Showing posts with label amalan sunnah. Show all posts
Showing posts with label amalan sunnah. Show all posts



Hari Arafah semakin mendekat, hari yang sangat hebat sebelum kita merayakan Eid al-Adha al-Mubarak. 


Hari Arafah menzahirkan kerdilnya kita sebagai hamba. 


Tak kira siapa pun kita, semuanya memakai ihram, berdebu tunduk sujud kepada Allah. 


Jika kita renung betul suasana orang berwuquf di Arafah, insya Allah jadi baik jiwa kita.


Apa yang ada pada Hari Arafah dan apa yang kita perlu buat? 


Hari Arafah merupakan hari disempurnakan agama Islam. Turunnya firman Allah ﷻ iaitu ayat 3 surah al-Ma'idah. 


Allah berfirman: 


ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ


"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu" (al-Ma'idah : 3)


Para ulama' tafsir menyatakan bahawa ayat ini turun pada hari Arafah, ini yang menjadi pendapat ulama' seperti al-Sya'bi dan lainnya. 


Lagi, Hari Arafah merupakan hari di mana menandakan dekatnya hari raya Eid al-Adha. Antara nikmat besar bagi seluruh umat Islam adalah hari raya. Maka kita perlu mensyukurinya dengan bertakbir dan melakukan ibadah korban. 


Hari Arafah juga menurut sebahagian ulama' adalah sebaik-baik hari berdasarkan satu riwayat.


Apakah amalan yang dianjurkan pada Hari Arafah? 


1- Berpuasa. Nabi ﷺ bersabda:


  صِيَامُ يَومِ عرفة أَحْتَسِبُ عَلَى الله أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ التي قَبْلَهُ والسنة التي بَعْدَهُ 


"Puasa pada hari Arafah,Aku berharap pada Allah agar dihapuskan dosa yang sebelum dan selepas tahun itu.” (HR Muslim : 1162)


2- Memohon keampunan. Nabi ﷺ bersabda:


  مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ


“Tiada hari yang Allah banyak membebaskan daripada neraka melebihi hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka kepada para malaikat. Allah berfiman, 'Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR Muslim : 3354)


3- Berzikir. Nabi ﷺ membacakan zikir ini pada Hari Arafah: 


 لا إلهَ إلاَّ اللَّه وحْدهُ لاَ شَرِيكَ لهُ، لَهُ المُلْكُ، ولَهُ الحمْدُ، وَهُو عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ (HR Tirmidhi)


4-Bagi mereka yang tidak mampu berpuasa kerana uzur, bagi boleh berzikir dan berdoa atau mengingatkan orang lain tentang kelebihan Hari Arafah. 


#FawaidHadith



Sumber: Usta

z Muzuza

(Telegram The Garden of the Al-Quran)


 Beberapa Sunnah Di Hari Raya




=========

Terdapat beberapa sunnah yang boleh dilaksanakan oleh kita sebagai orang Islam pada hari raya ini. Antaranya ialah:


1. Menzahirkan kegembiraan. Berdasarkan hadis, pada hari perayaan ini Rasulullah membiarkan orang-orang Sudan mempamerkan permainan senjata mereka sebagai tanda kegembiraan. Malah Baginda membiarkan kanak-kanak perempuan menyanyi. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan:


وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ


“Pada hari perayaan, orang-orang Sudan bermain (mempamerkan perlawanan) perisau dan senjata mereka.” (Sahih al-Bukhari)


1.1 Dengan sebab itu al-Imam Ibn Hajar menyebutkan:


إِظْهَار السُّرُورِ فِي الْأَعْيَادِ مِنْ شِعَارِ الدِّينِ


“Menzahirkan kegembiraan pada hari raya adalah salah satu daripada syi’ar agama.” (Fath al-Bari)


2. Memakai Pakaian Yang Terbaik. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Rasulullah dikatakan memakai pakaian terbaik ketika hari raya. Saidina al-Hasan pernah menyebutkan:


أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ


“Rasulullah mengajak kami memakai pakaian yang terbaik yang ada di sisi kami.” (HR al-Tabrani dan al-Hakim)


3. Makan Sebelum Menunaikan Solat Raya. Kita disunatkan untuk makan dahulu sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Saidina Anas pernah meriwayatkan hadis yang menyebutkan:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ


“Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya AidilFitri sehinggalah beliau makan terlebih dahulu beberapa biji tamar.”


