Gandingan pertama di dalam satu konsert istimewa buat penggemar lagu lagu Leman! Tomok dan Siti Nordiana akan bergabung untuk satu konsert yang dinamakan Konsert Memori Mungkin Berulang - Tomok & Siti Nordiana pada 1 Februark 2025 nanti.
Tiket akan mula dijual pada hari ISNIN 28 OKTOBER 2024 bermula jam 10 pagi di platform ticket2u.
Konsert akan bermula jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur Februari nanti.
Minat Nana sejak 1999, beli hampir kesemua album Siti Nordiana (Nana). Siap kumpul artikel, poster ya dulu. Famili, kawan-kawan sekolah dan saudara-mara ada sokong bagi keratan sekali, terima kasih diucapkan.
Zaman tak ada medsos, pernah hantar surat & emel (Nana balas keduanya!). Pernah jumpa Nana 3 kali sebelum musim GV, baik sangat (pernah jumpa Achik juga). Juga pernah defend Nana dalam majalah waktu dia remaja. Pernah masuk kuiz radio sebab Nana. Kenangan sungguh. 🤭
Pernah buat blog pasal Nana dulu, dan dapat kenal beberapa kawan baru dari Malaysia & negara Asean lain. Sekarang dapat kenal ramai peminat kalangan orang muda pula. Panjang perjalanan minat, panjang lagi kareer Nana kita. Zaman berubah tapi rasa tetap setia.
Malah sampai sekarang saya ada kongsi video berkaitan Nana di sosial media saya, termasuk youtube!
Tak sabar nantikan Konsert Nana 11 Mei 2024 ini. I'm so proud of you. All the best ya Nana. Jaga kesihatan! 🤍
Plot twist: Saya tak ada rezeki ke konsert beliau, ada perkara kita kena terima ia tak sesuai dengan keadaan semasa kita, tapi doa dan sokongan tetap selalu ada.
Siapa tak sedih tak dapat pergi konsert artis yang kita minat sejak zaman sekolah. Dahlah ini konsert pertama beliau semenjak bertahun. Tapi kita yakin ini semua ada hikmah.
Bak kata sis cheryna (Sha):
"Tak apa kita terlepas sedikit peluang, jangan terlepas kasih sayang." 🥲
Namun dapat lihat melalui skrin & mata kawan-kawan pun dah happy. Anyways, saya bangga dengan Nana! Tahniah! Finally. Alhamdulillah. 👏🏻
*****
KONSERT MEMORI BERKASIH SITI NORDIANA 25 TAHUN
Di sini saya kongsikan (foto dan video) di media sosial berkaitan Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di Zepp, KL pada 11 Mei 2024.
Memori Berkasih:
Cinta Hanya Sandaran:
Gambar sewaktu segmen tribute untuk Achik Spin. Foto: Media Hiburan
Wah! Siti Nordiana - dalam diam rupanya gimik pakai baju pengantin beliau itu rupanya untuk memberitahu yang beliau akan buat konsert sulung pertama pada 11 Mei 2024 ini di Zepp, Kuala Lumpur.
"Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana" - sempena 25 Tahun Nana dalam industri.
Tema pakaian "Memori Silam Anda" (kecuali baju sekolah).