Showing posts with label Cerpenis. Show all posts
Showing posts with label Cerpenis. Show all posts

(Review) Apabila Alam Berbicara - Rozais al-Anamy | Mesti kita rasa teruja jika apa yang kita hajatkan tercapaikan? Siapa sangka, setelah bertahun. saya akhirnya dapat membeli dan memiliki sendiri buku antologi cerpen yang 9 tahun sebelum itu saya idamkan (beserta tandatangan Puan Rozais sendiri!).


Buku Antologi Cerpen: Apabila Alam Berbicara - Rozais al-Anamy

Perkara menarik yang saya suka tentang Puan Rozais al-Anamy ini adalah apabila beliau bijak meletakkan gambaran kisah sekeliling yang benar terjadi sebagai latar dalam karya-karya beliau. Seperti kejadian tanah runtuh, kisah penindasan wanita di Afrika dan ada juga cerpen tentang pokok Gharqad,dunia politik dan kempimpinan serta banyak lagi. Itu belum kita sentuh kepandaian beliau meletakkan unsur agama, sindiran dan satira lagi dalam cerpen beliau. Allahu. Nangis (nangis sebab kemahiran beliau tau, tapi cerita beliau banyak yang bernada 'garang' okay! Hehe. :)
Rozais al-Anamy; sentiasa tampil sebagai penulis lantang serta berani, berpegang pada perjuangan sendiri serta hampir selalu mewakili suara perempuan gagah.
 Antara cerpen-cerpen kesukaan saya adalah:
- Apabila Alam berbicara

"Kerana alam di mana-mana pun jua brkongsi rasa dan jiwa yang satu. Menanggung citra manusia yang sama walau tidak serupa."

Cerpen ini yang mengenalkan saya buat pertama kalinya dengan Puan Rozais al-Anamy. Saya membacanya menerusi surat khabar, dan sesuai dengan situasi ketika itu membuatkan saya terpaut. Bijaknya penulis ini, bagi saya. Di situ saya mula mencari dan membaca blog beliau.

- Renyai di Rendezvous

Ada kritikan dalam cerpen ini. Tentang pendirian dan keinsafan yang tak banyak, sikit telah membuatkan saya turut terfikir.

- Langkisau
"Tuhan tidak akan menenggelamkan seseorang itu ke lautan dalam hanya untuk melemaskannya, sebaliknya untuk meyedarkan betapa di manna sahaja, kehidupan tettap ada dan berterusan"
"Di sini hanya keimanan membentengi seseorang daripada kecuaian dan kealpaan. Pilihan adalah di tangan masing-masing."

Bahasa dalam cerpen ini bagi saya sangat puitis berbanding cerpen lain dalam buku ini, ya  mempesonakan!
- Ajaran Ketam

Kena dengan isu semasa hubungan antara murid dan guru, Puan Rozais yang memang lantang dan berani ini kelihatan bersahajaa menyampaikan isi ceritanya.

"Kerana tidak semua manusia boleh berfikir, undang-undang dan peraturan diwujudkan." - Cikgu Tipah
 
- Gema Laut Mati

Plot twist. Saya pun tak terfikir isu ini diketengahkan dengan bersahaja, tiada tanda dan angin-angin, namun saya baru perasan selepas melihat judul cerpen ini!
 
- Animo Adiratna 

Tentang persahabatan yang disampaikan dengan ringkas, namun dekat di hati saya. Saya rasa wajah saya bergula juga ketika habis membaca cerpen ini.

"Kebijaksanaan seseorang itu ialah dapat bersabar ketika dia sedang marah."

"Jika kita tidak berupaya melakukan kebaikan, janganlah kita menjadi batu penghalang kepada orang lain yang ingin melakukan kebaikan. Tiada istilah terlewat dalam mencari kebenaran."
- Gemerencing Neraca Sendeng

Tentang prinsip dan juga maruah, saya melihat isi cerita ini berani dan kuat seperti penulisnya.

- Jejak Nirmala

"Walaupun kemiskinan kadangkala menghampirkan seseorang kepada kekufuran, batas iman dan kufur wajib dibina dalam diri agar mehnah yang berlaku tidak menggoyahkan pendirian. Kerana ituah agama diturunkan untuk mendidik dan menyelesaikan masalah."

"Setiap amalan bergantug kepada niat, Fir. Tapi jangan pula kau berniat baik di sini, dan menyeleweng perbuatan kau di sana. Itu memang tak betul. Salah sama sekali. - Ros

 Tentang hijrah diri dan peperangan nafsu sendiri. Saya suka ceritera begini. Dekat dan sesuatu.

Lain-lain quotes dalam buku ini:

  • "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya." - Cinta Puncak Sagarmatha
  • Kebenaran hanya terserlah setelah terbukti hasilnya. Jia tidak, ia tak lebih daripada satu ayat sahaja..." - Puteri Dunia.
  • "Kerjasama itu ada dalam diri masing-masing. Bekerjasamalah dengan diri kia sendiri.Hapuskan segala hasad dengki, riak dan takbur. Niat menghenyak-henyak, gila kuasa; itulah musuh kita. Kamaai juga sedang menunggu kemunculan Pemimin itu." - Putera Putrajaya
  •  
  • "Jangan jadi di kiri dalam tulisan; kanan dalam kehidupan. Masing-masing diajar bahawa kaya itu mulia. Cuma yang tidak diajar ialah cara jalan kekayaan itu perlu mulia dahulu."