4. Bertakbir Ketika Keluar Menunaikan Solat. Menurut al-Imam al-Zuhri, Rasulullah ﷺ bertakbir sepanjang perjalanan menuju ke tempat solat AidilFitri. Kata beliau:


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى


Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke tempat solat.


5. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat. Sekiranya kita mampu, sebaiknya kita hendaklah berjalan kaki ke tempat solat raya kerana Baginda Nabi ﷺ sentiasa melakukan sedemikian. Kata Saidina Abdullah bin Umar:


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا، وَيَرْجِعُ مَاشِيًا


Sesungguhnya Nabi SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki dan pulang juga berjalan kaki.


6. Pulang Solat Melalui Jalan Berbeza. Salah satu sunnah Rasulullah ﷺ juga adalah menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat sunat hari raya. Saidina Jabir menceritakan:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ


“Sesungguhnya Nabi SAW pergi dan pulang dari menunaikan Solat Aidilfitri menggunakan jalan yang berbeza.”


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://40hadithsanusi.wordpress.com/2025/03/29/beberapa-sunnah-di-hari-raya/


Artikel: Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

https://t.me/drahmadsanusiazmi


Gambar: https://x.com/bernamadotcom/status/1905959597028114655?t=mc3zfx2BmMS3wrFD7lJOiQ&s=19








Tanda sayangnya kita pada seseorang adalah dengan mengikut apa yang disuruh dan menghormati serta tidak melupakan pesanannya. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam (SAW) adalah kecintaan seluruh umat islam, yang mengorbankan seluruh hidupnya kerana Allah untuk menyampaikan mukjizat dan agama islam kepada kita; umat yang disayangi seluruh jiwa raganya. Melalui Majalah Solusi, bahagian Ezy Dakwah, di sini saya kongsikan sebahagiannya kesukaan Nabi yang kita sayang, doa Nabi-Nabi lain juga serta adab makan Rasulullah SAW. Selamat membaca! 
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat.” [An-Nuur: 56]
INI NABI SUKA 
(EZY DAKWAH 16)

MENCINTAI RASULULLAH DENGAN MENYUKAI APA YANG BAGINDA SUKA.

1- SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH
Aisyah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW, beliau bersabda: "Dua rakaat (sebelum) fajar (solat subuh) lebih baik (nilainya) daripada dunia dan seisinya." (HR. Muslim dan Tirmidzi).

2- SOLAT BERJEMAAH
Menurut riwayat al-Baihaqi:"Kalau aku dapat solat subuh berjemaah, nescaya lebih aku sukai daripada aku solat sunat sepanjang malam. Dan kalau aku dapat solat isyak berjemaah, nescaya lebih aku sukai daripada aku solat separuh malam."

3- BANTU SAUDARA MUSLIM
Sabda Nabi SAW: Maksudnya:"Seorang yang berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk memenuhi keperluannya lebih aku suka daripada beriktikaf selama sebulan di masjid." (Riwayat al-Tabarani)

4- SOLAT SUNAT DI RUMAH

أفضل صلاتكم في بيوتكم إلا المكتوبة
“ Sebaik-baik solat kamu adalah di rumah kamu melainkan solat fardu.” (Riwayat Ibn Majah).

