untuk menawar kerana permintaan juga banyak. Sebab waktu itu jualan kaset sangat laku, jadi produk pun banyak, dan kita ada banyak pilihan. Malahan persaingan juga hebat.
Mungkin jika ingin memberi sedikit pendapat pada perkembangan muzik sebegini pada zaman sekarang, saya rasa pada lirik. Kembalikan lirik-lirik berjiwa, makna yang dalam dan bersemangat seperti dulu juga. Mungkin akan lebih indah. Siapa tahukan? Wallahua'lam.
(Klik untuk lirik)
Lihat Diri ini tatap mata ini
Adakah Aku pendusta cintamu
Renungku Disini di dalam hati ini
Adakah Aku insan yang engkau cintai
Mana Kau campakkan hatiku
Hati Yang ku berikan
Padamu kasih
Semua jawapannya ada padaku
Ku disini kan setia
Menunggumu Oh kasihku
Meskipun maut mendatang
Mengapa Kau pergi dari diri ini
Mengapa Harus kau merelakan aku
Mudahnya Kau melepaskanku oh kasihku
Mudahnya Kau mencari teman penggantiku
Mana Kau campakkan hatiku
Hati Yang ku berikan
Padamu Kasih
Semua Jawapannya ada padaku
Ku Disini kan setia
Menunggumu Oh kasihku
Meskipun Maut mendatang
Menjemputku
Mana Ku campakkan hatimu
Hati Yang kau berikan
Padaku Kasih
Semua Jawapannya ada padamu
Ku Disini kan setia
Menunggumu Oh kasihku
Meskipun Maut mendatang
Menjemputku
Oh ya cakap tentang rock dan tahun 90-an, filem Rock juga telah mengakhiri sekuelnya dengan Rock Bro: Kembali Ke Pangkal Jalan (filem ini juga menjadi pelengkap kepada dua judul sebelum ini iaitu Rock (2005) dan Rock Oo! (2013). Sewaktu saya menulis ini, filem Rock Bro masih lagi ditayangkan.
“Jika filem Rock menceritakan permulaan sebuah kumpulan muzik dalam mengejar cita-cita menjadi kumpulan Rock ternama, sekuel kedua, Rock Ooo pula menceritakan zaman transisi dan kejayaan kumpulan rock untuk meneruskan perjuangan muzik mereka ketika itu.
“Manakala, francais terakhir, Rock Bro pula memaparkan zaman kejatuhan irama rock dalam berdepan pelbagai kesukaran dengan kemasukan genre muzik baru dalam industri muzik tempatan,” kata Mamat Khalid selaku pengarahnya.
Di bawah ini adalah salah satu OST (Soundtrack / lagu tema) Rock Bro: Sekelip Mata Kau Berubah. Rujuk lirik (sini). Selain itu, di youtube ada juga video lagu Bayangan Gurauan& Gemuruh.
Apapun, selera muzik adalah hak masing-masing. Terpulanglah mahu mendengar yang bagaimana. Namun diharap agar penulis dan pemuzik akan sentiasa bersemangat dan jujur dalam menampilkan sesuatu yang lebih baik di masa-masa akan datang. Selamat maju jaya! Terima kasih.
P/S: Sometimes history tends to repeat itself - Dan saya apa saja layan, namun masih peminat lagu balada & nasyid.
Firman Allah swt dlm surah Al-baqarah ayat 286:
"Allah SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." _______________
"ALLAH ada sebab kenapa dia bagi lambat sesuatu perkara yang kita nak cepat. Itu namanya hikmah."
Bicara peribadi Anem sedikit kaku di teratak Friendster itu. Anem mula menelaah fikiran yang sangat kacau. Sedikit sahaja dugaan, Anem dah lemah begini. Mungkin kerendahan diri yang begitu Anem fikirkan meracau rasa hati.
"Akak, akak dah kerja. Anem?"
Anem seolah menafikan ketentuan. Kejam diri menjadi hamba. menolak ketentuan-NYA.
Ayat pujukan dari sahabat jiwa hati Anem. (Dia sangat menerima sahabat yang mudah sentap ini. - Jazakallah Kak Izza.)
"Kerja gagal, ini gagal, itu gagal. Tiada pencapaian."
Suara lelaki yang banyak menabur jasa pada ibuku dan anaknya ini melukakan paru-paruku. Memang Anem ketinggalan banyak daripada sahabat lain. Ada yang sambung MA (tahniah my-usm- roomate), ada yang bakal jadi cikgu, ada juga yang berjaya dalam kerjaya dan sebahagian lagi akan mendirikan rumah tangga. (Mabruk!) - tapi dia membandingkan Anem dengan anak manakannya yang lain. Jauh!
"Anem, semua ALLAH jua yang menentukan, jangan mengalah."
Nasihat Kak Ima yang menawan itu pula memasuki kotak hati Anem.
Anem perlu bangun. tapi jika bangun saja, kemudian tidur balik, sampai bila Anem nak berjaya? Nak kena siram dengan air dulu, baru bersiap-siap?
Ya, tepat! Itu metafora paling serasi dengan hidup si Along ini.
p/s: ah.. layakkah diriku bergelar Along, si sulong? Ya Allah, berilah diri ini kekuatan!