*****


Cerpen lain pun saya suka, cuma yang beberapa ini yang lebih menangkap saya secara peribadi. Terima kasih untuk penulisan yang bagus ini, moga terus menulis dan berkongsi lagi yang baik-baik. Doa saya sentiasa bersama akak! Insya-Allah.

*Doakan saya juga kak?:)

Blog Rozais al-Anamy: http://rozaisalanamy.blogspot.com/
Instagram Rozais al-Anamy: https://www.instagram.com/rozais_al_anamy

 


Alhamdulillah. Dua buah buku ini ada tulisan saya (cerpen) di dalamnya. Tapi yang saya ingin cerita di sini adalah tentang cerpen kawan-kawan lain yang menjadi pilihan saya. Tidak mahu menjadi pemilih membaca apa saja yang kita suka, saya tertarik dengan cerpen rakan-rakan sebuku saya. Saya pasti ramai yang beli buku apapun ada kegemaran tersendiri.

Kedua-dua buku ini adalah terbitan Khairy Tajudin Resources (terima kasih juga untuk beliau).

1. Antologi Akhirnya Aku

Cerpen saya di dalam buku ini berunsur persahabatan lelaki dan perempuan namun saling menghormati dan tiada unsur cinta satu sama mereka. Sentiasa saling menyokong. Tajuknya, Akhirnya Aku Masih Begini.

Cerpen pilihan:

Saya cuba memilih sedikit sahaja untuk menjadi pilihan hati. Namun gagal. Banyak yang menarik hati. Namun berdasarkan tajuk saya cuba untuk melihat kelainan setiap cerita.
  • Akhirnya Aku Meletop – Siti Aksara
Penulisan Siti Aksara ini paling saya minati kali ini. Sedikit laju. Namun saya suka kerana ceritanya tentang penulis yang berani.
  • Akhirnya Aku Nekad – Norillah Abdulllah Hassim
Seorang yang berkerja dalam bidang dia suka namun di tengahnya menjumpai titik berbelah bagi. Pembahagian rasa di sini saya juga boleh rasa.
  • Akhirnya Aku Pulang – Harith Hakeem
Mengingatkan saya pada drama kekeluargaan di hari raya. Namun hujungnya menyentuh. Dan bukan biasa-biasa.
  • Akhirnya Aku Temui Cinta Sejatiku – Asyiqin Adir
Ini sedikit lucu dan agak diluar jangka. Seakan mengenakan pembaca namun sangat boleh diterima.

Pilihan lain: Akhirnya Aku Tahu (Kecu) & Akhirnya Aku Kembali (Rozalia Rajali)

Yang lain-lain tetap penulisan yang baik namun jika anda mahu membaca bolehlah dapatkan sendiri di kedai-kedai.

2. Antologi Bebas

Cerpen saya dalam buku Bebas ini pula mengisahkan persahabatan dan hidayah yang hadir dalam hidup seorang perempuan. Bertajuk Asbab.

Cerpen pilihan:
  • Perjuangan - Sa'adiah Shuib
Siapa sangka kita akan tertarik jauh tenggelam dalam ceritera berbentuk sejarah ini. Malahan semangat wataknya buat kita kagum dan turut bersemangat. Bagi saya ceritanya membuka mata (saya) juga.
  • Busuk Harum Durian - eartHDance
Manis-manis selepas perkahwinan jarang sekali diceritakan. Dan cerita sebegini adalah sebuah bacaan yang wajar diselalukan.
  • BRIM Oh BRIM - Nidra
Cerita ini sangatlah dekat dengan masyarakat kita. Memilih kepercayaan dan kewangan sebagai isu utama, cerpen ini kelihatan sangat berjaya menangkap pembaca.
  • Lorong - Tun Teja
Cerita ini adalah tentang persepsi dan semangat. Yang di awal tak semestinya sama seperti akhir.

Pilihan lain: Jangan Prejudis (Manja lela) & Lutsinar (Qay Elfansuri).

Apa lagi paling indah jika bukan suka pada apa yang kita ada? :)

Untuk yang sudah baca, boleh komen di goodreads: Akhirnya Aku Bebas. Di sana, tulislah komen yang anda suka.

Oh ya, jika ingin beli, buku-buku ini ada dijual di kedai buku, atau boleh beli terus pada penerbitnya, saudara Khairi Tajudin di facebook dan mungkin juga boleh terus pada penulis-penulisnya yang lain (melalui hashtag antologiAkhirnyaAku & hashtag AntologiBebas) di laman sosial facebook, atau instagram.

Untuk yang suka membaca, teruskan menambah ilmu. Untuk yang suka menulis, jangan pernah jemu. Sekian. Terima kasih.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top