*AMALKAN DOA NABI DAWUD
Rasulullah SAW bersabda: “Di antara doa Nabi Daud AS ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah SAW mengingat Nabi Daud AS beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)
***
DOA-DOA NABI 
( EZY DAKWAH 18)

DOA NABI MUSA
Doa Diselamatkan Daripada Kaum Yang Zalim (Doa Nabi Musa)

رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

"Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu" - (QS.Al Qasas 28: 21)

DOA NABI SULAIMAN
Syukur Nabi Sulaiman saat dipuncak dicurahkan dalam sebuah doa Nabi Sulaiman:

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh". (Al-Naml: 27:19)

DOA NABI YUNUS
Firman Allah SWT :

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya:"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim".(Surah al-Anbiya'- 21: ayat 87)

DOA NABI IBRAHIM
. رَبِّ هَبْ لى حُكْماً وَأَلْحِقْنى‏ بِالصَّالِحينَ * وَاجْعَلْ لى‏ لِسانَ صِدْقٍ فى‏ الآخِرينَ * وَاجْعَلْنى‏ مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعيمِ
(Ibrahim berdoa): Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ilmu agama dan jadikanlah aku bersama golongan orang yang soleh. Dan jadikanlah aku sebutan yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian. Dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mewarisi syurga al-Na'im.” (QS. Asy-Syu’ara 26: 83-85).

Dan menurut keterangan ahli tafsir do’a ini juga yang selalu diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS.
”Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.”
Menurut keterangan ahli tafsir, Nabi Ibrahim memohon dengan doa ini sebelum memperoleh anaknya Ismail.

DOA NABI ZAKARIA
رَبِّ هَبْ لى‏ مِنْ لَدُنْكَ ذُرِيَّةً طَيِّبَةً اِنَّكَ سَميعُ الدُّعاء
“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang zuriat yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.[Ali' Imran - 3:38)]

DOA NABI MUSA DAN DOA NABI HARUN

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ
”Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan merahmatkan kami, pasti kami menjadi orang yang rugi.” (Al A'raf  7: 23)


Antara blog yang dirujuk:

***
ADAB MAKAN BERSAMA NABI 
( EZY DAKWAH 22)

- Mula dengan bismillah

بِسْمِ اللهِ أوَّلَهُ وَ اخِرَهُ
(Dengan menyebut nama Allah pada awalnya dan pada akhirnya)’.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi, dia berkata, “Hadits hasan shahih”)

Umaiyah bin Makhsyi melaporkan,
"Pada suatu hari Rasulullah sedang duduk-duduk. Ketika itu ada seorang lelaki yang sedang makan dan dia tidak membaca bismillah ketika mula makan. Dia terus makan sehingga tinggal sedikit sahaja makanan di dalam bekas makanannya itu. Tiba-tiba lelaki itu membaca,Bismillah awwalahu wa akhirahu. Nabi Muhammad tersenyum melihat gelagat lelaki itu. Lalu beliau berkata,'Syaitan bersama-sama dengan orang itu ketika dia makan,kerana dia lupa menyebut nama Allah. Apabila orang itu menyebut nama Allah,syaitan pun termuntah'."
(Direkodkan oleh Abu Daud dan Nasa'i)

- Makan dan minum dengan tangan kanan
“Dari Aisyah ia berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam menyukai sebelah kanan, mengambil dengan tangan kanannya, memberi dengan tangan kanannya dan menyukai sebelah kanan dalam semua urusannya.” (HR. Nasa’i No 5059),
bacalah “bismilillah”, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang ada di hadapanmu.” Maka seperti itulah gaya makanku setelah itu. (HR. Bukhari no. 5376 dan Muslim no. 2022)

- Tidak mengutuk makanan
"Kalau beliau menyukainya, maka akan beliau makan. Dan jika tidak menyukainya, beliau meninggalkannya." [HR al-Bukhâri dan Muslim].

- Tidak lupa sebut alhamdulillah
Dari Anas bin Malik, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah redha terhadap seorang hamba yang menikmati makanan lalu memuji Allah sesudahnya atau meneguk minuman lalu memuji Allah sesudahnya.” (HR Muslim no. 2734)


Antara blog yang dirujuk: 

***
Jika ada pembetulan ada penambahan boleh beri komen di bawah, terima kasih. Dan selalulah berselawat dan mengikut sunnah Nabi, tanda kita menyayangi dan mengingatinya. Insya-Allah kita akan beroleh kebaikan yang banyak dan mudah-mudahan mendapat syafaatnya di akhirat kelak, Ameen.

Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala ali muhammad.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top